Friday 28 December 2012

I'm Back

Assalamualaikum.

Long time no updates en. Bila dah lama tak update, otak pun tepu. Setepu tepung gandum yang tepu. Haha. Okey. Aku merapu. Ekceli, sebelum nie aku dah buat dah entri schedule(schedule sebab aku nak pergi jalan jalan) untuk tatapan hampa tapi ntah cemana aku lupa tekan publish. Beria ria lah aku fikir, apa yang hampa komen, berapa banyak komen. Last last lupa nak publish. Syabas Anis syabas!

Okey. Disebabkan aku masih dalam proses mencairkan otak yang tepu nie, maka semakin kuranglah entri dalam blog yang comel gila gila nie. Ehem. Blog yang agak comel nie. Lagipun dah nak bukak sekolah dah kan. Aku pun dah berazam nak kurangkan sikap menghabiskan masa berfoya foya bersama netbook. Mohon percaya. Hahahaha xD

Enjoy beno kucing nie tido. hang tengah poco poco ka kucing?
Rasa macam sat ja cuti. Kan best kalau pihak yang berkenaan tambah cuti lagi 2 bulan. Hehehe. Kemon kemon, nie la perangai budak sekolah, bila dah cuti nak pergi sekolah, bila dah sekolah nak cuti. Adoi.

Assalamualaikum.

Goodbye holiday, hi school.

Wednesday 19 December 2012

Result PMR aku?

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku malas nak cakap banyak banyak sebab aku tak dapat 8A. Tapi disebabkan dulu aku pernah cakap aku akan share walaupun result teruk, jadi dengan rela aku share. Huhuhu.

Serius, dalam hati aku takde perasaan kecewa, sedih ka apa ka. Yang ada cuma gembira dan terkejut. Gembira teramat sangat walaupun aku tak dapat 8A. Tapi aku bersyukur sebab lebih baik dari result trial yang super duper teruk tu. Ada D dalam result trial aku. Spoil sungguh >.<

Nak dijadikan cerita time cikgu panggil nama aku, aku buat derk ja. Sampai cikgu tanya 'Anis Farhana nie takmai lagi ka'. Aisehh, buat malu jalah hang nie Anis. Dengan muka yang jelas gelabah, aku pun angkat la tangan aku. Huhuhu.

Balik dari dapat result PMR terus aku ngap mee kuah sampai habis. Telan chocolate Cadbury pastu ayah aku buat balik pulak laksa dengan ABC. Hahaha. Konon konon seminggu takdak selera sebab stress. Hahah. Auta lebih. Haih, baru semalam aku rancang taknak makan banyak konon konon nak diet. Haktuii la Anis.

Oklah. Malas rrr nak cakap banyak banyak. Idea pun dah takdak. Mood nak tulis entri pun dah hilang. Bawah nie result aku >.<
















Result trial PMR - 1A tutt tutt 1D.
Result PMR - 6A 2B.
Konon konon nak buat suprise. Suprise la sangat kan huh tapi Alhamdulillah, banyak peningkatan. Banyak sangat peningkatan walaupun aku study last minute. Sejam sebelum start exam baru kalut nak baca pastu menyesal. Boo Anis boo. Jangan ikut perangai akak yer adik adik sekalian. Rugi 2A xD

Assalamualaikum :)

ps : gila teruk trial aku. tulah, orang suruh baca buku takmau!

Tuesday 18 December 2012

19/12/2012

Assalamualaikum.

Itu tarikh esok. Bila dengar ja tarikh tu, rasa macam nak demam dan keajaiban telah berlaku pagi tadi, aku bangun awal. Bangun bangun terus mandi tanpa banyak songeh. Sesuatu sangat haha ekceli aku bangun awal sebab sakit perut. Lol >.<

Disebabkan aku tertekan pasal esok jadi aku sengaja membusy kan diri. Jadi, header baru dah tercipta! Ingat nak tukar header dengan navi. Navi sekarang nampak macam besar sangat. Tak comel tak comel*geleng sambil menggerakkan jari telunjuk kiri kanan kiri kanan*. Header yang aku buat pagi tadi pun sama ja konsep dengan header sekarang. Bezanya cuma gambar lain ja pun hehe >.<

Tapi lepas dah habis buat header baru, pelbagai persoalan menjelma dalam kepala hotak nie. Esok nak pakai baju apa? Pergi pukul berapa? Nak tunggu dekat mana? Sebelah pakgad? Dalam dewan? Huhuhu. Ekceli 3 nie ja menjelma dalam otak. Hahaha. Ayat pelbagai tu bajet macam banyak sangat kan kan >.<

Kepada batch 97, semoga berjaya mengharungi hari esok. Good luck :D

Doa sebelum amik result:
1.Al-Fatihah
2.Ayat Kursi
3.Al-Ikhlas 7x
4.Al-Alaq 3x
5.An-Nas 3x
Dan berdoa dengan nama Allah SWT dengan rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai muslim. Mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan. InshaAllah kejayaan milik kita semua dengan keizinan Allah SWT.
Assalamualaikum.

ps : doakan kejayaan aku ya. thanks :D

Thursday 13 December 2012

Sebab Kenapa Jangan Klik Iklan Churpchurp

Assalamualaikum. 

