Thursday 25 April 2013

Hiatus, CPUV dari Nuffnang, Sejarah Kertas 3

Assalamualaikum. Entri nie mengandungi 3 cerita tapi tak panjang pun. :D

Berapa hari tak update. Tak busy pung sebenarnya. Saja taknak update. Biar hampa rindu aku hikhik >.<

Pangggggg!!! *kena tampar*

Okey okey. Taknak tulis statement gedik tak tentu hala macam tu dah. Aku dah insaf. Tskk tskk T.T

12 Mei 2013. Tu tarikh aku start exam mid year. Wohohoho. Ketaq gila. Jadi, aku buat keputusan nak hiatus. Mula mula ingat nak private blog konon konon nak focus study sangatlah. Tapi malas pulak nak private sebab aku nie jenis tak tentu hala sikit. Hahahaha. Kepala angin aku nie bukan boleh kira sangat, kata nak hiatus tapi kadang kadang boleh terupdate blog. Ter okey! Dah la blog nie banyak draft. Rasa macam gatal ja tangan nie nak tekan publish >.<

Dan salah satu sebab aku taknak private blog ialah aku dapat BE. wuhuuuuuuu >.<

Nie merupakan cpuv aku yang pertama. Kemain tau minggu lepas hantar ticket why my blog never get cpuv(cis, speaking la konon padahal boleh ja cakap melayu -.-') tetiba minggu nie dapat cpuv. Semalam baru dapat. Alhamdulillah. Jeles uknow tengok blog lain cpuv rajin melekat. Blog iolls??

Jadi rajin rajinkan lah tangan tu klik iklan iklan nuffnang dalam blog nie. Muehehehe. Sebenarnya tak boleh suruh orang klik iklan kita tapi kot kotlah hampa berkenan dengan iklan tu. Apa salahnya tekan kan. Kot kotlah hampa berkenan. Muehehehehe >.<

Btw sabtu nie sekolah. Sekolah ganti. Sekolah ganti merupakan hari yang paling tak best dan paling paling aku tak suka. Dan selalunya kehadiran akan merosot. Sekolah aku hari biasa pun malas nak mai , apatah lagi sekolah ganti. Memang haram rrr nak mai sekolah. Tapi kali nie cikgu guna taktik jahat. Cikgu telah mengadakan ujian sejarah kertas 3 pada hari sekolah ganti. Eh, sat. Awat bahasa aku macam pembaca berita ja nie?

Sabtu nie ada exam woii. Walaupun sejarah kertas 3 boleh tengok buku tapi aku still ketaq. Aku pun taktau kenapa. Mungkin sebab aku tak pernah jawab soalan macam tu kot sebab tu feel dia lain. Mungkin. Form 3 mana da soalan camni. Soalan objektif ja kot. Senang ja weh senang. Hahaha. Senang la sangatkan padahal masa pmr dulu nangis sebab takleh jawab :p

Macam mana eh nak jawab sejarah kertas 3. Ada apa apa tips tak?

Oke, chaw lu. Assalamualaikum.


ps : entri membosankan. sori. aku takde idea...

ps : aku stress. 8share.com tak reti nak naikkan earning aku ke?? kenapa earning aku tak naikkkkkkkkk!

Sunday 14 April 2013

Komen Hampa Pasal Blog Aku?

Assalamualaikum.

Setelah hampir setahun aku buat blog, aku tak pernah amik tahu pendapat hampa pasal blog aku. Aku tak pernah amik tahu sebab aku takut menghadapi kenyataan. Hahaha. Over ja minah nie. Ya, aku takut. Kot kot la hampa cakap nie blog syok sendiri. Haha. Walaupun kenyataan tu betul sangat sangat tapi aku tetap tak dapat terima. Sentap hati nyah uolls.

Jadi, hari nie aku terbuka hati nak amik tahu pendapat hampa. Yelah. Aku taknak lah jadi blog syok sendiri. Aku cuba memperbaiki kualiti blog aku ini. InshaAllah. Hehehe. Komen ja apa yang hampa rasa. Tapi mohon sangat sangat gunalah perkataan yang sopan. Aku bukan boleh orang kutuk kutuk nie. Kang aku nangis.

