Tuesday, 21 June 2022
25 years old
Assalamualaikum.
Harini 21 Jun. Dan aku dah 25 tahun.
Aku buat blog ni a few weeks before birthday aku, masa tu aku umur 15 tahun. Dan sekarang aku dah 25 tahun dah beb, dah 10 tahun berlalu haa. Walaupun dah 10 tahun berlalu, rasa macam takdak apa-apa perubahan besar pun yang berlaku dalam hidup aku, selain daripada nampak makin tua. Begitu hambar hidup seorang anis farhana.
Tapi alhamdulillah la aku p mana pun, aku belajar kat mana pun, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang sangat baik, aku jumpa orang yang baik-baik. Alhamdulillah. Tiba tiba kan masuk bab kawan haha sebab aku rasa selain daripada family aku, kawan-kawan aku sangat memainkan peranan sepanjang 25 tahun aku hidup ni.
Aku still tak percaya sebenarnya aku dah 25 tahun haha sebab masa kakak aku 25 tahun dulu, nampak macam dah dewasa sangat, dan dah bawak balik boyfriend jumpa parents apa semua. Aku pulak... zzz. Tapi takpalah, jangan compare hidup orang dengan hidup kita, semua orang perjalanan hidup dia lain-lain kan? Hahaha tetiba sedapkan hati sendiri.
Aku sebenarnya takda benda apa pun nak cakap kat blog ni sebab tu dah tak update sangat, walaupun kawan aku duk suruh aku update blog banyak-banyak sampai jadi famous hahaha tapi masalahnya sekarang orang baca ka blog. Aku ada la juga baca blog tapi blog aku la sebab duk baca post lama-lama, zaman sekolah dulu hahaha. Saja mengimbau kenangan.
Okay la, bye. Happy birthday anis, semoga yang manis-manis ja berlaku dalam hidup aku :))
Assalamualaikum.
ps : lately asyik tengok sofiaaroses tu ja, nampak dia manis sangat. terus rasa macam nak pakai tudung bidang 50 ihiks.
Monday, 10 June 2019
Minggu-minggu terakhir
Happy birthday blog budakpeliksstory!!!!!!!! Tak sangka dah 7 tahun dah umur blog ni omaigaddddd who knows blog ni akan tahan sampai 7 tahun sebab dulu aku jenis perangai tak sampai 2 hari dah delete blog zzzz :')Last post acah nak update blog kerap tapi tinggal harapan sebab aku malas gila and aku banyak habiskan masa tengok youtube so yeah. Okay firstly, aku nak ucap selamat hari raya kepada sesiapa yang terbukak blog ni. Secondly, aku nak cakap yang aku ada exam lepas raya. Aku agak bersyukur la exam aku start lambat dari orang lain sebab walaupun aku balik lambat gila tapi at least aku takyah pegang buku masa hari raya kedua :')
Selain dari perasaan bersyukur, aku juga sedikit nervous sebab sem depan aku dah start latihan ilmiah which means aku dah start buat proposal semua tu. Dr dah bagi tajuk tapi aku tak decide lagi nak tajuk mana. Ingat nak ambik yang ada kaitan dengan programming tapi... tajuk tu under dr lelaki. Takmau aku T.T
Tapikan cepat gila masa berlalu, tengok tengok dah masuk tahun 3. Aku ingat lagi aku layan kpop siang malam sebab kecewa permohonan upu aku kena tolak, siap nangis haha tapi tak sangka dah 2 tahun dah dekat ukm. So, takyah sedih sedih kalau hang tak dapat apa yang hang nak sebab mungkin ada yang lagi baik duk tunggu hang :)
And aku tak rasa aku akan update masa birthday aku, 21 ni. So aku ucap siap siap lah dekat diri sendiri hehe, happy birthday anis. Semoga murah rezeki dan semoga sem depan dah tak malas nak study macam sekarang. Dan semoga anis boleh cakap korea cepat sikit(dah la belajar through variety shows pastu nak cepat cepat pulak, memang tak r) btw aku banyak shopping kebelakangan ni so aku anggap hadiah birthday lah haha :)
Selain barang barang yang aku beli tu, aku ada jugak hadiah lain....
Okay bye, assalamualaikum.
Friday, 19 October 2018
Get my life together
Aku taktau berapa kali dah aku tulis yang aku ni suka gila procrastinate. Memang procrastinate level apa pun taktau la, pemalas gila. Kadang kadang benci dengan diri sendiri sebab aku dah masuk second year tau. Faham lah kan second year macam mana, memang lah tak buat thesis lagi tapi busy dia tahap apa aku pun taktau. Lecturer pulak bagi assignment macam aku ambik subject dia satu satu tu ja. Tapi kadang kadang salah aku lah... dah tau species lambat pastu procrastinate pastu stress sorang sorang, stress nak berhenti belajar, takut nak sambung lah apa lah.. eh buat assignement tu senyap senyap lah.
Hidup aku memang serabut sekarang, dari pelbagai segi. Stress sampai aku pernah terfikir nak jual barang. Weh pelik tau kalau aku fikir nak jual barang sebab aku benci gila bab bab macam tu. Masa ambik entrepreneur sem lepas, tak habis habis aku menyumpah kelas tu hahaha. But whatever, life must go on... walaupun takdak duit :') (i cant do part time since im bad at manage my time and im not good in multitasking)
Tapi serabut macam mana pun, aku still ada masa google pasal skincare hehehe. Of course lah ada masa, kan aku duk procrastinate hm. Aku rasa bila search/baca review pasal skincare, its like therapy tau hahaha kalau boleh beli lagilah best tapi since kulit aku tetiba jadi macam sensitive so takdak makna aku nak beli product sesuka hati macam dulu. Dah kenapa tetiba masuk bab skincare... Oh tapi aku ada beli skincare baru ihiks. Alpha arbutin from GoW, not TO since skin aku tak sesuai dengan TO. Semoga parut hilang, sekali dengan stress hilang jugak!!
Okay bye, assalamualaikum.
ps : bila tengok post yang aku update pasal university semua stress hahaha aku takdak la stress memanjang, i still have friends yang menghiburkan hati aku time stress sampai tak ingat pun yang aku stress. i love my friends!!
