Tuesday, 31 December 2013

Hello 2014, Bye Bye 2013

Assalamualaikum.
Lagi beberapa jam, tahun 2013 akan bertukar menjadi 2014. Wahhh, dah rasa macam kamen rider main bertukar bertukar nie mihmih. Teringat lagi zaman kecik kecik main kamen rider dengan kawan kawan depan rumah penghulu sampai maghrib pun takmau balik rumah lagi. Pastu bila dengar loceng rumah india, baru reti lari balik rumah sebab takut hantu tangkap(loceng = hantu). Hmm, kecik kecik dah pelik, no wonder la besaq besaq gila -____-

Eh, sori tercerita zaman kecik kecik lak.

Malam nie, facebook aku sunyi sepi gila, semalam havoc lagi. Mungkin sebab esok dah mula sekolah jadi mereka merasakan online facebook merupakan perkara yang sia sia gitu. Disebabkan aku boring gila nak main game rasa malaih gila, nak tengok running man lak rasa macam sia sia sebab dah tengok tadi. Jadi, aku fikir baik aku share azam azam aku. So, meh baca meh apa azam aku untuk tahun 2014! Jadi ke tak kita sembang lain kali hehe. Let's check it out! :))
  • Menjadi seorang muslimah sejati. Alhamdulillah tapi hampa tengok la aku ni stokin pun tak pakai, kasut aku lak jenis lopong kiri kanan tskk tskk padahal azam yang sama tiap tiap tahun. Tak reti reti nak p beli ka anis?
  • Macam yang aku cakap kat entri haritu, aku nak study 5 jam sehari tapi nampak nau bohong. Study 3 jam pun semput puihh la wehh.
  • Hilangkan sifat suka membazir, beli benda benda yang tak penting dan aku harap notebook aku cuma satu tahun nie(aku suka beli notebook tapi tak guna punn :3)
  • Merajinkan diri minum banyak air kosong & kurangkan makan makanan manis seperti cekelat nano. Tetiba rasa sebak bila sebut cekelat nano sobs sobs*gila*
  • Hilangkan sifat suka menangguh kerja & jadi lebih bertanggungjawab kekdahnya. Ehem, boleh tangguh dulu tak azam nie tehee.  
  • Lebih rajin update blog yeahh & semoga earning nuffnang naik, nanti boleh la beli stokin hikhik. 
Haaa, yang tu jelah azam aku. Sikit ja. Kalau letak banyak banyak bukannya aku buat pun wkwkwk. Kbai. i have to get ready for sekolah esok btw Happy New Year uolls :))
i hope tak jadi macam nie hihi 

Assalamualaikum.

Saturday, 21 December 2013

Nak Sekolah Dah Wehh

Assalamualaikum.

I'm back uollsss. Happy tak? Muehehehe.

Perghhhh, lama nau tak update. Maaflah uolls, aku still dalam mood malaih tahap takleh nak bantu dah. Memang malaih sungguh. Kalau aku ikutkan pemalaih aku nie, entri 9 Dis hari tu aku nak sticky post sampai tahun depan. Punya malaih!

Btw pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013. Dalam sedar tak sedar, SPM makin menghampiri diri ini. Fuhh, terketaq ketaq tangan aku nak tulih SPM. Tu baru tulih wehh, tak hadap paper lagi. Kalau hadap paper SPM, mau parkinson teroih pa T.T

Astaghfirullah. Sudah sudah la mengarut anis oii. Marilah kita ke topik yang lebih serius.

Sepanjang cuti nie, aktiviti aku semua melaghakan. Memang aku ada baca buku tapi hampa paham paham jelah bila budak malaih pegang buku. Baca bab enzim tapi pala hotak dok pikiaq benda lain. Tambah pulak, lani dah nak habih cuti, aku langsung tak pegang buku wehh, asyik dok main game Airport City ja >.<

Bila dah nak habih cuti nie, dah takleh nak main airport city sampai guna facebook kakak, lepas nie dah takleh nak tidoq lambat lambat sampai mata dah macam panda nak beranak. Lepas nie dah takleh layan running man sampai gelak terkekeh sorang sorang pukul 2 pagi. Lepas nie dah takleh nak online sehari semalam sampai kena beletiaq dengan mak kaww kaww.

Kalau nak senaraikan aktiviti lagha aku sepanjang cuti nie memang tak habis. Punyalah banyak. Tapi aku dah berazam, tahun depan aku akan study sekurang kurangnya 5 jam hahahaha. Mohon hampa semua percaya walaupun aku sendiri pun tak berapa nak percaya dengan azam aku tu kehkehkeh.
Oke lah. Nak blogwalking sat sambil usha serum yang boleh hilangkan eyebag. Kbai.

Assalamualaikum.

Monday, 9 December 2013

Mood Rajin Sila Datang

Conversation between my mom and i. 

"p la belajaq" - mak 

"takmau. malaih"

"p la makan" - mak 

"takmau. malaih"

"dah tu apa yang hang rajin?" - mak

"rajin malaih"
Kbai. Assalamualaikum.


ps : i'm not in good mood...

Friday, 29 November 2013

Dah Boleh Cashout Yeay

Assalamualaikum.

Semua orang ada habit termasuklah aku. Kalau nak tau habit aku boleh la tengok SINI. Eh, tetiba terpromote entri lama. Motif sangat aku nie. Wahahaha. Sebenarnya aku nak cakap yang aku ada habit sebelum update blog. Aku pun pelik sebenarnya dengan habit aku nie tapi apakan daya sudah suratan, apatah lagi ku hanya insan biasa. Blaa blaa blaa. Apalah aku nie, tak habih habih tipu orang kehkehkeh. 

Ehem. Ingat tak entri sebelum aku p kem tu. Aku ada suruh hampa klik klik mengklik iklan kan hehehe. So, aku nak ucap terima kasih kat hampa sebab sudi klik iklan kat blog aku nie dan aku dah boleh cashout, yeayy. Penantian dari 27/11/12. Alhamdulillah :')

Dari gambar nie, hampa dah boleh nampak betapa pentingnya cpuv bagi blog aku nie. Cpuv tu kira punca earning nuffnang aku menaik wehh. Kalau blog aku takdak cpuv, mau jenuh tunggu nak cashout. Sobs sobs. RM34.68 tu pun setelah 27 cpuv dicreditkan. Bersyukurlah kan. Alhamdulillah :')

Sekarang, blog aku ada 3 cpuv yang still running. Aku sengaja tinggal 3 cpuv tu on going sama sama. Biaq depa eratkan hubungan silaturahim. Bak kata peribahasa melayu air dicincang takkan putus. Hmm, percaya sangat la cakap aku ihik. 

Rajin rajin lah klik iklan kat blog aku yaaa. Kbaii, nak blogwalking sat :)

Assalamualaikum.


ps : churpchurp aku lagi setahun, boleh la cashout. -__-

ps : aku nie tak habih habih merapu. apala nak jadi. hmm -__-

ps : penat la update blog guna keyboard rosak. tension. -__-

ps : setiaperenggan takdak kesinambungan. hmm -__-

Friday, 22 November 2013

Macam Mana Nak Join ChurpChurp?

Assalamualaikum. Hai.

Ada seorang hamba Allah/akak nie tanya aku...

