Sunday, 6 March 2016

Takdak ayaq

Assalamualaikum.

Aku tak paham kenapa dan mengapa blok aku secara tiba tiba menghadapi masalah ayaq takdak sedangkan sebelum ni heaven gila ayaq mencurah curah. Dulu aku macam syok r classmates cakap blok dia takdak ayaq la sikit la apa la mandi kat toilet la semua la dan aku tak kena benda tu semua.

Sekali b2 takdak ayaq. Reyau sat aku.

Aku takleh hidup kot kalau takdak ayaq sebab aku suka mandi haha. Aku tak wangi tapi aku suka gila mandi. Taktau kenapa sampai kadang kadang aku p tandas sebab nak basuh kaki. Lulz. Tapi tu masa ayaq ada mencurah curah la. Lani kalau boleh aku nak mandi sekali ja pastu p basuh muka gosok gigi time ambik wudhuk untuk solat isyak teruih sebab malaih nak mamp aku nak p tandas banyak banyak kali.

First sebab tandas yang selalu aku p tu manjang takdak ayaq. Yang belah lagi satu tu ok tapi tak ok la sangat. Tapi masalahnya jauhhhhhhhh. Kalau p tandas sebab nak basuh kaki, balik bilik tengok dah kering dah. Tapi better la dari p tandas pdt. Tu lagi bapak jauhhhhh.

Kalau tadi cuma kering tapi bila p tandas pdt, berpeluh wei. Takyah p main badminton petang petang dah la lepaih ni. Beriadah dalam tandaih dah la. Ceh gaya macam aku p main badminton selalu hahaha padahal sem 1 ada dalam 2 3 kali haha. Sem 2 pun baru 2 kali pffttttt.

Tetiba aku malu dengan diri sendiri. Ok lah tu saja luahan saya pada malam ni. Lani aku nak p buat reja. Banyak gila reja aku huhu aku baru sedaq wei mampoih la esok dah start kelaih T.T

Assalamualaikum.


Ps : Mau tak gemuk aku duk kat sini. Reja duk berkurung dalam bilik ja keluaq jogging takmau.

Pss : Entri ni takdak gambaq sebab aku update guna phone so kalau ada typo tu sorryyyyy.

2 comments:

Mazni Munawar said...

kolej kite setakat ni pernah blackout smpai 2 kali. dri pukul 5 ptg smpai pukul 11 malam, haha. tpi kite rasa tkde ayaq lagi seksalah kot sbb tiap2 masa manusia ni kena pegi tandas. huh bertabahlah!

Anis Farhana said...

Kat sini selalu blackout jugak. Pernah sekali tu blackout time hari exam haha dah la baca buku tak habih lagi pastu blackout pulak memang sambung tidoq pastu tawakkal haha