Wednesday, 17 May 2017

Kolej Matrikulasi Kedah

Assalamualaikum.

Lepasan spm semua dah tau kan result upu, matrik semua. So dah tau la halatuju masing masing kan hehe. So aku nak cerita serba sedikit pasal kolej matrikulasi kedah(kmk). Aku pdt, so study sini 2 tahun. Walaupun study sini 2 tahun tapi banyak ja benda aku taktau haha sebab aku prefer duduk bilik. I pemalu orangnya haha padahal pemalas >.<

Matrik kedah terletak dekat changlun. Changlun ni pekan kecik gila mcd pun takdak haha. Kalau nak beli barang boleh la p cmart yang wayang pun takdak tu. Kalau nak jauh sikit boleh la p aman central or jitra. Kalau cuti tapi takmau balik boleh la berjalan dengan kawan p padang besar ka kuala perlis ka mana mana pun p la haha. Budak kmk banyak sewa kereta dekat em ntah aku taktau. Aku tak pernah sewa kereta haha aku p aman central naik teksi gaisssss, tambang rm58 T.T

Kat sini boleh outing hari jumaat dengan sabtu ja. Pompuan hari jumaat, laki hari sabtu. Tambang teksi p cmart, rm8. Tapi kalau naik 5 orang jadi rm10. Outing pakai baju kmk. Tapi batch 16/17, depa buat baju blok so boleh outing pakai baju blok. Blok a takdak rasanya sebab pompuan ja suka benda benda camni haha. Aku beli baju blok b dengan c, duit banyak sangat sampai taktau nak buang mana ha ha ha. (15/16 duduk blok b sebab tu beli baju blok b, as kenangan la konon)

Kolej kediaman(?) ada 3. Blok a(a1 a2), blok b(b1 b2) and blok c(c1 c2). Setiap blok ada cafe. Blok a tu blok laki. Aku dulu selalu p cafe a haha sampai pakcik kuetiau tu kenal aku la, sebab masa sem 2 aku selalu duduk situ dari pukul 4 sampai pukul 6 haha. Actually pompuan tak digalakkan lepak cafe a. Antara cafe b dengan c, aku lagi suka cafe b sebab dia jual macam macam. Ada nasi kerabu pastu ada cucuk cucuk(aku taktau hampa panggil apa), lauk pun macam macam tapi cafe b mahal sikit la. Cafe c hambar tapi disebabkan sem 3 dengan 4 aku duduk blok c, so aku selalu beli nasi dekat blok c ja, malas nak jalan. And cafe c murah sikit.

Sejujurnya aku rasa takdak beza pun. Tapi maybe sebab aku selalu ambil lauk sikit kot, so dapat murah ja selalu hehe. Tak pernah lebih dari rm5. Kat kmk ni hari minggu selalu ada program, karnival semua. Join la, jangan la belajaq tak berhenti, nanti stress hehe. And kalau nak markah koku lebih tapi hampa tak aktif dalam sukan macam aku haha boleh masuk exco jpp, jadi ajk. Aku dulu ajk exco kebajikan, so kalau ada student kmk yang memerlukan bantuan, aku la yang p kutip derma >.<


Ramai gila pompuan, laki ada 3 orang ja :')
Matrik ni best tau kalau hampa cherish every moment dekat matrik ni. Walaupun kadang kadang ada la jugak rasa matrik ni tak best sebab asyik ada test dan kadang kadang aku rasa macam lecturer terlalu push aku, tapi bila fikir balik semua tu dia buat sebab dia takmau aku jauh dari landasan hahaha sebab aku ni attention span tahap budak tadika. Selalu tak focus terutamanya dalam tuto math haih. Tapi seriously, duduk matrik ni rasa macam dekat sekolah. Lecturer memang focus gila dekat student dia, memang dia nak tolong setiap student dia.

Orang selalu cakap matrik payah tapi mana ada benda yang senang. Aku pernah masuk stpm sains, dan aku rasa payah gila, aku takleh terima semua tu. Tapi bila masuk matrik, belajaq benda yang lebih kurang ja tapi aku still rasa macam aku boleh buat, tak score la tapi haha. Takdak la rasa macam nak berhenti ka apa ka. Thats because aku memang nak masuk matrik, aku takmau stpm. Sebab tu aku rasa macam stpm susah, stpm tak best. So semua depends dekat hampa la, apa yang hampa nak sebenarnya.

Banyak ja student matrik keluar masuk spa lah ipg lah diploma lah apa lah. Macam kawan aku, dia stop sampai sem 1 ja pastu dia sambung diploma. In conclusion, kalau rasa takleh go dengan matrik, boleh la keluar hahaha tapi kena bayar rasanya. Apa apa pun, aku doakan semua dipermudahkan urusan. Okay la bye. Assalamualaikum.


ps : Aku nak elaun, aku nak kawan baru, aku nak merasa duduk jauh dari rumah dan aku still nak belajar sains, sebab tu aku masuk matrik. Kalau boleh nak masuk asasi tapi spm teruk so matrik ja yang layak huhu.

ps : Dulu masa mula mula masuk matrik, benda first yang aku cari ialah dobi hahaha paling best ada dryer. Fuh heaven betul lah :')

8 comments:

  1. Mwahahaha Matrik Changlun lah ni.. same like my sis lah ...

    Baru habis jugak dia..

    I think she likes the dryer too..
    Hurmmm kalau dkt rumah ada... confirm... :P

    ReplyDelete
  2. ahaha selalu sangat pergi Changlun sebab study kat UUM. tapi tak pernah lalu depan matriks Kedah haha

    ReplyDelete
  3. Wahh ada dryer. Sediakan duit ajelahkan ekekeke.

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. kemas je meja..donut !! sedap ermmm :D

    ReplyDelete
  5. walawehhhh junior akak ke ni??? akak ex kmk 2009/2010

    best kot duk sana.. rindu!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nk tanya baju sukan putih berkolar kena beli ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu rasanya sebab nanti dapat baju kolej

      Delete

Sapa komen dia baguihh.