Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

Eww, pink!

Assalamualaikum.

Hampa perasan dak yang entri lama-lama makin berkurang? Takpa, takyah jawab. Aku tau haha.

Okay, pink. Blog aku warna pink. Mesti hampa ingat aku suka warna pink kan? Haha sejujurnya warna pink termasuk dalam senarai warna yang paling aku tak suka. Aku rasa macam pink ni lembut sangat la, tak kena dengan jiwa aku. Gitu.

Aku suka warna hijau. Tenang. Damai. Cantik kot warna hijau. Kalau takdak warna hijau, warna biru. Biru pun tenang, damai dan cantik hehe. Warna putih pun cantik. Ah banyak sangat warna aku suka tapi yang pasti bukan warna pink. Dan oren. Dan kuning. Tapi aku ada baju warna kuning, terang lagi tau haha.

I used to like pink, but I don't anymore. Yeah, masa zaman hinguih(buruknya haha ok hingus) dok meleleh, semua nak pink. Seluaq pink, baju pink, beg pink, kasut pink, tudung pink, getah rambut pun nak pink jugak. Serius. Siap pink terang lagi tau bukan yang pudaq pudaq tu haha aku taktau la nak panggil warna apa. Soft pink? Fuschia?

Serius aku macam tak sangka aku pernah gila warna pink sampai macam tu. Jalan pun macam jantan tetiba pernah suka warna pink haha I cannot brain this. Dan aku bersyukur Alhamdulillah, masa sekolah rendah aku dipertemukan dengan Ida yang minat warna biru. Kalau dak mungkin sampai la aku dok pakai beg pink haha. Tak pasai pasai aku dicerca oleh si Timot yang macho.

Oh ya, Ida lani dah tak minat warna biru. Dia minat warna purple pulee.

Btw blog ni warna pink sebab aku rasa warna pink ni senang nak edit. Senang tang mana tu aku taktau la tapi senang la haha paham dak. Dan sejujurnya lagi, aku sakit hati tengok blog aku weh pink gila macam blog pompuan yang pompuan gila tu(yang lemah lembut tu). Ingat nak edit jadi warna hijau tapi blog warna hijau tak berapa nak cantik la hehe(atau aku yang tak reti pilih kod kaler).

Zaman dimana minat Kai EXO adalah sesuatu yang sangat cool.
Assalamualaikum.


ps : Masa tulih entri ni aku pakai tshirt pink weh omg omg haha. Konon tak suka sangat puii.

pss : Masa sekolah rendah, aku rasa Ida seorang yang sangat cool. Sebab tu bila aku tau dia minat warna biru, aku sanggup ubah warna kegemaran. Zaman budak budak memang lawak haha.

Wednesday, 10 September 2014

Kenapa buat blog?

Assalamualaikum.

Aku terdetik nak buat entri ni sebab bulan lepas aku ada ternampak blog mana ntah cerita pasal tujuan dia buat blog. Tapi dia masuk segmen la, aku tak masuk segmen tu sebab aku takleh nak masuk blog penganjur... Too young katanya sobs sobs. So aku pun nak syok sendiri lah cerita pasal kenapa aku gegeh sangat nak buat blog. Aku rasa macam pernah cerita dulu dulu tapi aku tetap nak cerita lagi sekali dengan lebih detail giteww hahaha. Well aku kan poyo, normal ah kalau dok ulang cerita basi ni :')

Mula mula buat blog kononnya nak share pasai kehidupan i sebagai budak nak amik pmr lah konon. Konon je lah padahal aku dok merapu apa tah hahaha. Dah la cakap kl memang geli bak hang bila baca balik eww muahahahaha. Aku start cakap kedah dalam blog ni baru ja kot... ntah pasaipa. Tetiba rasa macam bodo gila tulih kl padahal hang orang kedah kot. Pure kedah. Rasa tak syok pun ada gak sebab kedah kan ada loghat dia sendiri, dah kenapa pulak hang nak cakap loghat orang lain kan. Kat kolah kemain bersemboq ayaq lioq cakap kedah, mai kat blog tetiba berkite kite. Sumpah pondan.

