Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, 6 June 2014

My Feveret Blogger #2

Assalamualaikum dan salam jumaat semua :)

Hari ni aku nak share pasal blog yang aku suka gila gila. Gila gila tu mean hari hari bukak blog dia. Hari hari usha gambaq dia. Sebelum offline mesti bukak blog dia padahal dah agak blog dia takdak entri baru pun. Btw nie masa aku rajin la. Kalau aku dah malaih, blog sapa pun aku tak bukak. Blog sendiri lagi aku tak bukak -__-

Btw hampa rasa pelik tak kenapa ada '#2' dekat tajuk?

Haaa sebabnya sebelum ni aku dah pernah buat entri macam ni. Tapi masa tu aku newbie lagi dalam blogging ni. Hampa paham paham ja lah kan perangai orang baru buat blog(ka aku sorang ja haha lol), yang mana follower dia banyak , yang mana entri dia orang banyak komen, blog tu lah yang aku suka sampai bookmarks penuh satu baris. Fuhh, punyalah bersemangat waja.

But now, aku dah tak berapa heran sangat kalau blog tu banyak follower, banyak orang komen, banyak orang duduk dekat blog dia dalam satu masa, blog lawa ka, blog glemer ka dan bla bla bla. Lani, aku dah tak minat satu satu blog tu secara membuta tuli(hahaha poyo!) tapi blog yang aku suka still blog glemer dan populer hahahaha. Memang poyo la aku ni :')

Dan blog yang aku minat gila gila tu adalahhhhhhh, jengg jengg jengg*ketuk drum*


Aku minat blog honeykoyuki ni dari aku takdak blog lagi weh. Aku pun tak paham macam mana aku blog minat blog ni lama gila tehee padahal aku ni cepat boring dengan blog yang sama. Tapi bila mai tang blog ni, serius aku tak boring malah aku siap ulang berpuluh puluh kali dalam masa sehari hahaha. Gila. Mungkin sebab penulisan fatin liyana ni best dan simple dan mungkin jugak sebab fatin ni lawa ahh aku suka haha. Ok gila lagi sekali. 

Dulu, kini dan selamanya aku suka blog honeykoyuki.

2. Hatim Abd Razak.

Aku jumpa blog nie masa nak baca review novel the perks of being a wallflower. Hampa tau dak, aku dah bukak blog nie berkali kali tapi tak pernah lak aku p baca entri lain selain entri review novel tu. Punya luruih la anis farhana nie haha. Aku nie pun tergerak hati nak baca entri lain bila TERperasan yang dia nie sebenaqnya student medic siap belajar kat ireland lagi. Aku nie pulak memang suka gila baca blog orang yang belajaq kat luaq negara. Gigih gila baca blog nie sampai sakit habih mata aku sobs sobs.

Btw blog nie memang best gila dan aku suka walaupun owner blog ni suka mencarut haha dan kadang kadang tersentap gak la baca entri dia T.T

Dua nie ja blog yang aku suka gila gila. Ada ja blog lain yang aku suka baca tapi dua blog nie la yang paling aku suka. Giteww. Lagipun bila aku baca dua blog nie, aku rasa macam semangat gila. Maybe sebab depa nie dokter kot. Fatin liyana bakal dokter, mari bergebang tu memang dah jadi dokter. Tetiba rasa nak p baca buku biologi. Kbai.

Assalamualaikum.

ps : hampa tau dak, kalau aku dah minat satu satu blog tu, aku boleh baca semua entri dia dalam masa sehari ja. siap boleh ulang tanpa jemu. tudiaa, semangat tahap takleh blah.

pss : ni draft dari tahun lepas weh. tahun ni baru nak publish hahaha gelong la anis ni :')

psss : hampa perasan dak tajuk blogger tapi dok cerita pasai blog hahaha dah napa hang anis farhanaaa??

Saturday, 9 November 2013

Entri Sebelum Pergi Kem

Assalamualaikum.

