Friday, 17 May 2013

Histeria

Assalamualaikum.

tajuk histeria. letak gambar pokemon. hang dah kenapa?
Pernah tak kes histeria berlaku depan mata hampa?

Aku banyak kali jugaklah, start dari 2011. Tahun lepas ada lah beberapa kali. Yang last sekali, masa nak dekat PMR.

Sebelum tahun 2011, sekolah aku takdak pun jadi benda benda camni. Start dari sekolah aku buat kem untuk pelajar perempuan form 1 n 2(2011), terus jadi. Banyak cerita yang aku dengar pasal punca kes nie tapi betul ka dak, Allahualam.

Yang paling aku tak boleh nak lupa, tahun lepas punya kes. Kawan aku yang duduk sebelah aku dalam kelas. Memang seram. Disebabkan 'benda' tu jadi dekat tempat kami, takdak sapa pun berani nak duduk tempat tu termasuklah aku. Tapi disebabkan tempat tu tempat aku, kenalah duduk juga. Budak perempuan langsung tak berani. Balqis sanggup berdiri dari duduk kat tempat tu. Budak laki ja yang berani, tu pun berani pinjam kerusi ja hahaha >.<

Btw aku ada sebab kenapa aku tak boleh nak lupa. Antara punca yang menyebabkan aku tak boleh nak lupa ialah(dah macam buat rumusan ja wei);
1. Dia 'jadi' betul-betul dekat sebelah aku. Aku lah orang pertama yang sedar dia jadi 'benda' tu. Mau aku tak sedar, dia jegil kat aku kot masa aku bagi yasin kat dia. T.T
2. Aku yang kena sambut dia masa dia pengsan. Dah macam wajib pulak, kena pengsan dulu sebelum 'benda' tu jadi >.<
3. Dia cakap. Start dari dia masuk kelas(dia masuk kelas lambat), dia dah tak sedar. Yang dia ingat pun, dia cakap dengan cikgu. Padahal sebelum dia 'jadi' kemain aku sembang dengan dia sambil senyum senyum. Siap tunjuk jalan kira math lagi hoi. Jadi, aku cakap dengan siapa????? >.<
4. Kan aku ada cakap aku sambut dia lepas dia pengsan tu kan. Aku nak letak lah kepala dia atas meja dan tetiba aku terlepas kepala dia lalu(amboi, kemain bahasa) kepala dia jatuh atas meja. Hahaha. Maklumlah tangan tengah ketaq. Kuat kot dengaq bunyi kepala dia dengan meja terhantuk hahaha. Lepas dia mai sekolah, dia cakap;
'bila aku sedaq, kepala aku rasa sakit'
Hahahahahaha, sori wehhhhh. Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :p

Assalamualaikum.

17 comments:

SHazH0NIee said...

shaz tak tengok , orang yang tengok shaz sbb shaz yg pernah kena :(

Nurul Farahizzati said...

akak tak pernah kena jegil, tapi dia cakap "diamlah kau betina!"

Nunu Yusop said...

histeria ni pernah jadi kat sekolah kite jugak. punca dari silat, kuda kepang banyak lagi lah. budak budak yang cari pasal.

masa tu, mmg semua kelas tak belajar. asyik dengar budak jerit sana sini. hidup tak tenteram. kawan kite pun pernah kena. lama gile benda tu nak keluar. berlaku dalam 2 tahun macam tu.

ade yang cakap punca dari tandas yang baru bukak lah. sebab sebelum ni, tandas tu berkunci je, dah berapa tahun tertutup. tibe2 bukak. pastu sekarang ni, dah tutup balik :'(

alhamdulillah, waktu kita dah nak pmr, benda tu takde. selalunya yg kena pelajar belah petang.

*ehh terbuat entri pulak kat sini -.- hahaa. apa pun, tetapkan hati, kena berani, tapi jangan berani sangat. kejap lagi benda tu yang datang! :D

zakirasli .. said...

Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog best mcam blog ni :D

Dhia adawiyah said...

haha .. orangg dah histeria pun boleh buat kelakar lagi . haishh .. gelak sakan wieya baca entri ni ..

Anis Farhana said...

@SHazH0NIee oooooo. macam mana boleh kena nieh? hmmm >.<

Anis Farhana said...

@Nurul Farahizzati lagi teruk. saya cukup tak boleh dengar orang jerit jerit nieh. fobia >.<

Anis Farhana said...

@Nunu Yusop fuhhhh. kawan saya cakap punca benda tu sebab sekolah saya dulu ada orang kena bunuh dekat situ. pastu ada budak sekelas dengan saya, muka sebijik macam orang yang kena bunuh tu. kelas saya pulak, tempat benda tu bermaharaja lela. elok sangat lahhhh >.<

Anis Farhana said...

Ya. kuatkan semangat. saya tak berani sangat dan saya pun tak takutlah sangat. sedang sedang je. kadang kadang gelabah la jugak. ihiks :D

Anis Farhana said...

@zakirasli .. Dah follow balik. hehehe :D

Anis Farhana said...

@Dhia adawiyah Hahaha. kite serius nieh :D

Nana Liena said...

huhu.. kawan akak ada yang teruk..sampai sekarang tak elok..tapi dah okay la daripada dulu..tak tahu siapa yg hantar..tahun lepas dia sekolah 2 3 bulan mcm tu ja..huhu..sbb sakit..alhamdulillah la result stpm dia gempak..hee...

mmg benda ni selalu terjadi..sbb sekolah kan kadang2 tempat bertandang, lepas tu cuti sekolah pun lama seblm masuk januari..logik ke ? huhu

Emira Zaharin said...

Tahun lepas ada yang kena histeria masa persembahan nasyid kat sekolah. Kesian kumpulan nasyid tu takde sape dengar. Dengar budak histeria je haha :P

Ain Mfna , said...

thankyou sebab sudi join Segmen Sekejap Simple ! Senarai peserta sudah diupdate , goodluck ye :D

http://dakwahmahabbah.blogspot.com/2013/05/senarai-peserta-segmen-sekejap-simple.html

edNA tinynasweet said...

siyes no.4 tu lawak.hehe.. die tau x kenapa kepala die sakit?

Nur Amalina Maisarah said...

Pernah je..mase tu tgh ceramah..kire macam histeria besar-besaran la jugak..sebab sorang2 yg kena..mmg scary..nak nangis je rase :(

Nur Aqilah said...

sy pernah lalui juga. masa sekolah dulu lah. takut juga time tu.