Ewah tetiba ada semangat pulun kedah pulun pulak...

Lepas dah berkecimpung selama beberapa hari(hari okey! pondan gila perangai hahaha), i ubah niat... Nak jadi glemer guna blog pulak. Memang aku suka berangan dulu teehee. I amik fatin liyana sebagai idola sebab fatin kan glemer blog dia best kot, siap tengah belajar medic lagi time tu mesti ah pandai gila bagi aku, dah la lawa cantik menarik gila ah. Konon nak jadi macam fatin liyana la tapi aku tak glemer glemer pon sampai lani...

Sian...

Pastu bila dah lama sikit nak dekat 6 bulan kot ntah la, aku terbaca blog namee roslan. Namee cerita pasal nuffnang ala yang entri nuffnang dan rezeki tu pastu dia ada share dia punya earning dalam entri tu, memang buat aku tergamam seketika. Rm909 tu dah lebih dari aku punya duit biasisiwa kot. Memang time tu aku dah set, buat nuffnang dan tunggu jadi kaya hahahaha. Bila ingat balik perangai dulu memang rasa nak pelempang. Tobat la woi hahaha.

BIla dah lepaih fasa fasa gila duit, gila glemer ni... Aku kembali pada niat asal. Niat nak share pasal kehidupan aku walaupun nampak macam syok sendiri. Dah la cerita ntah apa apa hahaha. Tapi memang tu lah niat asal aku dulu walaupun aku tak share sangat pun pasal kehidupan. Lebih pada perkara melaghakan ja hahahahaha. By the way, untuk pengetahuan hampa, fasa gila glemer dan gila duit aku tu berlanjutan sampai habis tahun 2012 ja... tahun 2013 tu kira belen belen dia hahahaha. Tahun 2013 tu dah mula fasa baru sebenaqnya, fasa pemalaih nak mampoih. 

Tiba tiba rasa ngantuk. Pantang sebut malaih mula la nak ngantuk. Ok lah, tak baik tangguh tangguhkan tidoq hahaha pandai hang kan, bila mai tang tidoq tak tangguh, mai tang homework sampai sudah tak buat. Kbai.

Assalamualaikum :)


ps : hari ni blog ni genap 2 tahun 3 bulan woahhhh. aku bangga dengan hang blog. aku ingat tak sampai tiga bulan hang akan dinyahkan sama seperti kakak kakak hang sebelum ni muehehehe tapi hang membesar dengan jayanya. syabas blog omey omey :')

Friday, 6 June 2014

My Feveret Blogger #2

Assalamualaikum dan salam jumaat semua :)

Hari ni aku nak share pasal blog yang aku suka gila gila. Gila gila tu mean hari hari bukak blog dia. Hari hari usha gambaq dia. Sebelum offline mesti bukak blog dia padahal dah agak blog dia takdak entri baru pun. Btw nie masa aku rajin la. Kalau aku dah malaih, blog sapa pun aku tak bukak. Blog sendiri lagi aku tak bukak -__-

Btw hampa rasa pelik tak kenapa ada '#2' dekat tajuk?

Haaa sebabnya sebelum ni aku dah pernah buat entri macam ni. Tapi masa tu aku newbie lagi dalam blogging ni. Hampa paham paham ja lah kan perangai orang baru buat blog(ka aku sorang ja haha lol), yang mana follower dia banyak , yang mana entri dia orang banyak komen, blog tu lah yang aku suka sampai bookmarks penuh satu baris. Fuhh, punyalah bersemangat waja.

