Assalamualaikum.
Lepas balik kem nie ntah la kenapa, malas aku makin menjadi jadi. Tiap tiap petang aku tidoq padahal sebelum nie aku payah gila kot nak tidoq petang petang nie. Aku pikiaq mungkin sebab penat sebab masa dekat kem sana mana cukup tidoq. Dalam masa 2 hari aku tidoq 6 jam ja. Hari pertama, 2 jam. hari kedua, 4 jam. sobs sobs. Tapi kan masalahnya aku dah balik kem 4 hari yang lepas, err takkan penat tak hilang hilang lagi ngeee >.<
Oke lah. Baik aku tulis nie cepat cepat sebelum aku tidoq kroihh kroihh mihmihmih. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi kem kali nie. Kem kali nie agak best lah sebab 3 hari 2 malam kan. Masa yang agak lama bagi pompuan yang jarang keluaq rumah macam aku nie. Gitewwww. So, marilah membaca pengalaman saya pergi kem kawan kawan :) *alolo, skemanya*
Masa aku pergi kem rakan muda haritu, aktiviti night walk pun ada jugak. Aku nie memang berjodoh kot dengan aktiviti di malam hari -__-' Tapi masa dekat sedim, kami jalan ramai ramai. Kem kali nie lak kena jalan sorang sorang. memang gila ah. Mana pernah aku jalan sorang sorang malam malam tapi Alhamdulillah, aku takdak lah terjerit jerit panggil 'tuan... tuan... tuan... ' malah aku jugak tidak mengeluarkan sebarang suara wakakaka. Sebenarnya kalau hampa diam ja dan tak jerit, lagi rasa tenang dan tak takut. Bagi aku lah. Aku tak boleh lah orang jerit jerit nie, sakit jiwa.
Haaa, kan aku cakap yang aku langsung tidak mengeluarkan sebarang suara kan. Masa aku dok jalan elok elok, tetiba aku dengar cikgu cikgu aku dok cakap. Kuat hokeehh cikgu tu cakap! Boring kot tengok aku jalan haha. Antaranya, 'dia nie tak nampak kita ka?'. Nie masa aku tak tengok kira kanan dan atas hehehe. Takdak qeja aku nak pusing merata, gila! Lagi satu cikgu tu cakap 'jangan la ligan dia' wakakaka. Yang nie memang lawak okeh. Sampai lani aku nak gelak haha. Malas pulak nak cakap pasai apa kena ligan. So, kita biaq ja la nohhh.
Kalau hampa kena jalan sorang sorang, hampa jalan la awai awai. Memang syok rr. Kalau hampa p awai awai, hampa boleh tengok orang lain jerit kehkehkeh. Tapi esok tak boleh la nak kutuk sapa sapa sebab tak nampak muka lol. Haritu aku orang kelima wehh hahaha. Bukan sebab berani ekceli, aku nombor lima sebab aku kumpulan satu mihmihmih. Memang lawak wehhhhhhh.
Rentas Bakau
Nie first time aku merentas bakau. Kalau boleh aku nak rentas lagi!*tetiba semangat* Hehehe. Memang best sangat sangat. Kalau hampa p kem dan hampa kena rentas bakau, hampa toksah la dok bagi alasan sebab takmau p. Dok kata gayat la nebes la apa la. Hampa p ja. Buat relax sudah. Hampa ingat aku nie berani sangat ka. Aku pun terketaq ketaq. Dah la aku gayat, dok kat tingkat 3 pun nak terkencing. Tah apa apa la aku ni dengan penyakit nebes tak tentu hala. Aku pun taktau macam mana aku boleh jalan ataih kayu tu. Tak jatuh wehhh. Memang gila.
Masa hampa rentas bakau nie, sifat lemah lembut dan pemalu, hampa boleh simpan sat. Time tu memang takdak nak ingat dah aihh nak jalan kepit kepit nie. Memang kangkang tak ingat dunia. Kalau time tu seluaq koyak pun takdak nak heran aihh. Janji tak jatuh. Takkan tengah dok jalan leklok, tetiba mintak kebenaran...'tuan, seluaq koyak. saya nak balik asrama' -___-'
Bila dah nak habih tu, rasa lega gila. Bila nampak ja laut, hepi gila. Rasa yang tak boleh digambarkan. Over gila haha habaq ja lah rasa seronok. Kan kan?
Water Confident & Kayak
Lepaih habih rentas bakau, kami kena berenang pulak(laki berenang dulu, baru rentas bakau). Dalam semua semua aktiviti, yang paling aku tak sabaq nak buat ialah water confident. Memang tak sabaq gila. Dulu masa kem darjah 6, ada jugak water confident tapi masa tu tak berapa nak syok sebab dalam tasik. Kem kali nie pulak, dalam laut. Perghhh. last aku mandi laut, masa aku kecik kecik lagi wehhh. Mungkin sebab tu aku rasa tak sabaq sabaq sampai terjun jauh dari tali. Cis, awai awai dah tak serasi.
Walaupun menghadapi pelbagai onak & duri seperti tertendang kawan dibelakang, tertelan air masin dan lain lain. Akhirnya berjaya jugak menyanyi lagu 'aku yang dulu bukanlah yang sekarang' walaupun pelik nau kami nyanyi wakakaka. Mau tak pelik, sambil nyanyi sambil telan air masin. Dengan nak tenggalam lagi haha. Memang kenangan yang takkan aku lupa. Cewahhh.
