Friday, 1 July 2016

19th Birthday

Assalamualaikum.

Birthday aku dah lama lepaih sebenaqnya tapi memandangkan aku taktau nak letak tajuk apa, so layan ja la. Eh tapi birthday aku takdak la lepaih lama mana. Baru 10 hari heee. Kiranya umoq aku, 19 tahun 10 hari taktau la berapa saat banyak lagi reja lain nak buat.

Birthday aku 21 Jun haritu ;)

Memandangkan birthday aku dalam bulan puasa so takdak la buat apa apa. Kalau dekat rumah selalunya aku beli kek kat diri sendiri tapi dah duk sini makan ja la nasik huhu. Tahun ni punya birthday okay la ada jugak yang wish. Tahun lepas memang haru sebab masa tu baru ja masuk kmk, classmates sendiri pun tak ingat muka, tak ingat nama lagi. Baru nak adapt suasana kmk. Memang takdak sapa la nak ingat birthday aku.

Paling sedih, 17 sampai 20 Jun aku cuti, duduk rumah tengok mak ayah tapi ditakdirkan 21 dah start kelas. Sedih wei, dah la takdak sapa wish hahaha. Tapi takpa la, yang penting timah wish(sebenaqnya aku tak ingat pun dia wish ka dak haha).

Oh lani aku tengah cuti. Duk bersenang lenang dekat rumah tapi takdak la senang sangat sebab lecturer math tercinta bagi duit raya weh warna purple lagi haa hahaha. Tapi aku takdak mood nak buat lagi lani... sebab lapaq. Roti dan nutella tak mampu buat aku bertenaga rupanya.

Ok bye, nak baca novel + pelukis jalanan. Hehe takleh move on doo dari pelukis jalanan sebab best sangat. Assalamualaikum.

ps : aku tak rasa aku akan update time raya, so selamat hari raya in advance! :))

Monday, 6 June 2016

New Semester

Assalamualaikum.

Result pspm dah keluaq. Em aku tak dapat yang aku expect tapi.. hm. Aku takdak la confident sangat time jawab tu tapi aku expect aku dapat lebih. Sedih la jugak tapi bila pikiaq macam mana aku study, aku sedaq tu semua salah aku. Dah la study week orang study, aku boleh melepak dengan timah sampai tengah malam siap kena tegoq dengan felo. Padan la dengan muka hang anis. Tapi takpa la, ini yang terbaik untuk aku alhamdulillah. (ayat dalam buku pj haha)

Lagi 6 hari lagi insyaAllah aku akan masuk daftar sem 3. Peh aku dah senior wei haha taktau la nak seronok ka nak sedih. Aku rasa dua dua sebenaqnya. Seronok sebab tinggal lagi 2 sem(dulu masa sem 1 rasa macam lamanya nak habis 4 sem) dan sedih sebab dah tua wei. Dah la aku tak babyface hahaha kalau dak boleh aku tipu kata aku batch 1998.

Apa apa pun aku harap aku tak homesick haha sebab lama sangat duk rumah sampai malaih pulak nak balik kmk. Baju semua aku tak kemas lagi sebab macam tak boleh terima cuti dah nak habih hmm. Btw, selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia :)

Ni senarai barang yang aku nak bawak p kmk, insyaAllah. Sem lepaih bawak buku diagnosis dengan buku matluthfi. Tak berapa nak motivated aku untuk belajaq haha. Kali ni bawak buku pj, harap tak kecundang. Okay lah, nak sambung baca buku teme untuk bagi motivasi kat aku supaya jangan give up, jangan sedih dengan result T.T

Assalamualaikum.


ps : tbh aku takut sangat nak masuk sem 3. aku taktau kenapa tapi aku takut. serius.

pss : review buku teme, pelukis jalanan -- buku ni memang recommended sangat dekat student yang perlukan motivasi. yang nak buat bacaan santai pun boleh. memang best sangat dan tak boring. aku boleh habiskan buku dalam sejam lebih ja tu pun sebab ada orang kacau hehe. dan dah berapa kali aku ulang sebab best sangat. btw aku memang suka baca life orang haha besa la aku kan #takdaklife :')

bookmark dari esc hee

Tuesday, 26 April 2016

End of semester 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku dah habih pspm 2, semalam. Dan aku dah pun selamat tiba di rumah semalam haha. Memang gigih gila semalam, lepaih habih exam teruih bergegas naik bilik ambik barang. Semangat nak balik gitew.

