Saturday, 15 December 2018

Get my life together part 2

Assalamualaikum.
Seems like my procrastination problems getting worse and final exams already around the corner. Makin lama makin takut dengan perangai diri sendiri. Nak tak nak aku kena motivated diri sendiri untuk berubah di saat saat akhir ni. Haritu terbaca thread anna khayalan pasal if you suffer from stress tu, walaupun tweet tu dah lama sebenarnya... tapi baru jumpa... so whatever. First step dia adalah change you daily routine, for example take a walk or jogging instead of sleeping. Tapi memandangkan kebelakangan ni selalu hujan so memang stay bilik je lah, memang taklah nak jogging kan.
haritu ada buat hari interaksi, boleh la tengok nature sat.
Pastu dalam thread tu jugak, anna ada cakap make time for your hobbies. Actually hobby aku membaca but somehow sejak masuk university ni, entah hilang kemana semangat aku nak membaca. So aku decided nak start berblog balik. Lagipun, aku jarang sangat update life dekat university sampai aku rasa macam apa ja yang aku buat dekat ukm ni haha. Kalau update pun, update pasal stress buat assignment, stress pulak aku baca haha. Oh sebut pasal stress, aku dah tak stress sangat sekarang. Kalau kerja banyak sangat baru rasa nak nangis tapi jarang lah. Aku dah makin chill dah, mungkin berkat doa mak ayah sebab asyik ws cakap stress hahaha. Dan mungkin dah boleh kawal perasaan sendiri and adapted dengan university life yang memerlukan pengorbanan and feeling tired all the time even you have enough sleep :') 
Btw aku ada minta adsense (minta? is that a correct word?) yang aku pun taktau how it works actually and taktahu lah dia approve aku ke tak tapi saja lah try. Okay lah bye, assalamualaikum. 

Monday, 19 November 2018

Program fakulti nope program bio dept

Assalamualaikum.

Hari sabtu haritu fakulti aku ada buat program yang melibatkan budak sekolah and aku join as fasi hahaha lawak. Actually aku join ni pun sebab lecturer suruh so yeah, paksa rela. Sebelum pergi program ni ada lah rasa nervous sikit sebab aku tak pernah jadi fasi, dah la untuk budak sekolah (form 1 - form 3) and aku tak reti sangat nak entertain budak budak ni. Tapi lantaklah, kalau tak join sekarang, bila lagi nak dapat pengalaman jadi fasi kan.

Nak dekat pukul 8 macam tu baru sampai dekat fakulti, pastu makan pastu ambil barang barang untuk adik adik. Tapi adik adik sampai lambat gila sempat lah mengamuk kejap dalam hati, sebab panas gila wei. Dah la kena berebut budak budak, tu yang kena tunggu bawah panas sebab kalau duduk bawah bumbung tak dapat students lah jawabnya. Btw soalan first aku tanya kat depa, korang gerak dari sekolah pukul berapa? (tapi tanya dengan senyuman lah of course hahaha)

Walaupun awal awal tu macam awkward sebab aku ni tak best sangat plus aku tak banyak cakap sangat dengan depa... pastu tengah tengah panas macam tu, rasa macam bersalah sangat dengan depa tapi aku harap depa seronok lah siap ada sorang tu nak number aku dan aku pun bagi dan dia ws aku semalam hehe. Dan aku pun seronok sebab dapat explore tempat yang aku tak pernah pergi hahaha. Contohnya, taman paku pakis, belakang bangunan biologi ja pun tapi tak pernahnya nak singgah, maklumlah busy.... baring atas katil. Tapi aku rasa most students sama ja, semua pakat take for granted. Maklumlah belakang fakulti ja pun, cuba kalau tempat tu luar u, mesti tergedik gedik nak pergi. Tapi galeri sejarah alam fst best. Tak sangka weh, ingatkan best sebab galeri tu sejuk ja tapi content dalam galeri tu pun best.