Sunday, 31 December 2017
Thank you 2017
Harini dah 31, esok dah masuk tahun baru. So aku nak cerita sikit apa yang best terjadi dalam hidup aku masa tahun 2017(tapi harini still 2017 lol). Tahun ni banyak betul unexpected things happen hehe tapi aku cerita yang aku rasa best ja lah.
1. Habis matrik.
Of course lah kena tulis yang ni dulu sebab yang ni lah permulaan unexpected things tu hahaha. I got mixed feelings masa habis matrik ni. Sedih nak tinggal kawan tapi seronok sebab dah habis matrik. Dah boleh stop jealous kat dak dak pst yang dah sambung degree tu huhu.
2. Result pspm.
Walaupun aku tak dapat 4 flat but result sem 4 still makes me happy cause for programing and chemistry, i got A!! Serious tak expect programming aku dapat A sebab aku dapat merasakan yang soalan 16 marks kot, aku salah buat huhu tapi alhamdulillah dapat A. Kalau chemistry tu memang aku expect aku dapat A sebab masa jawab tu rasa macam tenang ja hahaha plus dari hari first study week lagi aku dah start hafal segala macam reactions fuhh.
3. Dapat lesen kereta.
Yeay aku passed test jpj dengan jayanya but honestly aku dah lupa nak bawak kereta macam mana. Tapi takpa lah, asalkan dah ada lesen lol.
4. Sambung degree.
Ni lah kemuncak tahun 2017 hahaha, finally usaha iolls study pagi and malam tu berhasil. Alhamdulillah aku dapat masuk ukm. University yang aku tak expect langsung. Tapikan masa first masuk sini, aku macam takut jugak lah hehe sebab ukm kan macam wow sikit tapi bila dah masuk... :')
Yang paling sedih sebenarnya... aku tak dapat first intake upu. Serious masa tu aku sedih gila, siap nangis lagi. Masa tu aku tak cakap dengan orang even dengan parents aku, aku tak on data langsung, tak bukak instagram semua. Masa tu memang aku layan kpop, korean variety shows, macam loser. Aku depressed sebab kawan semua dapat tapi aku sorang ja tak dapat, aku takut kalau second intake pun aku tak dapat, sumpah anxious gila masa tu kalau tak dapat sambung degree tahun ni. Tapi alhamdulillah, aku dapat university yang aku tak letak pun dalam list masa first intake. Memang rezeki aku dekat ukm kan, alhamdulillah dapat merasa study dekat sini( tapi masa hari first lagi aku dah kutuk ukm lol hahahaha).
Hari rabu ni aku dah start final, doakan aku. Bye assalamualaikum :)
ps : Dan aku dapat anak buah tahun ni, comelnya awak rizqi, rindu nak tengok awak, haritu dapat tengok sat ja T.T
Thursday, 21 December 2017
Study Week
Aku tak pernah sangka stress dekat matrik and dekat university, lain rasanya. Tapi relax r anis, anggap ja la tu semua cabaran cabaran yang perlu dihadapi untuk menyiapkan diri untuk menghadapi dunia luar. Peh ayat, macam ayat yang aku guna masa group reflection haritu haha. Tapi serious lah, aku pelik betul kenapa makin nak dekat final, makin banyak assignment yang lecturers bagi. Dah la bukan assignment core subjects. Maybe sebab subjects tu semua takda exam, tu yang assignments menimbun sampai study week aku habiskan buat assignment tu ja zzz.
Tapi salah aku jugak, sapa suruh procrastinate tahap takleh blah T.T
Ohh btw aku rasa macam cepat sangat masa berlalu. Baru ja haritu aku masuk u, tengok tengok dah nak final. Entah apa yang aku belajaq pun aku taktau hahaha okay ni maksud dia aku kena study gila gila ni, tolong la sedaq dah nak final. Dan aku pun takmau la result sem 1 aku teruk... teringin gak dean list memandangkan masa matrik dulu mana ada dean list bagai. Tapi tulah tengok gaya macam tinggal harapan T.T
Sebenarnya aku update ni pun sebab harini rasa stress sangat, dan blog ni pun dah lama gila tak update. Dan lagi satu sebab ialah aku terbaca blog fatin liyana haha tu yang tetiba jiwa blogger iolls bangun >.<
Okay lah, aku nak siapkan segala macam video nak kena edit arghh stress aku. Dah la aku nak submit assignment dari tadi tak boleh T.T
Tuesday, 4 July 2017
June
Aku sebenarnya dah berazam nak update blog selalu tapi maklumlah aku ni kan pemalas. Tapi disebabkan takmau blog ni terbengkalai so aku update jugaklah.
June is always my favourite month. Sebab birthday aku dalam bulan june hehe. Btw walaupun aku suka bulan june tapi selalunya bulan june aku hambar since aku tak pernah sambut birthday aku. Dua tahun sambut birthday kat matrik lagi lah hambar haha sebab dalam bulan puasa. Tapi tahun ni macam macam jugak lah jadi dalam bulan ni.
First, aku start belajar kereta. Aku memang takdak experience langsung bawak kereta so masa mula mula pegang stereng tu memang memalukan gila hahaha. Masuk line orang tu perkara biasa pastu kereta aku sat p kanan sat p kiri huwaa malu. Nanti lah lepas dapat lesen aku cerita lagi nak buat kenangan haha. Btw tolong la doakan aku lepas test huhuhuhu.
Second, i got my pspm 4 result. Aku dapat result sebelum birthday aku okay, such a perfect timing. Kalau ditakdirkan result aku teruk, murung lah aku dihari jadi aku. Tapi alhamdulillah result aku okay, im so happy. First time kot dapat 3.5 something hahaha sorry aku bukan pelajar cemerlang. Tapi disebabkan kesilapan lalu, pngk aku tersangatlah tak best. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah lepas, apa apa pun still alhamdulillah.
