Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Result PMR aku?

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku malas nak cakap banyak banyak sebab aku tak dapat 8A. Tapi disebabkan dulu aku pernah cakap aku akan share walaupun result teruk, jadi dengan rela aku share. Huhuhu.

Serius, dalam hati aku takde perasaan kecewa, sedih ka apa ka. Yang ada cuma gembira dan terkejut. Gembira teramat sangat walaupun aku tak dapat 8A. Tapi aku bersyukur sebab lebih baik dari result trial yang super duper teruk tu. Ada D dalam result trial aku. Spoil sungguh >.<

Nak dijadikan cerita time cikgu panggil nama aku, aku buat derk ja. Sampai cikgu tanya 'Anis Farhana nie takmai lagi ka'. Aisehh, buat malu jalah hang nie Anis. Dengan muka yang jelas gelabah, aku pun angkat la tangan aku. Huhuhu.

Balik dari dapat result PMR terus aku ngap mee kuah sampai habis. Telan chocolate Cadbury pastu ayah aku buat balik pulak laksa dengan ABC. Hahaha. Konon konon seminggu takdak selera sebab stress. Hahah. Auta lebih. Haih, baru semalam aku rancang taknak makan banyak konon konon nak diet. Haktuii la Anis.

Oklah. Malas rrr nak cakap banyak banyak. Idea pun dah takdak. Mood nak tulis entri pun dah hilang. Bawah nie result aku >.<
















Result trial PMR - 1A tutt tutt 1D.
Result PMR - 6A 2B.
Konon konon nak buat suprise. Suprise la sangat kan huh tapi Alhamdulillah, banyak peningkatan. Banyak sangat peningkatan walaupun aku study last minute. Sejam sebelum start exam baru kalut nak baca pastu menyesal. Boo Anis boo. Jangan ikut perangai akak yer adik adik sekalian. Rugi 2A xD

Assalamualaikum :)

ps : gila teruk trial aku. tulah, orang suruh baca buku takmau!

Tuesday, 18 December 2012

19/12/2012

Assalamualaikum.

Itu tarikh esok. Bila dengar ja tarikh tu, rasa macam nak demam dan keajaiban telah berlaku pagi tadi, aku bangun awal. Bangun bangun terus mandi tanpa banyak songeh. Sesuatu sangat haha ekceli aku bangun awal sebab sakit perut. Lol >.<

Disebabkan aku tertekan pasal esok jadi aku sengaja membusy kan diri. Jadi, header baru dah tercipta! Ingat nak tukar header dengan navi. Navi sekarang nampak macam besar sangat. Tak comel tak comel*geleng sambil menggerakkan jari telunjuk kiri kanan kiri kanan*. Header yang aku buat pagi tadi pun sama ja konsep dengan header sekarang. Bezanya cuma gambar lain ja pun hehe >.<

Tapi lepas dah habis buat header baru, pelbagai persoalan menjelma dalam kepala hotak nie. Esok nak pakai baju apa? Pergi pukul berapa? Nak tunggu dekat mana? Sebelah pakgad? Dalam dewan? Huhuhu. Ekceli 3 nie ja menjelma dalam otak. Hahaha. Ayat pelbagai tu bajet macam banyak sangat kan kan >.<

Kepada batch 97, semoga berjaya mengharungi hari esok. Good luck :D

Doa sebelum amik result:
1.Al-Fatihah
2.Ayat Kursi
3.Al-Ikhlas 7x
4.Al-Alaq 3x
5.An-Nas 3x
Dan berdoa dengan nama Allah SWT dengan rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai muslim. Mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan. InshaAllah kejayaan milik kita semua dengan keizinan Allah SWT.
Assalamualaikum.

ps : doakan kejayaan aku ya. thanks :D

Tuesday, 25 September 2012

Omo, 2 minggu lagi nak PMR!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah sekian lama aku tidak mengupdate blog aku nie, hari aku merajinkan diri update jugak sebab lepas nie tak boleh online selalu dah. Lagipun, start esok sampai 7 Okt aku ada Gerak Gempur PMR 2012. Haa, nama kemain macam nak pergi berperang ja! Haha. Eh, tapi betul la aku akan berperang. Berperang dengan kertas ujian :)

Lama jugak aku tak update kan. Haha, 4 hari ja sebenarnya. Bajet konon konon sibuk sangat la sampai takleh update padahal setiap hari mengadap netbook yang amat comel nie*kecik sangat*. Kata nak jadi cam Fatin Liyana tapi update blog malas. Dah la aku nie blogger suam suam kuku ja. Jarang update pulak. Perghhh, memang cukup ahh potensi untuk menjadi 'worst blogger'. Oke , melalut banyak banyak pun bukan korang nak baca yedakk. Apa kata kita kembali pada tajuk !


2 minggu lagi aku dah nak PMR. Oh my Gucci! Serius aku cakap, aku masih tak percaya yang 2 minggu lagi aku akan start PMR. Aku belajar berhempas pulas*tangan kat bahu , mata pandang atas* selama 3 tahun dan akhirnya aku periksa cuma 5 hari ja 0_0. Sungguh tidak sangka. Semakin dekat tarikh nak periksa, semakin kerap cikgu cakap cenggini  'awal awal tahun takmau belajar, nak dekat periksa menyusahkan cikgu'. Amboii cikgu, marah ke? Chill la cikgu :')


Disini, aku nak amik kesempatan untuk memintak maaf kepada hampa semua jika sepanjang aku buat blog nie, aku ada buat salah kat hampa. Mungkin aku buat salah tanpa aku sedar. I'm sorry oke. Semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang. Wish me luck! :')

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
Assalamualaikum dan tata!

Thursday, 6 September 2012

Sekadar Entri Ringkas!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ni cuma short entry ja. Kali nie aku takmau taip panjang panjang. Ini disebabkan oleh, aku nak guna otak nie untuk buat kerja sekolah yang berlungguk tu. Haaa, aku ingat makin sikit kerja sekolah bila nak dekat periksa tapi aku silap. Makin banyak adalah! Tapi it's ok laa. Aku kan rajin. Hahaha *kawan aku yang baca entry nie, jangan kutuk kutuk oke :')*

PMR dah tak sampai sebulan dan insyaAllah aku akan kurangkan online. Mungkin start esok. Ohh yaa, nak tanya sikit. Lagu apa yang best erk? Tak kiralah lagu omputih ka, melayu ka, indon ka, korea ka, bangla ja jangan. Hahaha :)

Oke lah. Makin lama duduk kat depan laptop makin banyak pulak idea nak keluar. Saja ja hang kan otak. Nak bagi aku terleka kan kan. Aku nie pelajar cemerlang laa! Tak akan tergoda dengan benda benda cenggini, wahh gituuu hahaha. Oke lah, good nite korang semua. 

Assalamualaikum dan tata! 

Saturday, 21 July 2012

Trial PMR!


Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Hari nie aku taknak cakap panjang panjang.
Aku cuma nak cakap yang aku akan stop dulu BLOGWALKING & FOLLOW orang.

Trial PMR makin dekat. Lagi 14 hari ja.
Lemah lutut aku bila tengok calender.
Apatah lagi aku nie jenis yang jarang pegang buku. Hurmmm :(

Hari nie aku berazam.

Dan lepas nie, nielah sahabat aku. 


Oke. Tu ja nak cakap. Kalau nak suruh aku follow. Letak link kat bawah nie oke. Bukannya apa, aku nie jenis pemalas nak bukak Cbox. Hehehe :)
Tata :)

Ehh. Kejap. Nak share something kat hampa. AGENDA RAMADHAN.


Barulah boleh TATA! Hehehe :)