Monday, 15 September 2014

Timot Oh Timot

Assalamualaikum.

Timot ni manusia tau bukan kuman ka kucing ka kambing ka mahupun tapir. Timot ni sebenarnya kawan yang menceriakan hari hariku di sekolah aww sweetnye hahahaha bodo. Nama sebenar Timot ialah Siti Fatimah Hanim. Aku saja panggil Timot sebab nak anje anje hahaha padahal kat kolah aku panggil timah ja. Ini semua poyo. Timah ni kan perangai dia ya Allah, punyalah sopan santun, jalan kepit, cantik, pandai dan digilai ramai. Bila nampak ja orang yang lebih tua, teroih dia menunduk serupa nak rukuk. Pastu bila tengah bergurau ataupun tengah anje anje, mestilah tertampaq kan hehehe. Tapi bila timah tampaq, serius tak rasa apa.

Serius T.T

Kalaulah perangai dia yang sebenar macam kat ataih ni, alangkah bersyukurnya aku. Tapi masalahnya perangai dia masyaAllah, bertentangan dan tidak mampu ku ungkapkan dengan kata kata. Kalau tak caya boleh tanya atul... Kalau tak kenal atul takyah tanya muahahahaha(dah kenapa doe?). Walaupun perangai dia sebegitu tapi timah ni baik tau. Dia ikut ja aku nak p usha orang, dia ikut ja bila aku tetiba berperangai pelik seperti nak menggunakan jalan jauh menuju ke kelas haha motif sangat khennn. Tapi tulah bila dia tampaq, rasa penampaq dia tu serupa kena tampaq ngan anak gajah okey. Pedih lengan aku T.T

Sebenaqnya tujuan aku dok gebang segala macam pasai Siti Fatimah Hanim ni sebab aku kena paksa blog pasai dia ohoi. Jebon gila perangai timah hahaha. Tau la i glemer pastu nak paksa paksa lak awww nyampah(glemer kee? T.T). Btw i ikhlas blog pasai ag timah sebab ag baik ngan aku... Kadang kadang hikhikhik.
Timah yang pakai tudung pink. Yang pakai tudung hitam tu namanya teah. Teah ni sopan santun dan lemah lembut. Sopan dia yang betul betul sopan tau bukan macam sopan timah. Sopan timah tu palsuuuuu haha sebab ada time yang tertentu ja timah akan sopan. Contohnya bila nampak cikgu dotdotdot yang dianggap seperti mak mertua sendiri wakakakaka. Oh ya, aku tak letak gambaq aku dengan timah sebab aku kan pemalu haha mohon percaya.

Timah ni pun ada blog tau. Nak p blog dia boleh tekan SINI. Aku rasa timah ni buat blog sebab panaih hati aku dok potpetpotpet pasai blog kot kat dia pastu dia pun buat supaya aku senyap dan sekarang aku rasa dia cuba nak lawan dengan aku hahahaha. Baik ag ngaku cepat timah! Kalau betoi, mai kita lawan dengan penuh berhemah meh. Berani nak celen???

Btw timah ni terpilih masuk PLKN tau. Masa mula mula dapat tau dia dapat masuk plkn, jeles gak la tapi kini tidak lagi hahahaha. Aku kini rasa bersyukur sebab tak dapat. Tapi taktaulah panggilan kedua T.T Eh sat, yang check haritu tu kan, untuk semua panggilan ka panggilan pertama ja? Kalau ada lagi mampoih la aku T.T

Okey lah. Tamat sudah kisah timah yang sopan nak mampoih ni hahaha. Walaupun aku suka kutuk dia, tapi aku boring gila tau bila dia takdak. Masih belum sedarkah mu timah, kasih sayang ku padamu tiada batas(muntah). Hahaha baiiiiiiiii semua and goodnite. Assalamualaikum.

Your friend,
anis farhana yang hensem :)

ps : hari ahad ni kena repeat paper biology paper 1 sebab ada seseorang tu dapat 50/50. gila kan? tak pasai pasai aku yang tak tengok langsung soalan spot ni kena jawab balik sobs sobs. dah la aku malaih gila ni nak baca buku time cuti cuti ni T.T
ps : ni yang payah bila beli online ni. niat asal nak beli cleanser ja tapi terbeli dengan perfume pulak. yang paling tak boleh blah ubat gigi pun nak beli online. gilaaaaa. 

8 comments:

lynndamya said...

Salam, haha okay first tgk tajuk igtkan timot adalah seekor kucing, rupanya beliau adalah manusia, haha tp kiutjugak name tu :p haaa beli ubat gg pon online haa~~~ luar biase nih! hahah

Mazni Munawar said...

hahaha lawaklah! bestlah baca blog anis ni. suka sgt dgn gaya penulisan yg spontan :D

rasanya yg check semua tu utk siri 1 jekot. ish untunglah hang..

suhada samadi said...

kawan senang dicari tapi tidak sahabat. senang baca tulisan anis. teruskan :)

Ana Lee said...

HAHAHAH . lawak.. all the besh for spm ~

Anis Farhana said...

@lynndamya : hahaha kiut kan nama tuuu. tp nama sy jadi xcomel sbb jadi anisot T.T bunyi dh mcm ngesot T.T

memang luar biasa first time ni hehehe


@mazni : hehehe terima kasihhh awak :') Alhamdulillah ya Allah. mmg beruntung ni hehehe


@suhada : kan. payah nak cari sahabat yg sejati. terima kasih :')


@ana lee : hehehe terima kasihhhh :')

Aina Akmal said...

hahaha. guling-guling cek baca. XD

Liyana Lunia. said...

HAHAHA serius kita ingat timot tu kucing jugak. ya ampun comelnyaaa. kirim salam timot!

cci said...

beruntung ada sahabat yg sejiwa ngan kita.. ^_^