My.sharings.cc tu sebenarnya ChurpChurp. Nak join ChurpChurp senang je kak. Macam kacang pulut serawa bak kata cikgu add math den. 

1. Pergi SINI.

2. Buat account ChurpChurp. nak sign in guna account twitter pun boleh :)

3. Lepas dah sign in ChurpChurp, boleh lah share iklan. yeay  :)

Sekarang ChurpChurp berwajah baru. Nak share iklan pun pening. Jawab fizik pun tak pening macam nie wakaka. Bohong ja wehh. Soalan fizik pening gila oke! Ehem, abaikan. ChurpChurp nie ada iklan yang special untuk twitter ja. So, bila nak share iklan, usha usha dulu. Nanti rugi ja share, earning tak naik pun.

Cara nak share iklan ChurpChurp :

1. Klik iklan yang available untuk hampa.

2. Scroll bawah dan hampa akan nampak kotak macam nie : 
3. Copy link tersebut dan share lah dimana mana yang hampa nak. Jangan spam sudah :)

Nak share iklan guna gambar pun boleh. Macam sebelum nie aku ada letak kat blog tapi aku dah buang sebab aku tau hampa tak tekan hahaha. 

Babai. Selamat menunaikan solat maghrib. Assalamualaikum. 

ps : semenjak dua menjak nie, rajin lak aku update blog kan? so, kalau hampa nak tanya apa apa, jangan lah segan wakakaka >.<

ps : semalam sedih kemain kan. hahaha. bukan sedih sangat pun sebenarnya. lebih kepada kecewa. kecewa dengan diri sendiri.

Thursday, 21 November 2013

Mental Breakdown

Assalamualaikum.

Tadi, aku check result exam akhir tahun aku and i got this. 
walaupun sedih tapi tetap nak komen, nama cikgu aku sedap doo haha
Bila tengok ja result nie, akterus rasa down. Bila dengar mak aku cakap, "awateruk sangat?", aku diam. Dalam hati kutuk diri sendiri awat bodoh sangat hang ni. 

Sebenarnya result miyear aku lagi teruk, siap 2 failed lagi tapi still ada A. Boleh buat ubapenenang kepala otak sat walaupun markah A tu cuma cukucukup makan. 

hmmm...

I wanna sleep. Assalamualaikum.
ps : macam mana nak dapat biasiswa kalau result macam nie. tskk tskk.

ps : macam mana lah nak spm. hmm. 

Saturday, 16 November 2013

Kem D'Omland, Sungai Petani

Assalamualaikum.

Lepas balik kem nie ntah la kenapa, malas aku makin menjadi jadi. Tiap tiap petang aku tidoq padahal sebelum nie aku payah gila kot nak tidoq petang petang nie. Aku pikiaq mungkin sebab penat sebab masa dekat kem sana mana cukup tidoq. Dalam masa 2 hari aku tidoq 6 jam ja. Hari pertama, 2 jam. hari kedua, 4 jam. sobs sobs. Tapi kan masalahnya aku dah balik kem 4 hari yang lepas, err takkan penat tak hilang hilang lagi ngeee >.<

Oke lah. Baik aku tulis nie cepat cepat sebelum aku tidoq kroihh kroihh mihmihmih. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi kem kali nie. Kem kali nie agak best lah sebab 3 hari 2 malam kan. Masa yang agak lama bagi pompuan yang jarang keluaq rumah macam aku nie. Gitewwww. So, marilah membaca pengalaman saya pergi kem kawan kawan :) *alolo, skemanya*

Masa aku pergi kem rakan muda haritu, aktiviti night walk pun ada jugak. Aku nie memang berjodoh kot dengan aktiviti di malam hari -__-' Tapi masa dekat sedim, kami jalan ramai ramai. Kem kali nie lak kena jalan sorang sorang. memang gila ah. Mana pernah aku jalan sorang sorang malam malam tapi Alhamdulillah, aku takdak lah terjerit jerit panggil 'tuan... tuan... tuan... ' malah aku jugak tidak mengeluarkan sebarang suara wakakaka. Sebenarnya kalau hampa diam ja dan tak jerit, lagi rasa tenang dan tak takut. Bagi aku lah. Aku tak boleh lah orang jerit jerit nie, sakit jiwa.

Haaa, kan aku cakap yang aku langsung tidak mengeluarkan sebarang suara kan. Masa aku dok jalan elok elok, tetiba aku dengar cikgu cikgu aku dok cakap. Kuat hokeehh cikgu tu cakap! Boring kotengok aku jalan haha. Antaranya, 'dia nie tak nampak kita ka?'. Nie masa aku tak tengok kira kanan dan atas hehehe. Takdak qeja aku nak pusing merata, gila! Lagi satu cikgu tu cakap 'jangan la ligan diawakakaka. Yang nie memang lawak okeh. Sampai lani aku nak gelak haha. Malas pulak nak cakap pasai apa kena ligan. So, kita biaq ja la nohhh.

Kalau hampa kena jalan sorang sorang, hampa jalan la awai awai. Memang syok rr. Kalau hampa p awai awai, hampa boleh tengok orang lain jerit kehkehkeh. Tapi esok tak boleh la nak kutuk sapa sapa sebab tak nampak muka lol. Haritu aku orang kelima wehh hahaha. Bukan sebab berani ekceli, aku nombor lima sebab aku kumpulan satu mihmihmih. Memang lawak wehhhhhhh.  Rentas Bakau

Nie firstime aku merentas bakau. Kalau boleh aku nak rentas lagi!*tetiba semangat* Hehehe. Memang best sangat sangat. Kalau hampa p kem dan hampa kena rentas bakau, hampa toksah la dok bagi alasan sebab takmau p. Dok kata gayat la nebes la apa la. Hampa p ja. Buat relax sudah. Hampa ingat aku nie berani sangat ka. Aku pun terketaq ketaq. Dah la aku gayat, dok kat tingkat 3 pun nak terkencing. Tah apa apa la aku ni dengan penyakit nebes tak tentu hala. Aku pun taktau macam mana aku boleh jalan ataih kayu tu. Tak jatuh wehhh. Memang gila.

Masa hampa rentas bakau nie, sifat lemah lembut dan pemalu, hampa boleh simpan sat. Time tu memang takdak nak ingat dah aihh nak jalan kepit kepit nie. Memang kangkang tak ingat dunia. Kalau time tu seluaq koyak pun takdak nak heran aihh. Janji tak jatuh. Takkan tengah dok jalan leklok, tetiba mintak kebenaran...'tuan, seluaq koyak. saya nak balik asrama' -___-'

Bila dah nak habih tu, rasa lega gila. Bila nampak ja laut, hepi gila. Rasa yang tak boleh digambarkan. Over gila haha habaq ja lah rasa seronok. Kan kan? 

Water Confident & Kayak

Lepaih habih rentas bakau, kami kena berenang pulak(laki berenang dulu, barrentas bakau). Dalam semua semua aktiviti, yang paling aku tak sabaq nak buat ialah water confident. Memang tak sabaq gila. Dulu masa kem darjah 6, ada jugak water confident tapi masa tu tak berapa nak syok sebab dalam tasik. Kem kali nie pulak, dalam laut. Perghhh. last aku mandi laut, masa aku kecik kecik lagi wehhh. Mungkin sebab tu aku rasa tak sabaq sabaq sampai terjun jauh dari tali. Cis, awai awai dah tak serasi. 

