Wednesday, 10 September 2014

Kenapa buat blog?

Assalamualaikum.

Aku terdetik nak buat entri ni sebab bulan lepas aku ada ternampak blog mana ntah cerita pasal tujuan dia buat blog. Tapi dia masuk segmen la, aku tak masuk segmen tu sebab aku takleh nak masuk blog penganjur... Too young katanya sobs sobs. So aku pun nak syok sendiri lah cerita pasal kenapa aku gegeh sangat nak buat blog. Aku rasa macam pernah cerita dulu dulu tapi aku tetap nak cerita lagi sekali dengan lebih detail giteww hahaha. Well aku kan poyo, normal ah kalau dok ulang cerita basi ni :')

Mula mula buat blog kononnya nak share pasai kehidupan i sebagai budak nak amik pmr lah konon. Konon je lah padahal aku dok merapu apa tah hahaha. Dah la cakap kl memang geli bak hang bila baca balik eww muahahahaha. Aku start cakap kedah dalam blog ni baru ja kot... ntah pasaipa. Tetiba rasa macam bodo gila tulih kl padahal hang orang kedah kot. Pure kedah. Rasa tak syok pun ada gak sebab kedah kan ada loghat dia sendiri, dah kenapa pulak hang nak cakap loghat orang lain kan. Kat kolah kemain bersemboq ayaq lioq cakap kedah, mai kat blog tetiba berkite kite. Sumpah pondan.

Ewah tetiba ada semangat pulun kedah pulun pulak...

Lepas dah berkecimpung selama beberapa hari(hari okey! pondan gila perangai hahaha), i ubah niat... Nak jadi glemer guna blog pulak. Memang aku suka berangan dulu teehee. I amik fatin liyana sebagai idola sebab fatin kan glemer blog dia best kot, siap tengah belajar medic lagi time tu mesti ah pandai gila bagi aku, dah la lawa cantik menarik gila ah. Konon nak jadi macam fatin liyana la tapi aku tak glemer glemer pon sampai lani...

Sian...

Pastu bila dah lama sikit nak dekat 6 bulan kot ntah la, aku terbaca blog namee roslan. Namee cerita pasal nuffnang ala yang entri nuffnang dan rezeki tu pastu dia ada share dia punya earning dalam entri tu, memang buat aku tergamam seketika. Rm909 tu dah lebih dari aku punya duit biasisiwa kot. Memang time tu aku dah set, buat nuffnang dan tunggu jadi kaya hahahaha. Bila ingat balik perangai dulu memang rasa nak pelempang. Tobat la woi hahaha.

BIla dah lepaih fasa fasa gila duit, gila glemer ni... Aku kembali pada niat asal. Niat nak share pasal kehidupan aku walaupun nampak macam syok sendiri. Dah la cerita ntah apa apa hahaha. Tapi memang tu lah niat asal aku dulu walaupun aku tak share sangat pun pasal kehidupan. Lebih pada perkara melaghakan ja hahahahaha. By the way, untuk pengetahuan hampa, fasa gila glemer dan gila duit aku tu berlanjutan sampai habis tahun 2012 ja... tahun 2013 tu kira belen belen dia hahahaha. Tahun 2013 tu dah mula fasa baru sebenaqnya, fasa pemalaih nak mampoih. 

Tiba tiba rasa ngantuk. Pantang sebut malaih mula la nak ngantuk. Ok lah, tak baik tangguh tangguhkan tidoq hahaha pandai hang kan, bila mai tang tidoq tak tangguh, mai tang homework sampai sudah tak buat. Kbai.

Assalamualaikum :)


ps : hari ni blog ni genap 2 tahun 3 bulan woahhhh. aku bangga dengan hang blog. aku ingat tak sampai tiga bulan hang akan dinyahkan sama seperti kakak kakak hang sebelum ni muehehehe tapi hang membesar dengan jayanya. syabas blog omey omey :')

22 comments:

Cik Nadyya said...

hahahahaah kelakar pulak haih.. naseb utara.. suka dngaq org kedah cakap ceh ceh . sedara ramai duk kedah.. soo paham la jugak.. tp law timur loghat 1 hape xphm..

wah. tahniah2.. 2tahun 3bulan..

permulaan. pmr. soo skg ngh spm ka?

