Tuesday 27 October 2015

Library

Assalamualaikum.

Kalau ada orang suruh pilih nak study dekat bilik atau dekat library, aku akan pilih bilik walau aku tahu risiko tidoq berdengkoq tak study menanti.

Aku pun taktau kenapa aku takleh study dekat library. Okay, library sejuk ada aircond pastu jauh dari katil pastu dekat dengan koop. Memang purrfect library dekat kmk ni tapi aku takleh... aku tak paham apa pun bila aku duk kat library. Nak buat latihan tu boleh r tapi aku takleh nak fokus. Ha perkataan fokus ni la yang aku nak taip tapi tak keluaq keluaq. Tu yang asyik dok aku takleh aku takleh.

Aku lagi suka duk dekat bilik walau bilik tu tahap kepanasan dia hanya Allah yang tau. Berkuap gila fuh. Nak sketch graph function ja pun tapi tahap berpeluh dia dah serupa aku marathon. Tapi dekat bilik aku lagi fokus dari duk dekat library. Fokus lah sangat hang tu. Boleh pulak study week p baca blog FL dari tahun 2009 pastu p layan cerpen sampai pukui 3 pagi. Tolong r jangan menipu orang wahai anis. Haih.

Kesimpulannya disini saya ingin menyatakan bahawa saya gemar study di bilik. Jadi jangan ajak saya ke library ataupun ke cubic hahahahahaha ok bai. Tapi setiap orang lain lain kan. Ada orang masuk bilik ja dia nak tidoq la dia boring la. So dia kena study dekat library. Anis Farhana kan budak pelik. Masuk bilik tak tidoq, masuk library pulak rasa mengantuk.

K. Assalamualaikum.


Ps : Aku tengah pspm ni. Petang ni exam bi. Doakan aku tak mengarut huhu. Lama wei tak tulih essay cena ni hm.

Thursday 1 October 2015

PSPM

Assalamualaikum.

Lama gila woi tak update blog dah serupa macam nak tinggai teruih blog ni. Hidup dekat matrik ni takdak la busy sangat sebenaqnya tapi aku pun taktau kenapa aku tak update blog haha. Oh ya, aku cakap aku tak busy sebab aku kan dapat pdt so tak kalut sangat, yang pst aku taktau nak cakap cena. Rumate aku sampai tak lekat kat bilik punya gigih study, yang aku pulak asyik lekat kat katil haha lol.

Dan dari situ hampa dah boleh agak result ups aku cena T.T

Tapi takpa, kita pulun time pspm pulak. Tapi pspm dah nak dekat dah woi. 25/26 Oct ni(taktau the exact date) Aku taktau la dan ka dak aku nak cover semua topik. Nasib tak ambik fizik fuh. Ambik bio saja pun boleh fail puii. Tu dalam duk ambik pdt tu yang depa kata belajaq slow tu tapi aku still tak terkejaq haha(sejujurnya sebab malaih. aku malaih nak ligan.)

Okay lah. Cukup lah sampai disini haha penat wei update guna handphone. Aku tak bawak laptop mai sini sebab... aku tak beli lagi laptop hee. Nak p cc semata mata nak update blog memang dak rr. Memang dak! Kbai. Eh sebelum iolls blah p study tidoq(well esokkan cuti), iolls payung satu gambaq ok.

KMK sentiasa dihati... konon.

Kbai. Assalamualaikum.

Friday 19 June 2015

Life Update

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kolej matrikulasi kedah yang best sangat tu bagi peluang untuk bermalam di rumah dari 17-20 Jun 2015. Walau cuti sat sangat tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur T.T Hampa tau dak betapa gembiranya aku masa meninggalkan kmk semalam walau hujan lebat nak mamp haha tapi sayangnya esok aku akan kembali ke kmk dan pertama kali merasai puasa tanpa keluarga di sisi. Sangat menyedihkan*menangeh di bucu katil*

So... hidup aku dekat kmk alhamdulillah semuanya okay. Nak kata seronok sangat tu dak la sebab kadang-kadang stress jugak. Punca stress paling utama ialah selalu sesat.

