Tuesday, 5 February 2013

Gelagat

Assalamualaikum.

Sekarang nie tengah hot cerita Setia Hujung Nyawa. Aku tak tahu sangat pasal cerita tu sebab aku tak pernah tengok pun sebab mak aku marah. Maghrib maghrib tak elok tengok drama katanya. Aku ikut ja sebab aku pun malas nak tengok.

Antara drama dan novel aku lebih prefer novel dari drama. Coz kalau baca novel, aku dapat bayangkan hero dia ikut suka hati buah pinggang jantung semi lunar valve. Kalau tengok drama, kena la menghadap hero dia walaupun hati yang sensetip nie tak berkenan sama sekali. Oke, cukup lah mengarut sikit sikit. Mengarut banyak banyak kang muntah pulak. Tak gitu yop? -_-"

Sebenarnya bukan yang tu yang aku nak cerita dekat hampa. Saja nak borak borak kosong dengan hampa, cerita sikit sikit pasal kelas aku and sikit story pasal aku. Kelas aku kelas sains. Kira macam harapan sekolah dapat 9A+++. Tapi perangai budak kelas tu sangat sangat tak menunjukkan imej sebagai harapan sekolah termasuklah aku sendiri. Yang baik tu memang ada tapi dari pemerhatian aku, hasilnya sangat lah mendukacitakan. Ish ish.

Kelas aku, budak perempuan lebih ramai dari budak lelaki. Perangai budak laki lebih kurang sama ja. Suka buat lawak bodoh(bodoh bodoh pun hang gelak jugak anis). Perangai budak perempuan semua lain lain. Tak la lain sangat sebenarnya tapi lain la jugak. Oke, pening. Hahaha. Ada yang garang, ada yang gila gila, ada yang manja. Macam macam lagi lah. Nak sebut lebih lebih takut kena tumbuk hahaha.

Bila time belajar, perangai form 3 aku mai balik. Malas. Ya, sangat sangat malas terutamanya bila kelas chemistry n addmath. Aku tengok budak budak lain macam lebih kurang aku ja. Kahkahkah. Awal awal tahun boleh rr buat muka semangat tapi bila dah lama lama nie, selalu ja rasa macam nak ngelat. Ohh, dugaan dugaan. Anis, kuatkan semangat. Kalahkan musuh, hiyakkkkk!!

Ok lah, aku dah penat. Aku nak buat homework. Aku berharap budak kelas aku tak baca blog aku. Muahahahaha >.<

Assalamualaikum.

9 comments:

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

biasalah, ragam manusia mmg bnyk.

nadia said...

Novel memang lg best dr drama.. hehe

✿A I N A A✿ said...

ena pun tak pernah tengok cerita S.D.N tu.... tak tahu lah mana bestnya... ena rase biasa2 je kot... hukhuk

Nur Irdina said...

saya baik so saya boleh review blog ni *eh perasannye* heheh ! tu la kan .. saya pon lebih pilih novel sebab novel kite boleh bayangkan macam-macam. syok jadinyer. boleh review ????

aisyah fashadeland said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

Hanim Irsyad said...

saya tak suka baca novel. jd terpakse tgk drama. mihmih.

Dunia Wilma said...

Memang beginilah gelagat student bah...
Awal tahun mesti datang penyakit malas tu...
Tapi, bila sudah mau dekat exam, confirm penyakit tu berjaya diubati dengan ubat rajin...Hehehe...

miss chillax said...

sama je macam kelas kitorg masa form 5. Hahaha
Apa2pun, all the best ea :)

Nur Faie said...

Anis ni form 4 rupenye ^ ^ ' akak ' Faie cuma tua setahun je . Erm so budak pure sc laa ni ? HAIYAAKK , kite geng !