Tapi masa dekat checkpoint dr.fish, ada sorang budak tu jatuh omg semua pakat terkejut weh nasib lah dia okay. Terus adik adik yang aku handle taknak pergi dekat hahaha sebab depa pakai baju kurung sekolah, kalau jatuh tak ka naya :')
Thank you dekat seseorang tu sebab pilih set yang ada program so kena buat report hahaha tapi best so tak marah hahaha tetiba rasa macam berterima kasih sebab at least i got experience jadi fasi dua kali and both because of you :')

Bye assalamualaikum.


ps : bila blog ni nak tolong aku menjana pendapatan huhuhu i need money T.T

Tuesday, 30 October 2018

Current favourite variety shows

Assalamualaikum.

Aku memang dari dulu peminat setia korean variety shows, sejak ayah pasang astro haha. Tapi bila dah besar ni dah tak tengok tv sangat, dekat u lagi lah. U tak macam matrik, takdak bilik tv. Semua tengok guna laptop, dah la aku tak dapat wifi haih geram betul aku. Tapi whatever, i need entertainment so data habis pun habis lah nanti aku topup banyak banyak.

So aku nak list current favourite variety shows yang aku tertunggu tunggu setiap minggu. Siap download. Of course semua korean sebab... takdak sebab.

1. I live alone
Aku tahu show ni sebab gi kwang. Thanks gi kwang. Mula mula tengok semata mata sebab gi kwang pastu pergi check cast kat wikipedia, eh banyak pulak yang aku kenal. Last sekali tengok setiap episode and still follow sampai sekarang sebab aku suka gila tengok life orang haha. Biasalah orang takdak life.
Latest episode ada choong jae, kawan kian84. Aku dah ulang 10x sebab dia hensem sangat :’)
2. New journey to the west
Besttttt sebab ada Na PD hehehe. Aku tengok sebab 2 days 1 night season 1 punya casts ada dalam show ni. Try lah tengok pastu eh tetiba best eh tetiba ada season 2. Walaupun lee seung gi takdak dalam season 2 sebab dah enlisted tapi ganti dengan ahn jae hyun. Wehhh i minat ahn jae hyu so no hal. I continue watching it till now, already season 5.

3. Master in the house
Tengok sebab ada lee seung gi dengan yook sungjae. Seung gi join show ni after done with his military, excited weh dah lama tak tengok seung gi. Sungjae pulak memang ultimate bias so haruslah menyokong beliau. Mula mula macam boring so aku skip episode awal awal huhu tapi takdak show nak tengok, so tengok balik. Aku tengok balik start episode yang ada jisung rasanya. Sangyun comel gila hahahaha sebab dia macam awkward sikit haha comel. Sehyeong no comment. Episode yang paling terkesan sekali bagi aku episode yang ada byungman tu. Part yang dia belajar nak jadi pilot tu sumpah buat aku rasa nak belajar bersungguh bagi dapat dekan sem ni huhu.

Yang tu ja buat masa sekarang. Sebenarnya aku ada tambah satu show dalam list aku tapi aku still tak sure aku akan terus tengok or tak sebab aku nak tengok sorang ja dalam show tu hahaha. Btw aku rasa aku kena stop lah tengok korean related show/drama sebab serious obses sangat haih. Okay bye assalamualaikum.

Friday, 19 October 2018

Get my life together

Assalamualaikum.

Aku taktau berapa kali dah aku tulis yang aku ni suka gila procrastinate. Memang procrastinate level apa pun taktau la, pemalas gila. Kadang kadang benci dengan diri sendiri sebab aku dah masuk second year tau. Faham lah kan second year macam mana, memang lah tak buat thesis lagi tapi busy dia tahap apa aku pun taktau. Lecturer pulak bagi assignment macam aku ambik subject dia satu satu tu ja. Tapi kadang kadang salah aku lah... dah tau species lambat pastu procrastinate pastu stress sorang sorang, stress nak berhenti belajar, takut nak sambung lah apa lah.. eh buat assignement tu senyap senyap lah.