Tetiba aku teringat masa hari kedua dekat kmk. Disebabkan aku second intake so takdak la orientasi semua tu. Memang semalam daftar hari ni aku dah menapak p kelaih. Sangat mengharukan. Aku asyik sesat ja kot weiiiii. Nak p makmal komputer saja sampai 3 4 orang aku tanya termasuk la pensyarah hahaha. Pastu lepaih tu kena p dewan kuliah. Sesat jugak padahal dah lalu sebelum ni haha. Bila dah sampai dewan bukan nak masuk teruih tapi tunggu orang masuk dulu... yeah ada group laki masuk. Aku pun masuk...

Sekali bila dah masuk, dah full dah wei hahahahahaha. Nasib ada tempat duduk sebelah pompuan kalau dak dok sebelah laki la aku. Tempat yang aku dok tu pun... belakang aku laki T.T Nasib lepaih tu aku jumpak kawan dah wei kalau dak tak ketahuan aku sorang sorang haha dah rr kelaih dibatalkan petang tu. Tapi la aku dah cekap dah jalan kat kmk ni. Cakap ja nak p mana, aku boleh bawak hahahaha bajetttttt padahal tak reti aku jalan nak p blok c.

Eh okay lah. Homework bio tak siap lagi ni dah rr esok dah nak balik kmk. Dengan buku rujukan bio takdak, taktau la cena aku nak buat homework ni haih. Kbai. Assalamualaikum.

Ohhhh lupa nak ucapkan, selamat berpuasa :)))

Tuesday 9 June 2015

Kolej Matrikulasi

Tolong tekan, aku merayu T.T
1 , 2 
Assalamualaikum.

Keputusan rayuan matrik keluaq hari sabtu haritu dan Alhamdulillah, aku diterima masuk. Kalau ditakdirkan aku tak diterima masuk matrik, mungkin blog ini masih berulat hmm malaih betui aku nak update blog lani. Pastu bukan setakat blog ja yang berulat, dengan aku aku sekali berulat wei haha dah rr sebelum cuti aku tak p sekolah seminggu sebab takut dengan cikgu sejarah T.T

Eh bukan takut cuma seram. Aku baru masuk kelaih sejarah sari kottt pastu esok tu teruih ada exam. Tak ka terketaq-ketaq aku nak p sekolah huhu. Dengan buku rujukan apa pun takdak wei sebab sebelum ni masuk kelaih sains. Pastu teruih ambik keputusan takmau p sekolah sampai lah ppd keluaq surat boleh pindah p sekolah lama aku. So, mereput la aku kat rumah sambil tunggu kot kot la ada tawaran universiti nak mai.

Tapi harammmmmmm satu surat pun takmai haha.

Mungkin sebab Allah dah tentukan yang aku akan masuk matrik so aku tak dapat tempat lain dan Allah kurniakan aku seorang kakak yang tak menyokong adiknya haha. Kalau aku dapat kak yang jenih support ja aku, mungkin sekarang aku tengah main dengan mesin-mesin T.T

InsyaAllah esok aku p daftar. Yeahhh, 6.6 dapat tau 10.6 kena p daftar dah. Tetiba aku teringat kes picoms haritu haha. Semput gila aku ehemm ayah aku nak siapkan borang-borang dengan nak beli barang dalam masa 3 hari, nasib dah lepaih kenduri kedua-dua belah pihak haha. Dan sepatutnya ada 4 hari tapi hari sabtu, hari tau dapat matrik merupakan hari kenduri belah abang ipaq so kena la p sana. Takkan tak p pulak khenn.

Okay esok nak kena bangun awai. Oh btw, terima kasih kat timot sebab sudi menjawab pertanyaan aku pasai matrik hehehe nantikan kehadiran aku kat sana okayyyy. I miss you. Terima kasih jugak kat kak aku sebab banyak tolong dari pelbagai segi hehehe thank you. Sedih gila takdan nak tunggu hang balik dari honeymoon, sedihnyemm.

Apa-apa pun doakan aku kat sana naa. Aku tak besa dok jauh dari keluarga ni maklumlah tak pernah duk asrama. Klah baiii. Assalamualaikum.

pesanan penaja mak iolls :')

ps : Rayuan matrik keluaq 6.6.2015. Aku punya excited wei pukui 12 pagi aku dah check haha. Bila dapat lagi la excited wei sampai p gerak semua orang dalam rumah sampai depa takleh tidoq haha sorry.

pss : Disebabkan result addmath teruk, so dapat la pdt. Alhamdulillah, tak la semput sangat nanti hehe :')

Monday 4 May 2015

Form 6

Assalamualaikum.