Walaupun menghadapi pelbagai onak & duri seperti tertendang kawan dibelakang, tertelan air masin dan lain lain. Akhirnya berjaya jugak menyanyi lagu 'aku yang dulu bukanlah yang sekarang' walaupun pelik nau kami nyanyi wakakaka. Matak pelik, sambil nyanyi sambil telan air masin. Dengan nak tenggalam lagi haha. Memang kenangan yang takkan aku lupa. Cewahhh. 

Aku nak cerita pasai kayak sebenarnya tapi tetiba aku malaih. Kira toksah cerita la nohh hehe.

Lepas balik kem nie, kadang kadang aku rindu nak menyanyi lagu sandiwara cinta ramai ramai, rindu nak menari lagu ayumi hamasaki ramai ramai. Walaupun akdok sana sat ja, 3 hari ja tapi itulah kenangan & pengalaman. Over kan? Takpa lah aku kan memang over muehehe, lagipun sekali sekala ja hahahaha. 

Oke, kepada budak budak darjah 6 yang dapat result gempak, tahniah diucapkan. Yang dapat result tak berapa nak gempak pun tahniah jugak. Jangan sedih, masuk sekolah menengah nanti buat leklok naa :)

Assalamualaikum.

Saturday, 9 November 2013

Entri Sebelum Pergi Kem

Assalamualaikum.

Hola hola. Esok aku dah nak pergi kem dekat D'Omland, Sungai Petani. So, sapa sapa yang duduk dekat dekat situ, meh la jenguk aku. Wakakaka. Aku nie kan makin nak dekat hari pergi kem makin aku rasa macam serba tak kena, gundah gulana. Ntah la kenapa. emosi tak stabil barangkali sebab tu mengada tak tentu hala bajet macam kena pergi kem setahun tak balik padahal 3 hari ja(mohon baca dengan 1 nafas wakakaka).

Tapi bukan itu motif aku update blog malam malam nie. Aku sebenarnya update blog sebab nak mintak pertolongan hampa semua mihmihmih. Aku sebenarnya nak mintak tolong hampa click iklan iklan nuffnang yang berselerak dekat blog aku nie hehehe. Lagi RM4.01 yang aku perlukan untuk membolehkan aku cashout tanpa rasa bersalah hahahaha. 

Nama 'kkmjong' tu macam pelik kan? Aku pun tak pasti apa yang aku fikir time tu >.< Btw kalau hampa dah click, sila komen ya sebab senang nak terjah blog hampa pulak hehehe. Tapi mungkin lambat sikitlah aku terjah blog hampa sebab aku rasa lepas balik kem aku cari bantal dulu hikhikhik. 

Oke lah. Chawww dulu. Beg nak pergi kem tak siap kemas lagi wehhh >.<

Assalamualaikum.



ps : boring kan entri nie. aku sendiri pun menguap bila baca. huarghhhhhh. 

ps : Alhamdulillah. dapat 1 lagi cpuvDarlie Expert White. aku pernah la try pakai ubat gigi Darlie Expert White tapi gigi aku tak putih pun sobs sobs. sedih gila. disebabkan aku mengalami kesedihan yang melampau, aku mogok taknak gosok gigi sebulan. hahahaha >.<

ktipu ja. babai :)

Tuesday, 5 November 2013

Shawl atau Bawal?

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1435H :)

Disebabkan aku rajin hari nie, aku nak tanya something kat hampa. I know ayapertama macam takdak kesinambungan langsung tapi kisah pulak hampa kan. So, soalannya ialah hampa lebih suka pakai shawl ka bawal?

Aku prefer bawal dari shawl sebab aku memang ada tudung bawal ja wakakaka. Kesian gila kan uolls. Aku nie memang tak berapa nak reti berfashion nie sebab aku jarang keluar rumah. Memang aku selalu duduk kat rumah ja. Then, bila nak keluar pergi mana mana, menggelabah gila sebab baju takdak tudung takdak! Sampai lani iolls pakai baju iolls yang darjah 6 lol(nasib baik besar). Dah la aku ada 6 tudung ja. Lima bawal plain warna suram dan 1 syria hitam(my feveret sebab takyah iron ngehngeh)

Sekarang nie ntah la kenapa aku rasa macam nak ubah selera dari pakai bawal ke shawl pulak. Aku punyalah semanganak ubah selera sampai hari hari aku stalk instashop konon nak beli shawl tapi tak beli pun sebab takdak money ahaks. Tapi aku takut lah nak beli sebab aku jarang keluar rumah n aku malas lah nak belit belit shawl. Kang membazir ja kan. Sobs sobs.

Lagipun dulu mati mati aku cakap aku dengan shawl takdak chemistry hahahahaha. Siap cakap anis farhana dan shawl memang tak ditakdirkan untuk bersama. Sekarang apa cita beb? Agaknya nie kesan asyik stalk insta Anna Khayalan ngan Yasmin Redzuan kot!

Assalamualaikum.

Friday, 1 November 2013

November & SPM

Assalamualaikum.
HI NOVEMBERRRRRRR! 
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November. Final exam aku pun dah habis. Sekarang nie kerja aku membuta ja. Kalau tak membuta, aku tengok Running Man. Nak pegang buku memang tak rr. Memang tak! Tapi sempena nak masuk awal muharram nie, aku berharap ada anjakan paradigma dalam diri aku. Sikit pun jadilah dari takdak langsung. Iyalah, aku rasa  kalau tak berubah dari sekarang, mau habis jahanam SPM aku tahun depan! 
ohoi, tahun depan aku dah jadi senior. omaigadd!
Bila cikgu cakap pasal SPM, aku selalu nebes sebab tahun depan turn aku pulak. Aku nie pulak pemalas nak mampoihh! Jarang tau tengok aku pegang buku. Kadang kadang bila aku ingat cita cita aku nak jadi doktor, aku bacalah buku hahaha. Siot gila perangai. Tapi sekarang nie aku mana ada cita cita, so nak tengok aku pegang buku memang jarang gila ah sebab takde inspirasi kan(poyo!).

Btw novel lain cerita la. Hari hari aku pegang novel. Hampa tau dak yang aku lagi banyak pegang novel dari pegang buku sekolah. Pernah sekali, esok nak exam tapi malam tu aku boleh dok relax baca novel asam pedas untuk dia. Dah la esok tu exam FIZIK kott bukan SIVIK! Gila tak gila aku nie. -____-

punca aku tak baca buku
Akhir kata, untuk akak akak & abang abang yang amik SPM, good luck uolls :)

Assalamualaikum.
pergilah malas... datanglah rajin... pergilah internet... datanglah buku

ps : macam mana keyword "macam cantik je, macam comel je" ada dalam blog aku nieee. tak suka! macam apa ja.

Friday, 25 October 2013

Kem Rakan Muda di Sedim Eco Resort

Assalamualaikum.