Lepas dah dapat result tu, boleh la update upu. Aku tak ubah banyak pun, my first choice still course yang aku pilih haritu. Tapi aku tak expect pun dapat sebab rasa macam tak layak tapi deep in my heart, aku still harap aku dapat. Masa isi upu ni rasa menyesal gila tak belajar betul betul dulu, tapi kan masa sem 4 aku takdak lah study sangat. Masa study week memang lah aku hibernate tapi aku tak study sangat pun haha. Mungkin rezeki aku alhamdulillah.
Lastly, of course lah birthday aku. Thanks for all the wishes. Terharu gak la sebab ayat lain lain eventho ada orang yang setakat hb haha. Takpa la still terharu walaupun takdak hadiah. Hadiah boleh beli sendiri guna duit elaun matrik yang masih berbaki. Aku beli banyak gak la barang hehe. Aku beli blouse, skincare and tudung. Dan semuanya online haha tudung dengan blouse tak sampai lagi, masih menanti. (aku takdak baju raya so aku beli blouse untuk hilangkan kesedihan aku huhu)
Yang tu ja lah kot. Okay bye. Selamat hari raya :)
Saturday, 3 June 2017
Kenangan puasa dekat matrik
Dulu masa duk kat matrik, paling excited cuti awal puasa and hujung puasa, rindu family katanya. Lani dah duk rumah, mak masak hari hari, rindu nak buka puasa dengan kawan pulak. Ni lah manusia ye, tak pernah bersyukur ish. Dua kali bulan puasa dekat matrik, so banyak la jugak kenangan bulan puasa, antaranya:
Sahur
Aku jarang bangun sahur sebenarnya haha. Bukan takmau bangun tapi selalu terjaga time azan, serious rasa macam nak bebai. Tapi pernah sekali tu, puasa tahun lepas, janji dengan kawan nak turun sahur dekat cafe. Aku pun taktau kenapa aku janji nak turun. Tapi disebabkan ila sanggup call aku pagi pagi, aku pun macam hmm satgi kami p bilik. Bila dah turun tu, bihun goreng takdak pulak, yang ada kuetiau goreng ja(rasa macam ada benda lain, tapi aku order kuetiau). Kuetiau goreng pun okay ja tapi masalahnya kuetiau tu pedas nak mamp, dah macam samyang haha.
Guess what, esok tu aku demam. Ha ha ha. Lepas tu tobat tak turun sahur kat cafe dah :')
Buka puasa
Ni puasa tahun 2015, aku wani tiya, semua terlajak tidur petang so turun cafe lambat. Nasi dekat cafe b dah habis, masa tu aku dengan wani nervous gila, macam mana ni takkan nak makan lauk ja. So kami decide nak p cafe c. Masa jalan tu memang kalut gila r haha duk fikir macam mana kalau nasi habis. Tapi alhamdulillah still ada nasi, walaupun sikit iolls bersyukur, asalkan ada. Tapi lepastu aku still tak insaf lagi, still tidur petang hahaha dasar. (tak insaf sebab dah beli nasi awal awal, nasi hujan panas yeay sedap)
Puasa tahun 2015, hari last puasa dekat matrik sebelum cuti raya. Aku dengan tiya order pizza, hari last puasa sekali kononnya(acah la padahal pdt). Eventho aku dah beli nasi dengan lauk tapi aku still order pizza. Mula mula aku dengan tiya excited gila p tunggu dekat pagar, aku ni siap bawak nasi dengan lauk aku lagi haha. Tapi ramai gila nak mamp order pizza. So penuh student dekat depan pagar duk tunggu pakcik pizza sampai. Yang sedihnya, pakcik pizza sampai lambat gila, even dah azan maghrib pun tak dapat pizza lagi huwaaaaa. Kesian tiya duk dengaq aku beletiaq :')
Puasa tahun 2015 jugak, ada majlis buka puasa ramai ramai, aku lupa nama majlis tu apa lol. Depa bagi makanan ikut blok, aku taktau macam mana tapi aku end up sorang sorang. So aku call timah, nak makan dengan dia tapi ditakdirkan masa call tu nasi aku macam senget sikit so kuah tumpah atas baju aku(kalau sikit takpa, ni banyak T.T). Memang haru gila, dah la jalan sorang pastu buat muka tak malu mintak tisu dekat strangers.Tapi depa takdak tisu so depa bagi surat khabar T.T Kesian gila kat aku masa tu, tak buka puasa lagi tapi dah bau kari. Macam nak nangeh rasa :'(
Puasa tahun lepas, aku tak ingat sangat huhu. Yang aku ingat pun, buka puasa satu kelas(yang pompuan ja la) dekat cafe c. Yang duk blok b pun mai blok c untuk berbuka. Yang paling takleh blah, aku takleh puasa so depa suruh aku rasa air yang depa buat, nak tau cukup manis ka dak. Dah la dekat cafe, ramai kot orang duk tunggu nak buka puasa pastu boleh pulak aku duk rasa(cover la tapi haha). Tapi aku lupa yang aku demam(demam sebab makan kuetiau tu lah haha), patut la air tu tak rasa apa :')
Wednesday, 17 May 2017
Kolej Matrikulasi Kedah
Lepasan spm semua dah tau kan result upu, matrik semua. So dah tau la halatuju masing masing kan hehe. So aku nak cerita serba sedikit pasal kolej matrikulasi kedah(kmk). Aku pdt, so study sini 2 tahun. Walaupun study sini 2 tahun tapi banyak ja benda aku taktau haha sebab aku prefer duduk bilik. I pemalu orangnya haha padahal pemalas >.<
Matrik kedah terletak dekat changlun. Changlun ni pekan kecik gila mcd pun takdak haha. Kalau nak beli barang boleh la p cmart yang wayang pun takdak tu. Kalau nak jauh sikit boleh la p aman central or jitra. Kalau cuti tapi takmau balik boleh la berjalan dengan kawan p padang besar ka kuala perlis ka mana mana pun p la haha. Budak kmk banyak sewa kereta dekat em ntah aku taktau. Aku tak pernah sewa kereta haha aku p aman central naik teksi gaisssss, tambang rm58 T.T
Kat sini boleh outing hari jumaat dengan sabtu ja. Pompuan hari jumaat, laki hari sabtu. Tambang teksi p cmart, rm8. Tapi kalau naik 5 orang jadi rm10. Outing pakai baju kmk. Tapi batch 16/17, depa buat baju blok so boleh outing pakai baju blok. Blok a takdak rasanya sebab pompuan ja suka benda benda camni haha. Aku beli baju blok b dengan c, duit banyak sangat sampai taktau nak buang mana ha ha ha. (15/16 duduk blok b sebab tu beli baju blok b, as kenangan la konon)
Kolej kediaman(?) ada 3. Blok a(a1 a2), blok b(b1 b2) and blok c(c1 c2). Setiap blok ada cafe. Blok a tu blok laki. Aku dulu selalu p cafe a haha sampai pakcik kuetiau tu kenal aku la, sebab masa sem 2 aku selalu duduk situ dari pukul 4 sampai pukul 6 haha. Actually pompuan tak digalakkan lepak cafe a. Antara cafe b dengan c, aku lagi suka cafe b sebab dia jual macam macam. Ada nasi kerabu pastu ada cucuk cucuk(aku taktau hampa panggil apa), lauk pun macam macam tapi cafe b mahal sikit la. Cafe c hambar tapi disebabkan sem 3 dengan 4 aku duduk blok c, so aku selalu beli nasi dekat blok c ja, malas nak jalan. And cafe c murah sikit.
