Tuesday 30 October 2018

Current favourite variety shows

Assalamualaikum.

Aku memang dari dulu peminat setia korean variety shows, sejak ayah pasang astro haha. Tapi bila dah besar ni dah tak tengok tv sangat, dekat u lagi lah. U tak macam matrik, takdak bilik tv. Semua tengok guna laptop, dah la aku tak dapat wifi haih geram betul aku. Tapi whatever, i need entertainment so data habis pun habis lah nanti aku topup banyak banyak.

So aku nak list current favourite variety shows yang aku tertunggu tunggu setiap minggu. Siap download. Of course semua korean sebab... takdak sebab.

1. I live alone
Aku tahu show ni sebab gi kwang. Thanks gi kwang. Mula mula tengok semata mata sebab gi kwang pastu pergi check cast kat wikipedia, eh banyak pulak yang aku kenal. Last sekali tengok setiap episode and still follow sampai sekarang sebab aku suka gila tengok life orang haha. Biasalah orang takdak life.
Latest episode ada choong jae, kawan kian84. Aku dah ulang 10x sebab dia hensem sangat :’)
2. New journey to the west
Besttttt sebab ada Na PD hehehe. Aku tengok sebab 2 days 1 night season 1 punya casts ada dalam show ni. Try lah tengok pastu eh tetiba best eh tetiba ada season 2. Walaupun lee seung gi takdak dalam season 2 sebab dah enlisted tapi ganti dengan ahn jae hyun. Wehhh i minat ahn jae hyu so no hal. I continue watching it till now, already season 5.

3. Master in the house
Tengok sebab ada lee seung gi dengan yook sungjae. Seung gi join show ni after done with his military, excited weh dah lama tak tengok seung gi. Sungjae pulak memang ultimate bias so haruslah menyokong beliau. Mula mula macam boring so aku skip episode awal awal huhu tapi takdak show nak tengok, so tengok balik. Aku tengok balik start episode yang ada jisung rasanya. Sangyun comel gila hahahaha sebab dia macam awkward sikit haha comel. Sehyeong no comment. Episode yang paling terkesan sekali bagi aku episode yang ada byungman tu. Part yang dia belajar nak jadi pilot tu sumpah buat aku rasa nak belajar bersungguh bagi dapat dekan sem ni huhu.

Yang tu ja buat masa sekarang. Sebenarnya aku ada tambah satu show dalam list aku tapi aku still tak sure aku akan terus tengok or tak sebab aku nak tengok sorang ja dalam show tu hahaha. Btw aku rasa aku kena stop lah tengok korean related show/drama sebab serious obses sangat haih. Okay bye assalamualaikum.

Friday 19 October 2018

Get my life together

Assalamualaikum.

Aku taktau berapa kali dah aku tulis yang aku ni suka gila procrastinate. Memang procrastinate level apa pun taktau la, pemalas gila. Kadang kadang benci dengan diri sendiri sebab aku dah masuk second year tau. Faham lah kan second year macam mana, memang lah tak buat thesis lagi tapi busy dia tahap apa aku pun taktau. Lecturer pulak bagi assignment macam aku ambik subject dia satu satu tu ja. Tapi kadang kadang salah aku lah... dah tau species lambat pastu procrastinate pastu stress sorang sorang, stress nak berhenti belajar, takut nak sambung lah apa lah.. eh buat assignement tu senyap senyap lah.

Hidup aku memang serabut sekarang, dari pelbagai segi. Stress sampai aku pernah terfikir nak jual barang. Weh pelik tau kalau aku fikir nak jual barang sebab aku benci gila bab bab macam tu. Masa ambik entrepreneur sem lepas, tak habis habis aku menyumpah kelas tu hahaha. But whatever, life must go on... walaupun takdak duit :') (i cant do part time since im bad at manage my time and im not good in multitasking)
Tapi serabut macam mana pun, aku still ada masa google pasal skincare hehehe. Of course lah ada masa, kan aku duk procrastinate hm. Aku rasa bila search/baca review pasal skincare, its like therapy tau hahaha kalau boleh beli lagilah best tapi since kulit aku tetiba jadi macam sensitive so takdak makna aku nak beli product sesuka hati macam dulu. Dah kenapa tetiba masuk bab skincare... Oh tapi aku ada beli skincare baru ihiks. Alpha arbutin from GoW, not TO since skin aku tak sesuai dengan TO. Semoga parut hilang, sekali dengan stress hilang jugak!!

Okay bye, assalamualaikum.

ps : bila tengok post yang aku update pasal university semua stress hahaha aku takdak la stress memanjang, i still have friends yang menghiburkan hati aku time stress sampai tak ingat pun yang aku stress. i love my friends!!