Sunday 11 January 2015

Kisah Kpop #2

Assalamualaikum.

Tadi bukak facebook sebab rasa macam dah lama tak bukak facebook. Bukak bukak nampak status kawan pasai sekolah, tetiba teringat buku teks sejarah & biologi yang terkepuk dalam almari buku. Taktau la bila nak hantaq. Scroll bawah ternampak status kawan pasai aurat apa ntah, malaih aku nak baca sebab cakap kite kite haha. Scroll bawah lagi nampak berderek tarbiah sentap post pasai kpop. I smell something fishy.

Scroll lagi bawah baru tau punca status yang aku nampak tadi. Kesiannya lambat tau berita panas >.<

Aku tengok gambaq dan video kumpulan korea tu dengan pompuan pompuan tu. Aku tengok video tu sat ja sebab geli terlampau. Aku tengok tang laki tu dekatkan muka dia kat pompuan tu teruih aku rasa geli, teruih tutup. Geli weh sebab dia pakai tudung, baguih tutup aurat. Tak baguih la dok buat perangai macam ni. Mana malu hampa?

Pastu aku terbaca komen, eleh sebab hampa tak dok ataih tu bolehla hampa kata tak elok la apa la, cuba dok ataih tu mesti macam pompuan tu jugak. Eh hello, kita ni pompuan tau. Pompuan yang reti malu tau. Pompuan yang ada maruah tau, bukan yang boleh buat main main tu tau. Bukan senang senang nak bagi orang pegang tau apatah lagi berpeluk tau. Aku minat pun ada bataih tau setakat tengok video depa pastu terkomen depa comey sikit pastu dah.  Eh bencila aku baca komen tu huh. Macam la kita tak boleh pikiaq mana halal mana haram.

Tapi aku taktau la dengan pompuan tu. Mungkin dia seronok sangat sebab bias dok depan mata sampai tak mampu nak kawal perasaan dan diri. Mungkin dia tak boleh pikiaq secara rasional, mana halal mana haram. Mungkin juga dia memang dok tunggu saat tu... pffttt.


Aku scroll naik ataih balik baca apa yang tarbiah sentap post, aku pulak yang sentapnya*menangeh*. Tengok RM sampai tidoq lambat tu sangatlah buang masa, baik aku sembahyang hajat bagi dapat 9A dan dipermudahkan segala urusan. Tengok artis korea sampai dok puji hensem sana comey sini, nampak sangat tak jaga mata. Kan dah zina mata. Astagfirullahaladzim. Dengan gambaq Kai dalam henfon, dengan lagu korea sampai beratus haih.

Mai la kita sama sama berubah menjadi yang lebih baik meh. Dan bagi yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah uolls muahahaha. Assalamualaikum.


ps : aku cari 'kisah kpop' kat google. blog aku paling ataih kot, peh mesti depa ingat aku fanatik kpop haha.

Sunday 4 January 2015

Perubahan

Assalamualaikum.

Harini dah 4 Januari 2015. Cepat ja rasa tengok tengok dah pat haribulan. Mungkin aku habiskan masa dengan benda lagha... sebab tu rasa cepat ja masa berlalu. MasyaAllah. Mungkin lepas ni boleh kurangkan tengok RM, WGM sampai pukul 4/5 pagi. Yeah, aku semenjak habih exam aku tidoq pukul 4/5 pagi. Kadang kadang tu lepaih subuh baru tidoq. Macam mana rezeki nak masuk ni waduhh.

Eh tetiba termelalut jauh pasai takleh tidoq, maafkan iolls. Jadi, perubahan... Apa yang berubahnya?

First, aku dah dah edit blog haha. Walaupun tak nampak perubahan pun(cuma background berubah) tapi kira okay la tu aku edit jugak wahaha. Cuma tulah, aku malaih gila nak buat header baru sebab berbulan bulan yang lalu, ada beberapa orang cakap header ni lawa tehee. Dah orang tu kata lawa, digabungkan pulak dengan perangai pemalaih sejak azali aku ni, so takyah tukaq. Peh, senang hidup macam ni haha.

Second, aku dah edit page 'about me'. Page ni dah lama kot aku tak edit, dari start buat page tu sampailah kelmarin. Malu tau bila tengok page tu, dengan senarai jejaka korea yang aku minat hahaha bodo betui. Dah la dalam page tu aku kata umoq aku 15 tahun mihmih. Teruih nak feeling muda padahal dah tua hahahahuwaaa. Aku dah tua weh, umoq lapan belaih, rasa macam tak percaya... Aku. Dah. Tua.

Eleh, baru lapan belaih kot. Relax, relax.

Third, aku dah mula belajaq bahasa inggeris. Ini merupakan perubahan yang paling besaq sebab aku malaih gila kot nak belajaq masa cuti ni tapi... aku kena jugak berubah, aku kena jugak belajaq bi. Demi masa depan. Cewahhh mihmih. Lepaih beberapa minggu belajaq bahasa inggeris, aku dah mula malaih sebenaqnya. Baca buku boring, jadi kita bertukaq kepada baca blog yeay. So, aku pun bukak la blog anwar hadi dengan vivy yusof sebab depa cakap bi -- yang aku tau la. Lepaih bukak teruih rasa macam nak gila sebab banyak perkataan yang aku tak paham. Kesian sangat tapi aku suka baca blog vivy, best gila weh.

Pastu bukak youtube, cari video anwar hadi. Mula mula fokus gila sampai muka berkerut... lama lama aku rasa... aku tengok mulut dia dok bercakap yang lebih hahaha. Pfftt. Tapi dia cakap fluent gila sampai tak tertangkap dia cakap apa. Dah tak dapat tangkap tetiba tangan aku TERbukak video Mat Luthfi(yaka terbukak ahaks?) tapi buku English Itu Mudah dah duk sebelah. Taktau nak pilih yang mana. At last, i choose video Mat Luthfi, drama-drama sebelum kahwin. Kbai.

Assalamualaikum.


ps : aku taktau kenapa entri aku lani aku suka tulih panjang panjang. dulu pendek pendek ja. perubahan sangat ni.

pss : tidoq lambat sebab terlalu pikiaq pasai result. nasib tak stress.