Sunday 4 January 2015

Perubahan

Assalamualaikum.

Harini dah 4 Januari 2015. Cepat ja rasa tengok tengok dah pat haribulan. Mungkin aku habiskan masa dengan benda lagha... sebab tu rasa cepat ja masa berlalu. MasyaAllah. Mungkin lepas ni boleh kurangkan tengok RM, WGM sampai pukul 4/5 pagi. Yeah, aku semenjak habih exam aku tidoq pukul 4/5 pagi. Kadang kadang tu lepaih subuh baru tidoq. Macam mana rezeki nak masuk ni waduhh.

Eh tetiba termelalut jauh pasai takleh tidoq, maafkan iolls. Jadi, perubahan... Apa yang berubahnya?

First, aku dah dah edit blog haha. Walaupun tak nampak perubahan pun(cuma background berubah) tapi kira okay la tu aku edit jugak wahaha. Cuma tulah, aku malaih gila nak buat header baru sebab berbulan bulan yang lalu, ada beberapa orang cakap header ni lawa tehee. Dah orang tu kata lawa, digabungkan pulak dengan perangai pemalaih sejak azali aku ni, so takyah tukaq. Peh, senang hidup macam ni haha.

Second, aku dah edit page 'about me'. Page ni dah lama kot aku tak edit, dari start buat page tu sampailah kelmarin. Malu tau bila tengok page tu, dengan senarai jejaka korea yang aku minat hahaha bodo betui. Dah la dalam page tu aku kata umoq aku 15 tahun mihmih. Teruih nak feeling muda padahal dah tua hahahahuwaaa. Aku dah tua weh, umoq lapan belaih, rasa macam tak percaya... Aku. Dah. Tua.

Eleh, baru lapan belaih kot. Relax, relax.

Third, aku dah mula belajaq bahasa inggeris. Ini merupakan perubahan yang paling besaq sebab aku malaih gila kot nak belajaq masa cuti ni tapi... aku kena jugak berubah, aku kena jugak belajaq bi. Demi masa depan. Cewahhh mihmih. Lepaih beberapa minggu belajaq bahasa inggeris, aku dah mula malaih sebenaqnya. Baca buku boring, jadi kita bertukaq kepada baca blog yeay. So, aku pun bukak la blog anwar hadi dengan vivy yusof sebab depa cakap bi -- yang aku tau la. Lepaih bukak teruih rasa macam nak gila sebab banyak perkataan yang aku tak paham. Kesian sangat tapi aku suka baca blog vivy, best gila weh.

Pastu bukak youtube, cari video anwar hadi. Mula mula fokus gila sampai muka berkerut... lama lama aku rasa... aku tengok mulut dia dok bercakap yang lebih hahaha. Pfftt. Tapi dia cakap fluent gila sampai tak tertangkap dia cakap apa. Dah tak dapat tangkap tetiba tangan aku TERbukak video Mat Luthfi(yaka terbukak ahaks?) tapi buku English Itu Mudah dah duk sebelah. Taktau nak pilih yang mana. At last, i choose video Mat Luthfi, drama-drama sebelum kahwin. Kbai.

Assalamualaikum.


ps : aku taktau kenapa entri aku lani aku suka tulih panjang panjang. dulu pendek pendek ja. perubahan sangat ni.

pss : tidoq lambat sebab terlalu pikiaq pasai result. nasib tak stress.

21 comments:

  1. Hahahaha. Samalah akak pun tak update lagi section About Me tu. Nanti-nantilah bila free.
    Baguslah ada effort belajar BI.
    Penting satu hari nanti tu. hehe.

    ReplyDelete
  2. yeahhh teruskan berubah kepada kebaikan ! yeahhh ! hehehe *over sikit*

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah aih kak punya result gempak. No worries kakak! :D Pasaipa ramai pulak ni hat susah nak tidoq. Hihi. Saya pun sama. Tapi hati risau gila kalau tak tidoq sampai subuh sebab takut nak sekolah nanti pon tak boleh nak tidoq. Apa2pun, selamat tahun baru kak! :)

    ReplyDelete
  4. anis...lama senyap ya..hehehe..nanti la kita baca balik entri ni.. n komen balik

    ReplyDelete
  5. Perubahan yg bagus la tu. Istiqmah sikit je. hihi

    ReplyDelete
  6. @sinuha : upadate kak update hehehe. bi ni sebab penting la saya belajaq, kalau penting jangan harap hehehe.