Malam malam nie best kan kalau aku buat lawak sikit. Yala, semua orang tension sebab Malaysia lawan ngan Thailand kan. Aku sorang ja macam tak kesah sangat sebab otak aku penuh dengan persoalan pasal result PMR. Meletop otak aku kalau aku dok fikir pasal bola. Nonono, tak boleh berlaku. Kang sapa nak update blog nie?

Oke, malam nie aku nak share beberapa sebab yang aku jumpa dekat blog NIE. Credit untuk dia, untuk dia hey untuk dia*tetiba*. Ekceli, aku betul betul copy paste isi isi dia. Malas ah nak edit edit bagai. Otak dah jem sebab sibuk edit blog tadi. Ahh sudah. Jommmm kita usha sebab kenapa jangan klik iklan churpchurp!

1. Jangan klik iklan Churpchurp kalau hampa rasa hampa nak income blogger tersebut lebih tinggi dari income churpchurp hampa. Takkan hampa tak jeles kalau blogger tu dapat income lagi tinggi?

2. Jangan klik iklan Churpchurp kalau hampa tak tahu yang mana satu iklan churpchurp dalam blog si anon tu. Dah jadi satu hal nak kena cari iklan mana iklan dari churpchurp dan yang mana yang bukan.

3. Jangan klik iklan Churpchurp kat blog hampa sendiri banyak-banyak kali. Jangan hampa tipu-tipu lagi. Ingat pihak Churpchurp tak boleh kesan ker??

4. Jangan klik iklan Churpchurp kalau hampa rasa benda tu menyusahkan diri hampa. Klik iklan boleh, tapi update blog sendiri cukup susah nak buat. Apadaa...

5. Jangan klik iklan Churpchurp sekali. Klik la banyak-banyak kali. Biar blogger tu punya income boleh capai 1 ribu ringgit. Mesti blogger tu happy gila pada bulan sekian-sekian.

6. Jangan klik iklan Churpchurp kalau iklan tu tak keluar kat blog kawan hampa. Yelah, dah blog kawan tu berat semacam. Kena tunggu 1 minit lebih, baru iklan tu keluar. Baik tak payah klik kan?

7. Janganlah klik iklan Churpchurp kat blog kawan hampa tu. Dia dah banyak sangat terima klik. Takut pihak churpchup kata kawan hang buat fraud click pula. Jadi, tak payah klik banyak-banyak. Tak payah klik lagi bagus.

Haaa, dah baca kan. Apa kata hampa tolong aku klik iklan iklan yang ada kat blog aku nie. Hikhikhik*gelak kepit*. Amboi hang anis, pandai naaa. Nak mintak tolong orang terus gelak kepit. Ngada ngada tau noks hahahahhah!

Assalamualaikum dan selamat malam uolss >.<


ps : blog ini akan berubah menjadi biru tak lama lagi. nantikan. zassss, layannnn!*tetiba*

Saturday 1 December 2012

Deejay buat my uncle sentap!

Assalamualaikum.

Aku baru balik rumah. Aku pergi kenduri tadi. Kenduri sepupu. Ekceli, malas nak pergi tapi sepupu kan. Takut kecik hati. Ceh, hang bajet. Dia tak tengok hang pun tadi ==' Hari nie kenduri belah bini dia, esok baru kenduri dia. Bini dia buat kenduri malam malam, dah la buat dekat hotel. Membeku aku duduk dalam air-cond lama lama. Sedih.


Nasi n lauk dia oke tapi makan pakai sudu bak hang. Aku dah la amik ayam yang banyak tulang. Pinggan orang lain senyap ja, pinggan aku ja terlebih meriah. Tingtingting padahal amik ayam seketul ngan nasik ja haha. Bunyi dah macam orang nak berperang kot. Kemain bising. Maklumla budak kampung T.T


Nak dijadikan cerita, time semua dah habis makan, time semua merelax kan diri. Disaat itu jugak deejay berkeliaran mencari mangsa untuk ditemu ramah. Tetiba dia berhenti kat tempat aku makan. Aku dah mula pusing kiri kanan. Nebes bajet dia tanya aku. Tiba tiba kedengaran bunyi,


'Ya, encik nama apa?'


Rupa rupanya dia tanya pakcik aku. Tapi pakcik aku boleh buat muka sambil cuit cuit ayah aku. Ayah aku memilih untuk melarikan diri, membiarkan pakcik aku terkapai kapai seorang diri. Muahahahaha, kejam!


gini rr reaksi pakcik aku hahahaha okay la sopan sikit dari nie :p
Lepas dah habis jawab jawab semua. Ayah aku tanya pakcik aku;
'Hang cakap apa tadi?'
'Aku pun tak tau'
Ish ish. Tapi aku rasa deejay tu patut bagi salam dulu la. Ini tak, main terjah ja. Mana orang tak tersentap + terkejut! Yang ayah aku tau gelak ja. Aku pun gelak jugak sebenarnya. Muahahahahaha! 

Hi December. Bye November.
Assalamualaikum dan selamat malam.