Tuesday, 4 July 2017

June

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya dah berazam nak update blog selalu tapi maklumlah aku ni kan pemalas. Tapi disebabkan takmau blog ni terbengkalai so aku update jugaklah.

June is always my favourite month. Sebab birthday aku dalam bulan june hehe. Btw walaupun aku suka bulan june tapi selalunya bulan june aku hambar since aku tak pernah sambut birthday aku. Dua tahun sambut birthday kat matrik lagi lah hambar haha sebab dalam bulan puasa. Tapi tahun ni macam macam jugak lah jadi dalam bulan ni.

First, aku start belajar kereta. Aku memang takdak experience langsung bawak kereta so masa mula mula pegang stereng tu memang memalukan gila hahaha. Masuk line orang tu perkara biasa pastu kereta aku sat p kanan sat p kiri huwaa malu. Nanti lah lepas dapat lesen aku cerita lagi nak buat kenangan haha. Btw tolong la doakan aku lepas test huhuhuhu.

Second, i got my pspm 4 result. Aku dapat result sebelum birthday aku okay, such a perfect timing. Kalau ditakdirkan result aku teruk, murung lah aku dihari jadi aku. Tapi alhamdulillah result aku okay, im so happy. First time kot dapat 3.5 something hahaha sorry aku bukan pelajar cemerlang. Tapi disebabkan kesilapan lalu, pngk aku tersangatlah tak best. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah lepas, apa apa pun still alhamdulillah.

Lepas dah dapat result tu, boleh la update upu. Aku tak ubah banyak pun, my first choice still course yang aku pilih haritu. Tapi aku tak expect pun dapat sebab rasa macam tak layak tapi deep in my heart, aku still harap aku dapat. Masa isi upu ni rasa menyesal gila tak belajar betul betul dulu, tapi kan masa sem 4 aku takdak lah study sangat. Masa study week memang lah aku hibernate tapi aku tak study sangat pun haha. Mungkin rezeki aku alhamdulillah.

Lastly, of course lah birthday aku. Thanks for all the wishes. Terharu gak la sebab ayat lain lain eventho ada orang yang setakat hb haha. Takpa la still terharu walaupun takdak hadiah. Hadiah boleh beli sendiri guna duit elaun matrik yang masih berbaki. Aku beli banyak gak la barang hehe. Aku beli blouse, skincare and tudung. Dan semuanya online haha tudung dengan blouse tak sampai lagi, masih menanti. (aku takdak baju raya so aku beli blouse untuk hilangkan kesedihan aku huhu)

Yang tu ja lah kot. Okay bye. Selamat hari raya :)