Wednesday, 18 March 2015

Eww, pink!

Assalamualaikum.

Hampa perasan dak yang entri lama-lama makin berkurang? Takpa, takyah jawab. Aku tau haha.

Okay, pink. Blog aku warna pink. Mesti hampa ingat aku suka warna pink kan? Haha sejujurnya warna pink termasuk dalam senarai warna yang paling aku tak suka. Aku rasa macam pink ni lembut sangat la, tak kena dengan jiwa aku. Gitu.

Aku suka warna hijau. Tenang. Damai. Cantik kot warna hijau. Kalau takdak warna hijau, warna biru. Biru pun tenang, damai dan cantik hehe. Warna putih pun cantik. Ah banyak sangat warna aku suka tapi yang pasti bukan warna pink. Dan oren. Dan kuning. Tapi aku ada baju warna kuning, terang lagi tau haha.

I used to like pink, but I don't anymore. Yeah, masa zaman hinguih(buruknya haha ok hingus) dok meleleh, semua nak pink. Seluaq pink, baju pink, beg pink, kasut pink, tudung pink, getah rambut pun nak pink jugak. Serius. Siap pink terang lagi tau bukan yang pudaq pudaq tu haha aku taktau la nak panggil warna apa. Soft pink? Fuschia?

Serius aku macam tak sangka aku pernah gila warna pink sampai macam tu. Jalan pun macam jantan tetiba pernah suka warna pink haha I cannot brain this. Dan aku bersyukur Alhamdulillah, masa sekolah rendah aku dipertemukan dengan Ida yang minat warna biru. Kalau dak mungkin sampai la aku dok pakai beg pink haha. Tak pasai pasai aku dicerca oleh si Timot yang macho.

Oh ya, Ida lani dah tak minat warna biru. Dia minat warna purple pulee.

Btw blog ni warna pink sebab aku rasa warna pink ni senang nak edit. Senang tang mana tu aku taktau la tapi senang la haha paham dak. Dan sejujurnya lagi, aku sakit hati tengok blog aku weh pink gila macam blog pompuan yang pompuan gila tu(yang lemah lembut tu). Ingat nak edit jadi warna hijau tapi blog warna hijau tak berapa nak cantik la hehe(atau aku yang tak reti pilih kod kaler).

Zaman dimana minat Kai EXO adalah sesuatu yang sangat cool.
Assalamualaikum.


ps : Masa tulih entri ni aku pakai tshirt pink weh omg omg haha. Konon tak suka sangat puii.

pss : Masa sekolah rendah, aku rasa Ida seorang yang sangat cool. Sebab tu bila aku tau dia minat warna biru, aku sanggup ubah warna kegemaran. Zaman budak budak memang lawak haha.

14 comments:

Meera Ishak said...

comel lah warna pink. Haha.

Puteri Afiqah said...

cantik la belog ni.. kaler pink gitu :)

Mohd Syarizwan said...

pink pun ok.. hahaha.. seriously pink ni menggambarkan seorang perempuan yang lemah lembut, sweet gitew... huhu.. 1st impression lar tu kot.. lepas baca ni baru tw yg bukan sebegitu..

Mialia Amelia said...

Hehe, sy pon x suka sgt pink. i mean bila tgk tu mmg rasa color tu cantik, but selalu xkn guna barang pink sbb rasa mcm x sesuai je dgn diri ni yang terlebih ganas. hehehe

Alyani Matshah said...

kita serupa... sy faham perasaan awk... sy pun x faham sebenarnya kenapa blog sy dah jd pink.. tym rajin edit ari tu saja2 nak tukar color skjap... ttba plak bz... smpai skrg xda masa nak tukar balik.. almaklumla nak projek hias blog ne bukan kejap.. bnyk tutorial nak kena rujuk...tapi hujau tetap dhati.. hidup PAS.. eh??? xda kaitan =D

Anis Farhana said...

@Meera : Comel tapi saya tak suka hehe.


@Puteri : Nak cakap ya satgi ingat angkat bakul sendiri pulak haha.


@Syarizwan : Kan pink sesuai untuk yang lembut2 tu. Saya memang tak layak rr heh.


@Mialia : Haah, pink cantik tapi takleh lawan hijau hehe. Saya ada baju warna pink tapi jarang nau pakai sebab malu T.T


@Alyani : Kann nak jugak edit warna pink walau tak suka pink hehe. Yeah hijau tetap dihati. Eh eh eh hehehe.

aiman mania said...

this blog is awesome...simple tapi wowwwww!I tak kisah warna pink,warna merah and apa apa jerlah.......yg pntg i suka warna pastle....warna lembut lembut gituh.....macam hijau muda,pink muda(haaahaahaa),biru muda and anything plain color la..hahhahahahahhaa.......whoaaaa...kai exo kottt...dulu i pon minat kpop......bias dalam exo luhan!hahahahaha...

namy yul said...

Blog saya Pink! Saya dan Pink berpisah tiada ;)

Anis Farhana said...

@Aiman : Thank you thank you. Warna pastel memang lawa lawa walau tak berapa nak suka haha(tapi saya suka hijau muda biru muda). Ohh luhan, dulu pernah terminat dia hehe.


@Namy : Hahaha blog warna pink comell.

Mazni Munawar said...

haha samela.. actually sye pun tak suka pink. tpi sbb ramai org suka buat theme blog warna pink, maka saya pun terjebak skali xp

nor nazliana said...

pink anak lelaki ana pun suka ..

zhathie said...

just nak say hai dekat kai . hihi . xD

Intan Safiya Nor Azuairi said...

Lawa lah pink :)

Miss Xyz said...

ni pandai main coding ni.. saya dh malas dh nak edit blog ahaha just ubah background. dah ahaha