Monday 29 September 2014

CPUV Nuffnang Yang Ke...

Assalamualaikum.

Lama tak cerita pasal nuffnang kan. Kalau aku gebang pasai nuffnang banyak banyak pon bukan earning aku naik hihi. Tapi saja lah nak cerita memandangkan aku masih berada dalam mood tak sedaq diri walaupun SPM sudah berada around the corner. Ya, aku masih tak sedaq diri walhal result trial SPM sangatlah mendukacitakan sampai bila orang tanya ja result aku jawab dengan muka bengis lalu mendengus kuat.

Dah serupa naga.

Sejujurnya lepaih aku cashout tahun lepaih, nuffnang aku seperti hidup segan mati tak mahu. CPUV pon tak membantu langsung. Nak bantu padia bila earning CPUV yang paling tinggi pon ialah tiga ringgit sembilan puluh pat sen. Sodih. Tapi takpa iolls dah nak habih sekolah, dah boleh keluaqkan duit biasiswa muahahahaha.

Tu pon taktau bila boleh buat keluaq T.T

 aku takpernah nampak lagi iklan ni kat blog aku... 
So kalau hampa ternampak masa hampa tersinggah kat sini, jangan lupa klik tau. Bukan paksa cuma sarankan hikhikhik tetiba gelak kepit. Kepit lah sangat kan padahal tengah baran muehehe.

Oh ya, memandangkan spm cuma tinggal lagi 34 hari, jadi blog ni mungkin akan ditinggalkan buat sementara waktu. Maklum lah banyak nak kena cover. Trial haritu aku redha ja tak baca buku habih kali ni takleh la buat macam tu khenn. Hang tu bukannya pandai anis farhana oi. Btw sebelum spm bermula, aku akan update satu entri. Hahahaha tu pon kalau aku ingatlah.

Ok lah bai. Aku rasa sense of humor aku dah hilang la lepaih demam haritu. Haih batuk pon tak berenti renti. Assalamualaikum.

ps : camana nak exam ni, aku asyik layan Detective Conan ja kebelakangan ni. ya Allah...
ps : result trial SPM dengan trial PMR dah lebih kurang. harap harap result spm nanti pon lebih kurangla dengan result pmr.

Monday 15 September 2014

Timot Oh Timot

Assalamualaikum.

Timot ni manusia tau bukan kuman ka kucing ka kambing ka mahupun tapir. Timot ni sebenarnya kawan yang menceriakan hari hariku di sekolah aww sweetnye hahahaha bodo. Nama sebenar Timot ialah Siti Fatimah Hanim. Aku saja panggil Timot sebab nak anje anje hahaha padahal kat kolah aku panggil timah ja. Ini semua poyo. Timah ni kan perangai dia ya Allah, punyalah sopan santun, jalan kepit, cantik, pandai dan digilai ramai. Bila nampak ja orang yang lebih tua, teroih dia menunduk serupa nak rukuk. Pastu bila tengah bergurau ataupun tengah anje anje, mestilah tertampaq kan hehehe. Tapi bila timah tampaq, serius tak rasa apa.

Serius T.T

Kalaulah perangai dia yang sebenar macam kat ataih ni, alangkah bersyukurnya aku. Tapi masalahnya perangai dia masyaAllah, bertentangan dan tidak mampu ku ungkapkan dengan kata kata. Kalau tak caya boleh tanya atul... Kalau tak kenal atul takyah tanya muahahahaha(dah kenapa doe?). Walaupun perangai dia sebegitu tapi timah ni baik tau. Dia ikut ja aku nak p usha orang, dia ikut ja bila aku tetiba berperangai pelik seperti nak menggunakan jalan jauh menuju ke kelas haha motif sangat khennn. Tapi tulah bila dia tampaq, rasa penampaq dia tu serupa kena tampaq ngan anak gajah okey. Pedih lengan aku T.T

Sebenaqnya tujuan aku dok gebang segala macam pasai Siti Fatimah Hanim ni sebab aku kena paksa blog pasai dia ohoi. Jebon gila perangai timah hahaha. Tau la i glemer pastu nak paksa paksa lak awww nyampah(glemer kee? T.T). Btw i ikhlas blog pasai ag timah sebab ag baik ngan aku... Kadang kadang hikhikhik.
Timah yang pakai tudung pink. Yang pakai tudung hitam tu namanya teah. Teah ni sopan santun dan lemah lembut. Sopan dia yang betul betul sopan tau bukan macam sopan timah. Sopan timah tu palsuuuuu haha sebab ada time yang tertentu ja timah akan sopan. Contohnya bila nampak cikgu dotdotdot yang dianggap seperti mak mertua sendiri wakakakaka. Oh ya, aku tak letak gambaq aku dengan timah sebab aku kan pemalu haha mohon percaya.

Timah ni pun ada blog tau. Nak p blog dia boleh tekan SINI. Aku rasa timah ni buat blog sebab panaih hati aku dok potpetpotpet pasai blog kot kat dia pastu dia pun buat supaya aku senyap dan sekarang aku rasa dia cuba nak lawan dengan aku hahahaha. Baik ag ngaku cepat timah! Kalau betoi, mai kita lawan dengan penuh berhemah meh. Berani nak celen???

