Saturday, 21 December 2013

Nak Sekolah Dah Wehh

Assalamualaikum.

I'm back uollsss. Happy tak? Muehehehe.

Perghhhh, lama nau tak update. Maaflah uolls, aku still dalam mood malaih tahap takleh nak bantu dah. Memang malaih sungguh. Kalau aku ikutkan pemalaih aku nie, entri 9 Dis hari tu aku nak sticky post sampai tahun depan. Punya malaih!

Btw pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013. Dalam sedar tak sedar, SPM makin menghampiri diri ini. Fuhh, terketaq ketaq tangan aku nak tulih SPM. Tu baru tulih wehh, tak hadap paper lagi. Kalau hadap paper SPM, mau parkinson teroih pa T.T

Astaghfirullah. Sudah sudah la mengarut anis oii. Marilah kita ke topik yang lebih serius.

Sepanjang cuti nie, aktiviti aku semua melaghakan. Memang aku ada baca buku tapi hampa paham paham jelah bila budak malaih pegang buku. Baca bab enzim tapi pala hotak dok pikiaq benda lain. Tambah pulak, lani dah nak habih cuti, aku langsung tak pegang buku wehh, asyik dok main game Airport City ja >.<

Bila dah nak habih cuti nie, dah takleh nak main airport city sampai guna facebook kakak, lepas nie dah takleh nak tidoq lambat lambat sampai mata dah macam panda nak beranak. Lepas nie dah takleh layan running man sampai gelak terkekeh sorang sorang pukul 2 pagi. Lepas nie dah takleh nak online sehari semalam sampai kena beletiaq dengan mak kaww kaww.

Kalau nak senaraikan aktiviti lagha aku sepanjang cuti nie memang tak habis. Punyalah banyak. Tapi aku dah berazam, tahun depan aku akan study sekurang kurangnya 5 jam hahahaha. Mohon hampa semua percaya walaupun aku sendiri pun tak berapa nak percaya dengan azam aku tu kehkehkeh.
Oke lah. Nak blogwalking sat sambil usha serum yang boleh hilangkan eyebag. Kbai.

Assalamualaikum.

41 comments:

  1. Anis farhana, jgn malas2.
    Sila belajar. Heheheheh tahun depan SPM :p wekwek hihihihi

    serum hilangkan eyebag?
    haaaa bagus bagus.usha n then bg tahu qila ehhh heheheh

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk SPM tahun depan. :D Saya tahun depan PBSMR. Cuak lak bila fikir. :\

    ReplyDelete
  3. ye lar..x lama dah,slmat bersekolah la yer (^_^)v

    ReplyDelete
  4. selamat kembali bersekolah adik. hehe. all the best utk SPM ! =)

    ReplyDelete
  5. hahah..harap menjadi ye azam nak study tuh!

    ReplyDelete
  6. @Akeyla Azmi hahaha. insyaAllah tak malaih2 dah. hihihi.

    takmauu bagitau hahaha >.<

    ReplyDelete
  7. @Noratiqah Adib Thanks. hahaha. saya pun cuak dengar sebab panjang nau nama mihmih.

    takpe. insyaAllah boleh, gudluck :)

    ReplyDelete
  8. chayok!! spm celah gigi jer..hik3..

    ReplyDelete
  9. HUAAAAAAAA!! kite form 5 taon depan T_T

    ReplyDelete
  10. haha..belajar bagus-bagus..biar puas..ok..hehe

    ReplyDelete
  11. sama la dengan akk pon..lps bukak sem bru nie,dah tkleh nak BW macam selalu and tkleh tgk rnning man sbb takde tv !!!waaaa....

    ReplyDelete
  12. @ezyra daniel lol. akak lagi sedihhh >.<

    meh huwaaaaaa sama2 T.T

    ReplyDelete
  13. selamat bersekolah semula.. hoyeeyhh.. hehe

    ReplyDelete
  14. Selamat kembali bersekolah n Good Luck SPM!! :)

    ReplyDelete
  15. adik wan semuanya tengah diserang sawan sebab ni lha...ahahhaha

    ReplyDelete
  16. @sha dhira thanks tapi tak berapa boleh nak hoyeahhh heheh. malaih nak p kolah >.<

    ReplyDelete
  17. teruskan sesi persekolahan dengan baik ya...hihiih semangat!Yeah!

    ReplyDelete
  18. Sama lah. Cuti ni, lagha2 belako yang dibuatnya. Pape pun, Anis Farhana, Good luck tau next year :D

    ReplyDelete
  19. goodluck sis! if SPM dapat straight A's, i belanja domain. kihkih (Y)

    ReplyDelete
  20. @Izzaati thanks hehe. nanti kalau dapat 9A i tuntut okee hahaha :)

    ReplyDelete
  21. Same la kite . SPM tahun depan T_T

    ReplyDelete
  22. gud luck yer adik ! SPM n PMR nie hanya permulaan jer, nti di zaman universiti lagi lh lain. pilih lh bidang yang adik betul2 minat taw nti bila di u.

    ReplyDelete
  23. best ke airport city tu? I try main 1 hari je da stop. huhu~

    ReplyDelete
  24. @Misz Za biasa jee. main sebab boring gilaa T.T

    ReplyDelete
  25. chaiyok2 utk tahun depan!huhu eh dah tgl 5 hari je lg nk masuk new year!:)

    ReplyDelete
  26. huwaaaaa! sekolah dah dekat,hukhuk... saya pun cuti ni banyak buat aktiviti yang melaghakan,hmm... bila nak jadi rajin pun tak tau :p

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.