Tadi bukak facebook sebab rasa macam dah lama tak bukak facebook. Bukak bukak nampak status kawan pasai sekolah, tetiba teringat buku teks sejarah & biologi yang terkepuk dalam almari buku. Taktau la bila nak hantaq. Scroll bawah ternampak status kawan pasai aurat apa ntah, malaih aku nak baca sebab cakap kite kite haha. Scroll bawah lagi nampak berderek tarbiah sentap post pasai kpop. I smell something fishy.
Scroll lagi bawah baru tau punca status yang aku nampak tadi. Kesiannya lambat tau berita panas >.<
Aku tengok gambaq dan video kumpulan korea tu dengan pompuan pompuan tu. Aku tengok video tu sat ja sebab geli terlampau. Aku tengok tang laki tu dekatkan muka dia kat pompuan tu teruih aku rasa geli, teruih tutup. Geli weh sebab dia pakai tudung, baguih tutup aurat. Tak baguih la dok buat perangai macam ni. Mana malu hampa?
Pastu aku terbaca komen, eleh sebab hampa tak dok ataih tu bolehla hampa kata tak elok la apa la, cuba dok ataih tu mesti macam pompuan tu jugak. Eh hello, kita ni pompuan tau. Pompuan yang reti malu tau. Pompuan yang ada maruah tau, bukan yang boleh buat main main tu tau. Bukan senang senang nak bagi orang pegang tau apatah lagi berpeluk tau. Aku minat pun ada bataih tau setakat tengok video depa pastu terkomen depa comey sikit pastu dah. Eh bencila aku baca komen tu huh. Macam la kita tak boleh pikiaq mana halal mana haram.
Tapi aku taktau la dengan pompuan tu. Mungkin dia seronok sangat sebab bias dok depan mata sampai tak mampu nak kawal perasaan dan diri. Mungkin dia tak boleh pikiaq secara rasional, mana halal mana haram. Mungkin juga dia memang dok tunggu saat tu... pffttt.
Kenapa?Kenapa untuk KPOP jadi lupa semua?Hawa,jaga.Tolong jaga.
— Dr.Anwar Fazal (@DrAnwarFazal) January 11, 2015
Aku scroll naik ataih balik baca apa yang tarbiah sentap post, aku pulak yang sentapnya*menangeh*. Tengok RM sampai tidoq lambat tu sangatlah buang masa, baik aku sembahyang hajat bagi dapat 9A dan dipermudahkan segala urusan. Tengok artis korea sampai dok puji hensem sana comey sini, nampak sangat tak jaga mata. Kan dah zina mata. Astagfirullahaladzim. Dengan gambaq Kai dalam henfon, dengan lagu korea sampai beratus haih.
Mai la kita sama sama berubah menjadi yang lebih baik meh. Dan bagi yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah uolls muahahaha. Assalamualaikum.
ps : aku cari 'kisah kpop' kat google. blog aku paling ataih kot, peh mesti depa ingat aku fanatik kpop haha.