Sebenarnya kem nie dah lama, awal september haritu. Lagipun kem nie 2 hari ja. Kalau kira jam, tak sampai 24 jam pun. Tapi memandangkan ini kem yang pertama aku pergi(tolak kem masa sekolah rendah) haruslah digembar-gemburkan dengan bangganya. Gituu ^__^

Sebenarnya aku takmau pun pergi kem tu, sebab takut jadi apa apa. Dah la beberapa hari sebelum kem tu, ada orang meninggal dekat sedim. Memang nebes habis rr. Last last pergi jugak walaupun tadakkk geng. I iz sad. Pergi pun sebab nak menimba pengalaman kononnya. Konon jelah. Perjalanan pun dimulakan pada sekian sekian hari(aku lupa bila lol).

Tempat yang aku pergi nie tak berapa nak sedim sangat. Hehe. Sedim dalam lagi. Tapi yang bestnya, bas tak masuk dekat tempat kem tu sebab jalan kecik uolls. Bas tak muat doe nak masuk. Terpaksa lah kami semua berjalan gila jauhh. Memang kem penjelajahan lasak sungguh! Sampai sampai sana terus cari kipas hahaha. Gila tak rock uolls tapi memang serius panas gila. Fuhh. Panas sebab dosa barangkali?

Kem nie nama ja bertempat dekat resort tapi kami semua tidur dalam pondok hokehh. Mula mula semua takmau tidur dalam pondok sebab nampak macam seram. Nampak macam nak roboh pun ada. Abang tu pun marah marah sambil suruh pasang khemah tapi at last kami semua tidur dalam pondok sebab semua mengada gila takmau tidur dalam khemah pulak termasuklah aku kehkehkeh. Inilah pondok yang tangganya macam nak patah.

Malam tu ada aktiviti yang paling aku tak suka iaitu night walk. Sebelum night walk, kena dengar ceramah pasal apa ntah. Aku tak berapa nak dengar sebab hati tengah panas beb. Orang sebelah aku(sekolah lain) dok mengata kat kawan aku termasuklah aku sendiri. Jebon sungguh! Hmmmm relax relax... ada ubi ada batas ada hari aku balas. Tunggu hampa!

Dalam pukul 1 kot, habis night walk. Memang penat gila ah. Habis basuh kaki semua, balik pondok dan tidurrrr. Sebenarnya tak tidur sangat pun sebab banyak sangat gangguan. Bising lah, bunyi alarm lah, tak selesa semua lah. Tidur pukul 2, bangun pukul 4.30. Thanks untuk filzah sebab henfon hang buat kami terjaga pukul 4.30 :) Ingatkan ramai bangun awal, rupanya kami ja semangat. Berjalanlah kami 5 orang ke tandas. Sejukkk. Aku bukan setakat sejuk, nebes pun ada sebab tandas tu agak errr...

Disebabkan kami terlebih semangat dan tersiap awal(pukul 5 dah siap), maka kami pun menghabiskan masa dengan bersembang diatas tangga pondok macam nak patah sambil merenung bulan mengambang. Haa, baru aku teringat yang kami night walk pada malam jumaat ngehngeh. Esok tu ada jungle trekking. Jungle trekking macam biasa, masuk hutan, redah sungai dan lain lain. Abang tu janji pukul berapa, mai pukul berapa. Gila lambat. Aku punyalah semangat sampai pukul 5 dah siap. Mencik ah cenii!

Balik dari jungle trekking, bermulalah sesi kemas baju sebab nak balik dah ohoiii. Memang seronok gila ah. Seluar akyang basah sebab redah sungai pun aku buataktau ja hahaha. Masa nak kena berkumpul bartukar. Tapi ingat boleh balik camtu ja?! Takdak maknanya! Kena lah marah sedas dua dengan sorang kakak nie. Ohsem. Memang dari awal sampai habis, asyik kena marah ja. Sentap iolls.

Oke lah. Cukuplah sampai kat sini ja. Kang kalau tambah lagi, hampa muntah lak hahahaha. Btw 10 Nov nie iolls kena pergi kem lagi dekat Sungai Petani pulak. Aktif sungguh iolls tahun nie noks bhahahahaha. 

Assalamualaikum.

Thursday, 17 October 2013

Happy Eid ul-Adha

Assalamualaikum.

Hahaha. Dah raya ketiga baru nak update nokss. Mihmih. Sepatutnya aku update entri nie 10 Zulhijjah haritu tapi ntah la camna aku mengantuk gila lepas edit blog. Nak update semalam memang takleh ler sebab semalam iolls busy. Kejap balik kampung belah mak, kejap belah ayah pastu balik belah mak balik. Hahaha. Line kat sana pulak memang jenis mintak kaki. Sempat la mandi dulu masa nak tunggu habis loading -__-

Haaa, cerita pasal edit blog. Nampak tak perubahan kat blog aku? Lawa tak? Lepas aku habis exam aku nak sambung balik edit sebab blog aku sekarang nampak macam ntah apa apa ja sebab haritu nak cepat kan. Itulah orang cakap 'biar lambat asal selamat' gitewww. Mungkin jugak tak berkat sebab orang lain pergi sembahyang raya, aku pulak hadap blog. Tapi hujan lebat kott kat rumah aku. Lebat gila sampai mengantuk zzzzzzzz.

Hari nie aku sekolah tapi tak belajar. Siap kena pakai baju kurung lagi. Perghh. Masa mula mula sampai sekolah, gila malu sampai jalan kepit kot hahahaha. Mana pernah wehh aku masuk kolah jalan kepit kepit. Selalunya aku jalan penuh semangat, tangan di dada, mata pandang hadapan. Bila ada orang lalu dekat sebelah, aku melambai lambai ibarat daun nyior melambai lambai pabila ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Amboi, kemain over hahahaha.

Okeh lah. Selamat malam uolls. Jumpa lagi 31 Oktober 2013. Hahahaha. Time tu aku dah merdeka uolls. Sekarang nie tak merdeka lagi sebab masih ada 8 subjek yang perlu aku harungi. Exam pun lambat nau nak habis. Cepat lah habis cepat lah. Iolls nak tengok kdrama puas puas. Iolls nak tengok runningman tanpa rasa bersalah. Iolls nak tidor tanpa mimpi ngeri(pernah ke aku mimpi ngeri sebelum nie? -___-) and whatsoever lah. Babaii.

Assalamualaikum.

Friday, 27 September 2013

Cara Menghilangkan Malas Nak Pergi Sekolah!

Assalamualaikum.

Setelah 2 minggu ku menyepikan dari arena blog, kini aku kembali, walaupun tiada siapa yang menanti tskk tskk. Eh, pesal kan tetiba tacing nie. Baru ayat pertama dah tacing dohh, gila tak rockk!!

Oke lah, lupakan perenggan di atas. Biasalah kalau dah lama tak update, semua benda nak diluahkan. Kalau boleh sakit hati dekat budak sekolah yang join kem sekali dengan aku hari tu pun aku nak luahkan. Tapi aku tahan, sebab takut dia baca blog aku. Ngeeeee, pun bolehhh. So, hari nie, aku nak share cara cara menghilangkan malas nak pergi sekolah.

Biasalah budak budak sekolah, mesti lah malas nak pergi sekolah kan. Itu perkara biasa. Aku sendiri pun kalau boleh taknak pergi sekolah tapi kena pergi jugak sebab mak suka beletiaq. Tak sanggup nak tadah telinga kena beletiaq hari hari. Sumpah tak sanggup. Dengaq seminit pun rasa macam ^(!^*($#^. Nightmare.

