Wednesday 28 November 2012

Tips nak jadi comel macam orang Korea!

Assalamualaikum.

Siapa yang taknak jadi comel n cantik kan kan esp perempuan. Perempuan mempunyai hati yang sangat sensetip dengan benda benda macam ni. Mesti ada rasa jeles walaupun sikit en kalau orang tu puji orang lain. Contohnya macam ni rr;
Minah: Eh, comelnya hang Senah. Hang pakai produk ap . Simplyapantah*aku lupa* ka?
Senah: Eh eh, mana ada comel. takdak aih, aku tak pakai apa pun hikhikhik.
Emah: (Dalam hati 'aku ni hang takmau puji ka. wehh, puji la aku')
Tips yang aku bagi nie tak perlu nak habiskan duit banyak banyak nak buat pembedahan, nak pakai susuk emas, perak gangsa bagai. Tak guna duit langsung. Tips yang aku bagi nie hanya perlukan masa hampa ja dan memerlukan otak untuk memilih nak baca ke idok entri merapu nie. Hahahaha :p


1. Cakap hampa comel lebih dari 40 kali.
Orang cakap kalau kita cakap sesuatu benda tu sampai 44 kali, dia akan jadi kenyataan. So, apa lagi. Aku comel, aku comel, aku comel, blablabla...

2.Duduk depan cermin dan buat aksi comel.

Hampa buat lah aksi yang hampa rasa comel. Nak buat mulut mc 5 day pabenda tu ka apa ka. Hampa buat ja. Kot kot lah lepas buat tu tetiba ja jadi comel macam Yoona. Siapa tahu hehehe. Tapi kalau tetiba mulut hampa kejung pasal buat mulut sore eyes mc 5 days tu jangan cari aku pulak ok bhahahaha :p

3.Sentiasa senyum dan ceria.

Invincible Youth adalah contoh yang terbaik. Comel ja tengok depa dalam tu walaupun kena buat macam macam aktiviti yang selalunya orang cakap 'budak comel mana buat kerja camtu'. Itu tidak benar ya. Sunny still comel walaupun kena tangkap ketam kat laut. So, apa alasan anda nak mengelat takmau buat kerja konon konon kecomelan akan terhakis. Eh eh, yaka terhakis. Haha, maaflah sebulan tak belajar bm. Hehehe :p

4.Pakai topeng artis kegemaran.

Yaa, ini adalah jalan yang terbaik kalau nak comel dengan cepat. Kalau nak guna gambaq Aaron Aziz, maaf tak boleh sebab Aaron hensem la jugak walau aku tak minat dia haha.

5.Be yourself.

Comel ka tak comel ka. Itu tak penting. Kalau hampa nak comel semata mata sebab laki. Janganlah. Kalau dia nak kat kita, dia akan terima kita seadanya. InshaAllah. Jangan risau. Aceeee, Anis tetiba jadi penasihat cinta padahal tak pernah pun bercinta wahahaha.

Itulah tips tips yang nak jadi comel. Ada yang boleh guna ada yang tak boleh guna. Hahahaha. Tapi yang ke-5 tu hampa memang kena guna. Be urself, jangan jadi orang lain.


Assalamualaikum. Selamat malam.

ps: kalau dah comel, teringin pulak nak jadi glemer? boleh tengok SINI cara nak glemer.

Monday 26 November 2012

Story disiang hari!

Assalamualaikum. 

Ekceli, aku takdak apa pun nak cakap dekat sini tapi kesian tengok blog nie dah seminggu tak terupdate. Huhu. Nak buat macam mana, tuan blog pun dah macam ular kena palu (ntah betul ke idok peribahasa nie. hentam sajalah). Lama betul aku tak perah otak cari idea dan kawan aku ada bagi idea tapi malas doe aku nak cari isi. Huhuhu. Nasib baik time PMR aku rajin, kalau idok tak terjawab aku. Ngehngehngeh :p

