Monday, 13 April 2015

Gila Followers

Assalamualaikum.

Masa baru buat blog dulu, aku ni suka sangat follow, blogwalking blog orang. Join segmen tu memang selalu sangat rr. Semuanya sebab nak dapat banyak followers. Malu iolls teringat zaman muda-mudi iolls. Muda-mudi la sangat, 3 tahun lepaih ja kot -_-

Tapi lani aku rasa macam... aku tak berapa nak bagi perhatian sangat la dekat blog, followers semua ni. Sapa yang follow aku pun aku buat taktau ja, dua minggu lepaih tu baru nak follow balik ihik. Dulu kan, aku siap boleh tau sapa yang unfollow blog ni hahahaha. Pastu kalau boleh nak singgah semua blog yang ada sebab nak depa follow blog aku. Saya follow awak, nanti follow saya balik okayyyy. Pffttt.

Sebab dulu aku rasa... makin banyak followers, makin cepat aku femes dan glemer ahaks padahal... malaih aku nak cakap satgi menangeh di bucu katil pulak haha. Btw, duit jugak mempengaruhi kenapa aku dok ligan followers sangat dulu haha. Dulu aku pikiaq followers banyak, duit nuffnang or churpchurp naik. Rupanya pageview la yang tolong wei. Patutla nuffnang aku sendu, pageview pun boleh kira dengan sebelah tangan uolls. Malaih aku nak layan.

Dan di sini aku sertakan... aku pun taktau nak panggil apa. Kronologi? Macam bukan. Apa-apa pun aku nak tunjuk betapa aku gigih meligan followers dulu ahaks. Tapi aku rasa macam tak berapa nak gila followers sangat la sebab followers naik sikit ja hehe.
22.06.2012(selepas 12 hari berblogging) - 63 followers
27.08.2012 - 254 followers
20.09.2012 - 350 followers
20.10.2012 - 515 followers
05.12.2012 - 912 followers
21.05.2013 - 1407 followers (masa ni aku dah mula bertaubat haha)
13.04.2015 - 1967 followers
Wahh dah lama tak guna blockquote. Btw aku rasa kan, kalau aku still dok ligan/gila followers ni, mesti followers dah lebih 2000 kannn hahahaha. Kbai. Assalamualaikum.

ps : Berdasarkan pemerhatian aku, lani orang sibuk dok ligan followers kat ig. Betui dak? Ka bukan?

pss : Pabenda la blog ni, entri tak berilmiah langsung. Sorry, 4 bulan ni aku cuma terbongkang kat rumah, jadi aku hanya mampu menaip entri merapu T.T

16 comments:

  1. Betul tu. Sebenarnya number of followers tu tak berapa penting sangat. (at least bagi sayalah). Sebab kalau ramai followers tapi diaorang tak baca entri kita, buat apa kan.

    ReplyDelete
  2. hua hua hua... awak start blogging 2012 dah ramai follower lebih seribu...

    saya start blogging dari 2008, sampai la ni nak lepas 1000 followers pun susah...

    sebab tu saya tak pernah nak kisah pasal followers.

    Saya cuma beri perhatian kepada pengomen tegar dan silent reader jer.. koh koh koh

    salam singgah

    ReplyDelete
  3. hehe, sy dlu masa mula2 bblogging, mmg syok gila dapat follower, rs cm popular la kononnya. wakaka. tpi skarang dah x pkir sgt pn psl angka follower ni

    ReplyDelete
  4. peh peh pehhh baru 12 hari blogging followers dh 63! ceq dulu 12 hari boleh kira pakai jari aihh sape yg follow :p hahaha bila ingat balik time memula blogging tu mmng kelakar xD

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Sama la dengan saya pon dulu2. Rajin jelajah blog sana sini sebab nak kutip followers la katakan. Tapi sekarang rasa lebih tummpukan pageviews. Pageviews pon moga datang daripada entry2 bermanfaat saya. :)

    ReplyDelete
  6. kan..hakak dah masuk fasa 3 series ni lagi laa. terkontang kanting dah dgn blog, dulu masa muda rumaja baya uols...bersilih ganti background blog, salin kulit. ya laa, nk bg menarik n org follow. laa ni...hahaha..dok sengap. meh follow blog hakak. hakak pun nak jd gila followers dah. hakak ada buat give-away. pakat spread naa give away hakak nuu.

    www.jurnalsihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hahaha rasanya semua blogger ada kenangan macam ni hehehe

    ReplyDelete
  8. ahaha betul lah tu. me too masa mula-mula buat blog dulu. budak baru nak up kan. kah4 ^^

    ReplyDelete
  9. ehehe biasalah tu . awal2 dalam dunia blogger kan. kita dulu pun camtu gak xD . but now fokus pada short story ja ahaha. asalkan org tinggal jejak kat cbox for sure kita dtg lawat.

    ReplyDelete
  10. Sama laaa...
    Dulu gila2 punya sanggup pergi blogwalking tinggalkan pesan suruh follow blog and follow back segala bagai.
    Pastu bila org yg disuruh follow back tu tak follow back, terus naik angin dan unfollow dia balik...
    Hahahaha...

    Kelakar plak masa zaman awal blogging dulu...hehehe

    ReplyDelete
  11. sama lah sy pon zaman memula blogging dlu..huhu..

    ReplyDelete
  12. hahahaha. memang suka tengok bilangan followers tu naik dan naik. tapi, kan lagi best kalau dorang follow blog kita sebab dorang memang nak follow. no follow me, follow you.

    btw, tahniah sebab sentiasa update entry dalam blog. tu pun dah kira bagus sangat dahhhh (:

    ReplyDelete
  13. amboii hang..aq buat blog time 2011 tu pun tertekan button follow blog sendiri.kahkah.sekarang baru rajin nak komen blog orang.hah meh dtg blog sy(promote) XD

    ReplyDelete
  14. bila tengok blog kita followers makin meningkat,,semangat nk berblogging tu ada..tapi kadang2 je semangat tu datang..hihi..tapi mmg pageview sangat mempengaruhi :)

    ReplyDelete
  15. yup betui betui. kah3 realiti nya begitu.
    pastu kalo tak follow back sendu.

    ReplyDelete
  16. perdgh dasat kot..hehe.. kite dulu2 mcm tu.. tpi since blog lama x blh bukak kita dh down..so kita dah malas dh..hehe

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.