Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Friday, 22 August 2014

Temporary Hiatus

Assalamualaikum.

Tahukah hampa yang trial spm iolls bermula ahad ni dan haram satu apa aku tak baca lagi. One word, mampoih. Dah la form 4 punya chapter berjuta juta sampai aku langsung tak ingat apa. Kalau ingat pun... dak. Aku tak ingat apa T.T

So, due to an upcoming exams terpaksalah aku berhenti sat blogging dan blogwalking ke blog hampa hampa semua. Eleh kalau budakpeliksstory tak hiatus pun bukannya aku update blog hahaha drama queen betoi.

jadual exam yang membunuh. tengok tanda tepi pun dah buat i kecut perut. gila banyak paper T.T

Jadi marilah kita sama sama berdoa supaya iolls, anis farhana dapat jawab dengan tenang dan dapat result yang cemerlang dan tak terkantoi bila masuk dewan nanti. Walaupun i masih tak study lagi... meh la doakan heee. Doakan juga aku ada semangat nak study. Makin nak exam, makin banyak main main. Bajet macam pandai sangat hang tu kan. Belagak.

Fail addmath baru hang tau!

Btw doakan ya pretty. Hahaha tetiba hang kannn pretty segala :')

Assalamualaikum.


UPDATE(05.09.2014) : Trial spm dah habis wehh Alhamdulillah walaupun aku rasa result aku mesti disaster T.T . Eh btw thanks for all your wishes :')

ps : meja kat dewan ntah susun ka dok lagi. aku taktau pun tempat aku. takkan nak jawab kat kelaih, tak feeling rr beb.

Monday, 26 May 2014

Happy Holidays

Assalamualaikum.

HAPPY HOLIDAYS UOLLS ^_^

Hari ni last exam; fizik. Tension gila jawab fizik. Lepas jawab teroih rasa nak pitam haha. Over sangat. Ekceli kan, lepas jawab aku rasa hepi gila gila ah sebab bila exam abih, ini bermakna dah start cuti woiiii. Apa lagi perkara yang membahagiakan selain cuti dan lulus exam? Oh haa, amik duit biasiswa juga perkara bahagia. Lagi bahagia dari lulus exam wakakaka.

Eh, takdak aihh.

Aku sebenarnya taktau nak buat apa, tu yang buang tebiat update blog malam malam ni. Nak baca buku rasa macam malaih gila. Dah la 3 minggu asik pegang buku, habih exam pun pegang buku lagi... Memang dok ler. Lagipun tak rock rr asik bace buku je haha. Spm jahanam baru nak insaf kot aku ni kan :')

Aktiviti time cuti tak rancang lagi, aku taktau nak buat apa hee. Rasa macam nak keluaq jalan jalan tapi boleh keluaq ja la sebab duit takdak ihik. Rasa macam nak eksesais bagi kuruih tapi... Nak eksesais camna weh? Lari satu padang? Lompat katak? Atau aku tidoq ja? Hewhewhew.

Satu ja aku harap, cuti kali ni lebih produktif(berangan)... InshaAllah. Btw aku dah set aktiviti membaca akan bermula 2 hari sebelum cuti habis ihikhehehehehe.
Eh ok lah. aku dah taktau nak taip apa. So, babaii. jumpa lagi di episod akan datang. Assalamualaikum :)

Selamat malam juga uolls :)


ps : sebenarnya, sekolah cuti berapa hari pun aku taktau. punya lah fokes kat exam hahaha.

Wednesday, 21 May 2014

Dah p sekolah, rupanya hari ni cuti

Assalamualaikum.

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Hari ni cuti sekolah. Cuti sekolah sebab Pemangku Sultan Kedah mangkat. Al-fatihah...

Ekceli hari ni exam. Exam agama dengan sejarah. masa cikgu bagitau kata hari ni cuti dan exam dibatalkan, kemain aku seronok gila pastu tetiba tersedar hari ni cuti sebab Pemangku Sultan Kedah mangkat. Astaghfirullah...