Sejujurnya aku rasa takdak beza pun. Tapi maybe sebab aku selalu ambil lauk sikit kot, so dapat murah ja selalu hehe. Tak pernah lebih dari rm5. Kat kmk ni hari minggu selalu ada program, karnival semua. Join la, jangan la belajaq tak berhenti, nanti stress hehe. And kalau nak markah koku lebih tapi hampa tak aktif dalam sukan macam aku haha boleh masuk exco jpp, jadi ajk. Aku dulu ajk exco kebajikan, so kalau ada student kmk yang memerlukan bantuan, aku la yang p kutip derma >.<
Orang selalu cakap matrik payah tapi mana ada benda yang senang. Aku pernah masuk stpm sains, dan aku rasa payah gila, aku takleh terima semua tu. Tapi bila masuk matrik, belajaq benda yang lebih kurang ja tapi aku still rasa macam aku boleh buat, tak score la tapi haha. Takdak la rasa macam nak berhenti ka apa ka. Thats because aku memang nak masuk matrik, aku takmau stpm. Sebab tu aku rasa macam stpm susah, stpm tak best. So semua depends dekat hampa la, apa yang hampa nak sebenarnya.
Banyak ja student matrik keluar masuk spa lah ipg lah diploma lah apa lah. Macam kawan aku, dia stop sampai sem 1 ja pastu dia sambung diploma. In conclusion, kalau rasa takleh go dengan matrik, boleh la keluar hahaha tapi kena bayar rasanya. Apa apa pun, aku doakan semua dipermudahkan urusan. Okay la bye. Assalamualaikum.
ps : Aku nak elaun, aku nak kawan baru, aku nak merasa duduk jauh dari rumah dan aku still nak belajar sains, sebab tu aku masuk matrik. Kalau boleh nak masuk asasi tapi spm teruk so matrik ja yang layak huhu.
ps : Dulu masa mula mula masuk matrik, benda first yang aku cari ialah dobi hahaha paling best ada dryer. Fuh heaven betul lah :')
Tuesday, 26 April 2016
End of semester 2
Alhamdulillah aku dah habih pspm 2, semalam. Dan aku dah pun selamat tiba di rumah semalam haha. Memang gigih gila semalam, lepaih habih exam teruih bergegas naik bilik ambik barang. Semangat nak balik gitew.
Tapi takdak la senang senang macam tu ja nak balik sebab ketahuilah bilik aku dekat tingkat 3. Nak dijadikan cerita aku tak tinggal barang langsung bajet macam budak pst padahal pdt(ingat sikit hang ada lagi 2 sem kat kmk). So memang tenat la turun naik bawak barang. Dengan timba, dengan raga, dengan dua bijik beg baju yang berat nak mamp taktau pasaipa, dengan tikaq, dengan payung yang aku bawak tapi tak pernah guna dan pelbagai lagi barang yang tak penting tapi taktau kenapa aku bawak. Kalau la rumate tak tolong, mesti aku dah pengsan kat tangga.
Oh aku ada tinggai penyapu. Wakaf kononnya huhu padahal sebab malaih nak naik hahaha.Tapi boleh ja aku ambik balik penyapu tu sebab aku ada naik sebab tertinggal kasut tapi taktau kenapa aku tak ambik. Nanti takyah beli penyapu dah. Kenapa tak ambik anisss? Haha ala penyapu ja pun. Eh tetiba teringat yang siling bilik aku ada yang terkeluaq. Dan aku tak buat report haha. Jadi, sesapa dapat bilik tu nanti jangan terkejut pulak haha tapi rasa macam depa repair kot. Ka dak. Taktau la.
Sebenaqnya aku sedih tau bila dah habih sem 2 ni. Lepaih ni aku dah takleh jumpak timah dengan teah. Dah takleh lepak sekali, outing sekali(baru sekali ja outing 3 orang tu pun sebelum study week haha), makan sekali. Wei serious sedih tapi aku tetap seronok untuk hampa. Tahniah dah habih matrik :)) Btw goodluck untuk semua student matrik. Semoga dapat 4 flat hehehe. Bila tah dapat result, 3.6 eh?
Takmau tau T.T
Saturday, 2 April 2016
Matrikulasi vs Form 6
Aku merupakan student matrik kedah. Program dua tahun. Modul 3. Mula mula masuk depa bagi modul 2 dekat aku. Menangeh nangeh mintak tukaq walau classmates dulu best. Tapi disebabkan fizik, ku rela masuk bilik kaunseling nak mintak borang huhu dah la time tu kaunselor sorang tu tengah marah sapa tah haha takut aku. Nasib aku keluaq dengan selamat :')
Sebelum aku masuk matrik, aku masuk form 6. Sains. Dekat sekolah cina. Ni lagi menangeh nangeh aku mintak nak keluaq. Kalau tak keluaq form 6, at least tukaq jurusan. Sebelum aku masuk form 6, serius aku confident yang aku boleh bawak tapi kita hanya mampu merancang. Aku baru jejak sekolah cina teruih aku down. Boleh ka aku stay kat sekolah ni? Dengan keciknya, dengan sesaknya hmm. At last mintak tukaq p sekolah lama. Tapi nak tunggu tukaq tu ambik masa lama gila. Aku stress jadi aku p sekolah dua minggu ja pastu stay rumah sambil berharap surat tawaran u mana mana dan berharap dekat matrik haha sedihnya.
