Friday, 24 October 2014

Jamuan Kelas 5 Sains 2014

Assalamualaikum.

Ya Allah lamanya tak update. Sekarang ni aku busy sikit banyak nau soalan soalan yang kena buat tapi aku takdak la buat sangat bhahaha. Aku buat yang mana aku suka ja bajet spm nanti masuk soalan yang aku suka ja khennn. Tapi Alhamdulillah at least aku ada jugak cuba nak buat kalau tengok perangai lepas lepas masyaAllah pemalaih gila bak hang karangan tak pernah buat sobs sobs.

Sebenaqnya aku bukan nak cerita pasai perangai aku ni tapi pasal jamuan kelas haritu(tengok tajuk pon dah tau weh tehee). Jamuan ni sepatutnya lepas raya deepavali tapi tetiba cikgu awalkan aku pon bukannya paham sangat apa yang berlaku aku reti bayaq ja hikhik. Baguskan iolls ni amanah wahaha. Jadi pada tanggal 18 Oktober(Sabtu), bertolaklah pelajar kelas 5 Sains(tak semua) ke monrods kot nama kedai tu. Mula mula aku ingatkan nama kedai tu moron haha bengong betoi.

Sebelum p makan makan mehlah kita belajaq dulu okay. So dalam pukul 8 p sekolah dulu sebab ada kelas tambahan tapi aku p pukul 9. Pukul 9 okayyyy tapi aku masuk kelaih lek ja siap buat muka mintak hutang janji dapat belajaq tak gitu kawan kawan ihiks. Kelas habih pukul 12, jamuan start pukul 2.30 so ada masa untuk mekap yeah haha mekap lah sangat poyo ja lebih walhal bedak pon takdak kat rumah aku ni hehe. Lagipun takleh nak lawa lawa sangat p jamuan sebab time tu hujan, syahira siap pakai sliper lagi p jamuan hikhik.

Masa mula mula sampai aku macam takdak mood sangat tau sebab aku lapaq dah la hujan hahaha kalau dak mesti gambaq aku banyak. Disebabkan mood tak baik hafiz nak tangkap gambaq pun aku rasa macam nak ngamuk saiko punya pompuan haha. Lepas makan alhamdulillah aku kembali gembira uolls.

Lepas dah makan semua mula la kaki selfie dalam kelas iolls ni nak bergambaq. Amik gambaq suap kek pun dah berapa puluh haha aku usha ja lah sebab aku tak berapa suka sangat makan kek ni :) Mula mula konon nak p dataran pastu tetiba salah jalan. Salah jalan okey aku tak boleh terima hahaha. Tapi aku rasa salah kami gak rr sebab p gatai masuk majlis perbandaran tu buat apa kan pastu terkedek kedek lari keluaq takut ada orang marah wakakaka. Bila jalan dah betul tetiba hujan pulakkkkk. Walaupun hujan cuma rintik tapi aku tetap gagah patah balik sebab jalan yang aku lalu tu macam lereng bukit tau. Jalan time hujan nanti jatuh takdan nak jawab spm nanti padan. (jalan yang aku lalu tu jalan pintas p dataran tu yang bahaya hehe)

At last depan kedai gak jadi tempat nak tangkap gambaq. Walaupun aku sebenaqnya malu tapi gigih gila okay bagitau orang depan suruh tepi sikit sebab muka aku tak nampak hahaha perangai apa ni woi. Tapi kan time gambaq tu aku takut sebenaqnya, takut kena sambaq kilat kan kami tangkap gambaq tengah jalan time hujan. Takdan mengucap kan kesian tskk tskk. Btw sori rr gambaq semua kualiti lain lain haha ni semua sebab aku kan takdak fon so aku cilok gambaq orang. aku p haritu memang bawak diri ja dengan ic apa tak bawak. Kalau terjumpak polis memang sah sah kena tangkap ingatkan bangla.

Apa apa pun aku gembira haritu dan sedih sikit sebab lepas ni bila pulak boleh keluaq sama sama. Sekian dari saya anis farhana yang suka nau sengih bajet comel. Assalamualaikum.

11 comments:

  1. Good luck SPM. Seronok sangat dapat makan sama-sama dengan kawan :)

    ReplyDelete
  2. syoknyer ade ramai kawan..kawan baik2 tau adik..

    kalau ade abg2 yg nk ambil UJIAN PTD suruh mereka lawat sini atau share bende ni tau.

    Lawat sini--

    http://warkahterkini.blogspot.com/2014/10/panduan-lengkap-ujian-bertulis-pegawai.html#.VEsGRvmUf9U

    ReplyDelete
  3. hamboii bahagianya. ^^ good luck ~

    ReplyDelete
  4. wah wah wah bahgia nye.. hihi good luck yee SPM

    ReplyDelete
  5. Good Luck SPM adik manis . InsyaAllah dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete
  6. best nye~
    anyway, you were tagged! http://faranymboboiboy.blogspot.com/2014/10/liebster-award-2.html

    ReplyDelete
  7. adik saya pun SPM tahun ni, good luck uolss! ;)

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.