Thursday, 11 May 2017

End of matriculation life

Assalamualaikum.

Wei lama gila tak update, rasa macam nak delete blog pun ada tapi sayang. Sebenaqnya sebelum habih matrik aku ada tulis entri tapi aku tak publish sebab em entah hehe. Aku pun tak ingat kenapa aku tak publish, lantak.

So yeah, aku dah habih matrik. Alhamdulillah. Tak senang tau survive kat matrik, dua tahun kot. Dia bukan sebab matrik susah sangat tapi sebab.. orang lain yang sama umur dah degree tapi aku still dekat matrik. Kawan pulak duk cerita dia masuk apa apa kat u dia, aku pulak takdak benda nak cerita. Yang aku boleh cerita pun, kmk dah tukaq pengarah baru. Tu ja. Aku rasa macam malu gak la, macam malas nak study pun ada(mmg sejak azali), pastu pressure makcik makcik duk tanya,

'Eh anak makcik dah habih matrik kenapa farhana tak habih lagi.'

'... study dekat usm, farhana dapat mana?'

Aku tak suka betui la ish rimas. Tapi takpa la, dah habih dah pun, boleh la jumpa makcik makcik tu balik. Kami dah habih matrik dah makcikkkkk, nanti kami habaq naa kami dapat u mana!

Disebabkan aku baru balik 2 hari lepas, so aku still takleh move on dengan matrik. Bila nampak gambaq geng geng aku, mula la duk teringat depa pastu melayan perasaan sorang sorang T.T Selalunya malam minggu macam ni, aku lepak bilik sorang sorang sambil menanti kehadiran tiya mai jemput aku tengok movie. Pastu pinjam bantal shalin nak tutup muka huhu rindu la wei serious T.T

Dan aku tetiba rindu malam yang kita semua sembang random gila, dari cerita psycho ke cerita hantu ke cerita lagenda ke kisah nabi pastu tetiba masuk bab politik haha rindu la. Malam tu semua bajet macam exam dah habih haha padahal paper bio menanti. Last paper syndrome teruk gila. Apa apa pun, kami nak cakap yang kami rindu hampa geng removed you walaupun kami tak masuk sangat dalam group hehe.

And nak cakap thanks matrik. Aku tak pernah menyesal masuk matrik. Aku belajaq banyak benda kat sini, aku belajaq berkawan, aku belajaq buat kerja under pressure hahaha dan paling penting kat sini aku belajaq dikecewakan hahahaha ok bye. (bukan kecewa putus cinta ka apa)

Okay la wei, aku macam takdak benda nak cakap dah ni. Assalamualaikum.

K1D3T1. Lepas habih last paper. Hari last jumpa T.T (kesian ila, kemey lindung haha)


ps : Alhamdulillah untuk result muet aku hehehehe :))

ps : Aku dah tak reti nak edit blog macam mana huhuhuhuhuhuhu

16 comments:

ANIS NABILAH said...

tahniah! dah habis matrik ^^

Zafirah Nazri said...

haii awak , sy dulu matrik jugak . relaks relaks . jangan pedulikan mak cik mak cik . depa tau apa . enjoy your cuti awak .

Nisha said...

Wahh Tahniah sis~! *tepuk tangan* InshaAllah dapat masuk U yang bagus nanti ^^ Suka baca entry ni. Luahan hati, perasaan. Waduhh sambil Nisha baca, sambil tu juga Nisha rasa sedih sekali XD Banyak orang kata masuk Matrik akan stress bagai. Tapi.. lepas baca ni rasa cam nak masuk Matrik esok je hahaha. Alolo jangan sedih yaa. Nanti banyak lagi pengalaman akan datang. Nisha lepas SPM pun nanti taktahulah nak buat apa hihi Mungkin mereput? Atau buat projek diet untuk kuruskan badan. Tu pun kalau jadi lahh haha XP Take care ya sis~ Dan yang pasal blog tu.. Cer follow tutorial lyssasecret.com , nurulatiqahjaidin.blogspot.com/
,fatinhalid.blogspot.com/ dan nabilamedan-taipmenaip.blogspot.my . InshaAllah boleh edit blog balik ^_-

Mellya Musa said...

wah tahniah dah abis matrikulasi hihi

Atiyya Hazwani said...

okay i nmpak lah nama i.. walaupun dri sem 1 jnji nk tlis pasal i dengan wani..tapi boleh dimaafkan kut sbb nmpak ada tiya kt situ.. 😂

antynid said...

tahniah sebab dah habis study.:)

Anis Farhana said...

anis nabilah , antynid , mellya : thank you :))


zafirah : ohhh sama umur eh kita :)) nasib la dah lama tak jumpa makcik makcik tu, stress betul la nak menjawab.


nisha : thankssss, insyaAllah :) dulu sebelum habis spm duk fikir gak nak buat apa lepas spm tapi ended up tak buat apa hahahaha duk layan anime dengan korean variety shows ja >.< yes, matrik susah tapi bila dengan kawan kawan rasa macam matrik ni best hehe :))


atiyya : biasala janji melayu hahahaha nanti la kalau rajin i tulis >.<

Maryam Afifah said...

Saya dulu pun lepasan matrik jugak :D And yes hidup kaat matrik tah lah grand sangat (coz time matrik tu kau kena drill sehabis mungkin dengan pelajaran semua), but kat matrik jugak yang banyak mengajar erti berkawan susah senang, kecewa dapat result teruk, and belajar untuk aim high semua hahaha. Rindu matrik tiba2 XD Btw, awak modul berapa? Saya dulu modul 1 :D

A'eshah Badrul said...

Tahniah, akhirnya dah freedom! hehehe, saya dulu bekas student matrik juga. heheh

Mazni Munawar said...

hi anis lamanya tak nampak!
matrik korang 2 tahun ek, agak lama. sbb abang sayan dulu pun matrik tpi setahun je.
wahh dah habis matrik pasni road to degreelah pulak, btw berapa lama gap sebelum nk masuk degree?

saya pun nk habis diploma dh bulan 1 tahun depan... x sanggup nak berpisah T__T dekat 2 tahun dh hadap kawan2 diploma ni

Anis Farhana said...

mazni : busy dengan kehidupan cewah hahaha. haah 2 tahun tapi ada ja yg setahun. 2 tahun ni minoriti hehe sbb addmath spm punya pasal. insyaAllah degree pulak lepas ni, gap dalam 3 bulan macam tu kot :)))

kannnn sedih betul nak tinggal kawan2, dah la duduk jauh2, taktahu bila boleh jumpa lagi T.T


a'eshah :hehe thank youuu! kita sama umur eh? :)


maryam : haah dekat sini belajar kecewa bila dapat result teruk huhu dulu time sekolah relax gila, mungkin sbb matrik kot, takut kena buang haha :'))

saya modul 3 :))))

Shahida Halim said...

Tahniah ! Folow sini

http://chanchueshahida.blogspot.my/

iyahyuktravelling said...

Selamat, akhirnya selesai juga.. salam kenal blogwalking

Misaki PureBlood said...

ahahahaha kelakar XD

anyway.. ni Matrik mana? O.O

my sis pun baru habis... ahahahaha

Suhaiza Suki said...

matrik life lain sangat dengan uni. nanti dah masuk u, awak akan rindu dengan matrik. seriously! :)

zahi ♡ said...

kepoh je makcik makcik tu xD tahniah dah habis matriks!