Sunday, 11 January 2015

Kisah Kpop #2

Assalamualaikum.

Tadi bukak facebook sebab rasa macam dah lama tak bukak facebook. Bukak bukak nampak status kawan pasai sekolah, tetiba teringat buku teks sejarah & biologi yang terkepuk dalam almari buku. Taktau la bila nak hantaq. Scroll bawah ternampak status kawan pasai aurat apa ntah, malaih aku nak baca sebab cakap kite kite haha. Scroll bawah lagi nampak berderek tarbiah sentap post pasai kpop. I smell something fishy.

Scroll lagi bawah baru tau punca status yang aku nampak tadi. Kesiannya lambat tau berita panas >.<

Aku tengok gambaq dan video kumpulan korea tu dengan pompuan pompuan tu. Aku tengok video tu sat ja sebab geli terlampau. Aku tengok tang laki tu dekatkan muka dia kat pompuan tu teruih aku rasa geli, teruih tutup. Geli weh sebab dia pakai tudung, baguih tutup aurat. Tak baguih la dok buat perangai macam ni. Mana malu hampa?

Pastu aku terbaca komen, eleh sebab hampa tak dok ataih tu bolehla hampa kata tak elok la apa la, cuba dok ataih tu mesti macam pompuan tu jugak. Eh hello, kita ni pompuan tau. Pompuan yang reti malu tau. Pompuan yang ada maruah tau, bukan yang boleh buat main main tu tau. Bukan senang senang nak bagi orang pegang tau apatah lagi berpeluk tau. Aku minat pun ada bataih tau setakat tengok video depa pastu terkomen depa comey sikit pastu dah.  Eh bencila aku baca komen tu huh. Macam la kita tak boleh pikiaq mana halal mana haram.

Tapi aku taktau la dengan pompuan tu. Mungkin dia seronok sangat sebab bias dok depan mata sampai tak mampu nak kawal perasaan dan diri. Mungkin dia tak boleh pikiaq secara rasional, mana halal mana haram. Mungkin juga dia memang dok tunggu saat tu... pffttt.


Aku scroll naik ataih balik baca apa yang tarbiah sentap post, aku pulak yang sentapnya*menangeh*. Tengok RM sampai tidoq lambat tu sangatlah buang masa, baik aku sembahyang hajat bagi dapat 9A dan dipermudahkan segala urusan. Tengok artis korea sampai dok puji hensem sana comey sini, nampak sangat tak jaga mata. Kan dah zina mata. Astagfirullahaladzim. Dengan gambaq Kai dalam henfon, dengan lagu korea sampai beratus haih.

Mai la kita sama sama berubah menjadi yang lebih baik meh. Dan bagi yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah uolls muahahaha. Assalamualaikum.


ps : aku cari 'kisah kpop' kat google. blog aku paling ataih kot, peh mesti depa ingat aku fanatik kpop haha.

15 comments:

Aqila Saleha said...

Qyla pun tengok macam tak percaya, nanti apa pula orang luar cakap kat gadis Malaysia ni.

Syaza said...

Rasa geram pun ada dekat pompuan tu. memang laa semua org seronok bila bias depn mata sbb dah lama suka.. tp jgn laa sampai lupa agama.. tapi paling tak tahan bila sebab diorang, kpoper lain turut dihina.. yg post mentarbiah tu tak kesah laa.. ahh biarlah~~ ehh minat kai ? minat exo eh ? :3

Farah said...

Betul cakap Dr. Anwar tu. Kenapa untuk Kpop kadi lupa semua?

Azwar Syuhada said...

Terlalu taksub tu yang jadi begitu. Hurmm..

Nurazlan Azmi said...

ishk..ishkk tak patut perempuan tu bagi lelaki tu peluk dia >,< nampak macam martabat Islam rendah sekarang.

fadh leyanie said...

minat tu tak salah tapi jgn la taksub sangat..ish3

sinuha said...

Hmm, apalah nak jadi sekarang ni. Semoga jadi tauladanlah buat kita semua.

Aina Akmal said...

hahaha. Akak.. Deepnyaa entri ni. Haha.zina mata sungguh cek ni. Huhuhu. T.T. tapi skrang dah kurang bila jarang buka internet. :'D

Mohammad Anuar said...

Terlalu fanatik. hmm

Hidayah Suhailee said...

seriously.. yaya pun terkejut.. mak aii.. diorang taksub sgt sampai lupa sgalanya.. smua tu dah fitnah dunia. ya Allah

Mazni Munawar said...

Kan... Saya pun ada baca tarbiah sentap tu. Bila dia sebut pasal running man dgn drama korea, sentap gilaaa... Paling sentap dgn ayat dia yg "kalau ujian korea pun kita dah kalah mcm mana kita nak tahan dgn fitnah dajjal?" T_T

Anisyamir Leejo said...

sentapp mmg sentap. Sbb itu yg sy buat. nvm. InsyaAllah berubah ke arah yang lebih baik. Ni pun ad update pasal kpop gak ni. hikhik. Jemput singgah XD

(http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/saya-pun-kpoppers-jugak.html)

cEro said...

Walaupun macam tak nak judge lebih, tapi rasanya kita kena jugak dengar cerita dari sebelah budak2 perempuan tu, kan?

Kalau ada yg terpaksa tanpa kerelaan, mungkin (MUNGKIN) bolehlah diterima...
Jangan ada yg seronok plak...hehehe

Sbb cenggini laa aku kureng sket dgn kpop ni...

Anis Ifham said...

tak ambil port pasai hot news kpop yang melanda. heh.

Miss K-POP said...

benci siot dengan gadis tuh .