Saturday, 27 October 2012

Wedding!

Assalamualaikum dan haiii!
Ekceli aku buat entri nie pada 26/10/2012. Yes, pada pagi hari raya Aidiladha. Ingatkan nak post hari tu jugak tapi macam tak kena pulak pagi pagi raya cerita pasal wedding. Nampak macam tak sopan kan padahal aku nie sopan santun orangnya kahkahkah :) 
----------------------------------------------------------------------------
Aku adalah orang yang paling malas nak pergi kenduri kahwin. Adalah jiran aku buat kenduri kahwin anak dia, aku still tak pergi walaupun tempat makan tu depan rumah aku ja. Kawan aku yang duduk dekat mana hala pun datang, aku yang selang 2 3 rumah nie tak datang. Hihihi. Malas sungguh anak dara sorang nie . 

Aku sebenarnya bukan malas sangat nak pergi tapi aku rasa macam down gila bila duduk kat kenduri kahwin nie. Aku nie jenis suka tengok orang. Bila aku bandingkan seseorang tu dengan aku , tetiba aku rasa down. Dia cantik, aku tak cantik tapi comel tu ada*kihkihkih*. Gigi dia putih, tersusun, gigi aku tak berapa nak putih, besar kat tengah pulak tu dengan gigi taring lagi(tak beragak gila gigi pun tengok haha). Banyak lagi yang aku rasa sebenarnya. 

Sebenarnya, bukan dekat kenduri ja aku rasa macam tu. Dekat tempat lain pun aku rasa macam tu especially tempat yang banyak orang. Aku nie jenis takdak confident. Bila aku nak buat sesuatu, aku akan tengok orang dulu. Ntah la. Mungkin sebab aku anak bongsu(takdak kena mengena i think. hikhik) 

Sebab tu aku tak suka pergi kenduri kahwin orang tapi ada orang cakap kalau kita tak pergi kenduri orang, orang takkan pergi kenduri kita. That we call Kifarah. Takut pulak aku hahaha eh tetiba cakap pasal kenduri ni dah kenapa haih. Tak paham la k la baiiii. 

Assalamualaikum dan tata!
ps : I think i think too much ! :\

8 comments:

Khalilah MNor said...

Hati perempuan mmg sensitp kan bab membanding2 ni... Betul, fikir byk je tu anis... InsyaAllah, kebahagiaan bukan terletak pada kecantikan luaran semata-mata ;)

nabila said...

saya pun macam tuan blog jugak.
tak berapa nak confident sangat depan khalayak ramai. Topik kenduri tu pun sama :)

alia syuhada said...

Heee , tak apa lah . Semua ciptaan Allah sempurna , semua ciptaan Allah cantik , Perempuan kan perhiasan dunia . Lagi2 perempuan solehah . hee , Followlah alia kalau sudi .

Anis Farhana said...

@Khalilah MNor Saya takmau fikir banyak banyak dah . Betul apa yang awak cakap :)

Anis Farhana said...

@nabila Tulah kan . takde confident :)

Anis Farhana said...

@alia syuhada Yup , betul tu tapi saya banyak sangat berfikir . InshaaAllah :)

zera eira said...

ma saya pon cakap, kalau kita malas pegi wedding org, nnt kita kawen takde sape datang. hehehe!

Anis Farhana said...

@zera eira Hahaha , lepas nie kena merajinkan diri pergi kenduri . wowowowow :)