Friday, 25 October 2013

Kem Rakan Muda di Sedim Eco Resort

Assalamualaikum.

Sebenarnya kem nie dah lama, awal september haritu. Lagipun kem nie 2 hari ja. Kalau kira jam, tak sampai 24 jam pun. Tapi memandangkan ini kem yang pertama aku pergi(tolak kem masa sekolah rendah) haruslah digembar-gemburkan dengan bangganya. Gituu ^__^

Sebenarnya aku takmau pun pergi kem tu, sebab takut jadi apa apa. Dah la beberapa hari sebelum kem tu, ada orang meninggal dekat sedim. Memang nebes habis rr. Last last pergi jugak walaupun tadakkk geng. I iz sad. Pergi pun sebab nak menimba pengalaman kononnya. Konon jelah. Perjalanan pun dimulakan pada sekian sekian hari(aku lupa bila lol).

Tempat yang aku pergi nie tak berapa nak sedim sangat. Hehe. Sedim dalam lagi. Tapi yang bestnya, bas tak masuk dekat tempat kem tu sebab jalan kecik uolls. Bas tak muat doe nak masuk. Terpaksa lah kami semua berjalan gila jauhh. Memang kem penjelajahan lasak sungguh! Sampai sampai sana terus cari kipas hahaha. Gila tak rock uolls tapi memang serius panas gila. Fuhh. Panas sebab dosa barangkali?

Kem nie nama ja bertempat dekat resort tapi kami semua tidur dalam pondok hokehh. Mula mula semua takmau tidur dalam pondok sebab nampak macam seram. Nampak macam nak roboh pun ada. Abang tu pun marah marah sambil suruh pasang khemah tapi at last kami semua tidur dalam pondok sebab semua mengada gila takmau tidur dalam khemah pulak termasuklah aku kehkehkeh. Inilah pondok yang tangganya macam nak patah.

Malam tu ada aktiviti yang paling aku tak suka iaitu night walk. Sebelum night walk, kena dengar ceramah pasal apa ntah. Aku tak berapa nak dengar sebab hati tengah panas beb. Orang sebelah aku(sekolah lain) dok mengata kat kawan aku termasuklah aku sendiri. Jebon sungguh! Hmmmm relax relax... ada ubi ada batas ada hari aku balas. Tunggu hampa!

Dalam pukul 1 kot, habis night walk. Memang penat gila ah. Habis basuh kaki semua, balik pondok dan tidurrrr. Sebenarnya tak tidur sangat pun sebab banyak sangat gangguan. Bising lah, bunyi alarm lah, tak selesa semua lah. Tidur pukul 2, bangun pukul 4.30. Thanks untuk filzah sebab henfon hang buat kami terjaga pukul 4.30 :) Ingatkan ramai bangun awal, rupanya kami ja semangat. Berjalanlah kami 5 orang ke tandas. Sejukkk. Aku bukan setakat sejuk, nebes pun ada sebab tandas tu agak errr...

Disebabkan kami terlebih semangat dan tersiap awal(pukul 5 dah siap), maka kami pun menghabiskan masa dengan bersembang diatas tangga pondok macam nak patah sambil merenung bulan mengambang. Haa, baru aku teringat yang kami night walk pada malam jumaat ngehngeh. Esok tu ada jungle trekking. Jungle trekking macam biasa, masuk hutan, redah sungai dan lain lain. Abang tu janji pukul berapa, mai pukul berapa. Gila lambat. Aku punyalah semangat sampai pukul 5 dah siap. Mencik ah cenii!

Balik dari jungle trekking, bermulalah sesi kemas baju sebab nak balik dah ohoiii. Memang seronok gila ah. Seluar akyang basah sebab redah sungai pun aku buataktau ja hahaha. Masa nak kena berkumpul bartukar. Tapi ingat boleh balik camtu ja?! Takdak maknanya! Kena lah marah sedas dua dengan sorang kakak nie. Ohsem. Memang dari awal sampai habis, asyik kena marah ja. Sentap iolls.

Oke lah. Cukuplah sampai kat sini ja. Kang kalau tambah lagi, hampa muntah lak hahahaha. Btw 10 Nov nie iolls kena pergi kem lagi dekat Sungai Petani pulak. Aktif sungguh iolls tahun nie noks bhahahahaha. 

Assalamualaikum.

Thursday, 17 October 2013

Happy Eid ul-Adha

Assalamualaikum.

Hahaha. Dah raya ketiga baru nak update nokss. Mihmih. Sepatutnya aku update entri nie 10 Zulhijjah haritu tapi ntah la camna aku mengantuk gila lepas edit blog. Nak update semalam memang takleh ler sebab semalam iolls busy. Kejap balik kampung belah mak, kejap belah ayah pastu balik belah mak balik. Hahaha. Line kat sana pulak memang jenis mintak kaki. Sempat la mandi dulu masa nak tunggu habis loading -__-

Haaa, cerita pasal edit blog. Nampak tak perubahan kat blog aku? Lawa tak? Lepas aku habis exam aku nak sambung balik edit sebab blog aku sekarang nampak macam ntah apa apa ja sebab haritu nak cepat kan. Itulah orang cakap 'biar lambat asal selamat' gitewww. Mungkin jugak tak berkat sebab orang lain pergi sembahyang raya, aku pulak hadap blog. Tapi hujan lebat kott kat rumah aku. Lebat gila sampai mengantuk zzzzzzzz.

Hari nie aku sekolah tapi tak belajar. Siap kena pakai baju kurung lagi. Perghh. Masa mula mula sampai sekolah, gila malu sampai jalan kepit kot hahahaha. Mana pernah wehh aku masuk kolah jalan kepit kepit. Selalunya aku jalan penuh semangat, tangan di dada, mata pandang hadapan. Bila ada orang lalu dekat sebelah, aku melambai lambai ibarat daun nyior melambai lambai pabila ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Amboi, kemain over hahahaha.

Okeh lah. Selamat malam uolls. Jumpa lagi 31 Oktober 2013. Hahahaha. Time tu aku dah merdeka uolls. Sekarang nie tak merdeka lagi sebab masih ada 8 subjek yang perlu aku harungi. Exam pun lambat nau nak habis. Cepat lah habis cepat lah. Iolls nak tengok kdrama puas puas. Iolls nak tengok runningman tanpa rasa bersalah. Iolls nak tidor tanpa mimpi ngeri(pernah ke aku mimpi ngeri sebelum nie? -___-) and whatsoever lah. Babaii.

Assalamualaikum.