Aku nak cerita pasai kayak sebenarnya tapi tetiba aku malaih. Kira toksah cerita la nohh hehe.
Lepas balik kem nie, kadang kadang aku rindu nak menyanyi lagu sandiwara cinta ramai ramai, rindu nak menari lagu ayumi hamasaki ramai ramai. Walaupun aku dok sana sat ja, 3 hari ja tapi itulah kenangan & pengalaman. Over kan? Takpa lah aku kan memang over muehehe, lagipun sekali sekala ja hahahaha.
Oke, kepada budak budak darjah 6 yang dapat result gempak, tahniah diucapkan. Yang dapat result tak berapa nak gempak pun tahniah jugak. Jangan sedih, masuk sekolah menengah nanti buat leklok naa :)
Assalamualaikum.
Saturday, 16 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaaa. .msti best kan. . :D
ReplyDeleteSalam, haha wahhh seronok nya ! sy time skolah dulu pon mmg aktif ikut ber-camping..seronok gila kan, byk jgk dpt ilmu cara2 berkhemah & byk pengalaman..haha..tp rentas bakau mmg belum pernah lg sbb dulu slalu book dlm hutan yg ada lumpur2 bagai :p
ReplyDeletemase tu pacat lintah semua dah redha je lah, tp skrg dh kerja..bila lama gila xjoin camping, terpijak lumpur sikit je dh geli~ haha gedik betul..
btw, nice story! ;D
bagus join aktivi macam nie...
ReplyDeletehhehe..tapi sye tak suka join pon ahaha...btw komen sini sambil klik nuffnang
best nya naik kayak tu T^T teringin nak naik benda tu. haha, kat sekolah dulu suka nyanyi lagu sandiwara cinta tu dengan kawan xD
ReplyDelete@❤ Si Budak Vanilla ❤ weeeee. memang best! >.<
ReplyDelete@Lynn Damya hahaha. tahun nie je saya aktif. tahun sebelum nie asik tido je. wakaka.
ReplyDeletememang geliiii tapi biar jelah. sekali sekala kan. hehehehe :)
terima kasih :)
@ezyra daniel kan? baguss :)
ReplyDeletesaya pun xsuka mula2 tapi bila dah lama2, suka pulak. mihmih :)
@Nur Shazleen hahahaha. best ooo naik benda tu hahaha :)
ReplyDeletekami selalu kena nyanyi lagu tu sebab jurulatih gila lagu tu. hehehehe. feelinggg >.<
bestnya pegi kem! dpt main kayak pulak tu. saya ni dh lama tk berkayak-kayak ni :<
ReplyDeletewah, bestnya.. akak oaling suka kayaking and snorkeling. and night walk tu mcm best, nnti ada masa nk ajak member night walk jugak la..
ReplyDeletebest. aktiviti2 lasak mencabar ni memang saya suka :D
ReplyDelete@Mazni Munawar nanti lepas spm, pergilah dengan kawan2. heeee :)
ReplyDeleteseronokkkkkk sangat :)
@sha dhira memang best. memang seronok kayak kayak nie tapi lenguh tangan. adeh. >.<
ReplyDeletehahahaha. night walk kat depan rumah >.<
@FarhanahAdzlan saya suka jugakkkk. hehehe. :)
ReplyDeleteSaya suka yg night walk tu.
ReplyDeleteAdventure je rasa. Klau jmpa bnda pelik jerit bgai itik je. Hihihi >.<
Wahh macam best je macam menarik je haha
ReplyDeletedah lama gila la tak join xtvt cenggini.. makin lama, makin malas, makin tua lak bila mandom cenggini.. huhu
ReplyDelete@Dina yang belakang banyak ah jerit. sebab nebes sangat kot kan. hahaha. seronokkkk :)
ReplyDelete@Nurul Atiqah wakaka. memang best! memang menarik! takde 'je'. hehe :)
ReplyDelete@Nurul Farahizzati hahaha. saya kat kem semangat je, bila kat rumah, Allahuakbar. hahaha. mandom, malaih, semua ada :)
ReplyDeleteBestnya dapat berkayak :D
ReplyDeleteuwaaa!!!!seronoknye!!!teringat zaman2 camping masa belajar dulu..nak2 night walk...kecut perut dibuatnya!!!
ReplyDelete@Sabrina SA memang best!! hehe :)
ReplyDelete@nor faezah alias masa night walk, memang kecut perut siap nak terkencing lagii! mihmihmih >.<
ReplyDeletesangat best penagalaman macam ni..with friends with new experience together. :)
ReplyDeletewah,bestnya akak! :) jeles pulak saya :p tahun ni saya tak dapat pegi kem kat d'omland tu sebab saya masuk pertandingan masa tu,huhu...
ReplyDeletesalam..cam best jerr..cam best jerr..hehhe..jemput dtg blog saya http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/11/lifestylediary1.html
ReplyDeletenice blog...done follow
Wah same goes here :) Pernah rasa pengalaman tu.. Best sgt !
ReplyDeleteNight walk la paling Abell suka. Hihihi
http://abellmohd.blogspot.com/2013/11/review-produk-kecantikan-delisa-cosmetic.html
jeles ok,, time akaq sekolah xde pon gini.. menci ah
ReplyDelete