Tuesday, 21 September 2021

Surat rayuan ke universiti

Assalamualaikum. 

Sejak dah habis belajar ni aku macam tak peka sangat dengan kehidupan luar haha apa yang jadi kat negara pun aku taktau sangat kecuali terbaca dekat twitter. Tu kalau aku buka twitter lah. Tapi haritu sembang dengan kawan, baru tahu kata result upu untuk lepasan stpm/matrik keluar. Wahh tetiba kami dua orang mengimbau kembali zaman kecewa, berduka lara sebab upu tak diterima. Btw aku dengan kawan aku, dua dua tak dapat upu. 

Masa awal-awal tu aku okay lagi tau sebab ada kawan matrik yang tak dapat jugak. So masih tenang isi rayuan semua, hari hari aku lalui dengan penuh gelak tawa haha. Sumpah macam confident gila akan dapat rayuan... tapi apakan daya rayuan pun aku tak dapat. Masa ni sumpah aku down dah, aku tak on data phone dua minggu sebab takmau cakap dengan orang. Dengan parents aku pun aku tak cakap. Dah la masa tu raya haji tau, so pergi solat raya dengan muka masam gila. Jiran nak tegur pun takut.

Tapi memang aku down gila, dua minggu layan kpop siang malam. Actually aku dah stop minat kpop tau masa dekat matrik tapi disebabkan aku terlalu boring dan down, aku start tengok kpop balik... Hari hari aku dengar lagu BTOB It's Okay hahah sedih gila hidup. Bila aku fikir balik, upu ja pun, awat nak sedih sangat tapi time tu rasa macam kalau aku tak dapat upu, aku nak buat apa dengan hidup aku. 

Tetiba ada satu hari tu aku macam dapat hidayah ka apa taktau tetiba buat keputusan nak hantar surat rayuan ke universiti. Kalut la cari kat internet template surat rayuan haha. Aku baca orang suruh email, call atau pergi terus fakulti. Tapi aku kan jenis pemalu so memang tak la aku nak call kan. So aku email ja la. Bila fikir balik macam takdak effort gila aku ni, sebab kawan aku sorang dia pergi terus fakulti huhu. Alhamdulillah rezeki, dapat jugak masuk universiti untuk second intake. 

ni surat yang aku hantar dekat pihak ukm

Aku hantar surat dekat 3 universiti kot, ukm, uitm dengan umk. Ukm dengan uitm tu sebab dalam rayuan aku letak ukm dengan uitm. Yang umk tu sebab kawan aku yang suruh. Surat ni memang aku tiru sebijik template yang aku jumpa kat internet. Dah la hantar guna email pelik gila hg tau, aku malu gila bila dapat email dari ukm kata congrats dah jadi student ukm. Jadi, pesanan iolls, guna la email yang sopan-sopan nama dia. 

Dalam email untuk permohonan rayuan nak masuk universiti tu aku masukkan salinan ic, result spm, sijil matrik, transkrip matrik, result muet dengan penyata gaji parents. Yang dicop oleh penghulu kampung ahaks. Cepat betul masa berlalu, 4 tahun lepas, time ni aku dah dua minggu jadi student degree rasanya. Dan cepat betul masa berlalu, aku dah graduate dah sekarang :)

Assalamualaikum. 


ps : btw lepas masuk ukm, ketua program aku cerita behind story kenapa aku dapat second choice hahaha sebab first choice tu dah penuh and depa tak reply pun kata nak terima aku ka dak. Pastu ketua program aku kesian dekat aku, takut tak dapat uni so depa terima aku hahaha. 

Saturday, 4 September 2021

Officially done with my degree

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah tiga tahun belajar dekat universiti, setahun internship dekat penang walaupun mostly wfh, aku offcially dah habis belajar dekat ukm. This will be my last entry for "University Life" sebab buat masa sekarang aku takda rasa nak sambung master hahaha sebab rasa macam... mampu ka aku?

Actually aku habis intern hujung bulan 7 haritu tapi tak update sebab takdak benda pun nak update zz. Basically aku dah sebulan menganggur tak buat apa. Nak cari kerja tapi dalam keadaan sekarang ni macam takut nak keluar rumah dan aku pun actually tak tahu aku nak kerja dalam bidang apa. So aku cuma duduk saja macam takdak masa depan kat rumah, layan drama siang malam.

Tapi haritu tetiba aku rasa macam, weh anis, hang nak hidup macam ni sampai bila. Terus aku cari kerja plus tengok kerja apa yang aku boleh buat haha. Tapi aku still tak mintak kerja mana-mana sebab rasa macam aku nak study balik pasal programming/python, lepas tu aku nak sambung balik belajar japanese. Haritu aku belajar japanese pastu tetiba malas gila, dah berapa bulan tak belajar sampai hiragana, katakana dan beberapa kanji yang tak sampai 50 tu terus dilupakan. Aku tak lupa la hiragana dengan katakana tu tapi macam confused eh eh macam mana nak tulis eh. Hmm.

Aku update blog ni pun sebab harini result semester 2 keluar. So memang aku officially done lah with my bachelor of science degree yeay. Kos dirahsiakan walaupun takdak sebab perlu dirahsiakan haha. Alhamdulillah result aku okay, lagipun intern ja pun hehehe. 

bukan fakulti aku tapi masa tahun 2, memang habis masa dekat ftsm dengan fst ja

Okay, bye. Assalamualaikum. 


ps : macam nak try joi bakuchiol skin booster tu rr 
pss : i will update my blog regularly since i have nothing else to do hehe

Friday, 21 May 2021

Road to graduation

Assalamualaikum.

Tinggal lagi dua bulan aku nak habis internship. Can't wait. For some reason, time internship ni la paling banyak kali rasa useless, setiap hari rasa useless. Tapi memang betul useless pun... okay bye.

Time internship ni jugak la membuatkan aku yakin yang aku actually tak reti pun bab programming ni. Masa matrik, masa ambik subject programming-related rasa macam boleh buat, tapi bila dah masuk kerja/intern ni, rasa macam... apani susahnya. Masa second year confident gila, lepas habis belajar nak kerja dalam bidang IT. Sorry la sekarang ni i rasa i nak kerja kedai roti ja. 

Oh last entry aku cakap pasal skincare. Nak cakap la skin aku tak elok pun lagi, tapi compared to bulan 10 tahun lepas, skin sekarang much better alhamdulillah. Adalah jerawat tu tapi tak naik macam dulu la, lega sangat.

Aku update ni pun sebenarnya sebab risau projek tak siap siap lagi. Rasa macam, macam mana la aku nak hadap dunia luar kalau projek time internship ni pun tak reti nak buat. Tengok, rasa useless lagi. Selagi tak habis internship ni, memang negatif ja la aku memanjang. Hmm, semoga dipermudahkan urusan anis!

Bye, assalamualaikum ✨

Btw covid punya pasal aku pergi kerja 4 minggu ja, lain semua wfh