Aku ada sebut dekat entri lepaih yang aku tak dapat matrik. Yeah, aku rasa sedikit sedih walaupun memang dah agak tak dapat matrik sebab... adala sebab dia. Tapi tulah, sakit hati kot kena tolak hahaha. So, bila tak dapat matrik, aku dapat form 6. Alhamdulillah.

Btw dengaq cerita ada orang tak dapat dua-dua, sedih gila wei kalau camtu.

Walau bagaimanapun, aku berasa sedikit stress lepaih semakan untuk ke tingkatan 6 keluaq. Serius, stress gila sampai jerawat tumbuh mencanak kat dahi dengan pipi haih. Stress sebab aku dapat aliran sains yang orang kata payah gila sampai boleh pecah kepala tu haaa. Pastu dapat sekolah cina pulak tu. Sekolah cina wei sekolah cina. Seumoq hidup aku, aku tak pernah sekelaih dengan orang cina kot pastu tetiba nak p sekolah cina haha. Taktau la cana nak survive nanti.

Dengan segala benda fizik, kimia, biologi tu haram aku tak ingat apa. Aku baca orang kata form 6 ni, subjek sains spm kena strong... aku pulak tak berapa nak strong weh, C D berderek nak strong pabenda huhu. Nak tukaq aliran sains ke kemanusiaan macam... takmau. Berlagak gila khenn haha.

Pastu kan aku tetiba rasa macam takmau masuk form 6. Tetiba aku rasa macam aku nak terima ja tawaran ADTEC dengan JMTi(taktau nak pilih yang mana haha), walaupun dapat kos kejuruteraan yang haram aku tak minat langsung tu. Punya takmau p form 6 wei sanggup ambik kos mekatronik pehpehpeh(aku mintak mekatronik sebab kawan aku kata tu kos paling best hehe).

Dah la esok nak kena p daftar form 6 ni hmm. Honestly, i'm not ready yet plus malaih gila tapi sampai bila nak tunggu aku ready kan dan bila masa ja aku rajin haha. Tabah ja la menghadapi segala dugaan esok fuhhhh. Kbai. Assalamualaikum.

Anis bolehhhh! InsyaAllah :')

ps : Kalau tak minat kejuruteraan dah kenapa hang p isi adtec dengan jmti tu huh. Habih 4 lai borang kat hang ja.

Friday 24 April 2015

Picoms

Assalamualaikum.

Hampa terkejut dak kalau ada orang yang ntah dari mana tetiba call pastu tetiba cakap;

Confirm tak ni?

Nak pergi esok atau rabu ni?

Boleh datang esok tak daftar terus?

Pabenda ni wehhhhh aku dok kat kedah kot pastu tetiba hang nak suruh aku p kl malam ni tanpa persediaan pastu esok tu teruih nak daftar masuk kolej. Gila ok gila.

Lepaih habih cakap, ayah aku bagitau tu dari picoms dan baru aku teringat yang aku ada isi picoms kos dip in mlt dua hari lepaih. Yes, dua hari lepaih dan hari ni aku dapat offer dan esok kena p daftar. I cannot brain this. Dengan barang semua tak ready lagi, fizikal dan mental lagi lah tak bersedia since aku dah berapa bulan terbongkang kat rumah ja. Gila.

Tapi macam salah aku pun ada haha. Aku sendiri pun tau lani dah hujung bulan pat tapi masa isi tu, aku dengan relaxnya tick 'intake april 2015'. Pastu bila orang call tanya nak p ka dak, baru terketaq ketaq hahaha.

Setelah pikiaq masak-masak, takdak la masak sangat sebab aku pikiaq dalam berapa minit ja hehe. Aku buat keputusan yang aku takmau p. Bukan sebab tak minat. Bukan sebab swasta ka apa. Tapi sebab... aku nak p kenduri kakak aku. Yeah, aku takmau la terlepaih kenduri kakak sendiri. Sedih kot takleh p keduri kakak sendiri huhu T.T (dan sedikit sebanyak aku bersyukur tak dapat matrik sebab kalau dapat matrik aku tak dapat p kenduri kak aku dan paling sedih, kenduri kak aku dalam minggu orientasi :'))

Dan lagi satu sebab... baju tshirt blouse whatever aku tak cukup lagi. Banyak lagi weh nak kena beli, dengan duit pun nggak ada dong haih. Pening kepala betui. Tak sangka aku, kolej yang aku saja-saja isi tetiba boleh bagi aku pening kepala haha.

