Saturday, 30 March 2013

Kisah Kpop

Assalamualaikum.

Huhuhu, malunya nak cerita. Rasa macam nak lari satu padang sekolah sambil tutup muka guna karung guni. Okey, aku tipu. Jadah lari sambil tutup muka, dah la sebelah sekolah aku kubur cina.
Okey, mari ke hal yang lebih serius. Dulu aku gila Kpop. Sangat gila. Nampak ja gambar artis kpop terus happy pastu koyak gambar tu then simpan. Okey, tang happy bila tengok gambar boleh diterima, tang koyak gambar tu memang aku takleh lupa. Tak kira lah jumpak gambar tu kat mana mana pun, mesti hati kata nak koyak dan tangan pun menurut perintah. Boleh pulak gitu. Tapi tu semua dulu lah. Sekarang aku dah makin matang. Sikit.

Dulu aku selalu berangan nak jumpak artis korea. Sekarang pun berangan lagi tapi tak macam dulu. Sekarang berangan pun ala ala kadar ja sebab baru nak start berangan, baru teringat kerja itu kerja ini tak buat lagi. Cis, kacau line betul. Baru nak teringat abang korea kiteww. Tskk tskk T,T (ya Allah, gediknya)

Dulu aku teringin nak pergi korea(sekarang pun teringin cuma tak gila macam dulu). Siyes, sungguh sungguh nak pergi. Kalau kena pergi menapak, aku sanggup. Tapi sekarang, aku tak sanggup nak menapak pergi korea. Baik aku menapak masuk tido. Lagi best. Boleh mimpi abang kai, takpun mimpi abang nichkhun. Mohon muntah hijau, muntah pelangi pun boleh. Apa salahnya. Okey, otak dah start nak gelong. Tak cukup tido la katakan (tak cukup ke terlebih??).

Dulu aku sanggup habiskan duit 4 ringgit semata mata nak beli buku epop. Start form 3 satu buku epop pun aku tak beli sebab aku rasa membazir. Internet kan ada, buat apa susah susah beli buku(bankrap epop kalau semua peminat kpop perangai macam aku!) walaupun sebenarnya diri nie tergedik gedik nak beli epop untuk bulan 1 sebab ada calender tapi aku tahan. Mahal woii. Nak dekat 20 ringgit kot. Lagipun mesti kena marah kalau beli. Pot pet pot pet pot pet >.< Tapi ada gambar exo huhu.

Dan lastly,

Dulu aku tak suka kpop. Sangat sangat tak suka. Aku rasa macam depa nie jambu. Jambu batu, jambu air, semua jenis jambu. Nampak tak betapa tak sukanya aku kat kpop. Tapi akhirnya aku gila kpop! Aku pengaruh kawan aku yang suka anime, jepun supaya minat kpop dan akhirnya depa gila kpop lebih dari aku. Aisehh, makan tuan nampak?

lunafly. lagu depa best.
Now, aku bukan anis farhana yang sentiasa tahu perkembangan kpop. Sekarang, kalau hampa tanya leader group 100% pun aku tak tahu. Bukan setakat leader 100%, leader Vixx pun aku tak tahu sapa apatah lagi leader Lunafly. Kalau korang bagi gambar artis kpop then suruh aku teka ahli 100% yang mana, aku tak mampu jawab sebab aku tak tahu muka depa cemana. Yang aku pasti, depa hensem. Ngehngehngeh >.<

Aku bukan tak minat dekat kpop cuma aku malas nak ambik tahu. Haha. Aku still minat cuma tapi tak segila dulu sampai cari biodata bagai. Sekarang aku layan kdrama n lagu kpop je. Dan juga exo dan juga lunafly. Haha gila lunafly pulakkkk.

Assalamualaikum.

ps : perkataan 'dulu aku gila kpop' tu aku tulis dari tahun lepas. dasyat tak dasyat tak. idea tahun lepas, tahun nie baru sambung.

13 comments:

  1. Idea taHun lepas? AHAHA. Best entry :D

    ReplyDelete
  2. Orang yang matang tak akan fanatik akan sesuatu yang tak berfaedah... Tak kirelah kpop ke blog ke pesbuk ke...

    #ni pendapat saye je =)

    ReplyDelete
  3. @Nur Irdina Mungkin. tapi saya memang tak matang lagi lol. hahaha. saya fanatik main game >.<

    ReplyDelete
  4. akak pun suka Kpop.. ikutla.. drama pun akak suka.. Jpop kurang sikit.. tapi anime ngan drama/movie Jepun memang akak suka sangatla

    tapi Kpop sekarang akak makin kurang.. cuma anime/drama/movie Jepun & Korea tu memang akak suka tengok lagi.. tambah2 anime.. hehe.. tapi akak sekarang suka tengok anime yg boleh bagi pengajaran aje.. bukan semua anime

    ikutla minat kita.. tak payah bash minat orang.. sbb itu diri kita.. asalkan kita jangan minat something sampai tahap yg boleh gadaikan agama kita..

    semua orang ada minat fanatik masing2.. cuma kita sedar atau tak sedar aje..

    :)

    ReplyDelete
  5. belajar rajin2, dapat result gempak dalam spm, pastu apply jpa o mara gi korea! study kat sana!! haha.. lagi best~

    singgah sini

    http://athirahkimeunkyung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. ehh , kita sama laa . dulu shaz pun gila habis dgn kpop nii . start dari tahun 6 lagi dah gila kat kpop tapi alhamdulillah skrg kurengg daa :D ingt study daa

    ReplyDelete
  7. @Haruno Hana 하나 Ya, betul cakap akak. saya sokong 101%. hahaha :D

    ReplyDelete
  8. @nur athirah Fuhhhh, inshaAllah. sedang berusaha :)

    ReplyDelete
  9. @SHazH0NIee Sama la kita. now, tak berapa nak layan sangat. konon. hahaha :)

    ReplyDelete
  10. minat k-pop sbb music tapi xde la hard core sgt..gitu-gitu jer..^_^

    ReplyDelete
  11. Minat K-pop eh? hehe.. akak cuma tau K-pop tu korean pop hihi :P

    ReplyDelete
  12. saya mula2 suka kpop, lepas tu tidak, lepas tu suka lagi, lepas tu tidak.. hipotesis... semakin banyak kpop, semakin malas perangai saya.. hehe... :)

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.