Nurfaezah Abdullah said...

my blog pun 2 years plus dah umurnya haha

Farah Huda said...

Hai,tak sangka kita sebaya! Good luck for your SPM,bye kawan.

Anis Farhana said...

@Cik Nadyya saya pun suka dengaq orang ckp kedah hehehe. saya tak reti sgt loghat negeri lain ni tp boleh paham la sikit2

terima kasih hehehe. haah nak amik spm bulan 11 ni :)

Anis Farhana said...

@Nurfaezah Abdullah : heeee tahniah blog dah 2 tahun hehehe :)


@farah huda : Hai. napa tak sangka hehehe. back to you byebye awak :)

Niena Reen said...

Haha.. Jujur saya sangat tak suka bila bercakap KL di luar rumah. Kat rumah saja cakap KL sebab parents KL. Kalau di tempat lain rasa sangat janggal dan mengada-ngada. Loghat kedah memang tetap di hati! :D

Eda Johari said...

hahahaha, lawak laa. macam terkena batang hidung tang tulih kl tu. Oqhang penang tapi tulis keyel keyel. Bila baca entry lama geli kut... hehehe

Anis Ifham said...

Kita pun sebenarnya berniat lain masa mula-mula buat blog ni. Dah ni, jadi lain pulak. Hahaha. Nanti bolehlah buat entri macam ni jugak.

Anis Farhana said...

@Niena Reen : ohhh akak ada kawan dekat rumah ckp kl pastu bila mai kolah pening sat kl sat kedah hahaha. '

kann loghat kedah tetap dihatiii. kdg2 terkeluaq sendiri walau tgh dok kt negeri lain >.<


@eda johari : kannn geli gila baca entri lama lama hahahaha ewwwwwwwww.


@anis : hehehe boleh buat tp jangan lupa bagi royalti muehehehehehe.

Sweet Pea said...

tehehe....akak pun actually syok sendri buat blog...sebab nak jadikan diary...tp lantakla....asal kita happy...:D

Syaz Harzays Minme said...

suka dgr loghat kedahhh.. hihi :D

Aina Akmal said...

Hahaha. style2. aina tak biasa lagi nak cakap kedah bila menulis. tapi sekali sekala tuliss je. XD

siti fatimah said...

Hai tembikai omey omey.. :D

Anis Farhana said...

@siti fatimah Haiiii ciput omey omey. aku dah siap entri pasai ag weh ;)

Nazatul Nazurah said...

Hahaha tak baik tangguh tangguhkan tido erk? xD Kelakar ah entry ni

sinuha said...

Haha. Kelakar je baca. :)

Mazni Munawar said...

hahaha lawak kay entry ni. saya pun dulu buat blog ni sbb pengaruh kawan. tengok dia ade blog, nampak cm best je. cantik pulak tu. dah lama2 sikit tu baru faham makna istilah berblogging yg sebenar. cehhh

alia azman said...

bhahahahahahaa..perangai zaman tak matang mmg cute..

Eimma Esmail said...

heee...macam2 kan.. niat2 pun berubah2 :)

Yun Sing said...

Haha orang Penang mai sini.. Utara nampak bhuahahaha.. lawak entri ni xD Dekat blog pun tak cakap Penang laa.. orang kata apa.. bahasa Malaysia haha.. lebih kepada rojak =,=

Encik JI said...

aku buat blog knapa eh? hmm nnti la pkir haha

Liyana Lunia. said...

haha comel je entry ni. sbb kita pun dulu sama la memula cite psl diri sndiri , nk mrah orang semua dlm blog tapi bila masuk era duit semua nak cari duit, click iklan. last2 kembali pd asal, buat entry psl diri sndiri balik

wah tahniahh dah 2 tahun dengan blog comel ni !