Assalamualaikum dan salam jumaat.
Okey, memandangkan hari ni cuti, aku nak update pasai anak ketiga. Cuti dengan anak ketiga nampak ja macam takdak kena mengena tapi sebenarnya memang takdak kena mengena pun hewhew. Hmm saja buat lawak hambar tengah tengah hari ni sebab nak bagi hilang ngantuk. Caya dak?
Sebenarnya aku update pasai anak ketiga ni sebab aku anak ketiga lerr heh bersamaan dengan anak bongsu. Seronok gila baca fakta macam ni. Bila ada perangai sama macam aku rasa macam wehh wehh aku ada perangai ni wehh aku ada hahaha gila. Okey meh tengok perangai mana ada kat aku.
1) Yakin diri
Jawapannya, tidak. Aku ni jenis less confidence dari kecik lagi. Kalau tetiba aku kena suruh buat kerja yang aku tak pernah buat, aku mesti rasa macam nak terberak hahaha. Tapi kalau dah mai keyakinan aku, macam macam aku nak buat wehh.
2) Sukar bertolak ansur
Yang nie jawapannya betulll hihi. Saja gelak kepit sebab nak cover perangai tak berapa nak best mihmihmih. Ekceli aku pernah try nak jadi seseorang yang bertolak ansur giteww tapi hampeh sebab perangai tu tahan sari(sehari) ja wehhh. jebon!
3) Mudah kasihan
Haaa yang ni aku tak berapa nak pasti. K.i.v dulu naaa hehe.
4) Boleh menyerlah tapi menyembunyikannya
Aku taktau la bab bab macam ni. Tapi rasa rasa haa la kot sebab iolls kan pemalaih tahap dewa. Jadi segala cahaya terang menerang semua tersimpan didalam, Kalau keluaq pun hanyalah cahaya yang malap. Eh apa aku dok mengarut ni haih.
5) Sikap malas dan manja
Hampa rasa sikap malaih tu betoi ka dak? Hahahaha tapi yang pasai manja tu iolls rasa tak berapa betoi sangat. Rasa jelah heh.
6) Lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
Hahahaha yang ni betoi gila weh. Kalau tak caya tengok link blog rr brader. Siap ada 's' lagi brader.
7) Gemar membuat hal sendiri.
Semestinya betoi. Iolls kan forever alone sobs sobs.
Okey la. Iolls kena blah. Iolls ni tak mandi lagi weh hihi. Kbai. Assalamualaikum.
ps : nightmare test 1...
Friday, 21 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)