Btw timah ni terpilih masuk PLKN tau. Masa mula mula dapat tau dia dapat masuk plkn, jeles gak la tapi kini tidak lagi hahahaha. Aku kini rasa bersyukur sebab tak dapat. Tapi taktaulah panggilan kedua T.T Eh sat, yang check haritu tu kan, untuk semua panggilan ka panggilan pertama ja? Kalau ada lagi mampoih la aku T.T

Okey lah. Tamat sudah kisah timah yang sopan nak mampoih ni hahaha. Walaupun aku suka kutuk dia, tapi aku boring gila tau bila dia takdak. Masih belum sedarkah mu timah, kasih sayang ku padamu tiada batas(muntah). Hahaha baiiiiiiiii semua and goodnite. Assalamualaikum.

Your friend,
anis farhana yang hensem :)

ps : hari ahad ni kena repeat paper biology paper 1 sebab ada seseorang tu dapat 50/50. gila kan? tak pasai pasai aku yang tak tengok langsung soalan spot ni kena jawab balik sobs sobs. dah la aku malaih gila ni nak baca buku time cuti cuti ni T.T
ps : ni yang payah bila beli online ni. niat asal nak beli cleanser ja tapi terbeli dengan perfume pulak. yang paling tak boleh blah ubat gigi pun nak beli online. gilaaaaa. 

Wednesday 10 September 2014

Kenapa buat blog?

Assalamualaikum.

Aku terdetik nak buat entri ni sebab bulan lepas aku ada ternampak blog mana ntah cerita pasal tujuan dia buat blog. Tapi dia masuk segmen la, aku tak masuk segmen tu sebab aku takleh nak masuk blog penganjur... Too young katanya sobs sobs. So aku pun nak syok sendiri lah cerita pasal kenapa aku gegeh sangat nak buat blog. Aku rasa macam pernah cerita dulu dulu tapi aku tetap nak cerita lagi sekali dengan lebih detail giteww hahaha. Well aku kan poyo, normal ah kalau dok ulang cerita basi ni :')

Mula mula buat blog kononnya nak share pasai kehidupan i sebagai budak nak amik pmr lah konon. Konon je lah padahal aku dok merapu apa tah hahaha. Dah la cakap kl memang geli bak hang bila baca balik eww muahahahaha. Aku start cakap kedah dalam blog ni baru ja kot... ntah pasaipa. Tetiba rasa macam bodo gila tulih kl padahal hang orang kedah kot. Pure kedah. Rasa tak syok pun ada gak sebab kedah kan ada loghat dia sendiri, dah kenapa pulak hang nak cakap loghat orang lain kan. Kat kolah kemain bersemboq ayaq lioq cakap kedah, mai kat blog tetiba berkite kite. Sumpah pondan.

Ewah tetiba ada semangat pulun kedah pulun pulak...

Lepas dah berkecimpung selama beberapa hari(hari okey! pondan gila perangai hahaha), i ubah niat... Nak jadi glemer guna blog pulak. Memang aku suka berangan dulu teehee. I amik fatin liyana sebagai idola sebab fatin kan glemer blog dia best kot, siap tengah belajar medic lagi time tu mesti ah pandai gila bagi aku, dah la lawa cantik menarik gila ah. Konon nak jadi macam fatin liyana la tapi aku tak glemer glemer pon sampai lani...

Sian...

Pastu bila dah lama sikit nak dekat 6 bulan kot ntah la, aku terbaca blog namee roslan. Namee cerita pasal nuffnang ala yang entri nuffnang dan rezeki tu pastu dia ada share dia punya earning dalam entri tu, memang buat aku tergamam seketika. Rm909 tu dah lebih dari aku punya duit biasisiwa kot. Memang time tu aku dah set, buat nuffnang dan tunggu jadi kaya hahahaha. Bila ingat balik perangai dulu memang rasa nak pelempang. Tobat la woi hahaha.

BIla dah lepaih fasa fasa gila duit, gila glemer ni... Aku kembali pada niat asal. Niat nak share pasal kehidupan aku walaupun nampak macam syok sendiri. Dah la cerita ntah apa apa hahaha. Tapi memang tu lah niat asal aku dulu walaupun aku tak share sangat pun pasal kehidupan. Lebih pada perkara melaghakan ja hahahahaha. By the way, untuk pengetahuan hampa, fasa gila glemer dan gila duit aku tu berlanjutan sampai habis tahun 2012 ja... tahun 2013 tu kira belen belen dia hahahaha. Tahun 2013 tu dah mula fasa baru sebenaqnya, fasa pemalaih nak mampoih. 

Tiba tiba rasa ngantuk. Pantang sebut malaih mula la nak ngantuk. Ok lah, tak baik tangguh tangguhkan tidoq hahaha pandai hang kan, bila mai tang tidoq tak tangguh, mai tang homework sampai sudah tak buat. Kbai.

Assalamualaikum :)


ps : hari ni blog ni genap 2 tahun 3 bulan woahhhh. aku bangga dengan hang blog. aku ingat tak sampai tiga bulan hang akan dinyahkan sama seperti kakak kakak hang sebelum ni muehehehe tapi hang membesar dengan jayanya. syabas blog omey omey :')