But now, aku dah tak berapa heran sangat kalau blog tu banyak follower, banyak orang komen, banyak orang duduk dekat blog dia dalam satu masa, blog lawa ka, blog glemer ka dan bla bla bla. Lani, aku dah tak minat satu satu blog tu secara membuta tuli(hahaha poyo!) tapi blog yang aku suka still blog glemer dan populer hahahaha. Memang poyo la aku ni :')

Dan blog yang aku minat gila gila tu adalahhhhhhh, jengg jengg jengg*ketuk drum*


Aku minat blog honeykoyuki ni dari aku takdak blog lagi weh. Aku pun tak paham macam mana aku blog minat blog ni lama gila tehee padahal aku ni cepat boring dengan blog yang sama. Tapi bila mai tang blog ni, serius aku tak boring malah aku siap ulang berpuluh puluh kali dalam masa sehari hahaha. Gila. Mungkin sebab penulisan fatin liyana ni best dan simple dan mungkin jugak sebab fatin ni lawa ahh aku suka haha. Ok gila lagi sekali. 

Dulu, kini dan selamanya aku suka blog honeykoyuki.

2. Hatim Abd Razak.

Aku jumpa blog nie masa nak baca review novel the perks of being a wallflower. Hampa tau dak, aku dah bukak blog nie berkali kali tapi tak pernah lak aku p baca entri lain selain entri review novel tu. Punya luruih la anis farhana nie haha. Aku nie pun tergerak hati nak baca entri lain bila TERperasan yang dia nie sebenaqnya student medic siap belajar kat ireland lagi. Aku nie pulak memang suka gila baca blog orang yang belajaq kat luaq negara. Gigih gila baca blog nie sampai sakit habih mata aku sobs sobs.

Btw blog nie memang best gila dan aku suka walaupun owner blog ni suka mencarut haha dan kadang kadang tersentap gak la baca entri dia T.T

Dua nie ja blog yang aku suka gila gila. Ada ja blog lain yang aku suka baca tapi dua blog nie la yang paling aku suka. Giteww. Lagipun bila aku baca dua blog nie, aku rasa macam semangat gila. Maybe sebab depa nie dokter kot. Fatin liyana bakal dokter, mari bergebang tu memang dah jadi dokter. Tetiba rasa nak p baca buku biologi. Kbai.

Assalamualaikum.

ps : hampa tau dak, kalau aku dah minat satu satu blog tu, aku boleh baca semua entri dia dalam masa sehari ja. siap boleh ulang tanpa jemu. tudiaa, semangat tahap takleh blah.

pss : ni draft dari tahun lepas weh. tahun ni baru nak publish hahaha gelong la anis ni :')

psss : hampa perasan dak tajuk blogger tapi dok cerita pasai blog hahaha dah napa hang anis farhanaaa??

Thursday, 17 October 2013

Happy Eid ul-Adha

Assalamualaikum.

Hahaha. Dah raya ketiga baru nak update nokss. Mihmih. Sepatutnya aku update entri nie 10 Zulhijjah haritu tapi ntah la camna aku mengantuk gila lepas edit blog. Nak update semalam memang takleh ler sebab semalam iolls busy. Kejap balik kampung belah mak, kejap belah ayah pastu balik belah mak balik. Hahaha. Line kat sana pulak memang jenis mintak kaki. Sempat la mandi dulu masa nak tunggu habis loading -__-

Haaa, cerita pasal edit blog. Nampak tak perubahan kat blog aku? Lawa tak? Lepas aku habis exam aku nak sambung balik edit sebab blog aku sekarang nampak macam ntah apa apa ja sebab haritu nak cepat kan. Itulah orang cakap 'biar lambat asal selamat' gitewww. Mungkin jugak tak berkat sebab orang lain pergi sembahyang raya, aku pulak hadap blog. Tapi hujan lebat kott kat rumah aku. Lebat gila sampai mengantuk zzzzzzzz.

Hari nie aku sekolah tapi tak belajar. Siap kena pakai baju kurung lagi. Perghh. Masa mula mula sampai sekolah, gila malu sampai jalan kepit kot hahahaha. Mana pernah wehh aku masuk kolah jalan kepit kepit. Selalunya aku jalan penuh semangat, tangan di dada, mata pandang hadapan. Bila ada orang lalu dekat sebelah, aku melambai lambai ibarat daun nyior melambai lambai pabila ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Amboi, kemain over hahahaha.