Jadi, dibawah nie mungkin boleh membuatkan hampa rajin ke sekolah semula.

1. Cari boyfriend/girlfriend satu sekolah. 
Budak sekelas dengan aku banyak bercinta satu sekolah. Bercinta satu kelas pun ada aihh. Tapi aku tengok, depa tu takdak lah rajin mana mai sekolah. Hahahaha. mungkin depa suka mesej mesej kot. Kot lerrrr. Betul dak cakap aku timah?

2. Berniaga dekat sekolah.
Berdasarkan kajian aku, cara nie mungkin berkesan. Cuba tengok makcik kantin, rajin dia mai sekolah walaupun dia dah tak sekolah. Rajin kan? Mana nak cari orang yang rajin macam tu zaman lani hahahahaha.

3. Tanamkan dalam hati hampa yang 'sekolah best GILA'
Kalau hampa rasa sekolah tu best, mesti hampa takkan rasa ragu ragu nak pergi sekolah. Betull. Jadi, tanam kan dalam hati banyak banyak yang sekolah best. Sekolah best!

4. Pergi ja sekolah.
Kalau hampa dah pergi sekolah, mesti perasaan malas nak pergi sekolah tu hilang. Tapi perasaan malas nak belajar pulak yang datang. Hahahaha. Macam macam masalah la budak sekolah nie.

Sekian dari saya, anis farhana yang diri sendiri pun malas nak pergi sekolah. Ehem, Bukan malas pergi sekolah. Malas nak buat kerja sekolah sebetulnya mihmihmih. Assalamualaikum. 

ps : tergerak hati nak buat entri nie lepas tengok keywords dekat nuffnang. terima kasih lah untuk sapa yang mencari tu. kehkehkeh.

Thursday, 12 September 2013

My Bad Day

Assalamualaikum.

Sebenarnya hari nie takdak lah bad day sangat. Cuma agak kelam kabut. Jarang okey aku kelam kabut. Selalunya aku cool ja. Gitewwwwww(padahal selalu ja kelam kabut pagi pagi)

Okey. Semalam aku tak pergi sekolah dan kerja sekolah apa semua aku tak sentuh. Demam teruk sangat lah konon padahal lex lex ja aku jalan pegi giant beli novel omputih 'The Diary Of A Young Girl'. Malam tu macam biasa lah aku nak tidur. Penattt. Sangatt. Hahaha. Bila dah nak tidur tu aku baru teringat yang aku tak buat lagi report bio. Cikgu nak esok kotttt. Mampoihhhh. Tapi seperti biasa, aku cool dulu. Esok lah baru buat -___-

Jadi, aku telah bangun pukul 4.25 pagi untuk menyiapkan report bio yang cikgu bagi dari ahad hahaha. Aku lupa okeh. Bukan sengaja takmau buat. Mula mula, cari buku amali. jumpa. Cari buku nota yang kena beli sendiri tu. Tak jumpa. Haaa, tudiaa. Merata aku cari wehhh. Tak jumpa jumpa. Aku dah naik hangin. Mana pulak aku letakkk weiii.

Lepas tu kertas yang aku tulis hasil eksperimen tu semua tak jumpak. Ahh, pulakk dahhh. Aku cuba cool. Untuk menenangkan hati yang tengah kacau bilau, aku bukak lah facebook. Bukak bukak ada gambaq hantu pulakkk. Terkesima aku sebentar. Aku terus tekan pangkah. Dah tak log out okeh. Pastu aku p tidoq teroihh. Tak kuasa nak berjaga lepaih tengok gambaq hantu. Aku bukannya berani sangat uolls. >.<

Alhamdulillah. Bila pergi sekolah, hidup aku kembali normal. Tak kelam kabut sangat hahaha. Bohong sangat la tak kelam kabut. Kertas asyik nak terbang ja. Bila dah amik, kertas lain lak terbang. Banyak kali lak tu. Erghh. Dengan otak yang tak berapa nak betul lagi. Ada ka 'kaki retort' aku baca 'kaki kepit'. Whattt theeee -___-  aku pun tak pasti apa yang aku fikir masa tengah baca tu.

Oh ya. Cerita pasal gambaq hantu tu. Aku betul betul terkejut okeh. Aku takdan nak scroll bawah lagi okeh. Gambaq tu dok kat paling atas okeh. Tu yang membuat aku terkesima, terkelu, dan terkedu. Cuba bayangkan korang nampak gambar nie pukul 4.40 pagi siap dengan pakej anjing menyalak. -_____-


memang aku sweet dream sangat lepas tu. kbai. 

ps : gambaq tu takdak lah menakutkan sangat. tapi dah pagi pagi kan. mau aku tak terkejut!

Monday, 12 August 2013

Duit Raya

Assalamualaikum.

Yooo, wassap bro. Lama gila aku tak update. Konon konon sakan sangat lah raya padahal raya kedua ja dah tergolek depan netbook layan facebook -_-'

Ekceli hari raya kedua tu aku kena balik kampung. Tapi biasalah pagi pagi, baru bangun tidoq, mood pun hilang ntah ke mana. Badmood. Jadi, aku kena tinggal kat rumah dengan abang aku. Pehal sedih sangat raya aku tahun nie T.T

Haa, cerita pasal abang aku. Aku cukup tak puas hati dengan abang aku. Ada ka dia bagi kat aku duit raya SERINGGIT ja. Bukan tak bersyukur ka apa, cuma aku mengharapkan lebih dari dia sebab dia kan abang aku. RM5 ka Rm10 ka hehehe. Dah la tu, duit tu sebenarnya baki duit beli rokok. Agaknya kalau dia tak beli rokok, tak merasa lah aku duit raya dari dia -_-'

nama glemer dekat kampung, farhana. rasa macam pompuan gila haha. 
Bila dah makin besar nie, duit raya pun makin kurang. Masa kecik kecik dulu senang ja nak dapat 200 lebih. Sekarang, nak sampai 100 tu pun kemain payah. Tapi iyalah, dulu pergi mintak duit raya kat rumah orang. Sebab tu duit raya banyak. Sekarang, nak p rumah sebelah pun tobat takmauuu. Punya pemalaihh!!

kira duit raya sambil makan cekelat feveret, nano.

Akhir kalam, aku nak tanya rare dak kalau budak form 4 p mintak duit raya lagi? o.O

Chaww. Assalamualaikum.

Monday, 29 July 2013

Jenis Entri Yang Orang Suka

Assalamualaikum.

Entri nie entri mix okey. asalnya nak cakap pasal keywords ja tapi ntah la otak aku nie, p tulis sekali pasal 'jenis entri yang orang suka' padahal aku hentam ja. Muahahaha. Nak padam rasa macam tak patut. Nak biar, rasa macam maluuu. Hahaha. Hang dah kenapa kan?

Okeylah. Tengok ja jenis jenis entri yang orang suka. Aku pun tak tahu lah betul ka dak kehkeh.

1. Tips kecantikan. Maybe. Entri tips jadi comel aku tu paling femes kot kat blog nie walaupun tips tu macam mintak kaki. Muahahaha.