So, bye picoms. Sudah ditakdirkan kita tiada jodoh bersama. Dan kalau ada jodoh pun tak mampu ler iolls nak bayaq yuran sampai 45 ribu haih.

Ok lah, aku dah mengantuk ni. Penat pulak rasa padahal jumpak kawan, makan pastu pusing dua tiga round ja. Mengada sangat haha. Kbai. Assalamualaikum.


ps : Lima haribulan ni dah nak kena daftar form 6. Aku dah la tak ready apa apa lagi ni fuhhh ketaq gila rasa. Dengan segala benda fizik, chemistry, biologi dulu bukannya aku ingat haih. Math lagi omg. Pastu geng pun takdak weh since kawan aku semua dapat form 6 kemanusiaan, tetiba seorang anis farhana sesat dekat sekolah cina disamping best student sekolah haha.

pss : PICOMS - Pusrawi International College Of Medical Sciences

Monday 13 April 2015

Gila Followers

Assalamualaikum.

Masa baru buat blog dulu, aku ni suka sangat follow, blogwalking blog orang. Join segmen tu memang selalu sangat rr. Semuanya sebab nak dapat banyak followers. Malu iolls teringat zaman muda-mudi iolls. Muda-mudi la sangat, 3 tahun lepaih ja kot -_-

Tapi lani aku rasa macam... aku tak berapa nak bagi perhatian sangat la dekat blog, followers semua ni. Sapa yang follow aku pun aku buat taktau ja, dua minggu lepaih tu baru nak follow balik ihik. Dulu kan, aku siap boleh tau sapa yang unfollow blog ni hahahaha. Pastu kalau boleh nak singgah semua blog yang ada sebab nak depa follow blog aku. Saya follow awak, nanti follow saya balik okayyyy. Pffttt.

Sebab dulu aku rasa... makin banyak followers, makin cepat aku femes dan glemer ahaks padahal... malaih aku nak cakap satgi menangeh di bucu katil pulak haha. Btw, duit jugak mempengaruhi kenapa aku dok ligan followers sangat dulu haha. Dulu aku pikiaq followers banyak, duit nuffnang or churpchurp naik. Rupanya pageview la yang tolong wei. Patutla nuffnang aku sendu, pageview pun boleh kira dengan sebelah tangan uolls. Malaih aku nak layan.

Dan di sini aku sertakan... aku pun taktau nak panggil apa. Kronologi? Macam bukan. Apa-apa pun aku nak tunjuk betapa aku gigih meligan followers dulu ahaks. Tapi aku rasa macam tak berapa nak gila followers sangat la sebab followers naik sikit ja hehe.
22.06.2012(selepas 12 hari berblogging) - 63 followers
27.08.2012 - 254 followers
20.09.2012 - 350 followers
20.10.2012 - 515 followers
05.12.2012 - 912 followers
21.05.2013 - 1407 followers (masa ni aku dah mula bertaubat haha)
13.04.2015 - 1967 followers
Wahh dah lama tak guna blockquote. Btw aku rasa kan, kalau aku still dok ligan/gila followers ni, mesti followers dah lebih 2000 kannn hahahaha. Kbai. Assalamualaikum.

ps : Berdasarkan pemerhatian aku, lani orang sibuk dok ligan followers kat ig. Betui dak? Ka bukan?

pss : Pabenda la blog ni, entri tak berilmiah langsung. Sorry, 4 bulan ni aku cuma terbongkang kat rumah, jadi aku hanya mampu menaip entri merapu T.T

Wednesday 18 March 2015

Eww, pink!

Assalamualaikum.

Hampa perasan dak yang entri lama-lama makin berkurang? Takpa, takyah jawab. Aku tau haha.

Okay, pink. Blog aku warna pink. Mesti hampa ingat aku suka warna pink kan? Haha sejujurnya warna pink termasuk dalam senarai warna yang paling aku tak suka. Aku rasa macam pink ni lembut sangat la, tak kena dengan jiwa aku. Gitu.