Okeh lah. Selamat malam uolls. Jumpa lagi 31 Oktober 2013. Hahahaha. Time tu aku dah merdeka uolls. Sekarang nie tak merdeka lagi sebab masih ada 8 subjek yang perlu aku harungi. Exam pun lambat nau nak habis. Cepat lah habis cepat lah. Iolls nak tengok kdrama puas puas. Iolls nak tengok runningman tanpa rasa bersalah. Iolls nak tidor tanpa mimpi ngeri(pernah ke aku mimpi ngeri sebelum nie? -___-) and whatsoever lah. Babaii.

Assalamualaikum.

Monday, 29 July 2013

Jenis Entri Yang Orang Suka

Assalamualaikum.

Entri nie entri mix okey. asalnya nak cakap pasal keywords ja tapi ntah la otak aku nie, p tulis sekali pasal 'jenis entri yang orang suka' padahal aku hentam ja. Muahahaha. Nak padam rasa macam tak patut. Nak biar, rasa macam maluuu. Hahaha. Hang dah kenapa kan?

Okeylah. Tengok ja jenis jenis entri yang orang suka. Aku pun tak tahu lah betul ka dak kehkeh.

1. Tips kecantikan. Maybe. Entri tips jadi comel aku tu paling femes kot kat blog nie walaupun tips tu macam mintak kaki. Muahahaha.

2. Resepi. Aku tak tahu sangat lah pasal nie sebab aku tak pernah pulak tulis pasal resepi. Hahaha. Masak pun malas woiii. Ada hati nak share resepi >.<

3. Berita terkini @ gosip. I think yang nie orang suka kot. Tambah pulak yang gosip tu kan hahaha. Tapi aku nie tersangat sangat lah jarang bukak blog macam tu sebab aku dah ada timah, atul dan shida. Segala gosip aku tau dari depa muahahaha.

4. Entri yang berilmiah. Bukan nak tunjuk baik ka apa tapi betul lah. Boleh tambah ilmu kan. Lepas nie nak tulis entri yang berilmiah lah. Takdak lah asyik update benda mengarut ja >.<

Okey. Yang tu ja aku dapat share pasal entri yang orang suka. Maybe lah. Kalau entri personal pun orang suka jugak kot. Tapi maybe kurang dapat perhatian. Lain lah fatin liyana kan. Orang lagi suka kalau dia share cerita personal. Kalau aku cerita....

Krikk krikk krikk.

Okey lah. Kembali kepada niat asal. Aku nak share keywords blog aku. Keyword blog aku kebanyakan nya pasal 'nak jadi comel', 'tips jadi macam orang korea' and yang sama waktu dengannya. Memang banyak ah. Pelbagai versi hahaha. Dulu masa baru buat takdak lah banyak sangat. Sekarang taktau la pesal banyak sangat. Nak dekat raya kot kan?

Muahahahaha. Errr, motif gelak?

banyak kan? sekali dengan kskb sungai buloh pun ada. tu bekas kolej kakak aku kot. 

Dan dalam semua semua keyword, keyword yang paling tak boleh blah ialah...
Maaf la untuk siapa yang cari tu. Saya taktau lah dia pakai pencuci apa. Heee, peace.

Babai.

Assalamualaikum. Selamat petang. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Selamat menduduki trial bagi budak form 3.

Monday, 10 June 2013

Dah Setahun Rupanya

Assalamualaikum.

Apa yang dah setahun?

Haaa. Blog aku dah berusia setahun.

Kecoh ja kan haha.

Tak sangka aku dah bersama dengan blog nie setahun. Cepat sangat rasa. Walaupun dah setahun, entri aku masih tak lebih dari seratus. Huhu. Lagi 5 entri baru cukup seratus. Tapi aku nie pemalaih nak mampoih. nak buat 5 entri tu rasa macam kena cat satu bangunan uknow?

Banyak suka duka aku cerita dalam blog nie. Hahaha. Lebih banyak perkara suka sebenarnya. Duka tu adalah satu dua, tak banyak. Boleh bilang dengan jari kaki ja. Hmm. Blogging nie best sebenarnya. Suka dapat hadiah, suka dapat kenal orang, suka dapat follower, suka segala galanyaaaaaaa. ^_^

Entri first aku, First Entry. Ntah la, aku rasa macam malu gila nak baca hahaha. Dengan penuh perasan aku taip entri tu tapi aku rasa entri tu lah yang paling jujur aku penah buat. Hahaha. Paling jujur okey!