Btw aku dah tukar header. Aku selalu tukar header kan. Maaflah, tak menahan kot tengok doodle comel yang aku tempah dekat Munirah dibiar begitu saja. Hikhik, jadi header baru telah tercipta. Hikhik. Gelak sebentar sebelum mula ayat baru >.< Memang tempah sebab nak letak kat header tapi tak sangka aku tak dapat megawal diri lalu cipta header baru secepat yang mungkin. Baru dapat doodle semalam, dah buat header baru. Cepat gila. Bajet nak tunggu 3 hari lagi tapi nafsu mengatasi segalanya. Ngehngeh. Gelak lagi*aku rasa ada yang kena tendang satgi* 

Header fatin liyana telah menjadi inspirasi kepada aku untuk mencipta header baru sebab aku rasa header kak fatin style gila dan yang pasti lagi style dari oppa gangnam style. Heyy, sexyy ladyy (kawan aku tau part nie ja, yang lain dia taktau. muahaha!) Tapi, aku tak tiru lah seratus peratus kang orang cakap aku nie copycats, copydog bagai pulak. Ye dak?

Apa pendapat hampa pasal header baru aku nie. Kalau hampa puji, aku bagi eskrem mat kool. Baik puji cepattt. Yayaya, 1067392 orang telah memuji (perasan), anda bila lagi? Haha, itu sahaja yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Btw, skema kuda belang gila ayat hang Anis >.<
Aku mana reti buat doodle doodle segala nie, yang nie pun main tarik tarik ja nie. Nasib baik ada rupa orang sikit sikit. Hahahahaha! Tapi tulah, kesian tengok. Tudung kembang kat tepi, tangan sebelah pendek sebelah panjang. Muka senget, jari jemari takdak habih disebabkan main meriam raya haritu. Hahaha kesian gila doe aku tengok hang >.<

Assalamualaikum.

ps : sapa amik PMR. bila eh result keluar? fuhhh fuhhh >.<

Wednesday 14 November 2012

Lukisan dikala bosan sumpah jahanam ~

Assalamualaikum.

Fuhhh, lama beno den ber'hiatus' kan. Kehkeh. Semenjak dua menjak nie penyakit pemalas makin menjadi jadi. Malas nak fikir, malas nak update blog, malas nak makan, malas nak mandi. Semuanya malass. Haaa , kemain teruk malas aku nie. Muehehehe! Tapi, letak link blog aku dekat komen orang dekat group blogger den rajin. Rajin sangatt. Sampai kadang kadang takleh komen, kena block! Geram aku!

Ahh, sudah. Ter'merapu' pulak. Tengok tajuk balik tengok tajuk balik. Haa, walaupun tajuk macam ntah apa apa, bengong bengong sikit tapi entri mengandungi banyak isi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Waaa, bahasa melayu sangat! Sebenarnya takdak isi pun, saja nak tunjuk gambar yang aku lukis masa boring boring. Aku harap hampa tak pengsan bila tengok gambar nie. Kihkih.

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
diinspirasikan oleh gambar yang ada kat header aku tu 
Nie yang paling oke + mantap + comel + ohsemm. Yang lain macam @)(%#!%. Ada yang rambut pendek sebelah, kening bersambung dengan mata, mata besaq sebelah(selalunya comel kalau buat macam nie tapi bila aku lukis, hampehh ), tengkuk senget(sumpah lawak bila tengok balik)! Kesian Yui jadi mangsa lukisan jahanam aku. Kalau Yui tengok mesti dia sedih. Hahahahah! =)

Aku namakan lukisan ini 'Yuiapakejadahpandaimaingitarcomelpulaktu'. Oke, nama macam %!()&^$. Emosi aku tak stabil jadi nama yang aku cipta pun tak stabil. Senget sebelah mihmih :p

Hahahaha! *tetiba*

Oke lah, nak chaww. Assalamualaikum.


ps: dari denim tukar jadi simple. perghh. pecah otak beb time edit blog sebab dah lama tak guna simple template. amacam, oke dakk? -_-

ps II: ada orang yang follow aku tapi aku tak boleh follow dia sebab dia tak letak google friend connect tu. haish :\

Thursday 8 November 2012

Hari Terakhir Persekolahan!