Masa aku duduk rumah tu memang aku banyak termenung duk pikiaq masa depan yang gelap tu sambil dengaq lagu miracle happen. Memang time tu aku berharap gila dekat matrik. Memang duk doa bagi la dapat matrik. Walau orang kata macam macam kat matrik aku tetap nak matrik. Biaq p la dapat dua tahun biaq la orang kutuk pdt pun aku tetap nak. Memang nak gila matrik masa tu.
Aku bukan pandang rendah dekat form 6 tapi kalau boleh aku nak duk asrama. Kalau boleh aku nak berdikari. Kalau boleh aku nak teruskan dengan sains. Memang mula mula dulu dapat form 6 sains tapi takdak melayu kot takkan aku sorang ja kat situ memang takdak maknanya wei. Jadi aku nak matrik sebab orang kata matrik senang sikit hahaha tapi takdak la senang sangat rupanya huhuhu.
Dah la aku dapat form 6 dekat sekolah cina hahaha lawak apakah ini.
Akhirnya, aku dapat jugak matrik yang aku nak tu. Memang seronok gila tahap takleh blah rr sebab takyah ambik sastera hahahahahha seronoknyaaaa. Tapi dapat kmk huhu kenapa tak dapat kmpp. Kmpp dekat sikit dengan kulim. Tapi takpa lah dapat sekali dengan timah hehe boleh lepak sekali. Dan lani timah pun dah nak habih dah dan aku pun tinggal lagi setahun kat sini. 18 ni dah nak pspm. Doakan i dapat 3.5 and above huhu.
Sorry la entry ni bukan nak cerita pasai pros cons matrik dengan form 6 sebab aku pun taktau. Aku pilih takdak ikut pros cons semua tu. Aku pilih ikut apa yang aku nak untuk aku. Aku yang nak belajaq jadi aku pilih ikut aku la hehe. Kalau nak ikut pros cons memang tak kemana la sebab dua dua pun tak best hahahaha. K lah byeeeeee. Assalamualaikum.
Ps : Tapi matrik best hehehehehe dan kawan aku dekat form 6 pun seronok ja. Ikut diri masing masing ;)
Sunday, 6 March 2016
Takdak ayaq
Aku tak paham kenapa dan mengapa blok aku secara tiba tiba menghadapi masalah ayaq takdak sedangkan sebelum ni heaven gila ayaq mencurah curah. Dulu aku macam syok r classmates cakap blok dia takdak ayaq la sikit la apa la mandi kat toilet la semua la dan aku tak kena benda tu semua.
Sekali b2 takdak ayaq. Reyau sat aku.
Aku takleh hidup kot kalau takdak ayaq sebab aku suka mandi haha. Aku tak wangi tapi aku suka gila mandi. Taktau kenapa sampai kadang kadang aku p tandas sebab nak basuh kaki. Lulz. Tapi tu masa ayaq ada mencurah curah la. Lani kalau boleh aku nak mandi sekali ja pastu p basuh muka gosok gigi time ambik wudhuk untuk solat isyak teruih sebab malaih nak mamp aku nak p tandas banyak banyak kali.
First sebab tandas yang selalu aku p tu manjang takdak ayaq. Yang belah lagi satu tu ok tapi tak ok la sangat. Tapi masalahnya jauhhhhhhhh. Kalau p tandas sebab nak basuh kaki, balik bilik tengok dah kering dah. Tapi better la dari p tandas pdt. Tu lagi bapak jauhhhhh.
Kalau tadi cuma kering tapi bila p tandas pdt, berpeluh wei. Takyah p main badminton petang petang dah la lepaih ni. Beriadah dalam tandaih dah la. Ceh gaya macam aku p main badminton selalu hahaha padahal sem 1 ada dalam 2 3 kali haha. Sem 2 pun baru 2 kali pffttttt.
Tetiba aku malu dengan diri sendiri. Ok lah tu saja luahan saya pada malam ni. Lani aku nak p buat reja. Banyak gila reja aku huhu aku baru sedaq wei mampoih la esok dah start kelaih T.T
Assalamualaikum.
Ps : Mau tak gemuk aku duk kat sini. Reja duk berkurung dalam bilik ja keluaq jogging takmau.
Pss : Entri ni takdak gambaq sebab aku update guna phone so kalau ada typo tu sorryyyyy.
Tuesday, 27 October 2015
Library
Kalau ada orang suruh pilih nak study dekat bilik atau dekat library, aku akan pilih bilik walau aku tahu risiko tidoq berdengkoq tak study menanti.
Aku pun taktau kenapa aku takleh study dekat library. Okay, library sejuk ada aircond pastu jauh dari katil pastu dekat dengan koop. Memang purrfect library dekat kmk ni tapi aku takleh... aku tak paham apa pun bila aku duk kat library. Nak buat latihan tu boleh r tapi aku takleh nak fokus. Ha perkataan fokus ni la yang aku nak taip tapi tak keluaq keluaq. Tu yang asyik dok aku takleh aku takleh.
Aku lagi suka duk dekat bilik walau bilik tu tahap kepanasan dia hanya Allah yang tau. Berkuap gila fuh. Nak sketch graph function ja pun tapi tahap berpeluh dia dah serupa aku marathon. Tapi dekat bilik aku lagi fokus dari duk dekat library. Fokus lah sangat hang tu. Boleh pulak study week p baca blog FL dari tahun 2009 pastu p layan cerpen sampai pukui 3 pagi. Tolong r jangan menipu orang wahai anis. Haih.