Aku rasa sepanjang aku buat blog nie takdak lagi rasanya kena bash ka apa ka. Alhamdulillah. Tapi jangan pulak lepas nie hampa bash aku pulak. Kang tak pasal pasal. Hahaha. Harap lah takkan pernah jadi. Aku bukan kuat sangat nak hadapi semua tu. T.T

Antara template blog aku dulu. Muehehehe.




Aku taktau kenapa aku buh nama kechik. Sampai la aku tak paham haha. Nak kata pendek tak jugak sebab tinggi aku 157cm. Ok, aku tak pasti sangat tinggi aku berapa sebab hari tu ukur tinggi aku 154cm. Aku rasa ada unsur penipuan masa ukur tinggi tu. Muahahahahah. :p






Terima kasih sebab sudi baca blog aku selama nie walaupun blog nie tersangat sangat lah syok sendiri dan perasan tahap gaban. Terima kasih sekali lagi. :)

Oh ya. Cpuv aku still berjalan. Siap dapat cpuv baru lagi kehkeh. Alhamdulillah. Btw rajin rajinlah singgah blog nie ya. Muehehehe.

Assalamualaikum.


ps : aku dok gila dengaq lagu Istikharah Cinta pulak. hahaha :')

ps : kebelakangan nie aku rasa stress gila. huhu T.T

Sunday, 14 April 2013

Komen Hampa Pasal Blog Aku?

Assalamualaikum.

Setelah hampir setahun aku buat blog, aku tak pernah amik tahu pendapat hampa pasal blog aku. Aku tak pernah amik tahu sebab aku takut menghadapi kenyataan. Hahaha. Over ja minah nie. Ya, aku takut. Kot kot la hampa cakap nie blog syok sendiri. Haha. Walaupun kenyataan tu betul sangat sangat tapi aku tetap tak dapat terima. Sentap hati nyah uolls.

Jadi, hari nie aku terbuka hati nak amik tahu pendapat hampa. Yelah. Aku taknak lah jadi blog syok sendiri. Aku cuba memperbaiki kualiti blog aku ini. InshaAllah. Hehehe. Komen ja apa yang hampa rasa. Tapi mohon sangat sangat gunalah perkataan yang sopan. Aku bukan boleh orang kutuk kutuk nie. Kang aku nangis.

Iolls hati lembut tau. Dan baca elok elok okey. Hati lembut bukan hati lembu!

Hampa boleh komen apa apa ja. Blog buruk lah. Entri mencapub ke apa ke. Tapi seperti dikatakan tadi, komen dengan sopan sesopan aku. Eh, sesopan gadis melayu. Iolls memang gadis melayu tapi iolls 'sopan' sangat la noks! Iolls sendiri takut tengok perangai iolls yang 'sopan' sangat nie ahaha >.<

Dan terima kasih kepada follower blog nie yang sudi follow blog nie. Terima kasih sebab sudi komen blog aku nie. Terima kasih sangat. Tak sangka. Nak bagi hadiah aku pokai. Aku hanya mampu cakap terima kasih :D
Assalamualaikum.

ps : bufday aku 21.06 nie. dah nak dekat dah. takdak sapa nak bagi hadiah xperia sebijik ka? huhuhu >.<

Sunday, 17 March 2013

Blog berwajah baru

Assalamualaikum.

Sepatutnya entri nie aku post semalam tapi aku mengantuk tahap dewa so tertangguh. Aku malas nak edit entri nie. Sekian. Jemput baca yerrr >.<

Yeah, akhirnya siap jugak edit blog. Sambil dengar lagu bawa kau pergi goliath band punya lagu dan sambil mencekik kacang yang beli kat koop sekolah, sambil buat kerja sekolah agama. Haa, berapa banyak sambil. Semangat tau iolls buat kerja sekolah sambil edit blog. Kelass gitu padahal satu tak masuk otak asyik fikir blog jaa.