Aku suka warna hijau. Tenang. Damai. Cantik kot warna hijau. Kalau takdak warna hijau, warna biru. Biru pun tenang, damai dan cantik hehe. Warna putih pun cantik. Ah banyak sangat warna aku suka tapi yang pasti bukan warna pink. Dan oren. Dan kuning. Tapi aku ada baju warna kuning, terang lagi tau haha.

I used to like pink, but I don't anymore. Yeah, masa zaman hinguih(buruknya haha ok hingus) dok meleleh, semua nak pink. Seluaq pink, baju pink, beg pink, kasut pink, tudung pink, getah rambut pun nak pink jugak. Serius. Siap pink terang lagi tau bukan yang pudaq pudaq tu haha aku taktau la nak panggil warna apa. Soft pink? Fuschia?

Serius aku macam tak sangka aku pernah gila warna pink sampai macam tu. Jalan pun macam jantan tetiba pernah suka warna pink haha I cannot brain this. Dan aku bersyukur Alhamdulillah, masa sekolah rendah aku dipertemukan dengan Ida yang minat warna biru. Kalau dak mungkin sampai la aku dok pakai beg pink haha. Tak pasai pasai aku dicerca oleh si Timot yang macho.

Oh ya, Ida lani dah tak minat warna biru. Dia minat warna purple pulee.

Btw blog ni warna pink sebab aku rasa warna pink ni senang nak edit. Senang tang mana tu aku taktau la tapi senang la haha paham dak. Dan sejujurnya lagi, aku sakit hati tengok blog aku weh pink gila macam blog pompuan yang pompuan gila tu(yang lemah lembut tu). Ingat nak edit jadi warna hijau tapi blog warna hijau tak berapa nak cantik la hehe(atau aku yang tak reti pilih kod kaler).

Zaman dimana minat Kai EXO adalah sesuatu yang sangat cool.
Assalamualaikum.


ps : Masa tulih entri ni aku pakai tshirt pink weh omg omg haha. Konon tak suka sangat puii.

pss : Masa sekolah rendah, aku rasa Ida seorang yang sangat cool. Sebab tu bila aku tau dia minat warna biru, aku sanggup ubah warna kegemaran. Zaman budak budak memang lawak haha.

Tuesday 3 March 2015

Result SPM aku?

Assalamualaikum.

Sejujurnya, result SPM aku tak syok sangat. A pun haihh. C dengan D ja yang berderek so aku malaih nak cakap panjang haha. Tapi aku bersyukur, Alhamdulillah takdak gagal. Aku terima dengan hati yang terbuka. Redha.

Alhamdulillah jugak aku takdak mengalami kemurungan ka gemuruh tahap melampau ka apa masa pagi sebelum ambik result. Alhamdulillah aku p dalam keadaan tenang. Sangat tenang, boleh gelak gelak semua tapi masa nak dapat slip tu memang tak dapat rr aku nak relax kan.

Tambah pulak masa balqis mai mai teruih dia cakap dia dah check guna sms, semua pakat kalut habih haha. Aku pulak asyik pusing kiri kanan depan belakang, ketaq kononnya. Ni semua salah pengetua dengan orang orang kolej semua tu la, cakap banyak gila. Tension aku.

Lepas dah umum semua tu aku kembali tenang dan segan gila nak mamp sebab cikgu panggil naik ataih pentas suruh pegang slip kononnya cemerlang la haha padahal. Waduh waduh kalau aku dapat straight A takdak la segan sangat nak tayang slip weh tapi sayangnya aku tak dapat straight A uolls.

Walaupun begitu, iolls tak melepaskan peluang naik ataih pentas uolls haha bukan selalu woih naik ataih pentas. Rugi ok kalau tak naik hahaha. Nanti boleh la membajet sikit walau result tak tera mana pun hm.

Apa apa pun... terima kasih kepada cikgu cikgu yang mengajaq saya dari form 1 sampai ke form 5. Dan kepada mak ayah yang tak marah walau result agak teruk(betul betul punya teruk tau). Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


ps : Bila bukak ja facebook mesti aku rasa sakit hati hahaha tapi takpa lah tu rezeki depa :')

Wednesday 11 February 2015

19 days to go

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 19 hari sebelum result SPM keluaq, fuh. Nervous. Restless. Ketaq.

