Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dipagi hari raya yang indah nie, aku nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Tak sangka cepat gila masa berlalu. tup tup, dah kawin rupanya aku.
Eh eh, silap. Tup tup, kita dah raya. Hahaha.

Kemain semangat aku hupdate blog pagi pagi raya nieh.
Orang siap siap pergi sembahyang raya, aku pulak hupdate blog dengan rambut macam baru lepas kena kejutan elektrik.
Bagus hang baguss *tepuk tangan*

Tukar topik kejap.
Oke, nampak tak blog aku dah bertukar baju. Nie baju raya dia.
Aku sanggup berjaga smpai pukul 1 semata-mata untuk blog ntah apa apa nie. Hahaha
nampak tak kebaikan aku disitu.
Semua nie disebabkan oleh terpengaruh dengan kak Lyssa.
Kak Lyssa tukar baju blog, aku pun nak tukar.
Taknak kalah aku nie enn :)


ini dulu
ini sekarang


Hampa rasa yang mana comel? Try la komen. Takpa aku tak marah. Aku kan budak baik lagi comel. Hahaha.
Oke, taknak cakap banyak banyak. Tak beraya aku satgi :')
Gotta go. Nak siap siap pergi sembahyang raya pastu siap siap balik kampung. Yeahhhh. 
Ooo, balik kampung. Ooo, balik kampung. Ooo, balik kampung. Hati girang *ntah betul ka dak lirik dia nieh :)*
Tata :)


ps : aku post entri nie sebagai pengubat rindu hampa kat aku sebab aku balik kampung lama. hahaha. gila perasan aku nie. bajet hampa rindu aku . :)

Monday, 13 August 2012

5 hari lagi and then RAYA!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar. Sihat?
Nie cuma short entry sebab takdak idea nak diceritakan malam malam nie. Dia takmau keluar. Merajuk la kot. Hehehe.


click jika nak melihat dia membesar :')

Aku nak mintak maaf sangat jika aku terbuat salah kat hampa semua ya.
Jangan simpan dendam kat dalam hati tau. Tahun nie aku nak amik exam. Nanti tak berkat pulak oke :)
Nanti bagi lah duit raya kat titew. Hahahaha. Geli bontot kucing den :)

Tu ja. Assalamualaikum dan taaataaaa. SELAMAT HARI RAYAAAA.

ps : lagu raya apa yang best. share lah. sharing is caring gituuu :)

Wednesday, 8 August 2012

Cara nak jadi blogger yang FAMOUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari nie aku nak kongsi cara cara nak jadi blogger yang famous. Cara nie bukanlah dari aku tapi dari sapa ntah. Lupa pulak nama dia apa. Sori :)

Cara nie confirm berjaya!
Cuma perlukan sedikit usaha.
Antara cara caranya ialah

1. Hampa kena cantik
Kalau hampa tak cantik, jangan haraplah nak jadi blogger hebat, apatah lagi blogger retis yang bakal dijemput ke semua event, majlis-majlis rasmi dan tak rasmi, juga gathering. Sebab bila hampa cantik, hampa akan menaikkan lagi mutu gambar-gambar event tu. Kalau ada rezeki, terus hampa dapat jadi spoke-person mahupun model untuk produk-produk terkenal dan terkemuka yang memang mengeksploitasi wanita secara diam-diam.

2. Kawan dengan blogger-blogger yang cantik jugak
Yes, ini kira inisiatif untuk yang tak berapa cantik lah. Hampa kawan dengan blogger-blogger yang cantik, mesti tempias tu dapat punya. Kira boleh mencapub sama-samalah. Kalau yang tak cantik ni apa je ada? Nak bawak masuk majlis pun malu. Lagi yang gemuk kan? (kuajaqq hahaha)

3. Hampa kena sombong
Hampa jangan layan blogger-blogger bawahan, newbies, mahupun blogger picisan. Apa kelas depa tu. Boleh bawak manfaat apa je dekat blog hampa kan. Buat penat jari ja dok melayan depa. Baik hampa layan dengan membalas komen rakan blogger yang hebat-hebat ja. Depa boleh sumbang fames, traffic, comment dan segala macam kepentingan dalam blogging. Yang ikan-ikan bilis ni, buat buat tak nampak. (lagi kuajaqq hahaha)

4. Gambar Banyak-banyak
Ini juga memang superb-idea. Aku sarankan, hampa yang bercita-cita nak jadi blogger femes ni, tepek gambar hampa selfie sampai 20 keping dalam satu entry dengan posing berbeza. Tajuk entry hanyalah "Makan" dengan caption tak sampai sepuluh patah perkataan. Aku boleh jamin, memang korang femes lepas tu. Sebab otak readers dah terlekat muka hampa ja! So mana-mana pergi, memang muka hampa ja yang depa ingat disamping posing yang pelbagai. Cara nie memang banyak orang buat dan berjaya dengan serta merta! Tapi hampa kena la tahan telinga dikutuk dan dimaki oleh readers ahaks. 

Macam mana hampa semua? Ada kelayakan dak hahaha. Aku nak jadi blogger femes tu memang takdak harapan la woih. Yang first tu pun aku dah tak lepaih hahaha walaupun manis tu ada ihik. Okay, babai.



ps : entri nie macam tengah marah pun ada. hahahaha :)
ps : ni main main ja tau. jangan dok ikut pulak tau. kang tak jadi paling femes tapi jadi paling dibenci ahaks.
Semua orang nak kejayaan , tapi tak semua berusaha untuk capai kejayaan tersebut