Kesimpulannya disini saya ingin menyatakan bahawa saya gemar study di bilik. Jadi jangan ajak saya ke library ataupun ke cubic hahahahahaha ok bai. Tapi setiap orang lain lain kan. Ada orang masuk bilik ja dia nak tidoq la dia boring la. So dia kena study dekat library. Anis Farhana kan budak pelik. Masuk bilik tak tidoq, masuk library pulak rasa mengantuk.
K. Assalamualaikum.
Ps : Aku tengah pspm ni. Petang ni exam bi. Doakan aku tak mengarut huhu. Lama wei tak tulih essay cena ni hm.
Thursday, 1 October 2015
PSPM
Lama gila woi tak update blog dah serupa macam nak tinggai teruih blog ni. Hidup dekat matrik ni takdak la busy sangat sebenaqnya tapi aku pun taktau kenapa aku tak update blog haha. Oh ya, aku cakap aku tak busy sebab aku kan dapat pdt so tak kalut sangat, yang pst aku taktau nak cakap cena. Rumate aku sampai tak lekat kat bilik punya gigih study, yang aku pulak asyik lekat kat katil haha lol.
Dan dari situ hampa dah boleh agak result ups aku cena T.T
Tapi takpa, kita pulun time pspm pulak. Tapi pspm dah nak dekat dah woi. 25/26 Oct ni(taktau the exact date) Aku taktau la dan ka dak aku nak cover semua topik. Nasib tak ambik fizik fuh. Ambik bio saja pun boleh fail puii. Tu dalam duk ambik pdt tu yang depa kata belajaq slow tu tapi aku still tak terkejaq haha(sejujurnya sebab malaih. aku malaih nak ligan.)
Okay lah. Cukup lah sampai disini haha penat wei update guna handphone. Aku tak bawak laptop mai sini sebab... aku tak beli lagi laptop hee. Nak p cc semata mata nak update blog memang dak rr. Memang dak! Kbai. Eh sebelum iolls blah p
Friday, 19 June 2015
Life Update
Alhamdulillah kolej matrikulasi kedah yang best sangat tu bagi peluang untuk bermalam di rumah dari 17-20 Jun 2015. Walau cuti sat sangat tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur T.T Hampa tau dak betapa gembiranya aku masa meninggalkan kmk semalam walau hujan lebat nak mamp haha tapi sayangnya esok aku akan kembali ke kmk dan pertama kali merasai puasa tanpa keluarga di sisi. Sangat menyedihkan*menangeh di bucu katil*
So... hidup aku dekat kmk alhamdulillah semuanya okay. Nak kata seronok sangat tu dak la sebab kadang-kadang stress jugak. Punca stress paling utama ialah selalu sesat.
Tetiba aku teringat masa hari kedua dekat kmk. Disebabkan aku second intake so takdak la orientasi semua tu. Memang semalam daftar hari ni aku dah menapak p kelaih. Sangat mengharukan. Aku asyik sesat ja kot weiiiii. Nak p makmal komputer saja sampai 3 4 orang aku tanya termasuk la pensyarah hahaha. Pastu lepaih tu kena p dewan kuliah. Sesat jugak padahal dah lalu sebelum ni haha. Bila dah sampai dewan bukan nak masuk teruih tapi tunggu orang masuk dulu... yeah ada group laki masuk. Aku pun masuk...
Sekali bila dah masuk, dah full dah wei hahahahahaha. Nasib ada tempat duduk sebelah pompuan kalau dak dok sebelah laki la aku. Tempat yang aku dok tu pun... belakang aku laki T.T Nasib lepaih tu aku jumpak kawan dah wei kalau dak tak ketahuan aku sorang sorang haha dah rr kelaih dibatalkan petang tu. Tapi la aku dah cekap dah jalan kat kmk ni. Cakap ja nak p mana, aku boleh bawak hahahaha bajetttttt padahal tak reti aku jalan nak p blok c.
Eh okay lah. Homework bio tak siap lagi ni dah rr esok dah nak balik kmk. Dengan buku rujukan bio takdak, taktau la cena aku nak buat homework ni haih. Kbai. Assalamualaikum.
Ohhhh lupa nak ucapkan, selamat berpuasa :)))
Wednesday, 18 March 2015
Eww, pink!
Hampa perasan dak yang entri lama-lama makin berkurang? Takpa, takyah jawab. Aku tau haha.
Okay, pink. Blog aku warna pink. Mesti hampa ingat aku suka warna pink kan? Haha sejujurnya warna pink termasuk dalam senarai warna yang paling aku tak suka. Aku rasa macam pink ni lembut sangat la, tak kena dengan jiwa aku. Gitu.
Aku suka warna hijau. Tenang. Damai. Cantik kot warna hijau. Kalau takdak warna hijau, warna biru. Biru pun tenang, damai dan cantik hehe. Warna putih pun cantik. Ah banyak sangat warna aku suka tapi yang pasti bukan warna pink. Dan oren. Dan kuning. Tapi aku ada baju warna kuning, terang lagi tau haha.
I used to like pink, but I don't anymore. Yeah, masa zaman hinguih(buruknya haha ok hingus) dok meleleh, semua nak pink. Seluaq pink, baju pink, beg pink, kasut pink, tudung pink, getah rambut pun nak pink jugak. Serius. Siap pink terang lagi tau bukan yang pudaq pudaq tu haha aku taktau la nak panggil warna apa. Soft pink? Fuschia?
Serius aku macam tak sangka aku pernah gila warna pink sampai macam tu. Jalan pun macam jantan tetiba pernah suka warna pink haha I cannot brain this. Dan aku bersyukur Alhamdulillah, masa sekolah rendah aku dipertemukan dengan Ida yang minat warna biru. Kalau dak mungkin sampai la aku dok pakai beg pink haha. Tak pasai pasai aku dicerca oleh si Timot
Oh ya, Ida lani dah tak minat warna biru. Dia minat warna purple pulee.