Tapi takdak la senang senang macam tu ja nak balik sebab ketahuilah bilik aku dekat tingkat 3. Nak dijadikan cerita aku tak tinggal barang langsung bajet macam budak pst padahal pdt(ingat sikit hang ada lagi 2 sem kat kmk). So memang tenat la turun naik bawak barang. Dengan timba, dengan raga, dengan dua bijik beg baju yang berat nak mamp taktau pasaipa, dengan tikaq, dengan payung yang aku bawak tapi tak pernah guna dan pelbagai lagi barang yang tak penting tapi taktau kenapa aku bawak. Kalau la rumate tak tolong, mesti aku dah pengsan kat tangga.

Oh aku ada tinggai penyapu. Wakaf kononnya huhu padahal sebab malaih nak naik hahaha.Tapi boleh ja aku ambik balik penyapu tu sebab aku ada naik sebab tertinggal kasut tapi taktau kenapa aku tak ambik. Nanti takyah beli penyapu dah. Kenapa tak ambik anisss? Haha ala penyapu ja pun. Eh tetiba teringat yang siling bilik aku ada yang terkeluaq. Dan aku tak buat report haha. Jadi, sesapa dapat bilik tu nanti jangan terkejut pulak haha tapi rasa macam depa repair kot. Ka dak. Taktau la.

Sebenaqnya aku sedih tau bila dah habih sem 2 ni. Lepaih ni aku dah takleh jumpak timah dengan teah. Dah takleh lepak sekali, outing sekali(baru sekali ja outing 3 orang tu pun sebelum study week haha), makan sekali. Wei serious sedih tapi aku tetap seronok untuk hampa. Tahniah dah habih matrik :)) Btw goodluck untuk semua student matrik. Semoga dapat 4 flat hehehe. Bila tah dapat result, 3.6 eh?

Takmau tau T.T
Ok lah bye. Assalamualaikum.

ps : Ya Allah, bagilah math dengan kimia aku lulus T.T

Saturday, 2 April 2016

Matrikulasi vs Form 6

Assalamualaikum.

Aku merupakan student matrik kedah. Program dua tahun. Modul 3. Mula mula masuk depa bagi modul 2 dekat aku. Menangeh nangeh mintak tukaq walau classmates dulu best. Tapi disebabkan fizik, ku rela masuk bilik kaunseling nak mintak borang huhu dah la time tu kaunselor sorang tu tengah marah sapa tah haha takut aku. Nasib aku keluaq dengan selamat :')

Sebelum aku masuk matrik, aku masuk form 6. Sains. Dekat sekolah cina. Ni lagi menangeh nangeh aku mintak nak keluaq. Kalau tak keluaq form 6, at least tukaq jurusan. Sebelum aku masuk form 6, serius aku confident yang aku boleh bawak tapi kita hanya mampu merancang. Aku baru jejak sekolah cina teruih aku down. Boleh ka aku stay kat sekolah ni? Dengan keciknya, dengan sesaknya hmm. At last mintak tukaq p sekolah lama. Tapi nak tunggu tukaq tu ambik masa lama gila. Aku stress jadi aku p sekolah dua minggu ja pastu stay rumah sambil berharap surat tawaran u mana mana dan berharap dekat matrik haha sedihnya.

Masa aku duduk rumah tu memang aku banyak termenung duk pikiaq masa depan yang gelap tu sambil dengaq lagu miracle happen. Memang time tu aku berharap gila dekat matrik. Memang duk doa bagi la dapat matrik. Walau orang kata macam macam kat matrik aku tetap nak matrik. Biaq p la dapat dua tahun biaq la orang kutuk pdt pun aku tetap nak. Memang nak gila matrik masa tu.

Aku bukan pandang rendah dekat form 6 tapi kalau boleh aku nak duk asrama. Kalau boleh aku nak berdikari. Kalau boleh aku nak teruskan dengan sains. Memang mula mula dulu dapat form 6 sains tapi takdak melayu kot takkan aku sorang ja kat situ memang takdak maknanya wei. Jadi aku nak matrik sebab orang kata matrik senang sikit hahaha tapi takdak la senang sangat rupanya huhuhu.

Dah la aku dapat form 6 dekat sekolah cina hahaha lawak apakah ini.

