Thursday, 12 April 2018

Review : The Faceshop Herb Day 365 Cleansing Foam (Mung Beans)

Assalamualaikum.

Sejujurnya aku tak reti sangat nak review product ni hehe tapi aku try. Dan sejujurnya aku dah stop guna product ni. Aku guna product ni dalam 3/4 minggu rasanya dan aku dah lupa apa yang cleanser ni buat kat muka aku tapi aku try paksa otak aku ingat hahaha.

Aku taktau nak cakap macam mana pasal texture dia, quite thick, can get a good amount of lather even a pea size. Also it doesnt make my face feels dry after use but i'm not sure if it is suitable for dry skin. Bau pun not bad, wangi but tak kuat sangat bau dia. Tube dia quite big, kadang kadang rasa best sebab boleh guna lama. Tapi kadang kadang tak best sebab besar sangat, susah nak bawak pergi shower, nak letak shampoo lagi, shower gel lagi, hair treatment, ubat gigi berus gigi lagi haa tak pasal aku list barang yang ada dalam bakul kecik aku.

My Review
Aku ada cakap kot dekat entry haul tu yang aku pernah terbaca orang cakap mung beans tu good for acne. Thats the first reason why aku beli cleanser ni, second reason sebab cleanser ni sepuluh ringgit lol. So aku punya expectation agak tinggilah, takda lah tinggi sangat tapi aku expect jerawat kat muka aku kuranglah. At least kurang sikitlah. But no, jerawat aku tak berkurang. Its still there... staring at you :')

For me cleanser ni, rather than matikan/kurangkan jerawat yang sedia ada, dia more to prevent more acne. Sebab aku perasan yang aku takda jerawat baru, tapi jerawat yang memang sedia ada dekat muka aku ni, tak hilang hilang. Aku rasa aku tak boleh la pakai cleanser for acne/blemishes sebab tak bagi kesan, kadang kadang jadi lagi teruk. Dulu aku pakai cleanser for sensitive skin, muka jadi okay,  jerawat pun naik kat tempat orang tak nampak, still tak flawless tapi better lah dari sekarang. Tapi cleanser tu mahal sangat hahaha :')

Okaylah, bye. Assalamualaikum.


ps : haritu aku ada ternampak blogger review blog secara percuma, aku pun bagilah link blog aku hahaha dan dia dah review, bolehlah pergi melawat blog-- Rin Ashrin

Saturday, 7 April 2018

New Obsession

Assalamualaikum.

Aku seorang yang kalau minat satu benda tu aku minat bersungguh. Kalau aku minat something, memang tak tengok dah benda lain hahaha. Sebab tu kalau aku keluar shopping ka apa, aku tak suka sangat keluar dengan parents sebab aku pilih barang lama hahaha because im picky, extremely picky. Kalau barang yang aku nak takda, bad mood satu hari :')

So, kebelakangan ni ada two things yang aku obses gila, firstly kpop hehehe. Aku memang minat kpop lama dah tapi lepas masuk matrik, macam kurang sikit. Lepas habis matrik haritu, entah kenapa jiwa kpopers iolls tetiba keluar hahaha so memang hari hari aku dengar kpop, tengok variety shows kpop, pastu asyik suarakan keinginan nak pergi korea tapi sayang takda duit haha. Ingatkan lepas masuk u macam kuranglah, sekali dapat kawan minat kpop, lol sangat.

Boy group yang aku minat buat masa sekarang ada enam hahaha, dan exo tak termasuk dalam senarai lol. Zaman minat exo dah berakhir haha but i still fangirling kalau tengok kai. Aku minat highlight, btob, ikon, winner, wanna one and bts. Currently aku tengah demam bts hahaha. Aku minat bts awal bulan tiga haritu tapi aku rasa aku dah tengok semua vlive, music video, rip data iolls. Tapi kan aku malu jugakla dengan diri sendiri sebab dulu aku benci tak suka sangat bts, aku siap block/unfollow orang yang post/tweet bts :')

Aku cakap dekat kakak, jungkook sama umur dengan aku, pastu dia cakap awat muka dia ada masa depan tapi hang takdak :')
Actually aku minat bts lepas ternampak video jungkook padahal aku selalu ja nampak video jungkook kat explore tapi aku selalu tengok sebelah mata ja. Haritu ja tah kenapa terbuka hati nak tengok video tu betul betul and that video lead to another video and now i cant stop :') (bias i dalam bts taehyung dengan jungkook!!)

Selain kpop, aku juga terobses dengan fashion. Tapi korean fashion lah hahaha kan tengah gila kpop sekarang. Duit aku banyak la jugak habis beli baju pastu bagi kakak sebab malu nak pakai hahaha. Haritu aku beli sweatshirt, mimpi apa tah teringin nak pakai sweatshirt padahal bukan tak boleh pakai tshirt biasa. Pastu teringin hoodie tapi of course lah tak beli sebab taktau nak pakai bila. Yang tak boleh blah, sebelum tidur aku selalu search taehyung fashion airport, so esok tu pergi kelas acah acah inspired by taehyung tapi of course lah tak sama langsung :')

Okay bye, lepas habis midsem ada test huhuhuhu boleh stop sat dari tengok bts kot. Assalamualaikum.

ps : tulah orang cakap, jangan benci sangat nanti suka hm.

pss : lepas terminat bts, baru wujud toner dalam skincare routine aku padahal sebelum ni acah cakap toner tak penting la apa la. Pastu bila tengok taehyung pakai toner, terus rasa toner is important!! Haha.