Saturday 30 March 2013

Kisah Kpop

Assalamualaikum.

Huhuhu, malunya nak cerita. Rasa macam nak lari satu padang sekolah sambil tutup muka guna karung guni. Okey, aku tipu. Jadah lari sambil tutup muka, dah la sebelah sekolah aku kubur cina.
Okey, mari ke hal yang lebih serius. Dulu aku gila Kpop. Sangat gila. Nampak ja gambar artis kpop terus happy pastu koyak gambar tu then simpan. Okey, tang happy bila tengok gambar boleh diterima, tang koyak gambar tu memang aku takleh lupa. Tak kira lah jumpak gambar tu kat mana mana pun, mesti hati kata nak koyak dan tangan pun menurut perintah. Boleh pulak gitu. Tapi tu semua dulu lah. Sekarang aku dah makin matang. Sikit.

Dulu aku selalu berangan nak jumpak artis korea. Sekarang pun berangan lagi tapi tak macam dulu. Sekarang berangan pun ala ala kadar ja sebab baru nak start berangan, baru teringat kerja itu kerja ini tak buat lagi. Cis, kacau line betul. Baru nak teringat abang korea kiteww. Tskk tskk T,T (ya Allah, gediknya)

Dulu aku teringin nak pergi korea(sekarang pun teringin cuma tak gila macam dulu). Siyes, sungguh sungguh nak pergi. Kalau kena pergi menapak, aku sanggup. Tapi sekarang, aku tak sanggup nak menapak pergi korea. Baik aku menapak masuk tido. Lagi best. Boleh mimpi abang kai, takpun mimpi abang nichkhun. Mohon muntah hijau, muntah pelangi pun boleh. Apa salahnya. Okey, otak dah start nak gelong. Tak cukup tido la katakan (tak cukup ke terlebih??).

Dulu aku sanggup habiskan duit 4 ringgit semata mata nak beli buku epop. Start form 3 satu buku epop pun aku tak beli sebab aku rasa membazir. Internet kan ada, buat apa susah susah beli buku(bankrap epop kalau semua peminat kpop perangai macam aku!) walaupun sebenarnya diri nie tergedik gedik nak beli epop untuk bulan 1 sebab ada calender tapi aku tahan. Mahal woii. Nak dekat 20 ringgit kot. Lagipun mesti kena marah kalau beli. Pot pet pot pet pot pet >.< Tapi ada gambar exo huhu.

Dan lastly,

Dulu aku tak suka kpop. Sangat sangat tak suka. Aku rasa macam depa nie jambu. Jambu batu, jambu air, semua jenis jambu. Nampak tak betapa tak sukanya aku kat kpop. Tapi akhirnya aku gila kpop! Aku pengaruh kawan aku yang suka anime, jepun supaya minat kpop dan akhirnya depa gila kpop lebih dari aku. Aisehh, makan tuan nampak?

lunafly. lagu depa best.
Now, aku bukan anis farhana yang sentiasa tahu perkembangan kpop. Sekarang, kalau hampa tanya leader group 100% pun aku tak tahu. Bukan setakat leader 100%, leader Vixx pun aku tak tahu sapa apatah lagi leader Lunafly. Kalau korang bagi gambar artis kpop then suruh aku teka ahli 100% yang mana, aku tak mampu jawab sebab aku tak tahu muka depa cemana. Yang aku pasti, depa hensem. Ngehngehngeh >.<

Aku bukan tak minat dekat kpop cuma aku malas nak ambik tahu. Haha. Aku still minat cuma tapi tak segila dulu sampai cari biodata bagai. Sekarang aku layan kdrama n lagu kpop je. Dan juga exo dan juga lunafly. Haha gila lunafly pulakkkk.

Assalamualaikum.

ps : perkataan 'dulu aku gila kpop' tu aku tulis dari tahun lepas. dasyat tak dasyat tak. idea tahun lepas, tahun nie baru sambung.

Tuesday 26 March 2013

Habits

motif sangat letak gambar nie. love my blog???
Assalamualaikum.

Okey, homework tak siap lagi dan aku boleh update blog padahal tinggal lagi 4 hari lagi nak sekolah. Nampak tak betapa aku menyayangi blog yang buruknya macam kambing gurun nie. Nampak tak???*tumbuk meja*

Hahaha. Okey aku merapu ja kat atas tu. Petang nie saja nak cerita pasal habit aku. Yeah, habit. Setiap orang ada habit kan. Habit aku mungkin pelik sikit. Sikit ja tak banyak pun. Habit aku tak banyak pun adalah dalam seratuslimapulohjuta. Ktipu. Adalah 2, 3 camtu.

Habit yang pertama ialah tepuk tangan + meja. Bila aku nak cari barang aku suka tepuk tangan. Taktahu lah kenapa aku suka tepuk tepuk. Dari form 1 aku rasa habit nie tapi tak ketara sangat. Masuk form 4 terus jadi teruk lol. Hahahaha. Stress mungkin*konon*

Habit yang kedua ialah suka bau hujan. Ehh, bila hujan ja mulalah tengok hujan pastu bauuuu. Best bau dia. Hampa tahu tak bau hujan camna? Aku nak cakap pun tak reti camna bau dia. Bau Giorgio Armani pun kalah dengan bau hujan tau. Hahahaha, nampak sangat nipunye. Tapi memang best ah bau hujannnn aku ketagih >.<

Habit yang ketiga ialah bila berdiri, kaki suka jalan depan jalan belakang. Masa buat lisan bm hari tu je kaki aku dok diam. Takut dengan cikgu kalthsom kot. Hehehe. Dah berapa kali aku terpijak dan terlanggar orang yang duduk kat belakang aku. Hahaha. Mianhei. Tak sengaja la wehhh.