2. Resepi. Aku tak tahu sangat lah pasal nie sebab aku tak pernah pulak tulis pasal resepi. Hahaha. Masak pun malas woiii. Ada hati nak share resepi >.<

3. Berita terkini @ gosip. I think yang nie orang suka kot. Tambah pulak yang gosip tu kan hahaha. Tapi aku nie tersangat sangat lah jarang bukak blog macam tu sebab aku dah ada timah, atul dan shida. Segala gosip aku tau dari depa muahahaha.

4. Entri yang berilmiah. Bukan nak tunjuk baik ka apa tapi betul lah. Boleh tambah ilmu kan. Lepas nie nak tulis entri yang berilmiah lah. Takdak lah asyik update benda mengarut ja >.<

Okey. Yang tu ja aku dapat share pasal entri yang orang suka. Maybe lah. Kalau entri personal pun orang suka jugak kot. Tapi maybe kurang dapat perhatian. Lain lah fatin liyana kan. Orang lagi suka kalau dia share cerita personal. Kalau aku cerita....

Krikk krikk krikk.

Okey lah. Kembali kepada niat asal. Aku nak share keywords blog aku. Keyword blog aku kebanyakan nya pasal 'nak jadi comel', 'tips jadi macam orang korea' and yang sama waktu dengannya. Memang banyak ah. Pelbagai versi hahaha. Dulu masa baru buat takdak lah banyak sangat. Sekarang taktau la pesal banyak sangat. Nak dekat raya kot kan?

Muahahahaha. Errr, motif gelak?

banyak kan? sekali dengan kskb sungai buloh pun ada. tu bekas kolej kakak aku kot. 

Dan dalam semua semua keyword, keyword yang paling tak boleh blah ialah...
Maaf la untuk siapa yang cari tu. Saya taktau lah dia pakai pencuci apa. Heee, peace.

Babai.

Assalamualaikum. Selamat petang. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Selamat menduduki trial bagi budak form 3.

Saturday, 20 July 2013

Pernah Try Buat?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie dah hari yang kesebelas kita berpuasa. Dan aku tak bangun sahur lagi tskk tskk. Sedar sedar dah pukul 5.58 pagi. Dah la tengah demam + sakit tekak + selesema. Kering tekak woit.

Okey, memandangkan aku pun malaih nak cakap banyak, dengan tak bangun soq lagi. So straight to the point.
Aku pernah buat no. 2, 34, 5, 6, 8, 10.

Yang no. 1, 7, 9 tu tak pernah pulak aku try buat. Hahaha. Makan macam kucing? Sepeliks aku tak pernah pulak aku buat benda cenggitu. Haha. Hampa pernah?

No.7 tu memang sumpah la aku tak pernah buat. Dari kecik aku nak jadi dokter. So, superhero bagai nie memang tak pernah wujud dalam otak aku kihkihkih poyo. Padahal pernah ja berangan jadi wonderpets. Muahahaha. Siap berdiri ataih kerusi sambil menyanyi lagu wonderpets >.<

No.9 tu aku no komen sebab aku pun tak tahu aku pernah buat ka dak. Rasanya tak. Rasanya lah. kot.

-.-'

Yang no.2, no.3 and no.5 tu aku rasa sampai sekarang aku dok buat lagi. Hahaha. Tambah pulak yang no.2 tu. Aku pun tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu. Rasa macam serba salah ja kalau pijak line hahaha.

Hampa camna pulak?

Oke lah. Chaw. Nak layan pee mak sat hehehe. Baru nak layan woi. Ketinggalan gila >.<

Assalamualaikum.

ps : pening lagi sebenarnya tapi gigih layan youtube -.-'

Sunday, 14 July 2013

Cerita Pasal Novel

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie hari ke 5 kita berpuasa. Semoga diberkati.

Sebenarnya aku nak cakap pasal novel hlovate yang aku beli dah sampai. Hehe. Aku first time beli novel yang macam nie sebenarnya. Kesian kan. Selalu beli novel cinta ja, apa kata ubah selera sikit. Hehe. Aku memang dah lama nak beli novel hlovate tapi apakan daya, aku taktahu dekat mana nak beli. Cari dekat kedai tak jumpak. At last beli online. Senang sikit reja aku!

Maaflah kualiti gambar tak elok. Maklumlah henfon cikai. Nak bukak internet pun takleh haha kesian. Henfon aku yang lagi satu rosak sebenarnya so aku terpaksalah pakai henfon yang macam hidup segan mati tak mahu nie. Ahh, janji ada gambar sudah la kan.

Masa aku nak beli nie aku takdak duit pun sebenarnya. Memang tinggal 5 hinggit ja. Tetiba gila aku p order. Hahaha. Bajet kaya leteww. Terpaksa lah buat muka tak malu mintak duit kat my father hahahaha.

Btw terima kasih jugak kepada pemilik blog INI dan INI sebab sudi menghadiahkan budak peliks nie keychain dan bookmark. Huhuhu. Kesian gila taktau nama. Maap. Keychain tu menang join segmen dekat facebook kalau tak silap. Yang bookmark tu, sapa cepat dia dapat. Kehkehkeh.

bajet glemer tutup alamat. puii. hahaha. 
Aku pun dah malaih dah ni jadi aku akhiri entri ni dengan quote yang aku jumpak dekat belakang buku Anthem haha :)

"everybody has a past. everybody lives a present. and everybody deserves a future"
:)

Assalamualaikum. 

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadhan dan Puteri Awani

Assalamualaikum semua.

Amacam puasa hari nie? Ada yang kantoi tak. Ahaks. Aku alhamdulillah mampu puasa sampai waktu berbuka tadi walaupun tak bangun sahur. Nie lah padahnya kalau tido lambat. Kunci alarm pun macam tak guna sebab henfon aku letak kat mana pun aku tak tahu T.T

Tapi nasib baik sebelum aku tidoq aku dah bedal ayam goreng, nasi dan jugak my feveret ever, cekelat cadbury. Saja makan awal awal kot kot esoknya tak bangun ka apa kan. Dan tak sangka memang aku tak bangun betul. Alahaiiiii. >.<

Ingat! Dah puasa ni jaga mata, jaga iman, jaga hati. Jangan lupa jaga perangai. Jaga mulut juga ya. Pesanan untuk aku jugak. Dah tak boleh bergosip sampai cikgu usha pelik haha :D

Selamat berpuasa ya. Jangan bagi kantoi puasa ya. Puasa penuh ya. Puasa biar ikhlas ya. Yang aku nie dah kenapa kan?  -.-'

Tukar cerita.

Sekarang tengah femes kan cerita pasal puteri awani nie. Ramai orang yang mengata dia kan. Mungkin dia salah tapi tak baik lah kutuk dia sampai teruk macam tu. Aku sendiri pun rasa macam ^()@$&()#. Gila teruk depa kutuk. Hmm.

Oh ya. Btw aku  nak share satu video. Kira macam parody video puteri awani tu. Muahaha. Sumpah lawak weh. Aku bukannya gelak dekat puteri awani tu, aku gelak dekat tuan punya sora tu. Pandai pulak dia berkata kata. Hahahahahah.


Okey lah. Aku nak blah. Homework banyak tak buat lagi. Addmath lagi. Huuuuu T.T

Assalamualaikum.


ps : ini entri yang keseratussssss. yeayy :D

Monday, 8 July 2013

Ganglion?

