Wednesday, 9 January 2013

Minah Bio

Assalamualaikum.

Fuhhhh fuhhhh fuhhhh*tiup habuk*. Lama woi aku tak update blog. Nak kata busy sangat, tak. Nak kata kuat belajar, tak jugak. Ekceli aku malas. Sumpah malas. Lagi malas lepas dengar format SPM. Rasa macam nak amik borang berhenti sekolah*cakap boleh rr*

Cikgu suruh pilih, bio ke akaun. Aku amik bio. Why? Aku kan nak jadi doktor. So yeah. Hidup bio!*tetiba* Akaun kena kira kira so aku memang surrender awal awal. Walaupun aku tak amik akaun tapi disebabkan cikgu bio takdak jadi aku kena la menghadap cikgu akaun mengajar. Fuhhh. Berbelit otak aku dengar cikgu ajar. Babylon la apa la aku tak boleh terima gila pastu dalam hati syukurrr sebab amik bio. Pastu bila masuk kelas bio lagi pening hahaha bagussss.

Tajuk entri nie aku amik dari apa yang cikgu sejarah panggil dekat budak bio(dia panggil minah sebab time tu budak lelaki yang amik bio takdak). Sakit hati aku. Rasa macam minah rempit pun ada. Hahaha. Ada ka patut cikgu panggil minah bio, panggil la budak bio. Baru rasa macam pandai sikit. Hahaha. Mohon tendang ramai ramai.

'Nie budak kelas apa nie' - cikgu math

'Nie minah bio' - cikgu sejarah

Cehh!

Tahun nie aku takdak azam. Cuma ada harapan. Harapan seorang minah bio yang sentiasa comel. Kahkahkah. Semoga aku boleh faham apa yang cikgu ajar. Semoga aku dapat score A. Semoga aku BERJAYA!!!!!

Rasanya tak terlambat lagi kalau aku ucap HAPPY NEW YEAR kat hampa semua mihmih.

Assalamualaikum.

6 comments:

Nurul Aini said...

Good luck "minah bio" ehehe..buat yang terbaik ye..belajar betul2. ^___^

✿A I N A A✿ said...

Bio best!!!! hehehe ena suka bio cuma agak sakit mental bila nak menghafalnya... hehehe

combi said...

gdluck dear..ur future created by you :)

Siti Nuraisyah said...

Mintak kaki nak amik gambar K-POP quotes tu bleh ??

nadia farhana said...

goodluck "minah bio" yang cute :)

hananhadila said...

hahak ! pape pun smoga awak berjya :D