Friday, 21 February 2014

Fakta Anak Ketiga

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Okey, memandangkan hari ni cuti, aku nak update pasai anak ketiga. Cuti dengan anak ketiga nampak ja macam takdak kena mengena tapi sebenarnya memang takdak kena mengena pun hewhew. Hmm saja buat lawak hambar tengah tengah hari ni sebab nak bagi hilang ngantuk. Caya dak?

Sebenarnya aku update pasai anak ketiga ni sebab aku anak ketiga lerr heh bersamaan dengan anak bongsu. Seronok gila baca fakta macam ni. Bila ada perangai sama macam aku rasa macam wehh wehh aku ada perangai ni wehh aku ada hahaha gila. Okey meh tengok perangai mana ada kat aku.

1) Yakin diri 
Jawapannya, tidak. Aku ni jenis less confidence dari kecik lagi. Kalau tetiba aku kena suruh buat kerja yang aku tak pernah buat, aku mesti rasa macam nak terberak hahaha. Tapi kalau dah mai keyakinan aku, macam macam aku nak buat wehh.

2) Sukar bertolak ansur 
Yang nie jawapannya betulll hihi. Saja gelak kepit sebab nak cover perangai tak berapa nak best mihmihmih. Ekceli aku pernah try nak jadi seseorang yang bertolak ansur giteww tapi hampeh sebab perangai tu tahan sari(sehari) ja wehhh. jebon!

3) Mudah kasihan 
Haaa yang ni aku tak berapa nak pasti. K.i.v dulu naaa hehe.

4) Boleh menyerlah tapi menyembunyikannya 
Aku taktau la bab bab macam ni. Tapi rasa rasa haa la kot sebab iolls kan pemalaih tahap dewa. Jadi segala cahaya terang menerang semua tersimpan didalam, Kalau keluaq pun hanyalah cahaya yang malap. Eh apa aku dok mengarut ni haih.

5) Sikap malas dan manja 
Hampa rasa sikap malaih tu betoi ka dak? Hahahaha tapi yang pasai manja tu iolls rasa tak berapa betoi sangat. Rasa jelah heh.

6) Lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. 
Hahahaha yang ni betoi gila weh. Kalau tak caya tengok link blog rr brader. Siap ada 's' lagi brader.

7) Gemar membuat hal sendiri. 
Semestinya betoi. Iolls kan forever alone sobs sobs.

Okey la. Iolls kena blah. Iolls ni tak mandi lagi weh hihi. Kbai. Assalamualaikum.


ps : nightmare test 1...

14 comments:

  1. hasben akk selalu cakap anak no 3 akk pelik...hheee

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Sama pulak kita ni eyh anak ketiga and bongsu. Ada juga yang mengenanya! :D

    ReplyDelete
  3. yupp.. ank sdare sya yg ketige nii punn pelik skit... manjaa jee.. :) hehee

    ReplyDelete
  4. ikhwan : terima kasih :)

    msredcheesecake : hahaha sian kat anak ketiga orang kata pelik >.<

    niena : yeahh, geng. sep sikit hehehe :)

    huda : kira betul lah fakta ni hewhew >.<

    ReplyDelete
  5. i thought you are married. sebab cakap pasal anak ketiga. oh maii, what's wrong with me. hee. btw, my bro yg no 3 jenis kepala angin n bnyak nakal punya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...perkongsian yang menarik...akak anak sulung..

    ReplyDelete
  7. hahaa sama lah dengan miza. sepp sikit. hehee. Ada lah serba serbi. Ada juga yang fakta tapi di autakan :P Tak nak ngaku beb. hahahaa

    ReplyDelete
  8. yang sulung ada tak ? kak nak . dah lama cari tak jumpa . Haha . takmalunyaa minta . btw , nice entry . lawak .

    ReplyDelete
  9. aisyah : oh mai hahahahaha. i'm only 17 nak kahwin camna hehe. eh saya pun nakal gak hahaha >.<

    mardiah : waalaikumussalam. hehe terima kasih :) tetiba teringat kat kakak saya >.<

    miza : sep geng hihi. saya kadang2 xngaku jugak beb hahahaha.

    fara : inshaAllah nanti saya cari hehe. terima kasih kak hehe :)

    ReplyDelete
  10. oh ohoh nasibaik qila anak kedua :P hiks

    ReplyDelete
  11. Fakta anak kedua takde ? Hee nurin anak kedua .

    ReplyDelete
  12. ee tengok kakak ee anak ke3 tu. hahaha.
    number 2 5 7 tuuuuu kena betul dengan dia =3

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.