Btw blog ni warna pink sebab aku rasa warna pink ni senang nak edit. Senang tang mana tu aku taktau la tapi senang la haha paham dak. Dan sejujurnya lagi, aku sakit hati tengok blog aku weh pink gila macam blog pompuan yang pompuan gila tu(yang lemah lembut tu). Ingat nak edit jadi warna hijau tapi blog warna hijau tak berapa nak cantik la hehe(atau aku yang tak reti pilih kod kaler).
ps : Masa tulih entri ni aku pakai tshirt pink weh omg omg haha. Konon tak suka sangat puii.
pss : Masa sekolah rendah, aku rasa Ida seorang yang sangat cool. Sebab tu bila aku tau dia minat warna biru, aku sanggup ubah warna kegemaran. Zaman budak budak memang lawak haha.
Sunday, 4 January 2015
Perubahan
Harini dah 4 Januari 2015. Cepat ja rasa tengok tengok dah pat haribulan. Mungkin aku habiskan masa dengan benda lagha... sebab tu rasa cepat ja masa berlalu. MasyaAllah. Mungkin lepas ni boleh kurangkan tengok RM, WGM sampai pukul 4/5 pagi. Yeah, aku semenjak habih exam aku tidoq pukul 4/5 pagi. Kadang kadang tu lepaih subuh baru tidoq. Macam mana rezeki nak masuk ni waduhh.
Eh tetiba termelalut jauh pasai takleh tidoq, maafkan iolls. Jadi, perubahan... Apa yang berubahnya?
First, aku dah dah edit blog haha. Walaupun tak nampak perubahan pun(cuma background berubah) tapi kira okay la tu aku edit jugak wahaha. Cuma tulah, aku malaih gila nak buat header baru sebab berbulan bulan yang lalu, ada beberapa orang cakap header ni lawa tehee. Dah orang tu kata lawa, digabungkan pulak dengan perangai pemalaih sejak azali aku ni, so takyah tukaq. Peh, senang hidup macam ni haha.
Second, aku dah edit page 'about me'. Page ni dah lama kot aku tak edit, dari start buat page tu sampailah kelmarin. Malu tau bila tengok page tu, dengan senarai jejaka korea yang aku minat hahaha bodo betui. Dah la dalam page tu aku kata umoq aku 15 tahun mihmih. Teruih nak feeling muda padahal dah tua hahahahuwaaa. Aku dah tua weh, umoq lapan belaih, rasa macam tak percaya... Aku. Dah. Tua.
Eleh, baru lapan belaih kot. Relax, relax.
Third, aku dah mula belajaq bahasa inggeris. Ini merupakan perubahan yang paling besaq sebab aku malaih gila kot nak belajaq masa cuti ni tapi... aku kena jugak berubah, aku kena jugak belajaq bi. Demi masa depan. Cewahhh mihmih. Lepaih beberapa minggu belajaq bahasa inggeris, aku dah mula malaih sebenaqnya. Baca buku boring, jadi kita bertukaq kepada baca blog yeay. So, aku pun bukak la blog anwar hadi dengan vivy yusof sebab depa cakap bi -- yang aku tau la. Lepaih bukak teruih rasa macam nak gila sebab banyak perkataan yang aku tak paham. Kesian sangat tapi aku suka baca blog vivy, best gila weh.
Pastu bukak youtube, cari video anwar hadi. Mula mula fokus gila sampai muka berkerut... lama lama aku rasa... aku tengok mulut dia dok bercakap yang lebih hahaha. Pfftt. Tapi dia cakap fluent gila sampai tak tertangkap dia cakap apa. Dah tak dapat tangkap tetiba tangan aku TERbukak video Mat Luthfi(yaka terbukak ahaks?) tapi buku English Itu Mudah dah duk sebelah. Taktau nak pilih yang mana. At last, i choose video Mat Luthfi, drama-drama sebelum kahwin. Kbai.
Assalamualaikum.
ps : aku taktau kenapa entri aku lani aku suka tulih panjang panjang. dulu pendek pendek ja. perubahan sangat ni.
pss : tidoq lambat sebab terlalu pikiaq pasai result. nasib tak stress.
Thursday, 27 November 2014
My school days are over
Aku dengan rasminya telah menamatkan hari hari terakhir bergelar pelajar sekolah menengah memandangkan kertas terakhir, biologi telah pun berlalu pada hari selasa 25 Nov haritu. Tetiba rasa sebak pulak waduh sejak habih sekolah ni tetiba aku rasa macam syahdu gila bila sebut pasai sekolah padahal sebelum ni asik kutuk nama sekolah ja haha. Poyo sangat.
Sebenaqnya aku nak cakap pasai spm tapi aku tetiba rasa takut haha tak boleh blah betui cakap pasai spm pun takut. Soalan spm tahun ni pretty hard to me. Aku taktau la sebab aku tak baca buku sangat ka sebab memang soalan susah, ekceli masa mula mula tu aku okay lagi tapi bila masuk exam math aku dah mula... Stress. Stress gila soalan yang aku harapkan markah tetiba kena ganti dengan durian nangka whatsoever. Tu baru math, ntah ntah addmath nanti dia tanya sapa yang juai nangka pulak -__-
But yeah addmath spm 2014 tak keluaq soalan sapa juai nangka tapi dia tanya soalan yang lagi gila. Sesungguhnya aku tak paham weh aku study addmath 2 tahun sebab nak tolong adam pilih kerja sebab adam nak sambung mengaji lagi 10 tahun, sebab nak kirakan pagaq rumah encik siva dan soalan yang aku rasa paling gila... Volume of the water need to fill the bowl to 20 cm depth? Whatever la wehhh benda dah lepaih. Sekarang aku cuma mampu berserah dan berharap yang markah luluih addmath ialah 1 :')
Special thanks to timot, shidot, datot dan najwa sebab sudi mendengaq luahan hati(lebih kepada mengarut) iolls, menceriakan hari hari iolls di sekolah dan special untuk najwa, selalu menguji ketahanan hati guwa haha. Terima kasih sangat terutamanya kepada timot sebab dia dok sebelah guwa dalam kelaih dan selalu bagi information pasai ehemm ehemmm hahaha.
To my classmates yang awesome, thanks for gave me a priceless experience and sweet sour moments. Thanks a lot walaupun aku selalu sakit hati sebab budak laki suka sangat hingaq. I hope all of us will get a good results and be better in our life insyaAllah :)
Oh yeah, untuk mak atul(datot), mama azarida dan ayah tasnim(tasnim ni pompuan tau walaupun dia ayah haha), terima kasih sebab sudi terima i sebagai anak kekeke. Takleh blah gila aku ada mak sampai 3.