Assalamualaikum.

Semalam, aku tetiba terperasan benjol dekat pergelangan tangan aku. Sebenarnya dah lama ada tapi semalam baru aku terbukak hati nak google. Mula mula aku ingatkan semua orang ada tapi rupa rupanya penyakit. Iyalah, tangan ayah aku ada, tangan kawan aku pun ada. Tak kira lagi tangan abang, kakak, tokwan, toknek, sepupu sepapat. Haaa.


First time dengaq, terkejut jugak ah. Ketaq pun ada. Kot kot lah jenis merebak ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah, penyakit nie takda lah berbahaya sampai bawak mati. Benjol tu boleh membesar, mengecil dan hilang dengan sendiri. Tapi aku takut jugak lah, kot kot tetiba membesar tiba tiba. T.T

Berdasarkan apa yang aku baca. Kalau benjol tu besar dan susah kalau nak buat kerja apa apa, we need to do operation. Oh ya, aku baca orang kata ganglion nie jelly tapi bila aku pegang tak rasa macam jelly pun hehe. Keras semacam ja. Aku ingatkan tulang, that's why sebelum nie aku buat endah tak endah ja dekat dia heee >.<
Ganglion ni merupakan gejala di mana ada bengkak yang dihasilkan oleh tisu dalam mana² anggota badan terutama pergelangan tangan dan kaki. Tisu yang diberi nama synovium berfungsi sebagai lubricating fluid untuk wrist dengan ankle.
Ayat atas tu aku copy jaaa. Hehehe. Aku sebenarnya tak berapa tau sangat pasal ganglion nie sebab kebanyakannya blog dari indonesia. Kemain tau dak aku baca blog indonesia. Berpinau mata den nak paham menda yang dia cakap tu heeeee.

Nak tahu lebih pasal ganglion nie, pergilah jumpak dokter ihiks. Aku nie lemah sikit nak jumpak dokter nie. Trauma. Trauma apa pun aku taktau la weh haha >.<

Okey lah. Chaw. Selamat berpuasa. Selamat malam juga. Assalamualaikum.

Wednesday, 3 July 2013

CPUV Yang Ke-9 Dan Ke-10 dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari nie hari rabu. Esok hari khamis. Esok sekolah aku buat hari keusahawanan. Tahun lepas dah buat sebenarnya tapi ntah la kenapa tahun nie buat lagi. Maybe sebab tahun nie pengetua baru. Maybe. Tapi bagus jugak depa buat lagi sebab tahun lepas aku tak p punggg. Aku demam. Rugi sepuloh hinggit!

Okey. Aku nak cerita pasal cpuv sebenarnya.

Tadi saja usha usha entri orang dekat dashboard then ternampak beberapa blogger update entri pasal be baru. Mula mula aku relax lagi. Pastu saja usha iklan nuffnang dekat blog aku, kot kot lah ada tanda tanda nak dapat be baru. Ihik.

Bila nampak ja iklan tu, terus aku bukak nuffnang. Semangat gila kan hehe. Mana nak tau iklan tu be baru kan hehe. Aku memang berharap gila dapat be. Dan akhirnya;

Alhamdulillah. Dapat dua be baru n it means blog nie ada 6 cpuv yang on going. Jadi sesiapa yang rajin, tolonglah tekan. Hehehe. Yang tak rajin pun boleh tolong tekan. Takdak masalah. Hahahaha.

Assalamualaikum.


ps : lagi 6 hari lagi nak puasa. hehe :D

Friday, 21 June 2013

Happy Birthday To Me ^_^

Assalamualaikum.
timah suka minum soya,
hari ini birthday sayaaaaaaa.
Amacam pantun guwa? Kehkehkeh.

Hari ini hari jumaat. 21 June 2013. Hari ini umur aku genap 16 tahun. Alhamdulillah.

I think tahun nie lah tahun dimana aku semangat gila tunggu 21 June haha. Tahun lepas aku tak berapa nak excited sangat. Leklek ja. Tahun nie siap mintak hadiah lagi tau. Dari awal tahun lagi aku mintak tau. Hahahaha. Siap bagitau dekat kawan berapa hari lagi nak 21 June. Betapa semangatnya aku.

Tapi kawan aku jahat. Siap kata nak lupa birthday aku bila huhu T.T

Btw tadi aku ada cakap aku mintak hadiah kan. Haaa, aku memang mintak hadiah tapi aku takdak lah mintak ariz lufias ka kete ferari sebijik ka apa ka. Takdak lah macam tu. Aku cuma mintak cekelat ja. Cekelat nano. 8 kupang ja kot. Baik kan aku?

Kihkihkih >.<

And aku taktahu nak cakap nie benda apa. Keinginan mungkin? Keinginan sempena hari jadi. Muahaha.

- samsung s3 mini sebijik
- earning churpchurp and nuffnang naik then leh cashout
- stuff yang cute cute aww
- result mid year yang aku dapat hari tu hanyalah mimpi, boleh? T.T
- konferensi waris dibatalkan. hahaha >.<

Aku ketaq gila nak tunggu ahad nie. Konferensi waris kot. Dah la result tak gempak. Tulah, orang suruh belajaq takmau. Nak online ja keja dia. Amik hang! T.T

'Tuhan kuatkan aku, Lindungiku dari putus asa' - Muhasabah Cinta
Assalamualaikum.

Btw takdak sesapa nak kirim hadiah ka?




I'm waiting hahahaha. Tetiba ja kan :p

ps : Alhamdulillah :)

Monday, 10 June 2013

Dah Setahun Rupanya

Assalamualaikum.

Apa yang dah setahun?

Haaa. Blog aku dah berusia setahun.

Kecoh ja kan haha.

Tak sangka aku dah bersama dengan blog nie setahun. Cepat sangat rasa. Walaupun dah setahun, entri aku masih tak lebih dari seratus. Huhu. Lagi 5 entri baru cukup seratus. Tapi aku nie pemalaih nak mampoih. nak buat 5 entri tu rasa macam kena cat satu bangunan uknow?

Banyak suka duka aku cerita dalam blog nie. Hahaha. Lebih banyak perkara suka sebenarnya. Duka tu adalah satu dua, tak banyak. Boleh bilang dengan jari kaki ja. Hmm. Blogging nie best sebenarnya. Suka dapat hadiah, suka dapat kenal orang, suka dapat follower, suka segala galanyaaaaaaa. ^_^

Entri first aku, First Entry. Ntah la, aku rasa macam malu gila nak baca hahaha. Dengan penuh perasan aku taip entri tu tapi aku rasa entri tu lah yang paling jujur aku penah buat. Hahaha. Paling jujur okey!

Aku rasa sepanjang aku buat blog nie takdak lagi rasanya kena bash ka apa ka. Alhamdulillah. Tapi jangan pulak lepas nie hampa bash aku pulak. Kang tak pasal pasal. Hahaha. Harap lah takkan pernah jadi. Aku bukan kuat sangat nak hadapi semua tu. T.T

Antara template blog aku dulu. Muehehehe.




