Wednesday 23 January 2013

Ben 10 , Hiatus dan Rindu

Assalamualaikum.

Tetiba rasa lain macam bila update, rasa macam baru first time update blog. Rasa macam nak tendang diri sendiri pun ada. Hahaha. Over pulak minah bio nie. Dah lama aku tak update apa apa kan. Last update 9.01.2013. Ekceli nie kesan belajar bio, fizik, kimia n addmath. Tu yang otak blur semacam ja(orang lain belajar bio relax je aku yang over). Ngehngeh >.<

Mak aku ajar budak budak ngaji malam malam. Jadi, macam macam karenah budak aku dapat tengok setiap malam kecuali hari jumaat. Dalam semua budak budak tu, entah napa aku tension ngan seorang budak nie. Nama dia apa ntah, aku tak amik berat sangat. Dia oke sebenarnya tapi bila ngaji dia jenis jerit. Jerit oke! Punyalah bising. Dah la dia ngaji time aku tengah sembahyang, memang kadang kadang aku rasa macam nak flying kick ja budak nie tapi tak sampai hati. Adeh.

Tapi kadang kadang dia buat aku gelak jugak. Mana tak gelak, dia suka sebut ikut suka dia ja. Kadang kadang betul, kadang kadang tak. Dah la pelik. Sumpah pelik. Hahaha. Orang lain sebut 'bin', dia sebut 'ben'. Peminat ben 10 agaknya? Hahahaha. So funny ah budak tu.

"Ban ben bon"- budak tu

"Mana ada bunyi ben"- mak aku

"Ohh , bunyi ben bila baris bawah"- budak tu

"Baris bawah pun tak bunyi teruk macam tu aih"- mak aku

Oke, tukar topik. Kebelakangan nie kalau aku blogwalking(singgah 2, 3 blog tanpa tinggal jejak blogwalking ka?) aku selalu terjumpak blog budak form 3 dan kebanyakkannya dah mula 'hiatus'. Hmm, baguslah awal awal tahun dah start hiatus bagai. Aku dulu, dari awal sampai ke sudah tak pernahnya aku hiatus. 2 hari sebelum PMR pun layan blog lagi sebab nak join segmen kak Lyssa haha. Memang tak pernah kenal erti penat lelah betul. Mohon jangan ikut perangai akak. Belajar betul betul yeah adik adik semua. Bagi dapat straight A's.

Bila dah form 4 baru ada semangat nak belajar, mungkin sebab belajar benda baru tu yang excited semacam tu. Masa form 3 tu dulu, aku lex lex je. Kononnya ada masa lagi. Dok ulang tu dari awal sampai ke nak dekat exam. Alhamdulillah, dapat jugak 6A. Oke la tu kan? Tak la rasa menyesal sangat tak baca buku, ye dak? Hehehe btw aku susah nak faham chemistry. Aku pun tak tahu napa. Aku ambil masa yang lama nak faham sesuatu benda yang cikgu cakap tapi Alhamdulillah aku faham la jugak. Tak la sampai tido time cikgu ajar walaupun aku menguap berkali kali. Cikgu cakap lembut kot, slow ja(cikgu perempuan la katakan). Rasa macam cikgu tu tengah baca bedtime story hehe.

Btw aku rindu kelas lama aku walaupun banyak kenangan yang tak berapa best nak diingat. Walaupun kelas tu agak seram. Walaupun kelas tu takdak pintu belakang(budak 3 waja ganas ganas sampai tercabut pintu belakang). Sekarang nie dah ada kot pintu, baru pasang. Walaupun kelas tu agak tersorok(best jugak kelas tersorok, kena denda berdiri atas meja orang tak nampak ngehngeh).

Oke lah. Dah panjang sangat rasanya entri nie. Aku pun banyak kerja nak buat. Btw tadi aku dapat duit rm100. Walaupun dapat lambat tapi tak kisahlah, janji dapat sudah. Boleh beli barang sikit. Gotta go.

Assalamualaikum.


ps : banyak jugak yang aku tak follow balik eh. nanti bila aku ada masa aku akan follow balik. maaf
yerr >.<

6 comments:

  1. haha...belajar kat keladi pun nak berterima kasih kat daun keladi gak ekk XD

    ReplyDelete
  2. wahhhh start sekolah lagi dah ada blog.. ena masa lepas spm baru buat blog.. bosan cuti lama.. buat la, ingat saja2 je nak buat, lepas tu jadi syok lak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. haha..ben!! tersenyum sesorang baca..chemistry mmg ssh skit nk fhm..tpi klu lma2 ok la..dlu pn mcm tu jgk..btw new blogger here..minta tnjk ajar..
    http://madieyfazudin92.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. haha, tergelak aku baca budak tu sebut Ban ben bon~ hihihi...nice blog lah, cute (n_n)

    ReplyDelete
  5. LAWAK DOE AKU BACA SEMUA ENTRI KO(2013 PUNYA) ..WEI, NI BLOG BARU AKU, BLOG LAMA AKU DAH DELETE..JENGUK2 LEEE...http://kisahpasna.blogspot.com/ ..lau kau NAK NUFFNANG MAKIN NAIK2..KAU KENA PING ENTRY..BUT B4 PING ENTRI PASTIKAN TAJUK ENTRI CATCHY..LAU SETAKAT ENRI HARIAN NE..HMM..EHE..BUT LAWAK DOE AKU BACA ENTRI KO..YANG NI PALING LAWAK DOE, PINTU BELAKANG CABUT? HAHAHAHAAHHAHAHAHA..BLS2 LA KOMEN AKU K, JGN BACA JE, HEHEH..FOLLOW BLOG AKU TAW

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.