Hidup aku memang serabut sekarang, dari pelbagai segi. Stress sampai aku pernah terfikir nak jual barang. Weh pelik tau kalau aku fikir nak jual barang sebab aku benci gila bab bab macam tu. Masa ambik entrepreneur sem lepas, tak habis habis aku menyumpah kelas tu hahaha. But whatever, life must go on... walaupun takdak duit :') (i cant do part time since im bad at manage my time and im not good in multitasking)
Tapi serabut macam mana pun, aku still ada masa google pasal skincare hehehe. Of course lah ada masa, kan aku duk procrastinate hm. Aku rasa bila search/baca review pasal skincare, its like therapy tau hahaha kalau boleh beli lagilah best tapi since kulit aku tetiba jadi macam sensitive so takdak makna aku nak beli product sesuka hati macam dulu. Dah kenapa tetiba masuk bab skincare... Oh tapi aku ada beli skincare baru ihiks. Alpha arbutin from GoW, not TO since skin aku tak sesuai dengan TO. Semoga parut hilang, sekali dengan stress hilang jugak!!

Okay bye, assalamualaikum.

ps : bila tengok post yang aku update pasal university semua stress hahaha aku takdak la stress memanjang, i still have friends yang menghiburkan hati aku time stress sampai tak ingat pun yang aku stress. i love my friends!!

Tuesday, 1 May 2018

Procrastinate

Assalamualaikum.

Aku ni kalau tak procrastinate memang tak sah. Dari sekolah menengah lagi, kadang kadang pagi sebelum nak pergi sekolah tu baru nak buat homework dan perangai tu sampai lah ke matrik. Tapi masa dekat matrik okay sikit lah sebab selalunya math ja yang aku lambat buat, yang lain selalunya siap awal(ye ye je ko). Masuk university tak buatlah perangai pagi tu baru nak buat(sebab susah betul nak bangun awal dekat sini awat taktau) tapi malam sebelum due date baru kalut nak buat. Pastu stress sorang sorang.

Macam sekarang ni, aku tengah stress buat slide untuk presentation esok. Yes, slide ni dia suruh buat dari zaman bila tah tapi aku baru nak buat harini. Dah la aku cuti dari hari jumaat haritu tapi baru harini ada kesedaran nak buat. Why anis? Dah la subject sejarah falsafah yang literally aku tak faham langsung part falsafah tu, aku faham part sejarah ja T.T

Haritu lagi lah, hari isnin/selasa macam tu dah nak start buat slide, tengok tengok group aku present khamis minggu depan. Haa rabu malam minggu depan tu baru nak buat, stay up sampai pukul 5 buat slide. Nasib kelas pukul 9 pagi tu cancel, kelas pukul 12 pun cancel, kalau tak sumpah barai. Tapi masa dengar present group lain pun memang aku dah barai dah. Orang tu cakap benda lain, aku faham benda lain...
Selalunya i'll do it tomorrow lah, pastu tak buat buat jugak tampaq satgi

Okay lah, nak turun beli makan. Pastu nak sambung buat slide plus siapkan laporan. Please lah stop procrastinate anis, penatlah macam ni. Setiap hari anxious assignment tak siap tapi tak buat buat pun. Bye assalamualaikum.

Thursday, 12 April 2018

Review : The Faceshop Herb Day 365 Cleansing Foam (Mung Beans)

Assalamualaikum.

Sejujurnya aku tak reti sangat nak review product ni hehe tapi aku try. Dan sejujurnya aku dah stop guna product ni. Aku guna product ni dalam 3/4 minggu rasanya dan aku dah lupa apa yang cleanser ni buat kat muka aku tapi aku try paksa otak aku ingat hahaha.

