Friday, 19 June 2015

Life Update

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kolej matrikulasi kedah yang best sangat tu bagi peluang untuk bermalam di rumah dari 17-20 Jun 2015. Walau cuti sat sangat tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur T.T Hampa tau dak betapa gembiranya aku masa meninggalkan kmk semalam walau hujan lebat nak mamp haha tapi sayangnya esok aku akan kembali ke kmk dan pertama kali merasai puasa tanpa keluarga di sisi. Sangat menyedihkan*menangeh di bucu katil*

So... hidup aku dekat kmk alhamdulillah semuanya okay. Nak kata seronok sangat tu dak la sebab kadang-kadang stress jugak. Punca stress paling utama ialah selalu sesat.

Tetiba aku teringat masa hari kedua dekat kmk. Disebabkan aku second intake so takdak la orientasi semua tu. Memang semalam daftar hari ni aku dah menapak p kelaih. Sangat mengharukan. Aku asyik sesat ja kot weiiiii. Nak p makmal komputer saja sampai 3 4 orang aku tanya termasuk la pensyarah hahaha. Pastu lepaih tu kena p dewan kuliah. Sesat jugak padahal dah lalu sebelum ni haha. Bila dah sampai dewan bukan nak masuk teruih tapi tunggu orang masuk dulu... yeah ada group laki masuk. Aku pun masuk...

Sekali bila dah masuk, dah full dah wei hahahahahaha. Nasib ada tempat duduk sebelah pompuan kalau dak dok sebelah laki la aku. Tempat yang aku dok tu pun... belakang aku laki T.T Nasib lepaih tu aku jumpak kawan dah wei kalau dak tak ketahuan aku sorang sorang haha dah rr kelaih dibatalkan petang tu. Tapi la aku dah cekap dah jalan kat kmk ni. Cakap ja nak p mana, aku boleh bawak hahahaha bajetttttt padahal tak reti aku jalan nak p blok c.

Eh okay lah. Homework bio tak siap lagi ni dah rr esok dah nak balik kmk. Dengan buku rujukan bio takdak, taktau la cena aku nak buat homework ni haih. Kbai. Assalamualaikum.

Ohhhh lupa nak ucapkan, selamat berpuasa :)))

3 comments:

fifie feyca said...

Good Luck!

tiga lalat said...

salam aidilfitri maaf zahir batin ;p

Aniey Yusoff said...

Rindu dgn KMK. Tmpt yg plg best akak study dulu. Rindu dgn pdg kulat, dorm sayang, dewan makan, cikgu rodzoh...waaa miss that moment..
Anis belajar rajin2 ye :)