Akhirnya, aku dapat jugak matrik yang aku nak tu. Memang seronok gila tahap takleh blah rr sebab takyah ambik sastera hahahahahha seronoknyaaaa. Tapi dapat kmk huhu kenapa tak dapat kmpp. Kmpp dekat sikit dengan kulim. Tapi takpa lah dapat sekali dengan timah hehe boleh lepak sekali. Dan lani timah pun dah nak habih dah dan aku pun tinggal lagi setahun kat sini. 18 ni dah nak pspm. Doakan i dapat 3.5 and above huhu.

Sorry la entry ni bukan nak cerita pasai pros cons matrik dengan form 6 sebab aku pun taktau. Aku pilih takdak ikut pros cons semua tu. Aku pilih ikut apa yang aku nak untuk aku. Aku yang nak belajaq jadi aku pilih ikut aku la hehe. Kalau nak ikut pros cons memang tak kemana la sebab dua dua pun tak best hahahaha. K lah byeeeeee. Assalamualaikum.

Ps : Tapi matrik best hehehehehe dan kawan aku dekat form 6 pun seronok ja. Ikut diri masing masing ;)

Sunday, 6 March 2016

Takdak ayaq

Assalamualaikum.

Aku tak paham kenapa dan mengapa blok aku secara tiba tiba menghadapi masalah ayaq takdak sedangkan sebelum ni heaven gila ayaq mencurah curah. Dulu aku macam syok r classmates cakap blok dia takdak ayaq la sikit la apa la mandi kat toilet la semua la dan aku tak kena benda tu semua.

Sekali b2 takdak ayaq. Reyau sat aku.

Aku takleh hidup kot kalau takdak ayaq sebab aku suka mandi haha. Aku tak wangi tapi aku suka gila mandi. Taktau kenapa sampai kadang kadang aku p tandas sebab nak basuh kaki. Lulz. Tapi tu masa ayaq ada mencurah curah la. Lani kalau boleh aku nak mandi sekali ja pastu p basuh muka gosok gigi time ambik wudhuk untuk solat isyak teruih sebab malaih nak mamp aku nak p tandas banyak banyak kali.

First sebab tandas yang selalu aku p tu manjang takdak ayaq. Yang belah lagi satu tu ok tapi tak ok la sangat. Tapi masalahnya jauhhhhhhhh. Kalau p tandas sebab nak basuh kaki, balik bilik tengok dah kering dah. Tapi better la dari p tandas pdt. Tu lagi bapak jauhhhhh.

Kalau tadi cuma kering tapi bila p tandas pdt, berpeluh wei. Takyah p main badminton petang petang dah la lepaih ni. Beriadah dalam tandaih dah la. Ceh gaya macam aku p main badminton selalu hahaha padahal sem 1 ada dalam 2 3 kali haha. Sem 2 pun baru 2 kali pffttttt.

Tetiba aku malu dengan diri sendiri. Ok lah tu saja luahan saya pada malam ni. Lani aku nak p buat reja. Banyak gila reja aku huhu aku baru sedaq wei mampoih la esok dah start kelaih T.T

Assalamualaikum.


Ps : Mau tak gemuk aku duk kat sini. Reja duk berkurung dalam bilik ja keluaq jogging takmau.

Pss : Entri ni takdak gambaq sebab aku update guna phone so kalau ada typo tu sorryyyyy.

Saturday, 23 January 2016

Demam UPS

Assalamualaikum.

Hari selasa ni aku dah start exam tapi boleh pulak aku demam di saat saat macam ni. Aku ketaq gila kot kalau aku takdan nak cover semua subjek. Time sihat pun takdak la aku baca buku sangat ni kan pulak time demam memang pffttttt.

Doakan aku cepat sembuh. Dan senang menerima ilmu.

Oh ya thanks mak ayah(abah) sebab mai jenguk adik hantaq ubat walau sebenaqnya hampa nak balik penang tapi sebab adik demam hampa mai kat adik. Panaih ja mata adik. Terima kasih naa. Tapi aku tak lupa apa yang ayah aku kata,

"Kalau adik p pekan changlun pun tak sampai rm50 habih. Ni nak mai kat adik saja pun beratuih"

Huhu sorry.

Assalamualaikum.


Ps : Tak sabaqnyaaaaaaa nak cuti midsem!!!