Tuesday, 27 October 2015

Library

Assalamualaikum.

Kalau ada orang suruh pilih nak study dekat bilik atau dekat library, aku akan pilih bilik walau aku tahu risiko tidoq berdengkoq tak study menanti.

Aku pun taktau kenapa aku takleh study dekat library. Okay, library sejuk ada aircond pastu jauh dari katil pastu dekat dengan koop. Memang purrfect library dekat kmk ni tapi aku takleh... aku tak paham apa pun bila aku duk kat library. Nak buat latihan tu boleh r tapi aku takleh nak fokus. Ha perkataan fokus ni la yang aku nak taip tapi tak keluaq keluaq. Tu yang asyik dok aku takleh aku takleh.

Aku lagi suka duk dekat bilik walau bilik tu tahap kepanasan dia hanya Allah yang tau. Berkuap gila fuh. Nak sketch graph function ja pun tapi tahap berpeluh dia dah serupa aku marathon. Tapi dekat bilik aku lagi fokus dari duk dekat library. Fokus lah sangat hang tu. Boleh pulak study week p baca blog FL dari tahun 2009 pastu p layan cerpen sampai pukui 3 pagi. Tolong r jangan menipu orang wahai anis. Haih.

Kesimpulannya disini saya ingin menyatakan bahawa saya gemar study di bilik. Jadi jangan ajak saya ke library ataupun ke cubic hahahahahaha ok bai. Tapi setiap orang lain lain kan. Ada orang masuk bilik ja dia nak tidoq la dia boring la. So dia kena study dekat library. Anis Farhana kan budak pelik. Masuk bilik tak tidoq, masuk library pulak rasa mengantuk.

K. Assalamualaikum.


Ps : Aku tengah pspm ni. Petang ni exam bi. Doakan aku tak mengarut huhu. Lama wei tak tulih essay cena ni hm.

14 comments:

  1. Macam mana tuh study panas2..kalau sy memang xblh nak fokus..haha..

    ReplyDelete
  2. saya kalau boleh nk cuba elakkan study kat bilik sbb ada dugaan katillah, phonelah, apalah xD kadang2 saya pegi bilik study atau kat surau kolej. pastu study ramai2 dgn kawan. maka itu lebih mujarab. hahaha
    #jarang study kt library sbb library jauh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau study dengan kawan memang kelaut haha takleh fokus walau tak sembang. Memang jenih suka study sorang sorang haha.

      Tak pernah jejak bilik study dengan surau blok 😂😂

      Delete
  3. Lissa duduk mana mana pun tak fokus. haha
    dalam kelas ja boleh study fokus :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takpa la at least boleh jugak fokus hehe.

      Delete
  4. study atas katil lagi masyuk haha

    ReplyDelete
  5. dulu masa spm pon geng ada ajak study kat library. ok je. but kalau saya, tak kesah la study kat mana pon, mulut mesti pok pek pok pek. hehehe. sy kalau study kat bilik lagi teruk kot, sbb asyik hadap laptop je T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa spm tak study haha.

      Saya tak berapa boleh study dengan orang ni, tak fokus huhu.

      Sini takdak laptop tapi main henfon tak henti henti haih.

      Delete
  6. Saya dekat mana-mana pun tak berapa nak fokus sangat. haha.

    Good luck!

    ReplyDelete
  7. Penat dah hadap sc com... Hai i'm kmmp student.. Modul 3 gak tpi pst.. Sama lah kita. Library mmg sejuk tpi bilik is the best. Sbb kita boleh study gaya apa pun.. Nak meniarap tonggang tebalik melalak bila dah penat. Makan sambil study.. Huhu

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.