Iolls hati lembut tau. Dan baca elok elok okey. Hati lembut bukan hati lembu!

Hampa boleh komen apa apa ja. Blog buruk lah. Entri mencapub ke apa ke. Tapi seperti dikatakan tadi, komen dengan sopan sesopan aku. Eh, sesopan gadis melayu. Iolls memang gadis melayu tapi iolls 'sopan' sangat la noks! Iolls sendiri takut tengok perangai iolls yang 'sopan' sangat nie ahaha >.<

Dan terima kasih kepada follower blog nie yang sudi follow blog nie. Terima kasih sebab sudi komen blog aku nie. Terima kasih sangat. Tak sangka. Nak bagi hadiah aku pokai. Aku hanya mampu cakap terima kasih :D
Assalamualaikum.

ps : bufday aku 21.06 nie. dah nak dekat dah. takdak sapa nak bagi hadiah xperia sebijik ka? huhuhu >.<

Sunday 7 April 2013

Tips Mengawal Nafsu Makan

takde kena mengena dengan entri. saja letak
Assalamualaikum.

Yowwww, wassap bro. Dah lama en aku tak bagi tips tips merapu. Hahaha. Ingat tak lagi tips jadi comel macam orang korea. Oh yeah. Orang banyak datang kat blog aku pasal tips tu dan siyes aku rasa bersalah sebab tips tu takdak point pun. Huuuu.

Dan kali nie aku siyes. No more tips merapu. Kali nie siyes. SERIUS.

Aku bagi tips mengawal nafsu makan sebab aku nie jenis kuat makan dan malas nak bersenam. Then perut buncit mulalah rasa sedih. Tskk tskk. Malas nak taip panjang panjang. Tengok jelah tips tu :p

1. Mengambil sarapan pagi. 
Sarapan pagi tersangat sangat penting. Sarapan pagi membekalkan tenaga ya. Takdak lah tersengguk sengguk dalam kelas fizik + kimia + bio(tersengguk ja tau tapi tak tidoq). Hahaha, aku letewwwww >.<

2.Mengambil makanan berkalsium tinggi.
Antara makanan yang berkalsium tinggi ialah susu. Bagi orang yang tak suka susu macam aku, hampa boleh ambil yogurt rendah lemak dan keju rendah lemak. Dan kalau hampa sama macam aku yang tak suka susu dan yogurt hampa boleh pejam mata langkau tips no.2 dan pergi tips no.3. Sekian :D

3.Banyakkan minum air kosong.
Kita digalakkan minum 8 gelas untuk sehari. Tambah pulak sekarang nie musim panas, lagilah kena banyak minum air, ye dak? Jadi, jangan lupa minum air kosong banyak banyak. 

4. Mengambil snack yang ringkas tetapi berkhasiat.
Aku rasa kebanyakan budak budak sekarang sangat sangat suka makan snack dan snack yang hampa makan tu selalunya ntah apa apa. Kita sepatutnya mengambil snack yang berkhasiat bukan sekadar sedap dan lazat dan pedas dan arghhhhh. Aku dah taktahan. Aku lapaq twisties >.<

Haaa, jadi kepada sesiapa yang bernafsu besar ketika makan, bolehlah ikut tips tips nie. Hehehe. Cara aku cakap macam tak sedar diri sendiri. Bhahahaha. Aku bila tengok orang makan roti kaya pun rasa macam tengok orang makan pizza hut. Aku nie banyak berimiginasi sebenarnya haha >.<
Dan aku syorkan hampa tengok tulisan biru tu ja. Yang bawah tu aku tulis ikut suka hati aku ja wehh. Silap haribulan hampa pun sama gelong dengan aku. hehehehe :D
Cuba belajar melukis doodle. Dulu memang aku belajar tapi belajar main main. Takdak semangat. Now, aku dah ada semangat nak belajar lukis doodle. So, amacam dengan doodle aku? Mohon jangan gelakkkkkk >.<

Assalamualaikum.

ps : header aku tu ada kesalahan ejaan. than ya bukan then. terima kasih kepada sapa ntah yang tegur :D