Rasa bersalah. Rasa sedih.

Bukan aku ja yang seronok gila, semua pelajar seronok gila sampai bersorak. Lepaih bersorak semua kena ceramah dengan cikgu. Rasa bersalah bertambah tambah...

Sampai lani aku rasa bersalah... Dan rasa seronok ada gak sikit tapi bukan sebab hari ni cuti(agak agak rr nak seronok sebab cuti... ni cuti berkabung weh)... Aku seronok sebab exam batal. Aku mana baca agama habih lagi weh. Banyak gila tajuk yang aku tak baca lagi. Ini semua salah running man!(ehee tetiba)

Ok lah, iolls nak chaw. Esok exam addmath, satu apa aku tak baca lagi. Harap tak gagal macam exam lepaih. Ekceli kan iolls pernah sekali ja luluih untuk addmath haha. Tu pun ujian 1 form 4, masa baru belajaq 1 bab -__-

Assalamualaikum.


ps : tak beragak gila aku ni hahaha balik sekolah teroih update blog hahah. bukannya nak p baca buku. ekceli iolls teruja gila sebab first time pukul 8 dah balik sekolah. ahaha.

pss : hari ni aku genap 16 tahun 11 bulan wehh. lagi sebulan ja birthday aku ehehehehehe.

Monday, 6 January 2014

Cara Belajar Yang Efektif?

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak update blog, dari tahun lepaih wei hehehe sorry lawak hambar.

Sebenarnya tujuan aku update blog nie bukan sebab nak share cara belajar ka tips fokus ka apa ka. Bukan ye bukan. Aku sebenarnya nak mintak tolong hampa share cara cara belajar yang hampa rasa efisien dan efektif. Maklumlah azam aku tahun nie kan nak belajaq 5 jam sehari hehe.

Tapi buat masa lani kalau aku dapat belajaq 30 minit pun aku rasa macam miracle T_T

Hampa tau dak, aku nie bila bukak buku mesti rasa ngantuk, mesti rasa lapaq secara tiba tiba. Sobs sobs. Dah la setiap kali rasa lapaq aku bantai maggi tanpa perasaan serba salah. Sobs sobs lagi sekali. Eh annoying lak aku asyik sobs sobs tendang satgi baru tau. Awat la haih aku jadi macam nie.
macam nie la aku T_T
Ok lah. Banyak gila homework tak siap lagi. Harap harap homework siap sebelum aku tidoq kroihh kroihh. Eh btw jangan lupa share tips tau. Kbai.

ps : churpchurp takdak iklan baru ka? ka churpchurp aku ja yang takdak iklan? camna earning nak naik macam nie haih. 

Saturday, 21 December 2013

Nak Sekolah Dah Wehh

Assalamualaikum.

I'm back uollsss. Happy tak? Muehehehe.

Perghhhh, lama nau tak update. Maaflah uolls, aku still dalam mood malaih tahap takleh nak bantu dah. Memang malaih sungguh. Kalau aku ikutkan pemalaih aku nie, entri 9 Dis hari tu aku nak sticky post sampai tahun depan. Punya malaih!

Btw pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013. Dalam sedar tak sedar, SPM makin menghampiri diri ini. Fuhh, terketaq ketaq tangan aku nak tulih SPM. Tu baru tulih wehh, tak hadap paper lagi. Kalau hadap paper SPM, mau parkinson teroih pa T.T

Astaghfirullah. Sudah sudah la mengarut anis oii. Marilah kita ke topik yang lebih serius.