Habit yang keempat ialah bila duduk(tadi berdiri lol >.<), aku suka goyang goyang kaki. Aku pun tak tahu napa. Bila kaki duduk diam rasa macam tak best gituuu. Haa, pelik kan. Kawan aku sampai pernah cakap "hang tengah tahan kencing ka". Kalau pompuan tegur takpa wehh, nie laki. Laki wehhhh. Betapa aku rasa nak tumbuk muka dia.

Ehhh, ikut suka hati lu ja en. Dah lama hidup ka??*tumbuk dinding* 

Hahaha. Itulah sedikit sebanyak habit aku. Habit yang ntah apa apa. Habit yang selalu memalukan aku. Habit yang errrr ntah la nak cakap apa.

Diamond aku tinggal 5 ja. Nie semua sebab terlalu mengikut kata hati dan nafsu suruh beli stuff yang tak berguna langsung. Ciss, akhirnya aku yang sengsara sebab nak buat balai polis pun tak boleh sebab diamond tak cukup. Dah berpuloh puloh kali pencuri rompak city aku nie. Tapi disebabkan balai polis takdak aku hanya mampu memandang sepi. Sesepi lagu sixth sense. Huhuhuhu motif cerita pasal game nie????

Assalamualaikum.

Friday 22 March 2013

Holiday & Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Salam jumaat semua. Yeah, hari nie dah start cuti bagi Kedah dan... (lupa). Sebagai orang kedah, aku sangat berbangga sebab cuti start awal dan sangat sedih sebab habis cuti pun awal. Tskk tskk. Oh ya, tahniah kepada abang dan kakak yang dapat keputusan yang debombb. Yang tak debomb pun tahniah, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Jangan sedih. Cehhh, aku cakap macam dah amik SPM lol xD

Sebelum aku blah, isikan hari hampa semua dengan amalan amalan hari jumaat :)

Assalamualaikum.

ps : Malaysia kaya dengan cuti. '-'

Sunday 17 March 2013

Blog berwajah baru

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri nie aku post semalam tapi aku mengantuk tahap dewa so tertangguh. Aku malas nak edit entri nie. Sekian. Jemput baca yerrr >.<

Yeah, akhirnya siap jugak edit blog. Sambil dengar lagu bawa kau pergi goliath band punya lagu dan sambil mencekik kacang yang beli kat koop sekolah, sambil buat kerja sekolah agama. Haa, berapa banyak sambil. Semangat tau iolls buat kerja sekolah sambil edit blog. Kelass gitu padahal satu tak masuk otak asyik fikir blog jaa.

Btw haritu aku cakap nak edit warna putih kan, tapi tak nampak putih pun kan blog aku nie. Hahaha. Blog nie jadi pelik bila warna putih so aku pun tambah la warna warna sikit. Header tu pun ada problem sikit, tapi disebabkan malas aku dah sampai tahap dewa jadi aku buat buat tak nampak.

Doodle kat header tu comel kan. aku rembat doodle Yaya Hatsumi. Pandai dia buat doodle comel comel. Aku mana pandai buat doodle, aku tangan keras kot. Yang aku pandai hanyalah merembat doodle orang then edit letak kat header. Itu ja yang aku pandai. Dulu boleh jugak buat doodle nie tapi lepas mouse aku hilang ntah kemana, doodle pun sudah terbang kemana. Sedih cerita nie kan. Huu.

So, apa pendapat hampa pasal design baru nie. Aku harap hampa berpuas hati sebab aku memang takdak mood nak edit balik lol. Kebelakangan nie memang takdak mood nak bukak blog. Blog nie pun aku edit sesimple yang boleh. Simple tak comel tak?

Tukar topik tukar topik.

Kebelakangan nie aku selalu usha Zalora. Pastu dia suruh sign up sign in lantak la apa menda ntah. Aku pun p la sign up/in. Pastu email aku keluarlah rm20 gift voucher Zalora tu pastu aku try la cari barang(ntah benda apantah aku cari, aku rembat ja janji kurang dari rm20), bila dah try tetiba dia error pulak. Ehh, aku tak puas hati. Ehh, apa nie wehh. Aku baca berulang ulang kali email tu, last last aku ternampak;

"Gift voucher valid for 10 days from the date of the email with minimum spend of RM80"

Tetiba aku sedih dengan perangai aku. Tskk tskk T.T

Assalamualaikum.


 ps : bila duit Nuffnang nak naik nie. tskk tskk. sedihnya.

Friday 8 March 2013

Nak RM50 takkk?

Assalamualaikum.

Aku dapat berita terbaek weh. Cuma menjadi top komentator dekat blog Bloggerwanita.com hampa semua berpeluang dapat ganjaran rm50. Ganjaran ini merupakan penghargaan buat pembaca blog Bloggerwanita.com yang selama ini tak henti henti memberi komen dan pendapat.

Siapa taknak kan, aku kena amik duit biasiswa baru dapat pegang duit rm50. Sekarang dah maju wehh, komen ja dah dapat rm50. Sangat sangat mudah ibarat makan sambal belacan di depan tv ja wehh. Okey, aku suka makan sambal belacan, so what?

Tetiba emo haha.

Lupakan. Rm50 boleh beli macam macam kot, baju, seluar and opkos bagi gegurl beli novelllllll. Marilah kita sama sama berganding bahu mengomen blog bloggerwanita dan memenangi rm50! So tunggu apa lagi, komen komen jommm. Aja aja fightingggggggg >.<

Dannn yang terbaekkk lagi, 10 blogger terawal membuat review kreatif pasal contest nie akan menerima rm15. Baik gila yang owner yang anjurkan contest nie.

Assalamualaikum.