Saturday, 3 June 2017

Kenangan puasa dekat matrik

Assalamualaikum.

Dulu masa duk kat matrik, paling excited cuti awal puasa and hujung puasa, rindu family katanya. Lani dah duk rumah, mak masak hari hari, rindu nak buka puasa dengan kawan pulak. Ni lah manusia ye, tak pernah bersyukur ish. Dua kali bulan puasa dekat matrik, so banyak la jugak kenangan bulan puasa, antaranya:

Sahur
Aku jarang bangun sahur sebenarnya haha. Bukan takmau bangun tapi selalu terjaga time azan, serious rasa macam nak bebai. Tapi pernah sekali tu, puasa tahun lepas, janji dengan kawan nak turun sahur dekat cafe. Aku pun taktau kenapa aku janji nak turun. Tapi disebabkan ila sanggup call aku pagi pagi, aku pun macam hmm satgi kami p bilik. Bila dah turun tu, bihun goreng takdak pulak, yang ada kuetiau goreng ja(rasa macam ada benda lain, tapi aku order kuetiau). Kuetiau goreng pun okay ja tapi masalahnya kuetiau tu pedas nak mamp, dah macam samyang haha.

Guess what, esok tu aku demam. Ha ha ha. Lepas tu tobat tak turun sahur kat cafe dah :')

Buka puasa
Ni puasa tahun 2015, aku wani tiya, semua terlajak tidur petang so turun cafe lambat. Nasi dekat cafe b dah habis, masa tu aku dengan wani nervous gila, macam mana ni takkan nak makan lauk ja. So kami decide nak p cafe c. Masa jalan tu memang kalut gila r haha duk fikir macam mana kalau nasi habis. Tapi alhamdulillah still ada nasi, walaupun sikit iolls bersyukur, asalkan ada. Tapi lepastu aku still tak insaf lagi, still tidur petang hahaha dasar. (tak insaf sebab dah beli nasi awal awal, nasi hujan panas yeay sedap)

Puasa tahun 2015, hari last puasa dekat matrik sebelum cuti raya. Aku dengan tiya order pizza, hari last puasa sekali kononnya(acah la padahal pdt). Eventho aku dah beli nasi dengan lauk tapi aku still order pizza. Mula mula aku dengan tiya excited gila p tunggu dekat pagar, aku ni siap bawak nasi dengan lauk aku lagi haha. Tapi ramai gila nak mamp order pizza. So penuh student dekat depan pagar duk tunggu pakcik pizza sampai. Yang sedihnya, pakcik pizza sampai lambat gila, even dah azan maghrib pun tak dapat pizza lagi huwaaaaa. Kesian tiya duk dengaq aku beletiaq :')

Puasa tahun 2015 jugak, ada majlis buka puasa ramai ramai, aku lupa nama majlis tu apa lol. Depa bagi makanan ikut blok, aku taktau macam mana tapi aku end up sorang sorang. So aku call timah, nak makan dengan dia tapi ditakdirkan masa call tu nasi aku macam senget sikit so kuah tumpah atas baju aku(kalau sikit takpa, ni banyak T.T). Memang haru gila, dah la jalan sorang pastu buat muka tak malu mintak tisu dekat strangers.Tapi depa takdak tisu so depa bagi surat khabar T.T Kesian gila kat aku masa tu, tak buka puasa lagi tapi dah bau kari. Macam nak nangeh rasa :'(

Puasa tahun lepas, aku tak ingat sangat huhu. Yang aku ingat pun, buka puasa satu kelas(yang pompuan ja la) dekat cafe c. Yang duk blok b pun mai blok c untuk berbuka. Yang paling takleh blah, aku takleh puasa so depa suruh aku rasa air yang depa buat, nak tau cukup manis ka dak. Dah la dekat cafe, ramai kot orang duk tunggu nak buka puasa pastu boleh pulak aku duk rasa(cover la tapi haha). Tapi aku lupa yang aku demam(demam sebab makan kuetiau tu lah haha), patut la air tu tak rasa apa :')

Muka muka duk buat hingaq hahaha
Rindu tiba tiba. Okay bye, assalamualaikum.