Btw haritu aku cakap nak edit warna putih kan, tapi tak nampak putih pun kan blog aku nie. Hahaha. Blog nie jadi pelik bila warna putih so aku pun tambah la warna warna sikit. Header tu pun ada problem sikit, tapi disebabkan malas aku dah sampai tahap dewa jadi aku buat buat tak nampak.

Doodle kat header tu comel kan. aku rembat doodle Yaya Hatsumi. Pandai dia buat doodle comel comel. Aku mana pandai buat doodle, aku tangan keras kot. Yang aku pandai hanyalah merembat doodle orang then edit letak kat header. Itu ja yang aku pandai. Dulu boleh jugak buat doodle nie tapi lepas mouse aku hilang ntah kemana, doodle pun sudah terbang kemana. Sedih cerita nie kan. Huu.

So, apa pendapat hampa pasal design baru nie. Aku harap hampa berpuas hati sebab aku memang takdak mood nak edit balik lol. Kebelakangan nie memang takdak mood nak bukak blog. Blog nie pun aku edit sesimple yang boleh. Simple tak comel tak?

Tukar topik tukar topik.

Kebelakangan nie aku selalu usha Zalora. Pastu dia suruh sign up sign in lantak la apa menda ntah. Aku pun p la sign up/in. Pastu email aku keluarlah rm20 gift voucher Zalora tu pastu aku try la cari barang(ntah benda apantah aku cari, aku rembat ja janji kurang dari rm20), bila dah try tetiba dia error pulak. Ehh, aku tak puas hati. Ehh, apa nie wehh. Aku baca berulang ulang kali email tu, last last aku ternampak;

"Gift voucher valid for 10 days from the date of the email with minimum spend of RM80"

Tetiba aku sedih dengan perangai aku. Tskk tskk T.T

Assalamualaikum.


 ps : bila duit Nuffnang nak naik nie. tskk tskk. sedihnya.

Tuesday, 18 December 2012

19/12/2012

Assalamualaikum.

Itu tarikh esok. Bila dengar ja tarikh tu, rasa macam nak demam dan keajaiban telah berlaku pagi tadi, aku bangun awal. Bangun bangun terus mandi tanpa banyak songeh. Sesuatu sangat haha ekceli aku bangun awal sebab sakit perut. Lol >.<

Disebabkan aku tertekan pasal esok jadi aku sengaja membusy kan diri. Jadi, header baru dah tercipta! Ingat nak tukar header dengan navi. Navi sekarang nampak macam besar sangat. Tak comel tak comel*geleng sambil menggerakkan jari telunjuk kiri kanan kiri kanan*. Header yang aku buat pagi tadi pun sama ja konsep dengan header sekarang. Bezanya cuma gambar lain ja pun hehe >.<

Tapi lepas dah habis buat header baru, pelbagai persoalan menjelma dalam kepala hotak nie. Esok nak pakai baju apa? Pergi pukul berapa? Nak tunggu dekat mana? Sebelah pakgad? Dalam dewan? Huhuhu. Ekceli 3 nie ja menjelma dalam otak. Hahaha. Ayat pelbagai tu bajet macam banyak sangat kan kan >.<

Kepada batch 97, semoga berjaya mengharungi hari esok. Good luck :D

Doa sebelum amik result:
1.Al-Fatihah
2.Ayat Kursi
3.Al-Ikhlas 7x
4.Al-Alaq 3x
5.An-Nas 3x
Dan berdoa dengan nama Allah SWT dengan rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai muslim. Mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan. InshaAllah kejayaan milik kita semua dengan keizinan Allah SWT.
Assalamualaikum.

ps : doakan kejayaan aku ya. thanks :D

Monday, 26 November 2012

Story disiang hari!

Assalamualaikum. 