Aku taktau nak cakap macam mana pasal texture dia, quite thick, can get a good amount of lather even a pea size. Also it doesnt make my face feels dry after use but i'm not sure if it is suitable for dry skin. Bau pun not bad, wangi but tak kuat sangat bau dia. Tube dia quite big, kadang kadang rasa best sebab boleh guna lama. Tapi kadang kadang tak best sebab besar sangat, susah nak bawak pergi shower, nak letak shampoo lagi, shower gel lagi, hair treatment, ubat gigi berus gigi lagi haa tak pasal aku list barang yang ada dalam bakul kecik aku.

My Review
Aku ada cakap kot dekat entry haul tu yang aku pernah terbaca orang cakap mung beans tu good for acne. Thats the first reason why aku beli cleanser ni, second reason sebab cleanser ni sepuluh ringgit lol. So aku punya expectation agak tinggilah, takda lah tinggi sangat tapi aku expect jerawat kat muka aku kuranglah. At least kurang sikitlah. But no, jerawat aku tak berkurang. Its still there... staring at you :')

For me cleanser ni, rather than matikan/kurangkan jerawat yang sedia ada, dia more to prevent more acne. Sebab aku perasan yang aku takda jerawat baru, tapi jerawat yang memang sedia ada dekat muka aku ni, tak hilang hilang. Aku rasa aku tak boleh la pakai cleanser for acne/blemishes sebab tak bagi kesan, kadang kadang jadi lagi teruk. Dulu aku pakai cleanser for sensitive skin, muka jadi okay,  jerawat pun naik kat tempat orang tak nampak, still tak flawless tapi better lah dari sekarang. Tapi cleanser tu mahal sangat hahaha :')

Okaylah, bye. Assalamualaikum.


ps : haritu aku ada ternampak blogger review blog secara percuma, aku pun bagilah link blog aku hahaha dan dia dah review, bolehlah pergi melawat blog-- Rin Ashrin

Saturday, 7 April 2018

New Obsession

Assalamualaikum.

Aku seorang yang kalau minat satu benda tu aku minat bersungguh. Kalau aku minat something, memang tak tengok dah benda lain hahaha. Sebab tu kalau aku keluar shopping ka apa, aku tak suka sangat keluar dengan parents sebab aku pilih barang lama hahaha because im picky, extremely picky. Kalau barang yang aku nak takda, bad mood satu hari :')

So, kebelakangan ni ada two things yang aku obses gila, firstly kpop hehehe. Aku memang minat kpop lama dah tapi lepas masuk matrik, macam kurang sikit. Lepas habis matrik haritu, entah kenapa jiwa kpopers iolls tetiba keluar hahaha so memang hari hari aku dengar kpop, tengok variety shows kpop, pastu asyik suarakan keinginan nak pergi korea tapi sayang takda duit haha. Ingatkan lepas masuk u macam kuranglah, sekali dapat kawan minat kpop, lol sangat.

Boy group yang aku minat buat masa sekarang ada enam hahaha, dan exo tak termasuk dalam senarai lol. Zaman minat exo dah berakhir haha but i still fangirling kalau tengok kai. Aku minat highlight, btob, ikon, winner, wanna one and bts. Currently aku tengah demam bts hahaha. Aku minat bts awal bulan tiga haritu tapi aku rasa aku dah tengok semua vlive, music video, rip data iolls. Tapi kan aku malu jugakla dengan diri sendiri sebab dulu aku benci tak suka sangat bts, aku siap block/unfollow orang yang post/tweet bts :')

Aku cakap dekat kakak, jungkook sama umur dengan aku, pastu dia cakap awat muka dia ada masa depan tapi hang takdak :')
Actually aku minat bts lepas ternampak video jungkook padahal aku selalu ja nampak video jungkook kat explore tapi aku selalu tengok sebelah mata ja. Haritu ja tah kenapa terbuka hati nak tengok video tu betul betul and that video lead to another video and now i cant stop :') (bias i dalam bts taehyung dengan jungkook!!)