34 comments:

  1. Wahaha... Nervous pulak rasa nak hadapi benda yang sama esok. Sedih pon ada dah tak bukak posa dengan sahur dengan family kan. Huwaa.. First time ni.. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodluck! Hahaha awal awal sedih la tapi bila dah duk sana tak fikir sangat dah sebab penat hehe :)

      Delete
  2. aah, samalah kita, tak suka bangun sahur hehe kalau bangun pun minum air je rajin tak rajin nak makan nasi plus lauk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay geng! Kalau dekat matrik memang tak pernah makan nasi time sahur, nak cari nasi kat mana pagi pagi hahaha :')

      Delete
  3. huish gila takrindu sobs den dulu walalupun rumets sekejap je bila jumpa balik kat degree rasa cam takmo balik bilik masing2 dah :') Rindu dahsyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn. Habih cuti ja mesti lepak kat bilik ramai ramai sampai pagi :')

      Delete
  4. singgah sini bls kunjungan.. Nak follow tapi x boleh.. tak tahu kenapa.. nnti akan dicuba lagi sampai boleh.. 😁

    ReplyDelete
  5. Hhahah, seyes la matrik turun lambat mesti habisssssss. Btw, sedihnya pasal kuah tumpah tu. HAHAHAHA.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini semua benda cepat huhu. Haipp jangan gelak hahaha >.<

      Delete
  6. RINDU TETIBA tu yang mahal kan.. hee~

    ReplyDelete
  7. tahun lepaslah last pengalaman saya berpuasa dgn kawan diploma huhu. pernah skip sahur sekali je kot. tpi kalau sahur pun makan biskut, roti, minum air gitu2 je. makanan sahur yg paling berat masatu megi hahahaha! maklomla jenis malas nk turun sahur kt kafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, tahun lepas last puasa sekali T.T Pernah sekali je kot masak megi time sahur, tu pun sebab bangun awal sangat haha

      Delete
  8. saya dulu matrik jugak , rindu betul masa matrik . seronok walaupun penat !

    ReplyDelete
  9. weiii..epic gila kes pizza tu.. rasa nk baling mushroom soup kt muka abg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dah 2 tahun berlalu tapi still ingat kot hahahaha tapi kesian jugak dekat pakcik tu >.<

      Delete
  10. bestnya pengalaman berpuasa dekat matrik. jeles. kat sini sahur and buka puasa sorang-sorang. sob

    ReplyDelete
  11. wah bestnya ramai kawan huhu Syara always lonely jaaaa hahaha tapi dh biasa dah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo kenapa lonely haha ni classmates kita, tu yang ramai :')

      Delete
  12. macam-macam kenangan puasa ye..saya baca tekun,,,gelak-gelak gak
    JanjiKita

    ReplyDelete
  13. Assallammuallaikum..salam ukhuwah yee.

    ReplyDelete
  14. dulu masa dok kolej pun selalu gak tak bangun sahur.
    kalau bangun pun setakat minum air je. tapi pengalaman bukak puasa ramai-ramai dengan kawan tu paling best

    ReplyDelete
  15. Comel je semua kenangan hahaha.

    Jemput baca
    http://intqillxh.blogspot.com.eg/2017/06/ramadhan-how-do-we-act.html?m=1

    ReplyDelete
  16. Hm. Rindu pulak masa puasa dkt matrik. Omg, dekat Johor pulak. makanan sedap sedap! haha.

    ReplyDelete
  17. wahh ramainyer uools., salam ramadhan., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dak matrik ni memang suka bergerak satu kelas :')

      Delete
  18. Seronok jea bila baca entri awak, hihi akak pun ada pengalaman berpuasa di rantau orang, berpuasa, berbuka dan bersahur sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni bila ingat balik, rindu sangat huhuhu

      Delete
  19. Teringat zaman universiti dulu - sahur awal (around 12-1 in the morning), tapi sanggup melepak lama di kedai sampai 2-3 jam. Juadah berbuka puasa pula pelbagai, but ended up tak habis. Membazir sahaja kesemuanya.

    ReplyDelete
  20. Bestkan bila ada kenangan.

    ReplyDelete
  21. Hehe duk asrama mmg jrg bangun sahur sebab malasss. Hihi

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.