    @cikbelbel : yeahhhh, berubah! nak berubah tu senang, nak istiqamah yang payah tu T.T


    @niena reen : Aamminn. akak rasa nanti bila dah sekolah mesti tidoq awai(paling lmbt pukui 2) sebab penat dengan aktiviti sekolah, dgn sukan, homework, panjat tangga hehe. akak dah takyah risau dah sebab dah tak sekolah :))))))

    Happy New Year to you, too!


    @nana liena : sejak masuk form 5 ni mood nak blogging kelautt T.T


    @scha nazri : InsyaAllah saya akan istiqamah hehehe :))))

    ReplyDelete
  7. Dahsyatnya tidoq smpai pukul 4/5 xD saya paling lambat kol 3, tpi dululaa.. Skrng dh keje tkleh tido lambat2..rindu nk jadi burung hantu T^T

    ReplyDelete
  8. @mazni : tidoq lambat ni banyak gak kebaikan dia sebab tak pernah miss subuh hahaha. pastu pukul 5 dah mandi... baguih gilaa mihmihmih.

    buat kerja elok elok heheh :))

    ReplyDelete
  9. bnykkn baca and tgk movie bi.. ataw cri la kawan (omputeh ke apa) yang bley practice.. You go girl! ^.^v

    ReplyDelete
  10. suka jugak tengok video video mat lutfi. hehehe :D

    ReplyDelete
  11. untunglah habis SPM...Alan pulak tahun depan T^T

    ReplyDelete
  12. Hehe takpe tulis pepanjang pon huhu.
    Amboi list korea deduluu hahaaahah

    Woi jgn stress!!! Chaiyukk wak

    ReplyDelete
  13. @diyana : thanks bagi tips hehe. nak cari kawan tu yang payah ni T.T kawan saya semua mmg cakap kedah piang gilaa >.<


    @nur inani : best kan video mat luthfi hehe


    @nurazlan azmi : tak untung sangat sebab result tak dapat lagi T.T btw good luck alan. do the besttt!


    @qila : dulu mmg obses kpop ni hahaha malu weh. terima kasihhhhhhhhh.


    @budakvanilla : terima kasih tag. hehe dan terima kasih sekali lagi hehe :))

    ReplyDelete
  14. perubahan tu tak perlu drastik...buat yg mana termampu.. :)

    p/s : best of luck utk result! :)

    ReplyDelete
  15. takpe perubahan sikit2. kena maintainkan je hehe.



    salam kenai,
    Kak Ana :)

    ReplyDelete
  16. Takpelah. Slow slow kita belajar :)

    ReplyDelete
  17. wahhh team burung hantu gak laaak ni? yeayy ada geng.. hahaha xD

    ReplyDelete
  18. haah. header tu lawwaaaa XD Sy pun masa habis SPM, melayan RM, drama korea sampai pukul 4-5-6 pagi. ==' Ni dah habis sem, makiin menjadik la gamoknya prgai huduss cem ni.. haha ^^

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/food-review-nandos-berjaya-times-square.html)

    ReplyDelete
  19. hahahha part yg last tu lawak hehe xD tapi ina, ina lah kan lagi suka tengok video mat luthfi drpd anwar hadi sbb bg ina mat luthfi punya video kelakatr gila. salah satunya, yg akak tengok tu, drama sebelum kahwin . tapi anwar pun tak kurang hebatnya jugak sbb dia cakap dalam english kan..

    ReplyDelete
  20. @sally samsaiman : Saya cuba buat yang mana termampu hehe. Terima kasih :)))

    @anamizu : InsyaAllah saya cuba istiqamah hehee :))

    salam kenai kak Ana :))

    @Farah : yesss.. pelan pelann :))

    @JJ : sep sikit hehehe. best kot jadi burung hantu hahahaha :))

    @anisyamir : Terima kasih ihiks. Nanti harap harap bila masuk mana mana nanti harap perangai saya berubah T.T

    @sabrina : dua dua lawak sebenaqnya. mungkin sebab mat luthfi cakap bm senang nak hadam lawak dia hahaha apa ka pelik sangat ayat ni >.< dua dua saya suka :)

    ReplyDelete
  21. Dalam hidup mesti ada perubahan ,, :D hahaha.

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.