Assalamualaikum dan haii semua.
Amacam hampa malam nie, sihat? Aku sihat, Alhamdulillah. Masih boleh melakukan kerja seharian. Masih boleh ngorat orang. Eh eh, maaf. Aktiviti itu tak termasuk yerr. Saya baik orangnya. Kehkehkeh :p


Hari khamis iaitu hari nie merupakan hari terakhir persekolahan aku. Aku orang Kedah beb. Hari jumaat tak sekolah beb. Jadi, jangan ada yang tertanya tanya pulak yerr. Aku tak buat apa pun hari tu cuma ada lawatan ke Kolej Mara Kulim ja. Kolej Mara Kulim ada buat karnival kerjaya. Jadi, aku ambik peluang nie untuk mengaut semua barang barang yang depa letak atas meja. Benda yang takdak kena mengena pun aku ambik hahahahha! Tetambah pulak pen dengan buku nota, ahh, memang den rembat awai awai rr. Kehkehkeh! xD

Time aku nak rembat barang barang free tu, aku malu sebenarnya tapi apakan daya, kata hati terpaksa ku turuti. Amboii, ayat! Memang malu sebab banyak sangat orang. Budak sekolah aku yang paling muda. Budak Form 3. Karnival tu sebenarnya takde kena mengena langsung dengan budak form 3 tapi ntah la sebab apa kami diajak pergi tapi best la sebab ada jugak kenangan yang boleh diingatkan pada hari terakhir persekolahan. Ye dakk? 


Nak dijadikan cerita, aku memang panas sebab ramai orang sangat, tempat pun sempit. Jadi aku dengan kawan aku pergi cari kipas. Bila dah jumpak kipas, aku dengan kawan aku apa lagi, berdiri betul betul depan kipas tu. Pastu ada seorang abang nie bagi kipas tu berhenti dari pusing pusing betul betul depan aku then dia senyum sambil cakap 'panas ye dik'. Terus aku lemparkan senyuman yang suci lagi murni pastu aku bisik kat kawan aku 'jom blah weh jom blah'. Aku dengan kawan aku terus blah. Pastu sempat lagi dia cakap 'tadi panas sangat, napa lari'. Amboii, kemain abang tu perli aku dengan kawan aku. Buat malu ja! Hampehh! Bila jumpa abang tu balik terus tunduk. Muahahaha tak leh blah sungguh.

Itu jelah yang aku nak cerita. Otak dah takdak idea beb. Selamat malam yerr korang semua. 
Assalamualaikum.


ps : kebelakangan nie aku suka update malam malam kan padahal petang petang tak sibuk pun. saja~

Sunday 4 November 2012

Random

Assalamualaikum dan haii semua.

Aku pelik la dengan aku nie. Time aku semangat nak update blog, idea pulak main sorok sorok dengan aku kononnya sweet leteww. Time aku malas nak update, idea mencurah curah bagaikan there is no tomorrow -_-'

Minggu depan merupakan detik yang dinanti nantikan oleh semua pelajar. Yeahh, minggu depan dah start cuti. Aku nie masih pening, aku nak buat apa time cuti nanti. Tido? Online? Join segmen? Contest? 

Ingat nak ajak kawan kawan keluar tapi poket den dah pokai. Adeh. Sungguh menyedihkan. Aku ingat nak amik duit biasiswa tapi kawan aku takmau amik pulak. Malu la nak amik sorang sorang. Oke, itu alasan. Sebenarnya sebab cikgu garang sangat. Suka tanya macam macam. Kalau dia tanya nak buat apa duit tu, aku nak jawab apa? Takkan nak jawab 'saya nak buat joli cikgu. boring ahh duduk rumah time cuti'. Gilaaa! Tak pasal pasal aku di flying kick. Mesti orang tertanya tanya mengapakah budak yang begitu baik dan sopan santun itu di flying kick! Oke maap. Ahh, aku dipersimpangan dilema. Dilema la sangat. Puii la. Heheheh!

Oke lah, aku rasa sampai sini ja entri nie. Esok nak sekolah sudah btw good luck untuk kakak dan abang yang amik SPM esok. Aja aja fighting! Assalamualaikum dan selamat malam.