Sepanjang cuti nie, aktiviti aku semua melaghakan. Memang aku ada baca buku tapi hampa paham paham jelah bila budak malaih pegang buku. Baca bab enzim tapi pala hotak dok pikiaq benda lain. Tambah pulak, lani dah nak habih cuti, aku langsung tak pegang buku wehh, asyik dok main game Airport City ja >.<

Bila dah nak habih cuti nie, dah takleh nak main airport city sampai guna facebook kakak, lepas nie dah takleh nak tidoq lambat lambat sampai mata dah macam panda nak beranak. Lepas nie dah takleh layan running man sampai gelak terkekeh sorang sorang pukul 2 pagi. Lepas nie dah takleh nak online sehari semalam sampai kena beletiaq dengan mak kaww kaww.

Kalau nak senaraikan aktiviti lagha aku sepanjang cuti nie memang tak habis. Punyalah banyak. Tapi aku dah berazam, tahun depan aku akan study sekurang kurangnya 5 jam hahahaha. Mohon hampa semua percaya walaupun aku sendiri pun tak berapa nak percaya dengan azam aku tu kehkehkeh.
Oke lah. Nak blogwalking sat sambil usha serum yang boleh hilangkan eyebag. Kbai.

Assalamualaikum.

Thursday, 21 November 2013

Mental Breakdown

Assalamualaikum.

Tadi, aku check result exam akhir tahun aku and i got this. 
walaupun sedih tapi tetap nak komen, nama cikgu aku sedap doo haha
Bila tengok ja result nie, aku terus rasa down. Bila dengar mak aku cakap, "awat teruk sangat?", aku diam. Dalam hati kutuk diri sendiri awat bodoh sangat hang ni. 

Sebenarnya result mid year aku lagi teruk, siap 2 failed lagi tapi still ada A. Boleh buat ubat penenang kepala otak sat walaupun markah A tu cuma cukup cukup makan. 

hmmm...

I wanna sleep. Assalamualaikum.
ps : macam mana nak dapat biasiswa kalau result macam nie. tskk tskk.

ps : macam mana lah nak spm. hmm. 

Friday, 1 November 2013

November & SPM

Assalamualaikum.
HI NOVEMBERRRRRRR! 
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November. Final exam aku pun dah habis. Sekarang nie kerja aku membuta ja. Kalau tak membuta, aku tengok Running Man. Nak pegang buku memang tak rr. Memang tak! Tapi sempena nak masuk awal muharram nie, aku berharap ada anjakan paradigma dalam diri aku. Sikit pun jadilah dari takdak langsung. Iyalah, aku rasa  kalau tak berubah dari sekarang, mau habis jahanam SPM aku tahun depan! 
ohoi, tahun depan aku dah jadi senior. omaigadd!
Bila cikgu cakap pasal SPM, aku selalu nebes sebab tahun depan turn aku pulak. Aku nie pulak pemalas nak mampoihh! Jarang tau tengok aku pegang buku. Kadang kadang bila aku ingat cita cita aku nak jadi doktor, aku bacalah buku hahaha. Siot gila perangai. Tapi sekarang nie aku mana ada cita cita, so nak tengok aku pegang buku memang jarang gila ah sebab takde inspirasi kan(poyo!).

Btw novel lain cerita la. Hari hari aku pegang novel. Hampa tau dak yang aku lagi banyak pegang novel dari pegang buku sekolah. Pernah sekali, esok nak exam tapi malam tu aku boleh dok relax baca novel asam pedas untuk dia. Dah la esok tu exam FIZIK kott bukan SIVIK! Gila tak gila aku nie. -____-

punca aku tak baca buku
Akhir kata, untuk akak akak & abang abang yang amik SPM, good luck uolls :)

Assalamualaikum.
pergilah malas... datanglah rajin... pergilah internet... datanglah buku

ps : macam mana keyword "macam cantik je, macam comel je" ada dalam blog aku nieee. tak suka! macam apa ja.

