Monday, 28 July 2014

Sembang Pagi Raya

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, bulan ramadhan sudah tiba ke penghujungnya(eceh ayat karangan sangat hehe) dan tetiba aku taktau nak cakap lol. Tetiba aku rasa macam blank zzzzz. Adakah ini disebabkan oleh percubaan spm yang kian hampir? T.T

Ok jangan sembang pasai trial. Hilang mood iolls nak rayaaa padahal memang takleh nak raya pon. Cikgu bagi homework macam cuti raya sebulan padahal seminggu ja tensyen haku!

Raya kali ni tak berapa nak best sangat sebab banyak nau dugaan. Yang pertama, kakak aku eksiden so keta teruk gak la. Nak repair makan masa berapa hari ntah aku tak ingat pon. Masalahnya disini ialah kami nak balik kampung guna keta tu... Tapi eksiden lak. Yang kedua, bila dah eksiden, ayah aku nak p sewa keta la untuk sehari tapi tokey kedai tu cakap, 'maaf la kereta takleh sewa untuk sehari, minima pun 5 hari'. Ewahhh sampai 5 hari aku nak menjelajah sampai ceruk mana weh. -_-

Orang cakap raya tu sebulan tapi bagi aku raya tu sehari ja. Sehari tulah nak mintak maap ka apa ka, esok esok hang jangan cakap ngan aku dah haa giteww. Punya berlagak wakakaka. Oh tidak tidak. I tak sombong tau tapi bila dengan strangers aku macam kureng sikit. Tak sikit, banyak gak la ihik.  Bila dah tokey kedai tu cakap kena sewa sampai 5 hari, aku macam &))!$%^*&^&. Over tak over aku ni hahaha.

So kesimpulannya, sepanjang cuti ni terperap lah haku kat rumah ni haaa. Tak dapat lah nak kutip duit raya kat adik beradik. Nasib baik semalam makteh mai umah hantaq kakak aku pastu selitkan sekali duit raya 30 hinggit kat aku. Kalau dak memang tragis gila raya aku tahun ni T.T

Takleh balik kampung, tak dapat duit raya, banyak homework, trial spm tak sampai sebulan. Oh dugaan dugaan. Eh okelah, aku tak makan apa lagi ni weh, minum ayaq pun dak gi. Mandi pun dak lagi oh tidakkkk nak pukul 9 dah. Kbai.

Eh sat sat. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kat hampa semua kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada buat hampa sakit hati ka, sakit paru paru ka apa ka. Maafkan lah aku ya. Disini aku lampirkan sekali gambar yang aku buat 2 tahun lepas heeeeee :)
Assalamualaikum.

2 comments:

nuranne (formerly simplyseoul) said...

xpa duk rumah ble rehat2 and buat homework. haha.. happy eid mubarak.

noor zamzuriani Zakaria said...

selamat hari raya anis..