Ekceli, aku takdak apa pun nak cakap dekat sini tapi kesian tengok blog nie dah seminggu tak terupdate. Huhu. Nak buat macam mana, tuan blog pun dah macam ular kena palu (ntah betul ke idok peribahasa nie. hentam sajalah). Lama betul aku tak perah otak cari idea dan kawan aku ada bagi idea tapi malas doe aku nak cari isi. Huhuhu. Nasib baik time PMR aku rajin, kalau idok tak terjawab aku. Ngehngehngeh :p

Btw aku dah tukar header. Aku selalu tukar header kan. Maaflah, tak menahan kot tengok doodle comel yang aku tempah dekat Munirah dibiar begitu saja. Hikhik, jadi header baru telah tercipta. Hikhik. Gelak sebentar sebelum mula ayat baru >.< Memang tempah sebab nak letak kat header tapi tak sangka aku tak dapat megawal diri lalu cipta header baru secepat yang mungkin. Baru dapat doodle semalam, dah buat header baru. Cepat gila. Bajet nak tunggu 3 hari lagi tapi nafsu mengatasi segalanya. Ngehngeh. Gelak lagi*aku rasa ada yang kena tendang satgi* 

Header fatin liyana telah menjadi inspirasi kepada aku untuk mencipta header baru sebab aku rasa header kak fatin style gila dan yang pasti lagi style dari oppa gangnam style. Heyy, sexyy ladyy (kawan aku tau part nie ja, yang lain dia taktau. muahaha!) Tapi, aku tak tiru lah seratus peratus kang orang cakap aku nie copycats, copydog bagai pulak. Ye dak?

Apa pendapat hampa pasal header baru aku nie. Kalau hampa puji, aku bagi eskrem mat kool. Baik puji cepattt. Yayaya, 1067392 orang telah memuji (perasan), anda bila lagi? Haha, itu sahaja yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Btw, skema kuda belang gila ayat hang Anis >.<
Aku mana reti buat doodle doodle segala nie, yang nie pun main tarik tarik ja nie. Nasib baik ada rupa orang sikit sikit. Hahahahaha! Tapi tulah, kesian tengok. Tudung kembang kat tepi, tangan sebelah pendek sebelah panjang. Muka senget, jari jemari takdak habih disebabkan main meriam raya haritu. Hahaha kesian gila doe aku tengok hang >.<

Assalamualaikum.

ps : sapa amik PMR. bila eh result keluar? fuhhh fuhhh >.<

Wednesday, 11 July 2012

Aku makin RAJIN!!


Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
Tajuk hari nie tak lah segempak mana tapi anda harus ingat, tuan blog ini comel >.<
Erk, apakah???

Tak tahu nak hupdate apa. 
Apa yang aku tulis nie random. 
Takdak kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang sudah mati.

Nampak tajuk yang tak berapa nak gempak tu. Nampak?
Kalau tak nampak, aku comel. Haaa, baik cakap tak nampak cepatt! Nanti aku belanja aiskrim.

-----------*tertido*

Ahh, boring nak mampos entri nie. 
Sampai aku yang tulis entri nie pun tetido.
Haihhh -_-'' *garu garu kepala lutut*

Tarik nafas. Hembussss. Tarikkkkk. Telannn. Erkk, hembussss.
Oke, kembali kepada tajuk. Aku makin rajin dah sekarang nie.
Tak percaya??
Ehh, siyess la aku makin rajin.

BUKTINYA :
Aku yang jarang basuh kasut nie, boleh basuh 3 kasut sekaliguss. Wow*teruja*
Hahaha. Silalah buat muka teruja.
Aku nie jenis selagi kasut tu tak macam arang selagi tulah aku tak basuh kasut.
Bukan pemalas tapi orang pernah cakap 'basuh kasut selalu cepat koyak'.
Aku ikut ja. Hahaha :)

Bukti yang kedua ialah blog aku dah berubah wajah >.<



Pink membuatkan aku rasa vogue. Ehh >.<
Sudah la sikit sikit.
Kalau tulis banyak banyak hampa kata aku riak pulak. Hehehehe.
Oke, chalooo.

ps : terima kasih sebab sudi baca entri yang melaghakan nie. hehehe >.<