Aku taktau kenapa aku buh nama kechik. Sampai la aku tak paham haha. Nak kata pendek tak jugak sebab tinggi aku 157cm. Ok, aku tak pasti sangat tinggi aku berapa sebab hari tu ukur tinggi aku 154cm. Aku rasa ada unsur penipuan masa ukur tinggi tu. Muahahahahah. :p






Terima kasih sebab sudi baca blog aku selama nie walaupun blog nie tersangat sangat lah syok sendiri dan perasan tahap gaban. Terima kasih sekali lagi. :)

Oh ya. Cpuv aku still berjalan. Siap dapat cpuv baru lagi kehkeh. Alhamdulillah. Btw rajin rajinlah singgah blog nie ya. Muehehehe.

Assalamualaikum.


ps : aku dok gila dengaq lagu Istikharah Cinta pulak. hahaha :')

ps : kebelakangan nie aku rasa stress gila. huhu T.T

Thursday, 6 June 2013

Fungsi Facebook Bagi Aku?

Assalamualaikum.

Yeah. Lagi 2 hari ja cuti then sekolah macam biasa. Arghhh. Rasa macam sat ja cuti kali nie. Mau tak rasa sat, dah aktiviti aku 2 minggu nie semua aktiviti melaghakan hahaha. Memang betul betul menghayati 'cuti' :p

Disebabkan semangat nak update blog sedang menggila tapi takdak idea, so aku hentam ja lah idea mana yang terdetik di kepala hotak, aku bedal ja. Muahahaha. Janji blog den update sudah. Kang kalau tak update lama lama, earning nuffnang tak naik pulak. Dah la earning memang ciput ja. Sedih iolls T.T

Okey, kalau hampa tengok tajuk pun hampa dah boleh agak kan apa yang aku nak pungpangpungpang kan? Memandangkan hampa dah tahu, so kita teruskan ja lah tanpa perlu membebel panjang panjang. Hehe. Motif sangat kannn padahal malas nak taip uolls.

1. Main games.
Lepas format netbook nie dulu, satu games pun takdak dalam netbook. Dulu kemain sombong dengan games dekat facebook. Tak best katanya hahaha. Sekarang, hang lah tempat ku lepas keinginan nak main games yang membuak buak. Nak download games masuk netbook, malaihh.


2. Exchange links Churpchurp
Dulu banyak ja orang nak exchange tapi sekarang dah kurang. Bila aku semangat, takdak sapa nak exchange. Bila aku malaih nak bukak account churpchurp, ada ja nak exchange. Haish. akibatnya, earning churpchurp aku dah lama tak naik.

3. Ping entri baru.
Oh ya. Sebagai blogger suam suam kuku, ping blog merupakan perkara yang sangat penting. Lain lah kalau aku nie blogger femes kan, tak ping pun beratus orang mai blog. Den nie kalau ping entri pun belum tentu dapat beratus. Berpuluh pun tak sampai aihhh.

Krik krik krik >.<

4. Tanya kawan something
Nie semua pasal henfon takdak kredit. Kalau ada kredit pun tak guna pongg. Hahaha. Ini semua sebab henfon aku selalu hilang. Pernah sekali tu, tengah malam nak tido, cari henfon merata tak jumpak. Sana tak jumpak, sini tak jumpak. Last last pergi tido tapi mulut tak berhenti cakap;

'eh, mana pulak. tadi aku pegang'

Padahal duduk dalam poket. Dem.

5. Stalk orang.
Okey. Kalau bukak facebook, mesti kena stalk sorang dua. Mesti hokeyy. Ahh, takdak lah. Tipu ja. Kalau aku ada mood, tengah happy, tak tahu nak buat apa, aku stalk lah orang. Selalunya aku stalk blog orang. Hehe, jarang sangat ah stalk fb nie. Malaihhhh ihik.

Okey. Tu ja fungsi facebook bagi aku. Nak mencari kenalan takdak dalam senarai hokey sebab aku tak suka berkenalan. Aku tak suka berkenalan sebab aku nie malaih nak layan. Hahaha. That's why aku suka letak off chat padahal dok best main game marketland. Ihiks.

Apa fungsi facebook bagi hampa?

Assalamualaikum.


ps : aku nie asyik malas je kan. nasib baik bila dekat sekolah rajin. rajin nyembang hehehe >.<

ps : ingat nak join DiGi WWWOW yang under 16 tu tapi ada ke yang nak undi aku setiap hari. huhu. hadiah best kottttttttttttttttt T.T

ps : nanti aku join, undi aku naaaa. undi tau tau tau tau tau


'Panggggggggg' - kena tampar


T.T

Thursday, 30 May 2013

Kenapa Aku Jarang Join Contest/Ga?

Assalamualaikum.

Amboi, sombongnya tajuk. Hahahaha.

Lawak ka? ._______.

Okey. Mood hari nie tak berapa nak okey. Sedih. Earning churpchurp takmau naik. Dah tu, zaman bila aku boleh cashout kalau camtu huhu. Sedih betul. T.T

Nuffnang pun baru ada tujuh hinggit. Lagi sedih T.T

Okey.

Sekarang nie banyak kan blogger yang melangsungkan(dah macam melangsungkan perkahwinan haha) giveaway, segmen, contest and whatsoever. Tambah pulak sekarang nie time cuti kan, memang berlungguk ah giveaway, segmen, contest. Tapi hampa perasan tak yang aku jarang join semua tu. Nampak takkkkkkkkk?

Ada sebab hokey aku tak join semua tu. Bukan tak join, jarang join. Btw eh, aku tak kata kat sapa sapa okey. Jangan nak booo aku pulak lepas nie ya.

1. Kena tag orang.

'kalau tag orang, peluang nak menang lebih besar!!'
Aku benci betul ayat tu. Hehehe. Dah tu siap cakap -> wajib tag sepuloh orang, kalau tak penyertaan anda tak dikira.

Demm. -_-'

2. Kena follow twitter, blog, instagram, facebook whatsoever.
Arghh. Aku tension betul lah benda benda nie semua. Tau lah hampa nak bagi hadiah tapi agak agak lah nak bagi syarat pun. Nie nak bagi topap 3 ringgit untuk sorang pun suruh follow macam macam. Kalau bagi camera ka phone sebijik takpa lah jugak! Nak suruh follow boleh ja tapi tengok lah hadiah yang hampa bagi.

3. Takut contest/ga dibatalkan.
Nie yang paling aku tak suka nie. Kalau kena tag, follow orang okey lagi. Nie kalau dah masuk bab macam nie, memang aku tak puas hati. Nak unfollow balik sponser, penganjur dah delete entri. Hehehe. Tambah pulak sekarang banyak kes kes macam nie, tu yang membuatkan aku takut nak join tu.

Itu lah sebab kenapa aku jarang nak join contest dan ga. Hadiah best tapi bila tengok syarat. Hmmm -_- . Btw entri nie macam nak ajak bergaduh ja kan. Sori kalau ada sesapa yang terasa ka apa ka. I'm sori. Mood aku tak berapa nak baik sekarang. huhu. I'm sori na?
ada lagi satu, solat.
Assalamualaikum. Selamat petang. 

ps : lepas nie, kalau aku buat ga, mesti takde sapa nak join. wkwkwkwkwk >.<
ps : mood tak okey tapi gegeh nak update entri. sebab tu nampak macam entri marah marah tu >.<