Selain kpop, aku juga terobses dengan fashion. Tapi korean fashion lah hahaha kan tengah gila kpop sekarang. Duit aku banyak la jugak habis beli baju pastu bagi kakak sebab malu nak pakai hahaha. Haritu aku beli sweatshirt, mimpi apa tah teringin nak pakai sweatshirt padahal bukan tak boleh pakai tshirt biasa. Pastu teringin hoodie tapi of course lah tak beli sebab taktau nak pakai bila. Yang tak boleh blah, sebelum tidur aku selalu search taehyung fashion airport, so esok tu pergi kelas acah acah inspired by taehyung tapi of course lah tak sama langsung :')

Okay bye, lepas habis midsem ada test huhuhuhu boleh stop sat dari tengok bts kot. Assalamualaikum.

ps : tulah orang cakap, jangan benci sangat nanti suka hm.

pss : lepas terminat bts, baru wujud toner dalam skincare routine aku padahal sebelum ni acah cakap toner tak penting la apa la. Pastu bila tengok taehyung pakai toner, terus rasa toner is important!! Haha. 

Tuesday, 16 January 2018

Althea Haul

Assalamualaikum.

Haritu aku ada shopping sikit dekat website althea, sebab muka aku breakout. Last aku kira, ada 8 bijik cystic acne dekat muka aku, dah la dekat dekat pftt. Mula mula aku ingat sebab stress, sebab tengah study weeks tapi bila fikir balik, sebelum aku try satu product ni, muka aku tak teruk sangat pun, naik jerawat biasa biasa ja. Tapi lepas pakai product tu, terus naik jerawat banyak, bertambah stress aku, dah la sakit. Maybe salah aku jugak kot. Aku memang completely changed my routine and sayangnya, semua products not works for me. Rugi duit iolls, satu product tu dah la boleh buat makan sebulan...

Start cuti sem haritu, saja lah tengok tengok website althea, sebab duk merancang nak pergi melawat matrik, kena la bagi muka lawa sikit!! Haha eventho masa matrik dulu tak pernah sehari pun muka aku takda jerawat. Aku beli cleanser, essence and powder. Honestly, aku nak beli essence ja, tapi kalau nak free shipping kena 2 barang so yeah.

1. Althea Petal Velvet Powder (RM16)
Powder tu beli sebab comel sangat hehehe and to replace my innisfree no sebum mineral powder. Innsifree punya powder busuk(hidung i quite sensitive), aku tak suka hehe. Lagipun, tak bagi kesan pun, muka aku still oily jugak padahal duduk dalam aircond kot. Bukan bila duduk dalam aircond muka dry ke?

2. Natural Pacific Whitening Essence (RM52)
Kulit aku takda lah cerah, takda lah gelap tapi quite dull lah. Tu yang teringin nak try whitening product. Lagipun aku baca review kat twitter macam not bad. Dah la ada niacinamide. Aku memang dah lama nak try niacinamide the ordinary tapi selalu out of stock pastu muka aku breakout bila pakai the ordinary products... so macam takut dah nak try the ordinary hehe.

3. The Faceshop Herb Day 365 Cleansing Foam Mung Beans (RM10)
Literally, aku add to cart this cleanser sebab harga dia sepuluh ringgit hahaha. Lepas tu baru macam eh eh mung beans tu mende, elok ke hehehe terus google. Pastu bila dah baca review, ada orang tulis kata mung beans is really good for acne. So why not i give this cleanser a try kan.

Okay tu ja aku beli. Disebabkan muka aku tengah dalam healing process, so aku ingat nak guna dua tiga products ja dalam satu masa, takmau over sampai 10 steps skincare routine haha gaya macam banyak pulak duit aku nak beli sampai 10 products kannn. Okay lah bye assalamualaikum.