Saturday, 21 December 2013

Nak Sekolah Dah Wehh

Assalamualaikum.

I'm back uollsss. Happy tak? Muehehehe.

Perghhhh, lama nau tak update. Maaflah uolls, aku still dalam mood malaih tahap takleh nak bantu dah. Memang malaih sungguh. Kalau aku ikutkan pemalaih aku nie, entri 9 Dis hari tu aku nak sticky post sampai tahun depan. Punya malaih!

Btw pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013. Dalam sedar tak sedar, SPM makin menghampiri diri ini. Fuhh, terketaq ketaq tangan aku nak tulih SPM. Tu baru tulih wehh, tak hadap paper lagi. Kalau hadap paper SPM, mau parkinson teroih pa T.T

Astaghfirullah. Sudah sudah la mengarut anis oii. Marilah kita ke topik yang lebih serius.

Sepanjang cuti nie, aktiviti aku semua melaghakan. Memang aku ada baca buku tapi hampa paham paham jelah bila budak malaih pegang buku. Baca bab enzim tapi pala hotak dok pikiaq benda lain. Tambah pulak, lani dah nak habih cuti, aku langsung tak pegang buku wehh, asyik dok main game Airport City ja >.<

Bila dah nak habih cuti nie, dah takleh nak main airport city sampai guna facebook kakak, lepas nie dah takleh nak tidoq lambat lambat sampai mata dah macam panda nak beranak. Lepas nie dah takleh layan running man sampai gelak terkekeh sorang sorang pukul 2 pagi. Lepas nie dah takleh nak online sehari semalam sampai kena beletiaq dengan mak kaww kaww.

Kalau nak senaraikan aktiviti lagha aku sepanjang cuti nie memang tak habis. Punyalah banyak. Tapi aku dah berazam, tahun depan aku akan study sekurang kurangnya 5 jam hahahaha. Mohon hampa semua percaya walaupun aku sendiri pun tak berapa nak percaya dengan azam aku tu kehkehkeh.
Oke lah. Nak blogwalking sat sambil usha serum yang boleh hilangkan eyebag. Kbai.

Assalamualaikum.