Thursday, 9 May 2013

Exam

Assalamualaikum.

usaha dan doa kena seiring. doa senjata orang Mukmin :)
12 haribulan lima, hari ahad nie aku start exam uolls semua. Exam untuk pertengahan tahun. Dah nak dekat setengah tahun aku jadi budak form 4. Sekejap sangat masa sekarang. Rasa macam baru ja masuk 2013. Dah banyak masa aku habiskan untuk perkara yang sia sia. Astagfirullah.

Study last minute still jadi amalan aku. Haish. Bilalah nak berubah perangai yang satu tu. Suka tangguh tangguhkan kerja. Suka sangat. Nasib baik result pmr aku okey walaupun study last last minute. Kalau tak okey, mau aku kena ceramah 23 hari 23 malam! Tak sanggup weh tak sanggup!

Oh ya, rasanya banyak dah sekolah yang start exam minggu nie. Sekolah aku busy minggu nie. Dengan pilihan raya lagi, dengan hari anugerah lagi. Macam macam hal. Jadi, exam pun start minggu depan tapi sejarah kertas 3 n sivik dah jawab. Budak laki kelas aku cepat ja jawab soalan sivik, yang aku nie dah tersengguk sengguk cari jawapan. Aku sumpah tak paham macam mana depa jawab cepat sangat -_-

Btw hari anugerah berlangsung hari nie. Gila boring. Hahahaha. Orang yang datang rasmi tu cakap slow gila kot. Kawan aku cakap dekat aku;

'weh Anis, hang p lah tolong dia baca. hang kan baca laju.' - Hadi atau nama sebenarnya hadirah. Aku suka panggil dia hadi :D

Dapat pen n sijil. Kenapa tak bagi duit ja. InshaAllah aku belajaq tak berenti nanti. Hahaha. Mata duitan gila $.$
anugerah pelajar terbaik pmr 2012
Assalamualaikum. Doakan aku berjaya jawab exam dengan baik :)

ps : aku tetiba suka dengar nasyid haha. seiring sehaluan unic best :)

Thursday, 25 April 2013

Hiatus, CPUV dari Nuffnang, Sejarah Kertas 3

Assalamualaikum. Entri nie mengandungi 3 cerita tapi tak panjang pun. :D

Berapa hari tak update. Tak busy pung sebenarnya. Saja taknak update. Biar hampa rindu aku hikhik >.<

Pangggggg!!! *kena tampar*

Okey okey. Taknak tulis statement gedik tak tentu hala macam tu dah. Aku dah insaf. Tskk tskk T.T

12 Mei 2013. Tu tarikh aku start exam mid year. Wohohoho. Ketaq gila. Jadi, aku buat keputusan nak hiatus. Mula mula ingat nak private blog konon konon nak focus study sangatlah. Tapi malas pulak nak private sebab aku nie jenis tak tentu hala sikit. Hahahaha. Kepala angin aku nie bukan boleh kira sangat, kata nak hiatus tapi kadang kadang boleh terupdate blog. Ter okey! Dah la blog nie banyak draft. Rasa macam gatal ja tangan nie nak tekan publish >.<

Dan salah satu sebab aku taknak private blog ialah aku dapat BE. wuhuuuuuuu >.<

Nie merupakan cpuv aku yang pertama. Kemain tau minggu lepas hantar ticket why my blog never get cpuv(cis, speaking la konon padahal boleh ja cakap melayu -.-') tetiba minggu nie dapat cpuv. Semalam baru dapat. Alhamdulillah. Jeles uknow tengok blog lain cpuv rajin melekat. Blog iolls??

Jadi rajin rajinkan lah tangan tu klik iklan iklan nuffnang dalam blog nie. Muehehehe. Sebenarnya tak boleh suruh orang klik iklan kita tapi kot kotlah hampa berkenan dengan iklan tu. Apa salahnya tekan kan. Kot kotlah hampa berkenan. Muehehehehe >.<

Btw sabtu nie sekolah. Sekolah ganti. Sekolah ganti merupakan hari yang paling tak best dan paling paling aku tak suka. Dan selalunya kehadiran akan merosot. Sekolah aku hari biasa pun malas nak mai , apatah lagi sekolah ganti. Memang haram rrr nak mai sekolah. Tapi kali nie cikgu guna taktik jahat. Cikgu telah mengadakan ujian sejarah kertas 3 pada hari sekolah ganti. Eh, sat. Awat bahasa aku macam pembaca berita ja nie?

