Friday 19 June 2015

Life Update

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kolej matrikulasi kedah yang best sangat tu bagi peluang untuk bermalam di rumah dari 17-20 Jun 2015. Walau cuti sat sangat tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur T.T Hampa tau dak betapa gembiranya aku masa meninggalkan kmk semalam walau hujan lebat nak mamp haha tapi sayangnya esok aku akan kembali ke kmk dan pertama kali merasai puasa tanpa keluarga di sisi. Sangat menyedihkan*menangeh di bucu katil*

So... hidup aku dekat kmk alhamdulillah semuanya okay. Nak kata seronok sangat tu dak la sebab kadang-kadang stress jugak. Punca stress paling utama ialah selalu sesat.

Tetiba aku teringat masa hari kedua dekat kmk. Disebabkan aku second intake so takdak la orientasi semua tu. Memang semalam daftar hari ni aku dah menapak p kelaih. Sangat mengharukan. Aku asyik sesat ja kot weiiiii. Nak p makmal komputer saja sampai 3 4 orang aku tanya termasuk la pensyarah hahaha. Pastu lepaih tu kena p dewan kuliah. Sesat jugak padahal dah lalu sebelum ni haha. Bila dah sampai dewan bukan nak masuk teruih tapi tunggu orang masuk dulu... yeah ada group laki masuk. Aku pun masuk...

Sekali bila dah masuk, dah full dah wei hahahahahaha. Nasib ada tempat duduk sebelah pompuan kalau dak dok sebelah laki la aku. Tempat yang aku dok tu pun... belakang aku laki T.T Nasib lepaih tu aku jumpak kawan dah wei kalau dak tak ketahuan aku sorang sorang haha dah rr kelaih dibatalkan petang tu. Tapi la aku dah cekap dah jalan kat kmk ni. Cakap ja nak p mana, aku boleh bawak hahahaha bajetttttt padahal tak reti aku jalan nak p blok c.

Eh okay lah. Homework bio tak siap lagi ni dah rr esok dah nak balik kmk. Dengan buku rujukan bio takdak, taktau la cena aku nak buat homework ni haih. Kbai. Assalamualaikum.

Ohhhh lupa nak ucapkan, selamat berpuasa :)))

Tuesday 9 June 2015

Kolej Matrikulasi

Tolong tekan, aku merayu T.T
1 , 2 
Assalamualaikum.

Keputusan rayuan matrik keluaq hari sabtu haritu dan Alhamdulillah, aku diterima masuk. Kalau ditakdirkan aku tak diterima masuk matrik, mungkin blog ini masih berulat hmm malaih betui aku nak update blog lani. Pastu bukan setakat blog ja yang berulat, dengan aku aku sekali berulat wei haha dah rr sebelum cuti aku tak p sekolah seminggu sebab takut dengan cikgu sejarah T.T

Eh bukan takut cuma seram. Aku baru masuk kelaih sejarah sari kottt pastu esok tu teruih ada exam. Tak ka terketaq-ketaq aku nak p sekolah huhu. Dengan buku rujukan apa pun takdak wei sebab sebelum ni masuk kelaih sains. Pastu teruih ambik keputusan takmau p sekolah sampai lah ppd keluaq surat boleh pindah p sekolah lama aku. So, mereput la aku kat rumah sambil tunggu kot kot la ada tawaran universiti nak mai.

Tapi harammmmmmm satu surat pun takmai haha.

Mungkin sebab Allah dah tentukan yang aku akan masuk matrik so aku tak dapat tempat lain dan Allah kurniakan aku seorang kakak yang tak menyokong adiknya haha. Kalau aku dapat kak yang jenih support ja aku, mungkin sekarang aku tengah main dengan mesin-mesin T.T

InsyaAllah esok aku p daftar. Yeahhh, 6.6 dapat tau 10.6 kena p daftar dah. Tetiba aku teringat kes picoms haritu haha. Semput gila aku ehemm ayah aku nak siapkan borang-borang dengan nak beli barang dalam masa 3 hari, nasib dah lepaih kenduri kedua-dua belah pihak haha. Dan sepatutnya ada 4 hari tapi hari sabtu, hari tau dapat matrik merupakan hari kenduri belah abang ipaq so kena la p sana. Takkan tak p pulak khenn.

Okay esok nak kena bangun awai. Oh btw, terima kasih kat timot sebab sudi menjawab pertanyaan aku pasai matrik hehehe nantikan kehadiran aku kat sana okayyyy. I miss you. Terima kasih jugak kat kak aku sebab banyak tolong dari pelbagai segi hehehe thank you. Sedih gila takdan nak tunggu hang balik dari honeymoon, sedihnyemm.

Apa-apa pun doakan aku kat sana naa. Aku tak besa dok jauh dari keluarga ni maklumlah tak pernah duk asrama. Klah baiii. Assalamualaikum.

pesanan penaja mak iolls :')

ps : Rayuan matrik keluaq 6.6.2015. Aku punya excited wei pukui 12 pagi aku dah check haha. Bila dapat lagi la excited wei sampai p gerak semua orang dalam rumah sampai depa takleh tidoq haha sorry.

pss : Disebabkan result addmath teruk, so dapat la pdt. Alhamdulillah, tak la semput sangat nanti hehe :')