Wednesday, 28 November 2012

Tips nak jadi comel macam orang Korea!

Assalamualaikum.

Siapa yang taknak jadi comel n cantik kan kan esp perempuan. Perempuan mempunyai hati yang sangat sensetip dengan benda benda macam ni. Mesti ada rasa jeles walaupun sikit en kalau orang tu puji orang lain. Contohnya macam ni rr;
Minah: Eh, comelnya hang Senah. Hang pakai produk ap . Simplyapantah*aku lupa* ka?
Senah: Eh eh, mana ada comel. takdak aih, aku tak pakai apa pun hikhikhik.
Emah: (Dalam hati 'aku ni hang takmau puji ka. wehh, puji la aku')
Tips yang aku bagi nie tak perlu nak habiskan duit banyak banyak nak buat pembedahan, nak pakai susuk emas, perak gangsa bagai. Tak guna duit langsung. Tips yang aku bagi nie hanya perlukan masa hampa ja dan memerlukan otak untuk memilih nak baca ke idok entri merapu nie. Hahahaha :p


1. Cakap hampa comel lebih dari 40 kali.
Orang cakap kalau kita cakap sesuatu benda tu sampai 44 kali, dia akan jadi kenyataan. So, apa lagi. Aku comel, aku comel, aku comel, blablabla...

2.Duduk depan cermin dan buat aksi comel.

Hampa buat lah aksi yang hampa rasa comel. Nak buat mulut mc 5 day pabenda tu ka apa ka. Hampa buat ja. Kot kot lah lepas buat tu tetiba ja jadi comel macam Yoona. Siapa tahu hehehe. Tapi kalau tetiba mulut hampa kejung pasal buat mulut sore eyes mc 5 days tu jangan cari aku pulak ok bhahahaha :p

3.Sentiasa senyum dan ceria.

Invincible Youth adalah contoh yang terbaik. Comel ja tengok depa dalam tu walaupun kena buat macam macam aktiviti yang selalunya orang cakap 'budak comel mana buat kerja camtu'. Itu tidak benar ya. Sunny still comel walaupun kena tangkap ketam kat laut. So, apa alasan anda nak mengelat takmau buat kerja konon konon kecomelan akan terhakis. Eh eh, yaka terhakis. Haha, maaflah sebulan tak belajar bm. Hehehe :p

4.Pakai topeng artis kegemaran.

Yaa, ini adalah jalan yang terbaik kalau nak comel dengan cepat. Kalau nak guna gambaq Aaron Aziz, maaf tak boleh sebab Aaron hensem la jugak walau aku tak minat dia haha.

5.Be yourself.

Comel ka tak comel ka. Itu tak penting. Kalau hampa nak comel semata mata sebab laki. Janganlah. Kalau dia nak kat kita, dia akan terima kita seadanya. InshaAllah. Jangan risau. Aceeee, Anis tetiba jadi penasihat cinta padahal tak pernah pun bercinta wahahaha.

Itulah tips tips yang nak jadi comel. Ada yang boleh guna ada yang tak boleh guna. Hahahaha. Tapi yang ke-5 tu hampa memang kena guna. Be urself, jangan jadi orang lain.


Assalamualaikum. Selamat malam.

ps: kalau dah comel, teringin pulak nak jadi glemer? boleh tengok SINI cara nak glemer.

12 comments:

  1. haha tak leh blah "nak buat mulut 5 days mc"..ngeh3

    ReplyDelete
  2. Good info, tapi, jd diri sendiri lebh baik! ^^ hehe~ SNSD ke tu?

    ReplyDelete
  3. haha nice entry dear. lepasni kena ckp saya comel tiap2 hari XD

    ReplyDelete
  4. @Secret Garden Ya , jadi diri sendiri lebih baik . Yup , SNSD :)

    ReplyDelete
  5. @Aisya Fatihah Hahaha . thanks . amalkan selalu . hehe :)

    ReplyDelete
  6. hehehe.. betul tu.. mmg logik buat mcm tu.. baik puji diri sendiri.. ahaks! :)

    ReplyDelete
  7. heheheh, kelakar juga, terutamanya yg pakai topeng artis kegemaran tu.. ^_^

    ReplyDelete
  8. nak try buat lah yang bahagian mulut..confirm berjemaah kena pijak

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.