Sabtu nie ada exam woii. Walaupun sejarah kertas 3 boleh tengok buku tapi aku still ketaq. Aku pun taktau kenapa. Mungkin sebab aku tak pernah jawab soalan macam tu kot sebab tu feel dia lain. Mungkin. Form 3 mana da soalan camni. Soalan objektif ja kot. Senang ja weh senang. Hahaha. Senang la sangatkan padahal masa pmr dulu nangis sebab takleh jawab :p

Macam mana eh nak jawab sejarah kertas 3. Ada apa apa tips tak?

Oke, chaw lu. Assalamualaikum.


ps : entri membosankan. sori. aku takde idea...

ps : aku stress. 8share.com tak reti nak naikkan earning aku ke?? kenapa earning aku tak naikkkkkkkkk!

Tuesday, 26 February 2013

Omaigadd, lisan aku!

Assalamualaikum.

Sebenarnya ini cerita semalam tapi aku tunda ke hari nie disebabkan hal hal yang tertentu*konon*. Kalau hampa baca tajuk pun hampa dah boleh agak nie entri cerita pasal apa. Yup, ini cerita pasal lisan. Lisan bm yang aku buat semalam. Sangat sangat menakutkan padahal baca kat depan ja. Eh, mentang mentang dah habis boleh rr belagak tenang :p

Yang paling menakutkan, cikgu bukan panggil nama ikut turutan. Cikgu pick randomly dari satu bekas. Bajet macam cabutan bertuah la. Bertuah la sangat kan... anis farhana... tetiba cikgu panggil nama aku. Walaupun time tu muka cuak tapi aku still boleh lex lex lagi tapi bila dah duduk terpacak kat depan terus gagap. Huwaaaa, rasa macam nak balik rumah!

Nak dijadikan cerita, aku nie jenis cakap laju. Time baca lisan tu tak semena aku cakap lajuuuuuuu. Siyes aku takleh kawal diri. Kang cakap lambat lambat kang, satu jam baru habis. Isu buli dalam kalangan pelajar bla bla bla demm. Btw aku cakap laju ada sebab oke. Bukan aku saja saja nak cakap laju bajet pandai. Lagipun aku nak bagi habis cepat. Wa dah tak heran benda lain. Tak heran wa cakap sama lu.

Dan cikgu bm aku cakap aku takde brek. Eh, sedih saya cikgu cakap saya cenggitu. Bukannya saya sengaja. Kawan aku lagi teruk, dia cakap aku cakap macam machine gun. How dare u! Okelah, aku kena study. Khamis nie dah start test 1. Yea, aja aja fighting!

Assalamualaikum.

ps : lepas habis test, aku edit blog sampai puas. now, aku kena belajar killer subjects dulu lol :p

Tuesday, 5 February 2013

Gelagat

Assalamualaikum.

Sekarang nie tengah hot cerita Setia Hujung Nyawa. Aku tak tahu sangat pasal cerita tu sebab aku tak pernah tengok pun sebab mak aku marah. Maghrib maghrib tak elok tengok drama katanya. Aku ikut ja sebab aku pun malas nak tengok.