Hola hola. Esok aku dah nak pergi kem dekat D'Omland, Sungai Petani. So, sapa sapa yang duduk dekat dekat situ, meh la jenguk aku. Wakakaka. Aku nie kan makin nak dekat hari pergi kem makin aku rasa macam serba tak kena, gundah gulana. Ntah la kenapa. emosi tak stabil barangkali sebab tu mengada tak tentu hala bajet macam kena pergi kem setahun tak balik padahal 3 hari ja(mohon baca dengan 1 nafas wakakaka).

Tapi bukan itu motif aku update blog malam malam nie. Aku sebenarnya update blog sebab nak mintak pertolongan hampa semua mihmihmih. Aku sebenarnya nak mintak tolong hampa click iklan iklan nuffnang yang berselerak dekat blog aku nie hehehe. Lagi RM4.01 yang aku perlukan untuk membolehkan aku cashout tanpa rasa bersalah hahahaha. 

Nama 'kkmjong' tu macam pelik kan? Aku pun tak pasti apa yang aku fikir time tu >.< Btw kalau hampa dah click, sila komen ya sebab senang nak terjah blog hampa pulak hehehe. Tapi mungkin lambat sikitlah aku terjah blog hampa sebab aku rasa lepas balik kem aku cari bantal dulu hikhikhik. 

Oke lah. Chawww dulu. Beg nak pergi kem tak siap kemas lagi wehhh >.<

Assalamualaikum.



ps : boring kan entri nie. aku sendiri pun menguap bila baca. huarghhhhhh. 

ps : Alhamdulillah. dapat 1 lagi cpuvDarlie Expert White. aku pernah la try pakai ubat gigi Darlie Expert White tapi gigi aku tak putih pun sobs sobs. sedih gila. disebabkan aku mengalami kesedihan yang melampau, aku mogok taknak gosok gigi sebulan. hahahaha >.<

ktipu ja. babai :)

Tuesday, 14 May 2013

CPUV Kedua, Ketiga dan Keempat dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari nie exam sejarah. Gila payah. Esok pulak exam add math. Sumpah aku tak ready lagi nak jawab add math. Ekceli add math sepatutnya jawab 23 haribulan nie ntah camna boleh terawalkan tarikh tu. Aku pun tak tahu la noks. Harap boleh jawab esok :')

Okey. Tajuk entri nie dah macam tamak pulak. Tak cukup dengan satu, nie sekali 3 letak. Hahaha. Maaf lah. Aku malas. Aku stress dan aku mengantuk. Sangat sangat mengantuk. Nie semua mesti pasal tido lambat nie. Mata aku dah mula sepet sebelah. Haish >.<

cpuv from nuffnang
Alhamdulillah, kebelakangan nie cpuv suka sangat melekat kat blog nie. Tapi aku still tak mampu nak jadi macam bambil atau Nabeel Fikree dan blogger yang lain yang dapat kumpul earning nuffnang sampai beratus beriban*nada mendatar*. Earning nuffnang aku pun ada berapa ringgit ja. Ntah bila la nak naik earning tu. Hmm.

Oh ya. Aku pelik betul la kenapa si nabeel fikree tu gelarkan diri dia bambil. Hahaha. Bukannya apa, first time aku baca dia tulis bambil, mati mati ah aku ingat dia typo. Sambil jadi bambil. Hahahaha. Tapi kini aku telah mengerti. Hahaha. Toksah dok buat buat mengerti sangat la anis hoi :p
kucing tak comel. comel lagi aku. bhahaha >.<
Kalau nampak iklan seperti gambar diatas dekat blog aku nie, sudi sudikan lah click. Hahahaha. Btw safi sari susu manggis adalah produk baru keluaran safi. Kebaikan safi sari susu manggis ialah membantu mencerahkan kulit dan pada masa yang sama ia bertindak membersih tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari.

So, it means safi sari susu manggis nie kiranya membantu mengekalkan kelembapan lah. Haa, gituu. Aku ingat nak beli jugak lah. Nampak best. Dah berapa hari aku tak pakai pencuci muka nie. Kesian muka iolls :D

Assalamualaikum. Gud nite uolls.