Lani bila makan apa apa, semua pun rasa tawaq hebiaq haha. Ketaq la kononnya puii. Aku takdak la sampai jadi macam tu uolls. Nafsu makan aku masih terkawal dan kadang kadang tak terkawal sebab kerja nak makan ja. Pukul 2 3 pagi pun kadang kadang dok merengek lapaq sorang sorang sobs. Berat aku jugak makin naik okay, dulu underweight lani dah normal T.T

Tapi okay la normal.

Dulu masa nak ambik result PMR pun camni jugak keadaan dia haha. Sehari sebelum ambik result PMR, gigih gila aku berjalan dalam rumah sambil berharap esok ambik result dengan badan slim gitew. Tak cukup berjalan, aku berlari lari anak pulak. Dah lepaih lari jalan semua, teruih feeling dah kuruih padahal sama ja takdak perubahan pun haha tension pulak aku.

Dan sejujurnya, masa tu aku tak pikiaq sangat pasai result, aku lebih pikiaq pasai berat aku haha. Masa dok depan pengetua baru rasa nervous sikit, masa dekat rumah dok tension kenapa berat badan naik. Berbeza pulak dengan lani. Lani tak dok depan pengetua pun aku dah nervous, restless dan ketaq gila kot. Kadang kadang sampai dok bercakap sorang sorang, punyalah ketaq :')

Assalamualaikum.


ps : Berat aku naik 3kg. Okay T.T . Tinggi turun 1cm. Tak okay! T.T. Awat lak tinggi aku kurang, ni yang tetiba nak tension tanpa sebab ni. Tapi Alhamdulillah cuma 1cm yang kurang, kalau 3cm tinggi aku dah sama dengan Timot(tak sure lah tinggi timot berapa tapi timot rendah haha. eh timot dah reveal tinggi dia dalam komen haha). Oh please jangan.

pss :
Yeah buku Diagnosis 2 aku dah sampai. Baru baca part FL, tu pun baru dua bab sebab rasa macam malaih pulak nak membaca semenjak habih sekolah ni haih. Masa sekolah pun dah malaih gila ni kan pulak masa dok tengah senang lenang ni haaa.

Sunday 11 January 2015

Kisah Kpop #2

Assalamualaikum.

Tadi bukak facebook sebab rasa macam dah lama tak bukak facebook. Bukak bukak nampak status kawan pasai sekolah, tetiba teringat buku teks sejarah & biologi yang terkepuk dalam almari buku. Taktau la bila nak hantaq. Scroll bawah ternampak status kawan pasai aurat apa ntah, malaih aku nak baca sebab cakap kite kite haha. Scroll bawah lagi nampak berderek tarbiah sentap post pasai kpop. I smell something fishy.

Scroll lagi bawah baru tau punca status yang aku nampak tadi. Kesiannya lambat tau berita panas >.<

Aku tengok gambaq dan video kumpulan korea tu dengan pompuan pompuan tu. Aku tengok video tu sat ja sebab geli terlampau. Aku tengok tang laki tu dekatkan muka dia kat pompuan tu teruih aku rasa geli, teruih tutup. Geli weh sebab dia pakai tudung, baguih tutup aurat. Tak baguih la dok buat perangai macam ni. Mana malu hampa?

Pastu aku terbaca komen, eleh sebab hampa tak dok ataih tu bolehla hampa kata tak elok la apa la, cuba dok ataih tu mesti macam pompuan tu jugak. Eh hello, kita ni pompuan tau. Pompuan yang reti malu tau. Pompuan yang ada maruah tau, bukan yang boleh buat main main tu tau. Bukan senang senang nak bagi orang pegang tau apatah lagi berpeluk tau. Aku minat pun ada bataih tau setakat tengok video depa pastu terkomen depa comey sikit pastu dah.  Eh bencila aku baca komen tu huh. Macam la kita tak boleh pikiaq mana halal mana haram.

Tapi aku taktau la dengan pompuan tu. Mungkin dia seronok sangat sebab bias dok depan mata sampai tak mampu nak kawal perasaan dan diri. Mungkin dia tak boleh pikiaq secara rasional, mana halal mana haram. Mungkin juga dia memang dok tunggu saat tu... pffttt.


