Tuesday 1 May 2018

Procrastinate

Assalamualaikum.

Aku ni kalau tak procrastinate memang tak sah. Dari sekolah menengah lagi, kadang kadang pagi sebelum nak pergi sekolah tu baru nak buat homework dan perangai tu sampai lah ke matrik. Tapi masa dekat matrik okay sikit lah sebab selalunya math ja yang aku lambat buat, yang lain selalunya siap awal(ye ye je ko). Masuk university tak buatlah perangai pagi tu baru nak buat(sebab susah betul nak bangun awal dekat sini awat taktau) tapi malam sebelum due date baru kalut nak buat. Pastu stress sorang sorang.

Macam sekarang ni, aku tengah stress buat slide untuk presentation esok. Yes, slide ni dia suruh buat dari zaman bila tah tapi aku baru nak buat harini. Dah la aku cuti dari hari jumaat haritu tapi baru harini ada kesedaran nak buat. Why anis? Dah la subject sejarah falsafah yang literally aku tak faham langsung part falsafah tu, aku faham part sejarah ja T.T

Haritu lagi lah, hari isnin/selasa macam tu dah nak start buat slide, tengok tengok group aku present khamis minggu depan. Haa rabu malam minggu depan tu baru nak buat, stay up sampai pukul 5 buat slide. Nasib kelas pukul 9 pagi tu cancel, kelas pukul 12 pun cancel, kalau tak sumpah barai. Tapi masa dengar present group lain pun memang aku dah barai dah. Orang tu cakap benda lain, aku faham benda lain...
Selalunya i'll do it tomorrow lah, pastu tak buat buat jugak tampaq satgi

Okay lah, nak turun beli makan. Pastu nak sambung buat slide plus siapkan laporan. Please lah stop procrastinate anis, penatlah macam ni. Setiap hari anxious assignment tak siap tapi tak buat buat pun. Bye assalamualaikum.