Okay lani aku nak tidoq. Goodnight sleept tight Assalamualaikum :)
ps : aku takdak kawan lain sebab tu aku tuju terima kasih kat dak sekelaih dengan aku ja. eh ada sebenaqnya tapi tak berapa cakap sangat so yeah. payah la jadi tak peramah ni T.T
ps : aku ada 17 cpuv tapi semuanya masih 0.00 sen. taktau la nak seronok ka nak sedih :')
Friday, 24 October 2014
Jamuan Kelas 5 Sains 2014
Ya Allah lamanya tak update. Sekarang ni aku busy sikit banyak nau soalan soalan yang kena buat tapi aku takdak la buat sangat bhahaha. Aku buat yang mana aku suka ja bajet spm nanti masuk soalan yang aku suka ja khennn. Tapi Alhamdulillah at least aku ada jugak cuba nak buat kalau tengok perangai lepas lepas masyaAllah pemalaih gila bak hang karangan tak pernah buat sobs sobs.
Sebenaqnya aku bukan nak cerita pasai perangai aku ni tapi pasal jamuan kelas haritu(tengok tajuk pon dah tau weh tehee). Jamuan ni sepatutnya lepas raya deepavali tapi tetiba cikgu awalkan aku pon bukannya paham sangat apa yang berlaku aku reti bayaq ja hikhik. Baguskan iolls ni amanah wahaha. Jadi pada tanggal 18 Oktober(Sabtu), bertolaklah pelajar kelas 5 Sains(tak semua) ke monrods kot nama kedai tu. Mula mula aku ingatkan nama kedai tu moron haha bengong betoi.
Sebelum p makan makan mehlah kita belajaq dulu okay. So dalam pukul 8 p sekolah dulu sebab ada kelas tambahan tapi aku p pukul 9. Pukul 9 okayyyy tapi aku masuk kelaih lek ja siap buat muka mintak hutang janji dapat belajaq tak gitu kawan kawan ihiks. Kelas habih pukul 12, jamuan start pukul 2.30 so ada masa untuk mekap yeah haha mekap lah sangat poyo ja lebih walhal bedak pon takdak kat rumah aku ni hehe. Lagipun takleh nak lawa lawa sangat p jamuan sebab time tu hujan, syahira siap pakai sliper lagi p jamuan hikhik.
Masa mula mula sampai aku macam takdak mood sangat tau sebab aku lapaq dah la hujan hahaha kalau dak mesti gambaq aku banyak. Disebabkan mood tak baik hafiz nak tangkap gambaq pun aku rasa macam nak ngamuk saiko punya pompuan haha. Lepas makan alhamdulillah aku kembali gembira uolls.
At last depan kedai gak jadi tempat nak tangkap gambaq. Walaupun aku sebenaqnya malu tapi gigih gila okay bagitau orang depan suruh tepi sikit sebab muka aku tak nampak hahaha perangai apa ni woi. Tapi kan time gambaq tu aku takut sebenaqnya, takut kena sambaq kilat kan kami tangkap gambaq tengah jalan time hujan. Takdan mengucap kan kesian tskk tskk. Btw sori rr gambaq semua kualiti lain lain haha ni semua sebab aku kan takdak fon so aku cilok gambaq orang. aku p haritu memang bawak diri ja dengan ic apa tak bawak. Kalau terjumpak polis memang sah sah kena tangkap ingatkan bangla.
Saturday, 16 August 2014
PLKN
Semalam aku dapat mesej dari kawan pasal plkn. Terus gigih p check plkn untuk siri 12/2015 walaupun asyik kena refresh banyak banyak kali dan hasilnya...
AKU TAK DAPAT WEHHHHHHHHHHH :') Tak sia sia aku refresh banyak kali hahahaha.
Mula mula bila nampak maaf tu aku taktau nak buat reaksi macam mana sebab perasaan aku bercampur baur ewah bahasa melayu sangat. Rasa seronok ada sebab aku boleh bersenang lenang berbulan bulan, rasa sedih pun ada jugak. Banyak dari rasa seronok sebab aku memang dah target aku dapat. Maklumlah anak bongsu, kakak ngan abang aku lak tak dapat plkn, aku ni kira senarai wajib p la kan. Lagipun banyak orang cakap;
seronok la p plkn
plkn best tauuuuu
rugi tak p plkn
Apa yang depa kata ni membuatkan aku rasa nak p. Buat aku rasa nak try apa yang best sangat kat plkn. Setakat ada monkey bar, flying fox, titi kecik goyang goyang tu takyah rr sembang kencang ngan aku. Dari darjah 6 aku takmau p plkn sebab menda ni rrr. Si jebon monkey bar ni buat aku terpaksa cuci muka guna ayaq kotoq bawah monkey bar tu(kena denda sebab aku tak reti reti nak gerak dari palang pertama muahaha). Sampai lani iolls trauma nak main monkey bar tau walaupun monkey bar kat playground mana ada kolam bawah tu ngeng. Overdose punya trauma!
Tapi hampa tau la kan, remaja ni cepat terpengaruh, gemar mencuba. Aku pun macam tu jugak tapi takdak lah lagi perasaan nak try isap rokok ka apa kan hehe. Start dari awal form 5 aku dah mula redha kalau dapat plkn. Tu pun lepaih psiko diri sendiri hahaha. Siap kata tak jantan rrr kalau takmau p plkn.
Sekali tak dapat plkn... sah sah aku bukan jantan.
Tapi takpa lah, bukan rezeki nak p. Meh lah kita tunggu panggilan kedua. Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Jadi lepaih spm nanti, jangan muntah tau bila aku update entri muahahahahahaha...
Muahahahahahahhahahahahahahha huk huk.
Assalamualaikum.
ps : baru berangan nak kawan baru.... hmm seronok la timah leh p kan timah kan. btw timah tahniah semoga bahagia dengan tuan tuan kat sana wkwkwkwkwk. bajet gila macam p esok padahal lagi berapa bulan daaaaa.