Antara drama dan novel aku lebih prefer novel dari drama. Coz kalau baca novel, aku dapat bayangkan hero dia ikut suka hati buah pinggang jantung semi lunar valve. Kalau tengok drama, kena la menghadap hero dia walaupun hati yang sensetip nie tak berkenan sama sekali. Oke, cukup lah mengarut sikit sikit. Mengarut banyak banyak kang muntah pulak. Tak gitu yop? -_-"

Sebenarnya bukan yang tu yang aku nak cerita dekat hampa. Saja nak borak borak kosong dengan hampa, cerita sikit sikit pasal kelas aku and sikit story pasal aku. Kelas aku kelas sains. Kira macam harapan sekolah dapat 9A+++. Tapi perangai budak kelas tu sangat sangat tak menunjukkan imej sebagai harapan sekolah termasuklah aku sendiri. Yang baik tu memang ada tapi dari pemerhatian aku, hasilnya sangat lah mendukacitakan. Ish ish.

Kelas aku, budak perempuan lebih ramai dari budak lelaki. Perangai budak laki lebih kurang sama ja. Suka buat lawak bodoh(bodoh bodoh pun hang gelak jugak anis). Perangai budak perempuan semua lain lain. Tak la lain sangat sebenarnya tapi lain la jugak. Oke, pening. Hahaha. Ada yang garang, ada yang gila gila, ada yang manja. Macam macam lagi lah. Nak sebut lebih lebih takut kena tumbuk hahaha.

Bila time belajar, perangai form 3 aku mai balik. Malas. Ya, sangat sangat malas terutamanya bila kelas chemistry n addmath. Aku tengok budak budak lain macam lebih kurang aku ja. Kahkahkah. Awal awal tahun boleh rr buat muka semangat tapi bila dah lama lama nie, selalu ja rasa macam nak ngelat. Ohh, dugaan dugaan. Anis, kuatkan semangat. Kalahkan musuh, hiyakkkkk!!

Ok lah, aku dah penat. Aku nak buat homework. Aku berharap budak kelas aku tak baca blog aku. Muahahahaha >.<

Assalamualaikum.

Wednesday, 23 January 2013

Ben 10 , Hiatus dan Rindu

Assalamualaikum.

Tetiba rasa lain macam bila update, rasa macam baru first time update blog. Rasa macam nak tendang diri sendiri pun ada. Hahaha. Over pulak minah bio nie. Dah lama aku tak update apa apa kan. Last update 9.01.2013. Ekceli nie kesan belajar bio, fizik, kimia n addmath. Tu yang otak blur semacam ja(orang lain belajar bio relax je aku yang over). Ngehngeh >.<

Mak aku ajar budak budak ngaji malam malam. Jadi, macam macam karenah budak aku dapat tengok setiap malam kecuali hari jumaat. Dalam semua budak budak tu, entah napa aku tension ngan seorang budak nie. Nama dia apa ntah, aku tak amik berat sangat. Dia oke sebenarnya tapi bila ngaji dia jenis jerit. Jerit oke! Punyalah bising. Dah la dia ngaji time aku tengah sembahyang, memang kadang kadang aku rasa macam nak flying kick ja budak nie tapi tak sampai hati. Adeh.

Tapi kadang kadang dia buat aku gelak jugak. Mana tak gelak, dia suka sebut ikut suka dia ja. Kadang kadang betul, kadang kadang tak. Dah la pelik. Sumpah pelik. Hahaha. Orang lain sebut 'bin', dia sebut 'ben'. Peminat ben 10 agaknya? Hahahaha. So funny ah budak tu.

"Ban ben bon"- budak tu

"Mana ada bunyi ben"- mak aku

"Ohh , bunyi ben bila baris bawah"- budak tu

"Baris bawah pun tak bunyi teruk macam tu aih"- mak aku

Oke, tukar topik. Kebelakangan nie kalau aku blogwalking(singgah 2, 3 blog tanpa tinggal jejak blogwalking ka?) aku selalu terjumpak blog budak form 3 dan kebanyakkannya dah mula 'hiatus'. Hmm, baguslah awal awal tahun dah start hiatus bagai. Aku dulu, dari awal sampai ke sudah tak pernahnya aku hiatus. 2 hari sebelum PMR pun layan blog lagi sebab nak join segmen kak Lyssa haha. Memang tak pernah kenal erti penat lelah betul. Mohon jangan ikut perangai akak. Belajar betul betul yeah adik adik semua. Bagi dapat straight A's.