Aku scroll naik ataih balik baca apa yang tarbiah sentap post, aku pulak yang sentapnya*menangeh*. Tengok RM sampai tidoq lambat tu sangatlah buang masa, baik aku sembahyang hajat bagi dapat 9A dan dipermudahkan segala urusan. Tengok artis korea sampai dok puji hensem sana comey sini, nampak sangat tak jaga mata. Kan dah zina mata. Astagfirullahaladzim. Dengan gambaq Kai dalam henfon, dengan lagu korea sampai beratus haih.

Mai la kita sama sama berubah menjadi yang lebih baik meh. Dan bagi yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah uolls muahahaha. Assalamualaikum.


ps : aku cari 'kisah kpop' kat google. blog aku paling ataih kot, peh mesti depa ingat aku fanatik kpop haha.

Sunday 4 January 2015

Perubahan

Assalamualaikum.

Harini dah 4 Januari 2015. Cepat ja rasa tengok tengok dah pat haribulan. Mungkin aku habiskan masa dengan benda lagha... sebab tu rasa cepat ja masa berlalu. MasyaAllah. Mungkin lepas ni boleh kurangkan tengok RM, WGM sampai pukul 4/5 pagi. Yeah, aku semenjak habih exam aku tidoq pukul 4/5 pagi. Kadang kadang tu lepaih subuh baru tidoq. Macam mana rezeki nak masuk ni waduhh.

Eh tetiba termelalut jauh pasai takleh tidoq, maafkan iolls. Jadi, perubahan... Apa yang berubahnya?

First, aku dah dah edit blog haha. Walaupun tak nampak perubahan pun(cuma background berubah) tapi kira okay la tu aku edit jugak wahaha. Cuma tulah, aku malaih gila nak buat header baru sebab berbulan bulan yang lalu, ada beberapa orang cakap header ni lawa tehee. Dah orang tu kata lawa, digabungkan pulak dengan perangai pemalaih sejak azali aku ni, so takyah tukaq. Peh, senang hidup macam ni haha.

Second, aku dah edit page 'about me'. Page ni dah lama kot aku tak edit, dari start buat page tu sampailah kelmarin. Malu tau bila tengok page tu, dengan senarai jejaka korea yang aku minat hahaha bodo betui. Dah la dalam page tu aku kata umoq aku 15 tahun mihmih. Teruih nak feeling muda padahal dah tua hahahahuwaaa. Aku dah tua weh, umoq lapan belaih, rasa macam tak percaya... Aku. Dah. Tua.

Eleh, baru lapan belaih kot. Relax, relax.

Third, aku dah mula belajaq bahasa inggeris. Ini merupakan perubahan yang paling besaq sebab aku malaih gila kot nak belajaq masa cuti ni tapi... aku kena jugak berubah, aku kena jugak belajaq bi. Demi masa depan. Cewahhh mihmih. Lepaih beberapa minggu belajaq bahasa inggeris, aku dah mula malaih sebenaqnya. Baca buku boring, jadi kita bertukaq kepada baca blog yeay. So, aku pun bukak la blog anwar hadi dengan vivy yusof sebab depa cakap bi -- yang aku tau la. Lepaih bukak teruih rasa macam nak gila sebab banyak perkataan yang aku tak paham. Kesian sangat tapi aku suka baca blog vivy, best gila weh.

Pastu bukak youtube, cari video anwar hadi. Mula mula fokus gila sampai muka berkerut... lama lama aku rasa... aku tengok mulut dia dok bercakap yang lebih hahaha. Pfftt. Tapi dia cakap fluent gila sampai tak tertangkap dia cakap apa. Dah tak dapat tangkap tetiba tangan aku TERbukak video Mat Luthfi(yaka terbukak ahaks?) tapi buku English Itu Mudah dah duk sebelah. Taktau nak pilih yang mana. At last, i choose video Mat Luthfi, drama-drama sebelum kahwin. Kbai.

Assalamualaikum.


ps : aku taktau kenapa entri aku lani aku suka tulih panjang panjang. dulu pendek pendek ja. perubahan sangat ni.

pss : tidoq lambat sebab terlalu pikiaq pasai result. nasib tak stress.