Bila dah form 4 baru ada semangat nak belajar, mungkin sebab belajar benda baru tu yang excited semacam tu. Masa form 3 tu dulu, aku lex lex je. Kononnya ada masa lagi. Dok ulang tu dari awal sampai ke nak dekat exam. Alhamdulillah, dapat jugak 6A. Oke la tu kan? Tak la rasa menyesal sangat tak baca buku, ye dak? Hehehe btw aku susah nak faham chemistry. Aku pun tak tahu napa. Aku ambil masa yang lama nak faham sesuatu benda yang cikgu cakap tapi Alhamdulillah aku faham la jugak. Tak la sampai tido time cikgu ajar walaupun aku menguap berkali kali. Cikgu cakap lembut kot, slow ja(cikgu perempuan la katakan). Rasa macam cikgu tu tengah baca bedtime story hehe.

Btw aku rindu kelas lama aku walaupun banyak kenangan yang tak berapa best nak diingat. Walaupun kelas tu agak seram. Walaupun kelas tu takdak pintu belakang(budak 3 waja ganas ganas sampai tercabut pintu belakang). Sekarang nie dah ada kot pintu, baru pasang. Walaupun kelas tu agak tersorok(best jugak kelas tersorok, kena denda berdiri atas meja orang tak nampak ngehngeh).

Oke lah. Dah panjang sangat rasanya entri nie. Aku pun banyak kerja nak buat. Btw tadi aku dapat duit rm100. Walaupun dapat lambat tapi tak kisahlah, janji dapat sudah. Boleh beli barang sikit. Gotta go.

Assalamualaikum.


ps : banyak jugak yang aku tak follow balik eh. nanti bila aku ada masa aku akan follow balik. maaf
yerr >.<

Wednesday, 9 January 2013

Minah Bio

Assalamualaikum.

Fuhhhh fuhhhh fuhhhh*tiup habuk*. Lama woi aku tak update blog. Nak kata busy sangat, tak. Nak kata kuat belajar, tak jugak. Ekceli aku malas. Sumpah malas. Lagi malas lepas dengar format SPM. Rasa macam nak amik borang berhenti sekolah*cakap boleh rr*

Cikgu suruh pilih, bio ke akaun. Aku amik bio. Why? Aku kan nak jadi doktor. So yeah. Hidup bio!*tetiba* Akaun kena kira kira so aku memang surrender awal awal. Walaupun aku tak amik akaun tapi disebabkan cikgu bio takdak jadi aku kena la menghadap cikgu akaun mengajar. Fuhhh. Berbelit otak aku dengar cikgu ajar. Babylon la apa la aku tak boleh terima gila pastu dalam hati syukurrr sebab amik bio. Pastu bila masuk kelas bio lagi pening hahaha bagussss.

Tajuk entri nie aku amik dari apa yang cikgu sejarah panggil dekat budak bio(dia panggil minah sebab time tu budak lelaki yang amik bio takdak). Sakit hati aku. Rasa macam minah rempit pun ada. Hahaha. Ada ka patut cikgu panggil minah bio, panggil la budak bio. Baru rasa macam pandai sikit. Hahaha. Mohon tendang ramai ramai.

'Nie budak kelas apa nie' - cikgu math

'Nie minah bio' - cikgu sejarah

Cehh!

Tahun nie aku takdak azam. Cuma ada harapan. Harapan seorang minah bio yang sentiasa comel. Kahkahkah. Semoga aku boleh faham apa yang cikgu ajar. Semoga aku dapat score A. Semoga aku BERJAYA!!!!!

Rasanya tak terlambat lagi kalau aku ucap HAPPY NEW YEAR kat hampa semua mihmih.

Assalamualaikum.